surat on kelulusan untuk mengutip derma keahlian

Upload: fauzisaem

Post on 10-Apr-2018

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Surat on Kelulusan Untuk Mengutip Derma Keahlian

    1/2

    PERGERAKAN PENGAKAPSEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DAYA 3,JALAN SAGU 36, TAMAN DAYA,

    81100 JOHOR BAHRU.JBA 1097 Tel : 07-3532794

    Fax : 07-3579639

    ____________________________________________________________________________Ruj. Kami : JBA1097.KOKO/700-6/2/4(02)

    Tarikh : 18 November 2010

    Pengetua,Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda,Jalan Padi Ria 1,81200 Johor Bahru. JOHOR.

    Tuan,

    Memohon Kelulusan Untuk Mengutip Derma Keahlian Bagi Pergerakan PengakapSekolah Menengah Bandar Baru Uda

    Saya dengan segala hormatn dan takzimnya merujuki perkara di atas.

    1. Terlebih dahulu saya bagi pihak Jawatankuasa Pergerakan Pengakap SekolahMenengah Kebangsaan Bandar Baru Uda merakamkan setinggi -tinggi penghargaan danterima kasih atas pertimbangan dan jasa baik tuan melulus dan mengesahkan penubuhanPergerakan Pengakap sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dalam bidang kok urikulumsekolah ini. Jasa baik tuan ini kami rakamkan dengan tinta emas.

    3. Bersempena dengan kelulusan dan pengesahan oleh tuan itu, semua AhliJawatankuasa Pergerakan Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Udaberikrar dan berjanji akan menunaikan tugas dan tanggungjawab masing -masing dengantekun, gigih dan bersungguh-sungguh demi merealisasikan tujuan dan matlamatpenubuhan persatuan ini. Walau bagaimana pun untuk tujuan ini suatu Tabung Kewangan

    Persatuan perlu diwujudkan untuk membiayai kos pengelolaan dan penganjuran aktiviti -aktiviti yang dirancangkan, selain daripada kos mengurus dan mentadbir persatuan ini.Penubuhan Tabung Kewangan Persatuan yang dimaksudkan termaktub dalam ArtikelTujuh dalam Undang-Undang dan Peraturan -Peraturan (Perlembagaan) PergerakanPengakap Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda.

    4. Sehubungan itu, saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pengakap SekolahMenengah Kebangsaan Bandar Baru Uda dengan rendah hati dan penuh harapanmemohon sudilah apa ki ranya tuan membenar dan meluluskan kutipan derma keahliandaripada setiap ahli yang berdaftar pada kadar RM 1.00 seorang sebulan. Permohonan inidikemukakan demi mematuhi Subperaturan 9(3) dalam Peraturan -Peraturan Pendidikan(Persatuan Sekolah) 1998, Akt a Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan MalaysiaJilid 42, No. 11, Tambahan No. 41 Perundangan (A), P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998.

    5. Sukacita dimaklumkan bahawa semua kutipan akan diakaunkan dan disimpansebagai Tabung Kewangan Pergerakan P engakap Sekolah Menengah Kebangsaan BandarBaru Uda. Penggunaan wang daripada Tabung Kewangan Persatuan ini akan tertaklukkepada kaedah dan peraturan yang dimaktubkan dalam Subseksyen 7.2, 7.3 dan 7.4 ArtikelTujuh dalam Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) PergerakanPengakap sekolah ini.

  • 8/8/2019 Surat on Kelulusan Untuk Mengutip Derma Keahlian

    2/2

    6. Pertimbangan dan jasa baik tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dandisanjung tinggi.

    Sekian, terima kasih.

    BERKHIDMAT UNTUK KECEMERLANGAN PERSATUAN

    Saya yang mejalankan tugas,

    ..( HALIZA BIN AHMAD )

    Setiausaha Pergerakan Pengakap,Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda.

    s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum3. Fail Pengakap

    4. Guru Pemimpin/Penasihat