surat jemputan bomba

3
Pegawai Penguasa, Pejabat Bomba Daerah Bera, 28300 Triang, Pahang Darul Makmur. Tarikh: 10 2015 Tuan, CERAMAH/ DEMONSTRASI KESELAMATAN KEBAKARAN Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK SRI SADONG menjemput pihak tuan untuk mengadakan satu program ceramah keselamatan tentang latihan kebakaran Fire Drill. Program tersebut akan diadakan pada ketetapan yang berikut: Tarikh : 26 April 2014 Masa : 10.00 pagi Tempat : Dewan Seri Warisan, SMK Sri Sadong 3. Untuk makluman pihak tuan, tujuan utama program ceramah keselamatan dan latihan kebakaran ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar dan guru tentang langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran di kawasan sekolah. Pihak sekolah akan berbincang semula dengan pihak tuan tentang kawad latihan kebakaran yang sebenar. Pihak tuan akan menilai tahap kecekapan dan pergerakan pelajar ke tempat berkumpul. 4. Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik pihak tuan untuk hadir bagi menyampaikan ceramah tersebut pada ketetapan tarikh yang telah dinyatakan di atas. Berserta dengan surat ini juga dilampirkan bersama-sama beberapa maklumat tentang program bagi rujukan pihak tuan. 5. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan kam dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Upload: nor-hazean-ismail

Post on 12-Jan-2016

439 views

Category:

Documents


31 download

DESCRIPTION

contoh surat jemputan

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Jemputan Bomba

Pegawai Penguasa,Pejabat Bomba Daerah Bera,28300 Triang,Pahang Darul Makmur. Tarikh: 10 2015Tuan,

CERAMAH/ DEMONSTRASI KESELAMATAN KEBAKARAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK SRI SADONG menjemput pihak tuan untuk mengadakan satu program ceramah keselamatan tentang latihan kebakaran Fire Drill. Program tersebut akan diadakan pada ketetapan yang berikut:

Tarikh : 26 April 2014Masa : 10.00 pagiTempat : Dewan Seri Warisan, SMK Sri Sadong

3. Untuk makluman pihak tuan, tujuan utama program ceramah keselamatan dan latihan kebakaran ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar dan guru tentang langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran di kawasan sekolah. Pihak sekolah akan berbincang semula dengan pihak tuan tentang kawad latihan kebakaran yang sebenar. Pihak tuan akan menilai tahap kecekapan dan pergerakan pelajar ke tempat berkumpul.

4. Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik pihak tuan untuk hadir bagi menyampaikan ceramah tersebut pada ketetapan tarikh yang telah dinyatakan di atas. Berserta dengan surat ini juga dilampirkan bersama-sama beberapa maklumat tentang program bagi rujukan pihak tuan.

5. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan kam dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(KEMERI BIN JELANI)PK Hal Ehwal Murid,SMK SRI SADONGb.p Pengetua, SMK Sri Sadong.

Page 2: Surat Jemputan Bomba

Lampiran A

Aturcara Program Ceramah Latihan Kebakaran dan KeselamatanSMK Sri Sadong 2014

Tarikh : 26 April 2014Hari : Sabtu

PERLAKSANAAN LATIHAN KEBAKARAN DAN CERAMAH

9.45 - Pelajar dan guru mengambil tempat di dewan10.00 - Bacaan doa 10.05 - Kata aluan pengerusi10.15 - Ceramah oleh pegawai bomba tentang kawad kebakaran yang dijalankan10.45 - Demonstrasi kebakaran dari pihak bomba11.00 - Penyampaian cenderahati11.15 - Jamuan ringan11.30 - Tamat

PELAKSANAAN

1. Guru kelas akan mengambil kedatangan pelajar dibantu oleh ketua kelas.2. Pihak Bomba akan menyampaikan ceramah tentang latihan kebakaran dan

keselamatan.3. Pihak bomba akan menilai dan menerangkan tentang latihan yang telah

dilaksanakan.4. Pihak bomba melaksanakan demonstrasi memadam kebakaran dan

menyelamatkan mangsa kebakaran.5. Bersurai.

AKTIVITI

1. Ceramah Latihan kebakaran dan keselamatan.2. Demonstrasi memadam kebakaran.