sulit majlis bandaraya petaling jaya jalan yong … · bunga-bunga yang telah digunakan sebagai...

22
1/21 Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.8.2018, MBPJ SULIT SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN, 46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 Jld.6(5) MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2018-2020) BILANGAN2TAHUN 2018 Tarikh : 21 Ogos 2018(Selasa) Masa : 10.30 Pagi 12.14 Tengahari Tempat : Dewan Bunga Tanjung, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA. Hadir : Seperti dilampiran kehadiran. 1. DOA Doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Hakim bin Khairuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan), Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya. 2. TAYANGAN VIDEO 2.1 Tayangan video korporat daripada Unit Komunikasi Korporat mengambil masa selama 11 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis dan Ahli Majlis sepanjang bulanJulai2018. 3. PERUTUSAN PENGERUSI 3.1 YBhg. Datuk Pengerusimengucapkanterima kasih kepada Ketua Jabatan, pegawai-pegawai dan warga kerja Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang telah bersama-sama memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada Majlis bagi memastikan pelbagai program dan aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Upload: vokhuong

Post on 21-Mar-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · bunga-bunga yang telah digunakan sebagai tema FLORIA, di mana . 4/21 Unit Mesyuarat, ... memupuk kesatuan ummah dan pembentukkan

1/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.8.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN,

46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544

------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 Jld.6(5)

MINIT MESYUARAT MAJLIS

(PENGGAL 2018-2020) BILANGAN2TAHUN 2018

Tarikh : 21 Ogos 2018(Selasa)

Masa : 10.30 Pagi –12.14 Tengahari Tempat : Dewan Bunga Tanjung,

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA.

Hadir : Seperti dilampiran kehadiran.

1. DOA

Doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Hakim bin Khairuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan), Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

2. TAYANGAN VIDEO 2.1 Tayangan video korporat daripada Unit Komunikasi Korporat

mengambil masa selama 11 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis dan Ahli Majlis sepanjang bulanJulai2018.

3. PERUTUSAN PENGERUSI

3.1 YBhg. Datuk Pengerusimengucapkanterima kasih kepada Ketua Jabatan, pegawai-pegawai dan warga kerja Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang telah bersama-sama memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada Majlis bagi memastikan pelbagai program dan aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Page 2: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · bunga-bunga yang telah digunakan sebagai tema FLORIA, di mana . 4/21 Unit Mesyuarat, ... memupuk kesatuan ummah dan pembentukkan

2/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.8.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Selaku Datuk Bandar Petaling Jaya, beliau akan sentiasa menitikberatkan perkhidmatan yang berkualiti dan berintegriti diberikan kepada warga Petaling Jaya. Bersesuaian dengan aspirasi dan kehendak penduduk Petaling Jaya, komitmen yang jitu serta semangat kerja berpasukan di antara satu sama lain adalah elemen terpenting yang perlu dikehadapankan.

3.2 PENYEDIAAN BAJET 2019 MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

Secara dasarnya, Majlis telah menyediakan draf Bajet 2019 dengan anggaran defisit bajet 2019 berjumlah RM 39.792 juta bersamaan dengan 10.10%. Bagi bajet 2019, Majlis memutuskan untuk mengurangkan defisit bajet daripada 16.31% pada tahun 2018. Ini kerana, Majlis perlu memastikan pengurusan kewangan Majlis sentiasa berada di dalam keadaan yang baik. Majlis juga perlu memastikan rezab tunai yang dimiliki tidak digunakan kesemua untuk perbelanjaan pembangunan, sebaliknya perlu ada nilai yang kukuh sekiranya Majlis perlu membayar apa-apa liabiliti luar jangkaan (tindakan mahkamah) yang akan dikenakan ke atas Majlis.

Secara kasarnya, bagi mengurangkan perbelanjaan tahun 2019, Majlis akan menghadkan perbelanjaan pembangunan. Walaubagaimanapun Majlis telah memutuskan mana-mana perbelanjaan pembangunan yang penting akan ditampung oleh peruntukan di Akaun Amanah. Oleh itu, projek pembangunan di Majlis akan berjalan seperti biasa dengan menggunakan peruntukan daripada Majlis atau Akaun Amanah. Untuk makluman, perbelanjaan Majlis pada tahun 2017 yang melibatkan peruntukan Majlis dan Akaun Amanah adalah berjumlah RM528.51 juta yang mana peruntukan daripada Akaun Amanah berjumlah RM89.69 juta bersamaan 16.97 peratus.

Sebelum Bajet 2019 ini dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Khas (Bajet 2019) dan juga Mesyuarat Majlis Khas (Bajet 2019), draf bajet ini akan dibentangkan secara terperinci kepada semua Ahli Majlis. Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Landskap akan memaklumkan kepada Ahli Majlis perancangan projek atau kerja-kerja infrastruktur yang akan dilaksanakan pada tahun 2019.

