surat pekeliling ikhtisas bil. 2/2001 : status mata ... · pdf fileperuntukan masa bagi mata...

3
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 7, BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia Tel : 03-2586900 Fax : 03-2535150 KP(BS) 8591/Jld.XVII (2) 2 Mac 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2/2001 : Status Mata Pelajaran Pendidikan Muzik Dalam KBSM Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan bahawa mata pelajaran Pendidikan Muzik KBSM yang bermula pada tahun 1996 telah tamat taraf rintisnya pada penghujung tahun 2000. Mulai tahun 2001, status mata pelajaran tersebut adalah sebagai mata pelajaran WAJIB di peringkat Menengah Rendah dan sebagai mata pelajaran ELEKTIF di peringkat Menengah Atas. 2. Di peringkat Menengah Rendah, mata pelajaran Pendidikan Muzik KBSM adalah sebagai alternatif kepada Pendidikan Seni Visual dan ia dilaksanakan tanpa peperiksaan di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR). Di peringkat Menengah Atas pula, mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran elektif dalam Kumpulan Kemanusiaan dan boleh diambil peperiksaan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 3. Pada dasarnya, jumlah peruntukan masa seminggu bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik KBSM adalah sebanyak 5 waktu atau 200 minit. Bagi memudahkan pelaksanaannya di sekolah, waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik KBSM dicadangkan diadakan di dalam dan di luar waktu rasmi persekolahan. Sila rujuk Lampiran ”Status dan Peruntukan Masa Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Muzik KBSM” yang disertakan. 4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan. Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Upload: truongtuong

Post on 06-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2/2001 : Status Mata ... · PDF filePeruntukan Masa Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Muzik KBSM” yang disertakan. 4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 7, BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

Tel : 03-2586900 Fax : 03-2535150

KP(BS) 8591/Jld.XVII (2)

2 Mac 2001

Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2/2001 : Status Mata Pelajaran Pendidikan Muzik Dalam KBSM Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan bahawa mata pelajaran Pendidikan Muzik KBSM yang bermula pada tahun 1996 telah tamat taraf rintisnya pada penghujung tahun 2000. Mulai tahun 2001, status mata pelajaran tersebut adalah sebagai mata pelajaran WAJIB di peringkat Menengah Rendah dan sebagai mata pelajaran ELEKTIF di peringkat Menengah Atas. 2. Di peringkat Menengah Rendah, mata pelajaran Pendidikan Muzik KBSM adalah sebagai alternatif kepada Pendidikan Seni Visual dan ia dilaksanakan tanpa peperiksaan di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR). Di peringkat Menengah Atas pula, mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran elektif dalam Kumpulan Kemanusiaan dan boleh diambil peperiksaan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 3. Pada dasarnya, jumlah peruntukan masa seminggu bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik KBSM adalah sebanyak 5 waktu atau 200 minit. Bagi memudahkan pelaksanaannya di sekolah, waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik KBSM dicadangkan diadakan di dalam dan di luar waktu rasmi persekolahan. Sila rujuk Lampiran ”Status dan Peruntukan Masa Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Muzik KBSM” yang disertakan. 4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan. Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Page 2: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2/2001 : Status Mata ... · PDF filePeruntukan Masa Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Muzik KBSM” yang disertakan. 4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pelajaran Malaysia 2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia 5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia 6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia 9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia

10. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan Malaysia 11. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 3: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2/2001 : Status Mata ... · PDF filePeruntukan Masa Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Muzik KBSM” yang disertakan. 4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

LAMPIRAN

STATUS DAN PERUNTUKAN MASA BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK KBSM

BIL. STATUS PEPERIKSAAN PERUNTUKAN MASA

5 waktu (200 minit) seminggu

1.

Sebagai mata pelajaran WAJIB di peringkat Menengah Rendah

(Tingkatan 1, 2 dan 3), alternatif kepada Pendidikan

Seni Visual

Tanpa peperiksaan di peringkat PMR

Dua waktu (2 x 40 minit)

dijadualkan dalam waktu rasmi persekolahan.

dan

Tiga waktu (3 x 40 minit) dijadualkan di luar waktu rasmi

persekolahan.

2.

Sebagai mata pelajaran ELEKTIF di peringkat

Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5), dalam Kumpulan

Kemanusiaan

Ada peperiksaan di peringkat SPM

Dua waktu (2 x 40 minit)

dijadualkan dalam waktu rasmi persekolahan.

dan

Tiga waktu (3 x 40 minit) dijadualkan di luar waktu rasmi

persekolahan.

ATAU

Tiga waktu (3 x 40 minit) dijadualkan dalam waktu rasmi

persekolahan.

dan

Dua waktu (2 x 40 minit) dijadualkan di luar waktu rasmi

persekolahan.