surat jemputan kemnas iii 2015 - rakan ikram musleh

8
ز ك ر م ة ي ب ر لت ا مدارس ل ل ة ي م لا سلا ا ودة حد م ل اMUSLEH BERHAD No 9, Tingkat 2, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sg. Besi Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Darul Ehsan Tel: 603-89442448 Faks: 603-89441448 e-mel: [email protected] Web site: www.musleh.com.my Rujukan: MUSLEH / KRS / 5 - 1 (1/ 2015) Tarikh: 5 Julai 2015 / 18 Ramadhan 1436 Yang Berbahagia Pengerusi Lembaga / Pengarah Eksekutif / Pengurus Besar / Pengetua / Guru Besar : Sekolah Rangkaian RAKAN IKRAM MUSLEH Tuan/Puan yang dihormati Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh JEMPUTAN KE PERKHEMAHAN NASIONAL (KEMNAS) III PRAMUKA SIT INDONESIA 2015 Semoga tuan/puan sentiasa sihat sejahtera dan mendapat perlindungan daripada Allah SWT amiin. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa MUSLEH telah menerima jemputan untuk menyertai Perkhemahan Nasional (KEMNAS) III Pramuka Jaringan Sekolah Islam Terpadu (JSIT) yang akan diadakan pada 3 7 November 2015. Sehubungan dengan itu pihak Sekretariat KRSMUSLEH telah berbincang dan bersetuju untuk menghantar dua kontinjen KRS MUSLEH yang terdiri daripada wakil-wakil SRI SMI yang terpilih. 3. Oleh kerana jumlah anggota kontingen adalah terhad, maka Sekretariat KRSMUSLEH telah bersetuju untuk memilih wakil-wakil SRI SMI mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Satu kontinjen terdiri daripada 5 orang guru pengiring, 20 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan. 4. Berkaitan dengan pemilihan wakil sekolah maka pihak penganjur meminta supaya pihak sekolah tuan/puan dapat menghantar senarai nama peserta dan pembayaran yuran sebelum atau pada 15 Ogos 2015. Oleh itu, pihak sekolah diminta membuat pemilihan daripada kalangan Kadet KRS MUSLEH dan Tunas KRS Musleh di sekolah masing-masing. 5. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti dilampirkan. 6. Bersama ini disertakan butir-butir lanjut program berkenaan : a. Tarikh perkhemahan : 3 – 7 November 2015 b. Tempat : Malang, Surabaya, Indonesia c. Tempat melapor : KLIA 2 d. Tarikh dan masa : 10.30 – 12.30 tengahari, 31 Oktober 2015

Upload: lock-man

Post on 06-Sep-2015

12 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

jemputan

TRANSCRIPT

Rujukan:MUSLEH / KRS / 5 - 1 (1/ 2015)

Tarikh:5 Julai 2015 / 18 Ramadhan 1436

Yang Berbahagia

Pengerusi Lembaga / Pengarah Eksekutif / Pengurus Besar / Pengetua / Guru Besar :

Sekolah Rangkaian RAKAN IKRAM MUSLEH

Tuan/Puan yang dihormati

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh

JEMPUTAN KE PERKHEMAHAN NASIONAL (KEMNAS) III PRAMUKA SIT INDONESIA 2015

Semoga tuan/puan sentiasa sihat sejahtera dan mendapat perlindungan daripada Allah SWT amiin. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa MUSLEH telah menerima jemputan untuk menyertai Perkhemahan Nasional (KEMNAS) III Pramuka Jaringan Sekolah Islam Terpadu (JSIT) yang akan diadakan pada 3 7 November 2015. Sehubungan dengan itu pihak Sekretariat KRSMUSLEH telah berbincang dan bersetuju untuk menghantar dua kontinjen KRS MUSLEH yang terdiri daripada wakil-wakil SRI SMI yang terpilih.

3. Oleh kerana jumlah anggota kontingen adalah terhad, maka Sekretariat KRSMUSLEH telah bersetuju untuk memilih wakil-wakil SRI SMI mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Satu kontinjen terdiri daripada 5 orang guru pengiring, 20 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan.