3.3 FESTIVAL FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA 2018

Pertandingan Pameran Taman sempena Festival Floria Diraja Putrajaya ini merupakan program susulan hasil daripada kejayaan penganjuran LAMAN 2004 dan LAMAN 2006 yang diadakan secara

Page 3: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · bunga-bunga yang telah digunakan sebagai tema FLORIA, di mana . 4/21 Unit Mesyuarat, ... memupuk kesatuan ummah dan pembentukkan

3/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.8.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

dwi tahunan di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur oleh Jabatan Landskap Negara (JLN) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bermula tahun 2009 hingga kini, acara ini telah dijadikan aktiviti tahunan oleh Perbadanan Putrajaya dan melibatkan penyertaan peserta-peserta dalam industri landskap tempatan dan antarabangsa. Oleh yang demikian, penyertaan Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Petaling Jaya dalam program ini dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada kakitangan selain membawa nama Majlis ke pertandingan bertaraf antarabangsa. Selain daripada pameran landskap tropika, penjualan bahan tanaman dan pameran produk-produk berkaitan industri landskap juga akan diketengahkan sebagai daya tarikan pengunjung ke festival ini.

Jika dilihat kembali, kejayaan Majlis dalam menyertai pertandingan ini wajar dipuji. Ini kerana, Majlis berjaya memenangi Anugerah Laman Merit Award 2004 pada 17 Julai 2004, Anugerah Laman Merit Award 2006 pada 6 Julai 2006, Anugerah President’s Garden Award pada 30 Mei 2015 dan memenangi dua anugerah iaitu Anugerah Royal Floria Garden Award (Bronze) dan Anugerah Royal Floria Garden Starlight Award (Bronze) pada 27 Mei 2016.

Bagi tahun 2018, pihak penganjur telah memilih tema khas “10 Kegemilangan FLORIA” (10 Wonders of FLORIA) bersempena ulang tahun ke-10 Floria Diraja Putrajaya. Sehubungan dengan itu, kesemua jenis bunga yang pernah menjadi tema seperti Bunga Raya, Orkid, Heliconia, Ros, Bunga Kertas, Begonia, Liliy dan Kekwa semenjak 10 tahun akan dipamerkan menerusi penganjuran Floria pada kali ini.

Pada tahun ini, MBPJ telah dijemput untuk menyertai pertandingan Festival Floria Diraja Putrajaya Ke-10 yang akan diadakan di Anjung Floria Presint 4, Putrajaya pada 25 Ogos – 2 September 2018. Konsep “Cavalcade of Color” (Perarakan Berwarna) telah diterapkan di dalam reka bentuk taman yang dipertandingkan.

Taman ini merupakan manifestasi inisiatif Majlis dalam mengadaptasi dan mempromosikan pertanian bandar di bandar raya Petaling Jaya. Ia dijalankan melalui dua pendekatan saintifik: menanam sayuran melalui kaedah "hidroponik", dan menternak ikan melalui kaedah "akuakultur". Gabungan kedua-dua kaedah ini dipanggil Agrobandar@PJ.

Taman ini juga mempunyai tumbuhan tempatan yang disusun dengan bunga-bunga yang telah digunakan sebagai tema FLORIA, di mana

Page 4: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · bunga-bunga yang telah digunakan sebagai tema FLORIA, di mana . 4/21 Unit Mesyuarat, ... memupuk kesatuan ummah dan pembentukkan

4/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.8.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

pengunjung akan berasa disambut dengan pelbagai warna bunga. Keunikan taman ini akan diremajakan dengan koleksi kreatif arca yang direka menggunakan bahan kitar semula seperti botol plastik, batang kayu dan besi sebagai karya seni.

3.4 MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA MENERIMA ANUGERAH

MSOSH OSH SILVER AWARD 2017

Pada 9 Ogos 2018 yang lalu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menerima pengiktirafan MSOSH OSH Silver Award Winner for 2017 daripada Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) dan seterusnya menjadi PBT pertama di Malaysia yang telah menerima anugerah ini bagi kategori “Public Sector & Statutory Bodies”.

MSOSH OSH Award ini telah diwujudkan sejak 37 tahun yang lalu dan sepanjang penganjuran selama 37 tahun ini, Majlis Bandaraya Petaling Jaya merupakan PBT pertama di Malaysia yang menyertainya.

Bukan mudah untuk sesebuah PBT melaksanakan OSHE memandangkan skop kawasan pentadbiran Majlis yang luas dan bidang tugas yang melibatkan hubungan pelbagai pihak. Pada masa ini, budaya OSHE juga kurang dilaksanakan di sektor kerajaan jika dibandingkan dengan sektor swasta.

MSOSH OSH Award mempunyai standard penilaian yang sangat tinggi yang didasarkan kepada prosedur dan piawaian di dalam sektor minyak dan gas. Kejayaan yang diraih oleh Majlis ini sangat memberangsangkan kerana Majlis baru setahun mendapat pensijilan OHSAS 18001 pada bulan September 2017 yang lalu.

Selaku Datuk Bandar, beliau sangat bangga dan gembira di atas pencapaian ini. Beliau ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerja OSHE Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Puan Hajah Sharipah Marhaini Bte Syed Ali di atas komitmen beliau dan pasukan beliau dalam melaksanakannya. Beliau juga menyeru agar semua warga MBPJ dan Petaling Jaya supaya bersama-sama menggembeling tenaga, berusaha dan bertekad untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat di MBPJ serta membudayakan amalan bekerja dengan selamat di kalangan kakitangan dan kontraktor MBPJ. Semoga pencapaian pada tahun ini akan mencetuskan aspirasi untuk kita mencapai tahap yang lebih tinggi sama ada Gold 2 Award atau Gold 1 Award pada tahun hadapan.

