surat makluman sukan
DESCRIPTION
suratTRANSCRIPT
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj. Kami : SKS 700-3/1/3(14)Tarikh : 26 Mac 2015
Kepada ;Semua Ibubapa / Penjaga
Tuan/Puan,
Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Daerah Petaling Perdana 2015
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah Kebangsaan Serdang, akan menyertai Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Daerah Petaling Perdana 2015, seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 1 April 2015 dan 2 April 2015Hari : Rabu dan Khamis
Masa : 7.00 pagi – 2.00 petangTempat : Stadium KPM, SMK USJ 23, Shah Alam.
Pakaian : Pakaian sukan ( Baju PJ sekolah, seluar sukan dan kasut yang sesuai)
3. Sehubungan itu, pihak kami memohon agar pihak tuan dapat menyerahkan semula surat akuan kebenaran waris dan borang perakuan kesihatan murid yang lengkap diisi sebelum atau pada 31 Mac 2015, (Selasa).
4. Kerjasama daripada pihak tuan puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
………………………………………..ABDUL RAHIM B. SHAHUDDINGuru BesarSK Serdang
SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG43400 UPM SERDANGSELANGOR DARUL EHSANTEL/FAX : 03-89486582