4. Berkaitan dengan pemilihan wakil sekolah maka pihak penganjur meminta supaya pihak sekolah tuan/puan dapat menghantar senarai nama peserta dan pembayaran yuran sebelum atau pada 15 Ogos 2015. Oleh itu, pihak sekolah diminta membuat pemilihan daripada kalangan Kadet KRS MUSLEH dan Tunas KRS Musleh di sekolah masing-masing.

5. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti dilampirkan.

6. Bersama ini disertakan butir-butir lanjut program berkenaan :

a. Tarikh perkhemahan: 3 7 November 2015

b. Tempat: Malang, Surabaya, Indonesia

c. Tempat melapor: KLIA 2

d. Tarikh dan masa: 10.30 12.30 tengahari, 31 Oktober 2015

e. Tarikh pergi: 31 Oktober 2015

f. Tarikh pulang: 9 November 2015

7. Adalah diharapkan dengan program ini dapat mengeratkan ikatan ukhuwah Islamiah dalam kalangan para peserta dan memantapkan kemahiran-kemahiran sebagai seorang pemimpin. Kerjasama dan komitmen tuan/puan dalam menjayakan usaha ini sangat-sangat diharapkan.

8. Semoga program yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Di atas segala kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

Wassalam.

Yang menjalankan amanah

ABD RAHAIM BIN MD ISA

Pengerusi

JK Kadet Remaja Sekolah MUSLEH

Perhubungan :

Pengerusi: Abd Rahaim b. Md Isa : 013 2296552

Setiausaha: Shahrinizam b Mohd Amin: 013 4818252

sk. 1. Penaung KRS MUSLEH- Ust Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor

2. Penasihat KRS MUSLEH- Us. Mohd Shahir b. Ismail

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. PEMILIHAN PESERTA:

Sekolah Menengah

a. Terbuka kepada semua pelajar dan guru

b. Perwatakan soleh

c. Mampu berkomunikasi dengan baik

d. Sihat fizikal

e. Mempunyai pakaian seragam KRS MUSLEH yang lengkap (T-Shirt dan No.4)

f. Guru pengiring dibiayai oleh pihak sekolah

Sekolah Rendah

a. Terbuka kepada semua pelajar dan guru

b. Perwatakan soleh

c. Mampu berkomunikasi dengan baik

d. Sihat fizikal

e. Mempunyai pakaian seragam Tunas KRS MUSLEH yang lengkap (T-Shirt dan No.3)

f. Bersama seorang guru pengiring yang dibiayai oleh pihak sekolah

2. MAKLUMAT PESERTA

a. Nama penuh pelajar

b. Nama penuh bapa

c. Nama sekolah & alamat

d. No. Kad Pengenalan

e. No. Pasport

f. Tempat lahir & Tarikh lahir

g. Tingkatan / tahun

h. Berat & Tinggi

i. Gambar bersaiz pasport 2 keping (emailkan gambar digital)

j. Surat kebenaran ibubapa contoh lampirkan

k. Salinan muka depan pasport

l. Saiz t-shirt (S/M/L/XL)

(emailkan senarai peserta, salinan pasport, borang peserta & kebenaran waris)

3. YURAN PENYERTAAN :

a. Yuran penyertaan yang ditetapkan ialah RM 2000.00 seorang meliputi kos:

i. Tambang kapalterbang pergi/balik

ii. Tambang pengangkutan

iii. Yuran pendaftaran

iv. Kos keperluan makan minum di sana tidak disediakan oleh penganjur

v. Latihan berpusat termasuk bayaran makan, penginapan dan latihan sebelum perkhemahan

b. Penyediaan pasport adalah di bawah tanggungjawab sekolah / ibubapa

4. PENGHANTARAN MAKLUMAT DAN BAYARAN:

a. Semua maklumat yang di atas hendaklah dihantar dalam bentuk softcopy dan diemelkan kepada [email protected] atau [email protected] menjelang 15 Ogos 2015.

b. Segala pembayaran atas nama MUSLEH BERHAD

(Bank Muamalat: 1403 0002540 71 9)

c. Slip bank wajib difakskan ke 03-89441448 (pejabat MUSLEH)