Page 5: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · bunga-bunga yang telah digunakan sebagai tema FLORIA, di mana . 4/21 Unit Mesyuarat, ... memupuk kesatuan ummah dan pembentukkan

5/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.8.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

3.5 PENSIJILAN ISO/IEC 27001:2013 ISMS

Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah berjaya memperolehi pensijilan ISO/IEC 27001:2013 ISMS (Information Security Management System) dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 22 Oktober 2015 lalu di atas kejayaan dalam melaksanakan Sistem Pengurusan Keselamatan bagi Maklumat Elektronik Cukai Taksiran. Tempoh tamat sijil akan berakhir pada 21 Oktober 2018.

Pada tahun ini merupakan tahun pengauditan pensijilan semula ISMS yang akan dilaksanakan oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 27 dan 28 Ogos 2018 bagi memastikan objektif pelaksanaan ISMS tercapai, mematuhi polisi dan prosedur yang telah dibangunkan dan memastikan kecukupan dokumen.

Beliau berharap penglibatan semua pihak perlu berterusan bagi memastikan objektif keselamatan ICT tercapai serta dapat memperkukuhkan perlindungan maklumat dalam aset ICT berteraskan prinsip-prinsip kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan. Dengan kerjasama dan usaha berterusan daripada semua pihak, diharap Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan terus mengekalkan pensijilan semula ISO/IEC 27001:2013 pada tahun ini.

3.6 KESIHATAN, KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI PETALING

JAYA

3.6.1 KES DENGGI DI PETALING JAYA

Jumlah kes demam denggi mingguan yang dilaporkan dari 5 hingga 11 Ogos 2018 (minggu epid ke 32/2018)adalah sebanyak 133 kes. Jumlah ini menunjukkan peningkatan kes sebanyak 23 peratus berbanding kes pada minggu epid 31/2018 dengan jumlah 108 kes. Purata kes mingguan adalah sejumlah 60 kes seminggu.

Keseluruhan kumulatif kes demam denggi bagi tahun 2018 mencatatkan sejumlah 1,931 kes. Angka ini menunjukkan penurunan sebanyak 23 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017, iaitu sejumlah 2,519 kes. Tiada kes kematian dilaporkan setakat ini. Jumlah ini juga adalah yang terendah berbanding 2 PBT lain di daerah Petaling.

Page 6: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · bunga-bunga yang telah digunakan sebagai tema FLORIA, di mana . 4/21 Unit Mesyuarat, ... memupuk kesatuan ummah dan pembentukkan

6/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.8.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Manakala jumlah lokaliti wabak sehingga minggu epid 32 berakhir pada 11 Ogos 2018 adalah 60 lokaliti wabak seperti berikut:

LOKALITI WABAK JUMLAH WABAK YANG

DILAPORKAN PADA 11 OGOS 2018

Wabak Baru (WB) 3

Wabak Terkawal (WT) 38

Wabak Tidak Terkawal (WTK) 9

Hotspot (HS) 10

JUMLAH LOKALITI WABAK 60

Jumlah bilangan kes denggi mengikut zon DUN tahun 2018 sehingga minggu epid 32 adalah seperti berikut:

BIL DUN JUMLAH

PENDUDUK BIL. KES

KADAR INSIDEN /100000

1. Bukit Lanjan 193,454 364 188

2. Kota Damansara 140,960 383 272

3. Seri Setia 98,594 457 464

4. Taman Medan 92,710 204 220

5. Damansara Utama

73,859 203 275

6. Bukit Gasing 75,109 216 288

7. Kampung Tunku 38,314 104 271

Page 7: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · bunga-bunga yang telah digunakan sebagai tema FLORIA, di mana . 4/21 Unit Mesyuarat, ... memupuk kesatuan ummah dan pembentukkan

7/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.8.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Bilangan Kawasan Hotspot Terkini Dilaporkan (Sehingga 11/8/2018)

BIL SENARAI NAMA LOKALITI

WABAK

JUMLAH KES

TERKINI

WABAK DI JANGKATAMAT

1 Seri Setia SS7 Kelana Putera Kondo

41 16/8/2018

2 Seri Setia SS7 Kelana Puteri Kondo

62 24/8/2018

3 Sri Pjs 5 Flat Desa Mentari : Blok 7 & 8

7 19/8/2018

4 Sri PJS 8 Mentari Court 21 22/8/2018

5 Tm PJS 2C Apt Medan Cahaya (Blok A-H)

8 20/8/2018

6 Kd PJU 1A Ara Damansara Teres G : Jln 43-43h, 51-51b

12 24/8/2018

7 Kd PJU 5 Seksyen 6 Gugusan Tanjung

5 13/8/2018

8 Kt SS 3 Teres B 8 23/8/2018

9 Bl PJU 8 Apt Flora Damansara 1 (Blok A,B)

12 16/8/2018

10 Bl PJU 10 Indah Kondo 17 18/8/2018

JUMLAH 193

3.6.2 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN

Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran komited memantau aspek kebersihan dengan melakukan penggredan premis makanan di sekitar Petaling Jaya. Berikut adalah maklumat sehingga bulan Julai 2018.

Page 8: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · bunga-bunga yang telah digunakan sebagai tema FLORIA, di mana . 4/21 Unit Mesyuarat, ... memupuk kesatuan ummah dan pembentukkan

8/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.8.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Aspek pemantauan adalah melalui penggredan premis. Setakat ini, penggredan premis yang dilakukan adalah sebanyak 550. Pecahan gred premis seperti berikut :

BIL KATEGORI PENGGREDAN

PREMIS JUMLAH

1 A 278

2 B 182

3 C 90

JUMLAH 550

Seterusnya, tindakan penguatkuasaan lain yang dilakukan adalah mengeluarkan notis, kompaun, penutupan premis dan tindakan mahkamah. Berikut adalah pecahan tindakan-tindakan yang dibuat mengikut bilangan.

BIL PERKARA JUMLAH

1 Notis 278

2 Kompaun 1002

3 Penutupan Premis 126

4 Tindakan Mahkamah 1

3.6.3 PROGRAM SEDAR

Pasukan SEDAR, masih aktif lagi dilaksanakan. Sehingga kini, sebanyak 221 pasukan SEDARtelah ditubuhkan dan di perluaskan kepada lokasi-lokasi seperti berikut: 1) 153 Pasukan SEDAR Komuniti 2) 53 Pasukan SEDAR Sekolah 3) 5 Pasukan SEDAR Tapak Binaan 4) 7 Pasukan SEDAR MBPJ 5) 2 Pasukan SEDAR Kilang (Western Digital dan Dutch Lady) 6) 1 Pasukan SEDAR Hospital (KPJ Damansara Specialist

Hospital)

Page 9: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · bunga-bunga yang telah digunakan sebagai tema FLORIA, di mana . 4/21 Unit Mesyuarat, ... memupuk kesatuan ummah dan pembentukkan

9/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.8.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

3.7 SAYANGI MALAYSIAKU

Masyarakat dalam sesebuah negara, sememangnya mengharapkan suasana aman, damai, harmoni, selamat, sejahtera dan maju dalam menjalani aspek kehidupan. Namun, kehidupan yang sejahtera tidak mungkin tercapai tanpa pengorbanan dan usaha gigih ke arah mewujudkan dan mengekalkan suasana tersebut sehinggalah berterusan hingga ke generasi akan datang.

Kesejahteraan negara tidak akan tercapai sepenuhnya jika aspek kesatuan tidak dijaga dan dimantapkan dengan baik. Usaha untuk memupuk kesatuan ummah dan pembentukkan masyarakat majmuk boleh dilakukan melalui pelbagai cara seperti menghayati dan menekuni Rukun Negara dengan baik, menghayati konsep kepimpinan yang diamanahkan untuk mentadbir dan mengurus mengikut peraturan yang ditetapkan. Ia juga dapat dimantapkan apabila pemimpin dan masyarakat berperanan dalam mengamalkan dan mewujudkan keadilan dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Dalam konteks sebuah negara berdaulat yang memiliki komuniti majmuk dan berlatarbelakangkan pelbagai kaum, Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan adalah punca kuasa dan rujukan utama dalam usaha menjamin kesejahteraan dalam kehidupan.

Pendekatan yang mantap digunakan sebagai saluran dalam pentadbiran negara telah berjaya menghasilkan suasana perpaduan, saling menghormati dan bertoleransi dalam kehidupan bermasyarakat. Natijahnya, kesejahteraan hidup terpelihara, semangat patriotisme rakyat meningkat serta imej keselamatan dan keamanan negara dapat diperkasakan.

Generasi muda di negara ini perlu dibentuk dan dididik dengan pelbagai ilmu dan kemahiran serta berkepakaran tinggi agar mereka dapat menjadikan negara Malaysia sebuah negara maju setanding dengan negara-negara maju di dunia ini. Kepelbagaian bangsa, sosial, agama dan adat resam merupakan suatu keunikan dan hikmah terbesar kepada manusia. Kepelbagaian ini membolehkan manusia mempelajari dan mengenali antara satu sama lain serta mengambil manfaat daripadanya.

Penetapan Sayangi Malaysiakusebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini adalah bagi menunjukkan bahawa betapa pentingnya rakyat Malaysia untuk saling memahami dan hormat menghormati serta bersatu padu untuk menentukan masa depan Negara agar lebih gemilang, stabil, dan aman damai.

Page 10: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · bunga-bunga yang telah digunakan sebagai tema FLORIA, di mana . 4/21 Unit Mesyuarat, ... memupuk kesatuan ummah dan pembentukkan

10/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.8.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Justeru marilah bersama-sama membina bangsa dan negara kita dengan penuh perasaan kasih sayang, hormat-menghormati dan menjunjung tatasusila serta adab yang luhur sesuai dengan adab ketimuran yang penuh dengan kesantunannya. Buang yang keruh, ambil yang jernih dan tekad untuk menapak maju ke hadapan dalam membina negara yang disifatkan Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur(negeri yang baik dan Tuhan Yang Maha Pengampun).