5. KEPERLUAN RUPADIRI, PAKAIAN DAN PERALATAN

a. RAMBUT

Bagi peserta lelaki wajib dipotong pendek. Saiz maksimum saiz 3. Peserta yang tidak berambut pendek seperti yang disyaratkan akan dikenakan tindakan disiplin dan kos memotong rambut di tempat berkumpul dikenakan sebanyak RM 10.00.

b. INDIVIDU

LELAKI

Pasport (6 bulan dari tarikh tamat)

Pakaian no 3 (rendah) dan no 4 (menengah)

Seluar sekolah

Kasut sukan

T-shirt KRSM

Seluar sukan berwarna gelap

Barret KRSM-mengikut warna yg ditetapkan

Kelengkapan mandi

Pakaian lain yang diperlukan semasa program secukupnya

Ubat-ubatan peribadi

2 bag sahaja (20 kg + 7 kg)

PEREMPUAN

Pasport (6 bulan dari tarikh tamat)

Pakaian no 3 (rendah) @ no 4 (menengah)

Tudung warna hijau, hitam dan putih

Kelengkapan mandi

Kasut sukan

T-shirt KRSM

Seluar sukan berwarna gelap

Barret KRSM-mengikut warna yg ditetapkan

Kelengkapan mandi

Pakaian lain yang diperlukan semasa program secukupnya

Ubat-ubatan peribadi

2 bag sahaja (20 kg + 7 kg)

Perhatian: Sila rujuk skima pemakaian KRSM bagi mengetahui standard pemakaian yang betul

6. PERALATAN PERKHEMAHAN (Individu)

a. Tali nilon ( 4 meter )

b. Kain anduh

c. Lampu suluh

d. Alat tulis

e. Alas tidur

f. Sleeping bag

g. Al-mathurat dan Al-Quran

*** Kamera, telefon pintar dan barang berharga adalah di bawah tanggungjawab sendiri

Barang-barang merbahaya dan salah disisi undang-undang adalah dilarang sama sekali dibawa bersama.

SURAT KEBENARAN IBUBAPA/PENJAGA

Bahawasanya saya ......................................................................................................................... adalah ibu/bapa/penjaga kepada pelajar ......................................................................................................... Tingkatan/Tahun .................................. no. pasport ........................................ memberi kebenaran kepada beliau untuk menyertai Perkhemahan Nasional III Pramuka SIT di Malang, Surabaya Indonesia 2015 yang akan diadakan pada 3 7 November 2015. Saya berjanji akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak urusetia KRS MUSLEH mengenai program di atas dalam menyediakan persiapan seperti yang dikehendaki.

............................................................................................

()Tarikh

No.KP :

BORANG PENDAFTARAN

PERKHEMAHAN NASIONAL PRAMUKA SIT

MALANG, SURABAYA, INDONESIA

3 7 NOVEMBER 2015

Pangkat

Lelaki

Perempuan

Jumlah

Lain-lain

Sarjan KRSM / TKRSM

Staf Sarjan KRSM

Pegawai Waran

Pegawai Pengiring

Lain-lain

Bil

Nama

Pasport

Penyakit ( jika ada )

Sarjan

Bil

Nama

Pasport

Penyakit ( jika ada )

Staf Sarjan

Bil

Nama

Pasport

Penyakit ( jika ada )

Pegawai Waran

Bil

Nama

Pasport

Penyakit ( jika ada )

Pegawai Pengiring

Bil

Nama

Pasport

Penyakit (jika ada)

Disediakan olehDisahkan

.........................................................................

Komandan

MUSLEH BERHAD

No 9, Tingkat 2, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sg. Besi Indah, 43300 Seri Kembangan,

Selangor, Darul Ehsan

Tel: 603-89442448Faks: 603-89441448e-mel: HYPERLINK "mailto:[email protected]" [email protected]

Web site: HYPERLINK "http://www.musleh.com.my" www.musleh.com.my

Nama sekolah ;.................................................................................................................................

No Tel. & Fax ;....................................................................................................................................

Jumlah keseluruhan anggota di sekolah:Lelaki ;......................Perempuan :......................

Jumlah seksyen: Lelaki......................Perempuan:.......................

Jumlah Platun: Lelaki......................Perempuan........................