Beliau ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha dan Selamat Hari Kebangsaan kepada semua. Diharap, kedua-dua sambutan ini memberi erti makna yang besar buat kita semua dalam menghayati pengorbanan dan menjalani kehidupan dengan lebih baik.

4. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA:- 4.1 MINIT MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA PETALING

JAYABILANGAN 1 TAHUN 2018 (PENGGAL 2018/2020).

4.1.1 Minit Mesyuarat Majlis bilangan 1 Tahun 2018 bagi penggal 2018/2020bertarikh 31 Julai 2018 disahkan tanpa pindaan.

5. LAPORAN MAKLUMBALAS KE ATAS MINIT MESYUARAT MAJLIS BILANGAN 1 TAHUN 2018 (PENGGAL 2018/2020) YANG TELAH DIADAKAN PADA 31 JULAI 2018. - Tiada

6. MENIMBANGKAN CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA-JAWATANKUASA MAJLIS.

6.1 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA TENDER

BERTARIKH 2 OGOS 2018 DAN 14 OGOS 2018.

(RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 5 (2)) (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 5 (103)) 6.1.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Juruukur Bahan, MBPJ.

Page 11: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · bunga-bunga yang telah digunakan sebagai tema FLORIA, di mana . 4/21 Unit Mesyuarat, ... memupuk kesatuan ummah dan pembentukkan

11/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.8.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

6.2 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) BERTARIKH 3 OGOS 2018 DAN 16 OGOS 2018. (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/5 JLD. 6 (51)) (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/5 JLD. 6 (53)) 6.2.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Unit Pusat Setempat, MBPJ. 6.3 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

PENGINDAHAN BANDAR BERTARIKH 13 OGOS 2018. (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/21 JLD. 2 (32))

6.3.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ.

6.4 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KAWALAN

PERNIAGAAN DAN KESIHATAN BERTARIKH 14 OGOS 2018. (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/7 JLD. 3 (2)) 6.4.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan minit seperti berikut:- Perkara 7.2.1 muka surat 11. 3.7.2 Gerai Jalan 2/27, Seksyen 2 Sebelah Tandas Awam

Beliau memaklumkan pada Jun 2018 telah berlaku satu kebakaran. Pertanyaan beliau ialah mengenai status tanah gerai di Jalan 2/27, penyewa membayar sewa kepada siapa dan adakah peniaga ini telah dilesenkan. Beliau juga mendapati pegerai sedang memperbaiki gerai tersebut.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Dan

Persekitaran, MBPJ.

Page 12: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · bunga-bunga yang telah digunakan sebagai tema FLORIA, di mana . 4/21 Unit Mesyuarat, ... memupuk kesatuan ummah dan pembentukkan

12/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.8.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

6.5 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANGAN BANDAR BERTARIKH 15 OGOS 2018. (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/14 JLD. 2 (107))

6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan tambahan minit seperti berikut:-

Bagi perkara 4.1.2 di muka surat 9 Encik Wong Swee Sang mencadangkan agar Puan Phua Ghin Chu dilibatkan di dalam Mesyuarat Teknikal Rekabentuk Sejagat dan Aksebiliti Petaling Jaya bagi memberi pandangan berkaitan keperluan OKU. YBhg. Datuk Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat pakar dikalangan OKU yang dilibatkan di dalam Mesyuarat Teknikal Rekabentuk Sejagat dan Aksebiliti Petaling Jaya, akan tetapi mesyuarat boleh melibatkan Puan Phua Ghin Chu sekiranya ingin hadir ke mesyuarat tersebut. Bagi perkara 4.1.3 di muka surat 10 iii) Puan Phua Ghin Chu dilibatkan di dalam Mesyuarat

Teknikal Rekabentuk Sejagat sekiranya berkaitan dengan agenda yang hendak dibentangkan.

Tambahan nama Ahli Majlis iaitu Puan Phua Ghin Chu yang tidak diminitkan di dalam lampiran kehadiran

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perancangan dan Pembangunan, MBPJ.

6.6 CADANGAN MINIT MESYUARAT PIHAK BERKUASA MELANTIK

BERTARIKH 15 OGOS 2018. (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/17 JLD. 2 (67)) 6.6.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Penolong Pengarah Kanan, Sumber Manusia, MBPJ.

Page 13: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · bunga-bunga yang telah digunakan sebagai tema FLORIA, di mana . 4/21 Unit Mesyuarat, ... memupuk kesatuan ummah dan pembentukkan

13/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.8.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

6.7 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEMASYARAKATAN, PERKHIDMATAN KORPORAT DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERTARIKH 15 OGOS 2018. (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/10 JLD. 3 (30))

6.7.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Penolong Pengarah Kanan, (Sumber Manusia), MBPJ.

6.8 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

INFRASTRUKTUR DAN PENASIHAT LALULINTAS BERTARIKH 16 OGOS 2018. (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/9 JLD. 2 (102)) 6.8.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan minit seperti berikut:- Perkara 4.1.1 di muka surat 8 4.1.1 Ahli Majlis Encik Chan Pak Keung meminta diaturkan tiga

(3) sesi taklimat kepada penduduk berkenaan projek LRT ini yang melibatkan penduduk di Jalan Tropicana Selatan, Kg. Kayu Ara dan Bandar Utama.

Perkara 4.1.5 di muka surat b) b) Pihak Prasarana hendaklah mengaturkan tiga (3) sesi

taklimat bersama penduduk di Jalan Tropicana Selatan, Kg. Kayu Ara dan Bandar Utama dengan disertai Ahli Majlis kawasan dan pegawai Majlis.

Perkara 4.4.2 di muka surat 12 a) Menerima dan mengambil maklum permohonan

pengorekan jalan oleh Tetuan Tenaga Nasional Berhad dan juga Tetuan Digi Telecomunications Sdn. Bhd. yang dibentangkan oleh Penolong Pengarah Kanan (Jalan).

b) Menolak permohonan pengorekan jalan oleh Tetuan Tenaga Nasional Berhad dan juga Tetuan Digi Telecomunications Sdn. Bhd.

Page 14: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · bunga-bunga yang telah digunakan sebagai tema FLORIA, di mana . 4/21 Unit Mesyuarat, ... memupuk kesatuan ummah dan pembentukkan

14/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.8.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Perkara 4.5.1 g)

Berikut adalah cadangan senarai nama Ahli Majlis untuk menganggotai Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Halangan Di sekitar Petaling Jaya:-

BIL NAMA AHLI MAJLIS STATUS

1. Encik Terence Tan Teck Seng- Pengerusi Ahli Sedia ada

2. Encik Ong Yew Thai Lantikan Baharu

3. Encik Mohamad Shakirien bin Dato’ Abd Razak

Lantikan Baharu

4. Encik Chan Pak Keung Lantikan Baharu

4. Cik Quratulain Atiqah binti Norzahirul Anuar

Lantikan Baharu

Perkara 4.6.1 g)

Berikut adalah cadangan senarai nama Ahli Majlis untuk menganggotai Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal membincangkan Masalah Letak Kereta di sekitar Petaling Jaya:-

BIL NAMA AHLI MAJLIS STATUS

1. Encik Terence Tan Teck Seng - Pengerusi Ahli Sedia ada

2. Encik Suriase a/l Gengiah Ahli Sedia ada

3. Encik Wong Swee Sang Ahli Sedia ada

4. Encik Anwar bin Nekhan Lantikan Baharu

4. Tuan Haji Mohamad Saleh bin Ishak Lantikan Baharu

5. Encik Thayalan a/l Krishnasamy Lantikan Baharu

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ. 6.8.2 Mesyuarat turut mengambil maklum berkaitan perkara berikut:-

a) Enciki Derek John Fernandez meminta agar Pengarah

Jabatan Kejuruteraan mengadakan mesyuarat bersama pihak utiliti seperti Syabas, TNB, dan lain-lain dan melibatkan Ahli Majlis bagi tujuan penyelarasan kerja. Penggorekan jalan hanya melibatkan kerja-kerja kecemasan.

Page 15: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · bunga-bunga yang telah digunakan sebagai tema FLORIA, di mana . 4/21 Unit Mesyuarat, ... memupuk kesatuan ummah dan pembentukkan

15/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.8.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

b) Pengarah Jabatan Kejuruteraan memaklumkan bahawa beliau pernah mengadakan mesyuarat bersama pihak utiliti dan meminta jadual kerja atau perancangan kerja. Alasan yang diberi terdapat kerja-kerja pembangunan yang tidak dimaklumkan kepada pihak utiliti. Akan tetapi alasan ini tidak boleh diterima memandangkan sebarang pembangunan dibincangkan di dalam Mesyuarat OSC yang dihadiri oleh pihak utiliti.

c) Encik Terence Tan Teck Seng turut memaklumkan bahawa

perkara ini telah banyak kali dibawa ke Mesyuarat Infrastruktur dan Penasihat Lalulintas, akan tetapi jadual dan pelaksanaan kerja masih tidak dikemukakan.

6.8.3 Mesyuarat membuat keputusan seperti berikut:-

a) Pengarah Jabatan Kejuruteraan mengadakan mesyuarat

bersama pihak utiliti seperti Syabas, TNB, dan lain-lain dan melibatkan Ahli Majlis bagi tujuan penyelarasan kerja.

6.9 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN

BERTARIKH 17 OGOS 2018. (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/2 JLD. 4 (36)) 6.9.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan seperti berikut:- Tambahan ayat bagi perkara 4.8.1 c) perenggan 3 seperti berikut:- c) Teguran oleh Encik Derek John Fernandez bagi item 20

dan 24, Logistik adalah perkara yang sama. Beliau turut meminta supaya bayaran dibawah item Persembahan dan yuran MC dikurangkan .........

Pindaan bagi perkara 4.8.1 d) seperti berikut:- d) Cadangan oleh Puan Ermeemarianna binti Saadon

supaya:-

i) Pihak Majlis menjemput dan mengetengahkan peserta yang menjadi juara program-program yang dianjurkan oleh Majlis untuk membuat

Page 16: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · bunga-bunga yang telah digunakan sebagai tema FLORIA, di mana . 4/21 Unit Mesyuarat, ... memupuk kesatuan ummah dan pembentukkan

16/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.8.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

persembahan semasa Majlis Perasmian pada 10hb September 2018.

ii) Selain itu, bagi pengacara Majlis (Majlis

Perasmian) beliau mencadangkan agar Majlis mengambil khidmat kakitangan Majlis yang berpotensi dan memberi `token’ atau saguhati yang berpatutan contohnya RM1,000.00 – 2,000.00 bagi mengelakkan dari sebarang masalah teknikal yang timbul.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ. 6.9.2 Mesyuarat turut mengambil maklum berkaitan perkara yang

dibangkitkan oleh Encik Terence Tan Teck Seng seperti berikut:- a) Beliau meminta agar perbelanjaan bagi perbelanjaan

penganjuran PJ Fair 2018 di muka surat 7 dikurangkan memandangkan perbelanjaan terlalu tinggi iaitu RM1,168,900.00.

b) YBhg. Datuk Pengerusi memaklumkan Urusetia program telah membincangkan perkara tersebut secara terperinci dan ada penjimatan setelah program berjalan.

7. UCAPAN PENANGGUHAN 7.1 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK DEREK JOHN

FERNANDEZ

7.1.1 Penubuhan Group `WhatApps’ bagi tujuan Pemantauan

Beliau memaklumkan bahawa baru-baru ini kebanyakan tugas-tugas berkaitan pembersihan telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri. Walaubagaimanapun, di zon beliau perkhidmatan pembersihan yang diberikan adalah terbaik. Menurut beliau salah satu sebab perkhidmatan yang diberikan adalah lebih baik daripada tempat lain kerana terdapat group `WhatApps’ yang dianggotai oleh Ahli Majlis, Pengawas, Penyelia, kontraktor pembersihan. Penduduk kawasan turut dimasukkan di dalam group tersebut supaya dapat menyalurkan laporan bergambar atau aduan dengan segera. Cara ini dapat mempercepatkan lagi

Page 17: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · bunga-bunga yang telah digunakan sebagai tema FLORIA, di mana . 4/21 Unit Mesyuarat, ... memupuk kesatuan ummah dan pembentukkan

17/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.8.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

tindakan oleh kontraktor yang dilantik serta pemantauan dan dapat meningkatkan perkhidmatan Majlis.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar pengarah-pengarah jabatan dapat menubuhkan group `WhatApps’ di zon-zon lain untuk meningkatkan lagi prestasi pemantauan ke atas kerja-kerja serta-lain-lain perkhidmatan Majlis. Beliau berharap agar kita sebagai PBT bekerja lebih kuat daripada Kerajaan Negeri untuk memberi kepercayaan kepada rakyat dan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kita.

7.1.2 Hutang Majlis oleh Kerajaan Persekutuan

Beliau memaklumkan bahawa baru-baru ini Menteri Kewangan telah mendedahkan maklumat bahawa GST Tax dan `refund’ tidak akan dipulangkan oleh Kerajaan Persekutuan. MBPJ adalah salah satu mangsa keadaan di mana Kerajaan Persekutuan berhutang dengan MBPJ sebanyak RM25 juta untuk GST Tax. Perkara lain yang Kerajaan Persekutuan berhutang dengan MBPJ adalah pendahuluan duit sebanyak RM65juta bagi projek PPRT Lembang Subang. Beliau berharap agar Kerajaan Persekutuan dapat membayar hutang kepada Majlis yang dianggarkan sebanyak RM90 juta.

Menurut beliau, jumlah RM90 juta adalah terlalu besar. Beliau memaklumkan bahawa MBPJ adalah satu PBT yang tidak mempunyai hutang dan menggunakan bajet sendiri untuk mentadbir kawasan majlis tanpa menaikkan kutipan cukai taksiran.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar Kerajaan Persekutuan dapat memulangkan hutang kepada Majlis.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.14 pagi. YBhg. Datuk Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli mesyuarat.

(JOHARY BIN ANUAR,AMS) Setiausaha, b.p. Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Bertarikh : 31 Ogos 2018

Page 18: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · bunga-bunga yang telah digunakan sebagai tema FLORIA, di mana . 4/21 Unit Mesyuarat, ... memupuk kesatuan ummah dan pembentukkan

18/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.8.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

LAMPIRAN KEHADIRAN

HADIR: 01. YBhg. Dato’ Mohd Azizi bin Mohd Zain, - Pengerusi

D.S.I.S., A.M.N., A.M.S. Datuk Bandar, MBPJ.

02. Tuan Johary bin Anuar, A.M.S.

Timbalan Datuk Bandar, MBPJ.

03. Encik Terence Tan Teck Seng, Ahli Majlis, MBPJ.

04. Encik Suriase a/l Gengiah, Ahli Majlis, MBPJ.

05. Encik Mohamad Shakirien bin Dato’ Abd Razak Ahli Majlis, MBPJ

06. Tuan Haji Mohd Saleh Ishak

Ahli Majlis, MBPJ.

07. Encik Ahmad Akhir bin Pawan Cik, P.J.K. Ahli Majlis, MBPJ.

08. Encik Tang Fuie Koh,

Ahli Majlis, MBPJ. 09. Encik Ong Swee Long,

Ahli Majlis, MBPJ. 10. Encik Derek John Fernandez, P.J.K.

Ahli Majlis, MBPJ.

Page 19: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · bunga-bunga yang telah digunakan sebagai tema FLORIA, di mana . 4/21 Unit Mesyuarat, ... memupuk kesatuan ummah dan pembentukkan

19/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.8.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

11. Puan Elaine Magdaline Nathaniel, Ahli Majlis, MBPJ.

12. Encik Wong Swee Sang, Ahli Majlis, MBPJ.

13. Puan Ermeemarianna binti Saadon,

Ahli Majlis, MBPJ. 14. Encik Sugumaran a/l R Annamalai,

Ahli Majlis, MBPJ. 15. Encik Anwar bin Nekhan,

Ahli Majlis, MBPJ. 16. Encik Chan Pak Keung,

Ahli Majlis, MBPJ.

17. Puan Nurainie Haziqah binti Shafi’i, Ahli Majlis, MBPJ.

18. Y.M. Puan Raja Fairuz binti Raja Mazlan,

Ahli Majlis, MBPJ.

19. Encik Leong Chee Cheng, Ahli Majlis, MBPJ.

20. Encik Loyis Anak Uding,

Ahli Majlis, MBPJ.

21. Encik Ong Yew Thai, Ahli Majlis, MBPJ.

22. Puan Quratulain Atiqah bt Norzahirul Anuar,

Ahli Majlis, MBPJ.

23. Encik Thayalan a/l Krishnasamy, Ahli Majlis, MBPJ.

24. Encik Farhan Haziq bin Mohamed,

Ahli Majlis, MBPJ.

25. Puan Pua Ghin Chu, Ahli Majlis, MBPJ.

Page 20: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · bunga-bunga yang telah digunakan sebagai tema FLORIA, di mana . 4/21 Unit Mesyuarat, ... memupuk kesatuan ummah dan pembentukkan

20/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.8.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

26. Puan Rahibah binti Che Omar,

Ahli Majlis, MBPJ.

HADIR BERSAMA: 01. Encik Zain Azly bin Abdul Rahman,P.J.K,

Wakil Timbalan Setiausaha, Jabatan Perancangan Pembangunan, MBPJ.

02. Tuan Ir. Ismail bin Shafie, A.M.S.,

Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

03. YBhg. Datin Sr. Amreeta Kaur, P.P.T., M.R.I.S.M. Pengarah, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MBPJ.

04. Encik Aznan bin Hassan, A.I.S,

Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, MBPJ.

05. Cik Ummu Fatin bt Maslan, Wakil Pengarah, Unit Teknologi Maklumat, MBPJ.

06. Puan Hamidah binti Haji Ariffin, P.P.T., Pengarah, Jabatan Kawalan Bangunan, MBPJ.

07. Puan Zuraidah binti Sainan, Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ.

08. Encik Mohd Fauzi bin Maarop, P.J.K., Pengarah, Jabatan Penguatkuasaan, MBPJ.

09. Encik Noor Azman bin S. Ali Wakil Pengarah, Jabatan Khidmat Pengurusan,MBPJ.

10. Puan Hjh. Nik Nazli binti Nik Abdullah, Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ.

11. Puan Haniza binti Abdul Hamid, P.P.T.,

Pengarah, Unit Perhubungan Awam

12. Puan Hajah Sharinaz binti Haji Samsudin,

Page 21: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · bunga-bunga yang telah digunakan sebagai tema FLORIA, di mana . 4/21 Unit Mesyuarat, ... memupuk kesatuan ummah dan pembentukkan

21/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.8.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Pengarah, Jabatan Pelesenan, MBPJ. 13. Puan TPr. Noor Ashikin bt Abdul Rahman

Pengarah, Unit Pusat Setempat (OSC), MBPJ. 14. Puan Hjh. Norlida binti Md Isa,

Pengarah, Unit Audit Dalam dan Integriti, MBPJ. 15. Encik Mohd Yusof bin Che Aziz

Wakil Pengarah, Unit Perundangan, MBPJ. 16. Encik Lee Lih Shyan

Pengarah, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, MBPJ.

17. Encik Mohd Khairulfaiz bin Hairuddin, Wakil Pengarah, Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB), MBPJ.

18. Puan Sr. Hajah Saliza binti Mohd Masri, M.R.I.S.M.,

Penolong Pengarah Kanan (Tender dan Kontrak). Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

19. Tuan Haji Ahmad Johari bin Salleh, P.P.T., Penolong Pengarah Kanan (Latihan), Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

20. Puan Siti Maskas binti Daud Penolong Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Dan Persekitaran, MBPJ.

URUSETIA:

01. Puan Haslida binti Samat,

Penolong Pegawai Tadbir Kanan (Urusetia), Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

02. Puan Sunita binti Saad,

Pembantu Tadbir Kanan, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

03. Cik Nur Zaidah binti Abd. Kadir,

Page 22: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · bunga-bunga yang telah digunakan sebagai tema FLORIA, di mana . 4/21 Unit Mesyuarat, ... memupuk kesatuan ummah dan pembentukkan

22/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.8.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Pembantu Tadbir, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.