sukan tahunan 2014 - kertas kerja

6
 KERTAS KERJA: KEJOHANAN OLAHRAGA KE-28, 3 MEI 2014 SMK SEKSYEN 16, SHAH ALAM OLEH: JAWATANKUASA SUKAN & OLAHRAGA 2/26/2013

Upload: melvin-martinez

Post on 10-Oct-2015

44 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kejohanan Balapan & Padang 2014 SMK Seksyen 16 Shah Alam

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA:

KERTAS KERJA:KEJOHANAN OLAHRAGA KE-28, 3 MEI 2014SMK SEKSYEN 16, SHAH ALAM

OLEH: JAWATANKUASA SUKAN & OLAHRAGA2/26/2013

1. TUJUANKertas kerja ini dibentangkan oleh Jawatankuasa Sukan & Olahraga untuk mendapat peruntukan bagi membiayai Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 28, SMK Seksyen 16, Shah Alam bagi tahun 2014 daripada Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (Sukan Tahunan Sekolah), SMK Seksyen 16, Shah Alam.

2. PENGENALANKejohanan Balapan dan Padang merupakan aktiviti yang melibatkan seluruh warga sekolah serta berunsurkan intergrasi kaum. Memandangkan kejohanan ini merupakan salah satu aktiiviti yang penting dalam takwim kokurikulum, maka pihak sekolah bercadang mengadakan Kejohanan tersebut pada 3 Mei 2014, hari Sabtu bertempat di Stadium Shah Alam, Shah Alam.

3. LATAR BELAKANGSetiap tahun, ramai murid dihantar mewakili sekolah dalam Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Petaling Perdana. Namun demikian, pencapaian murid dalam bidang ini agak tidak konsisten dan kurang cemerlang. Kejohanan ini akan memberi peluang kepada pihak sekolah untuk mengenal pasti dan seterusnya mencungkil bakat murid-murid dalam bidang sukan ini.

4. OBJEKTIFKertas kerja ini mempunyai objektif-objektif seperti berikut :

Mengenal pasti arah perkembangan sukan permainan di sekolah ini termasuk:-4.1 mencungkil bakat murid-murid dalam bidang olahraga,4.2 membina nilai semangat kesukanan di kalangan murid-murid4.3 Memberi peluang kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang sihat4.4 Merapatkan hubungan silatulrahim ibu bapa dengan warga sekolah4.5 Menyenaraikan keperluan kewangan, tenaga manusia, peralatan dan tempat untuk sukan ini

5. JAWATANKUASA INDUKPengerusi: Pengetua Cemerlang Pn Meriam binti HusinNaib Pengerusi: Penolong Kanan Kokurikulum Pn Ton Tijah binti JajuliSetiausaha: Pn Seily Aswanie binti OthmanPenolong Setiausaha: Cik Chin Kim Har En. Asmadi SukamatAhli: En Mohamad Khamidon Bin Sadi En. Fakhrul Anwar Bin Pauzai En. Adzman Bin Abu Hassan Pn. Wan Suryati Binti Wan Ahmed Pn. Siti Mariam Binti Ahmad Sekak Pn. Norhazilawati Binti M.Jamil Pn. Siti Fatimah Bt Omar Datin Marizan Binti Mohd Noor Pn.

6. PROGRAM / PENGELOLAAN SUKAN TAHUNAN6.1 Tarikh: 3 Mei 2013 (Hari Sabtu)6.2 Masa : 8:00 pagi6.3 Tempat : Stadium Shah Alam, Shah Alam Selangor

7. CADANGAN TETAMU KHAS1. Yang Dipertua PIBG 2. Timbalan Yang Dipertua PIBG

8. ATURCARA MAJLIS7:00 pagi: Berkumpul di arena mengikut rumah sukan masing-masing7:15 pagi: Pelajar bersedia untuk perbarisan7:30 pagi: Upacara Perbarisan Lintas Hormat: Lagu Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah: Upacara Menaikkan Bendera Kejohanan: Bacaan Doa: Ucapan Pengetua: Ucapan Perasmian: Lafaz Ikrar: Persembahan Unit Beruniform (Taekwando & Silat)8:30 pagi: Penyampaian Hadiah (acara Padang)8:45 pagi: Acara sukan bermula11:30 pagi: Penyampaian Hadiah12:00 tgh hari: Bersurai

9. ANGGARAN PERBELANJAAN

10. SUMBER KEWANGANBantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (Sukan Tahunan Sekolah)

11. PENUTUPPembangunan sukan bermula di peringkat sekolah. Demi mencapai matlamat pada jangka masa panjang, diharap pihak jawatakuasa sukan dan olahraga dapat mencetuskan minat seterusnya mencungkil bakat murid-murid dalam kejohanan ini. Di samping mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan, murid-murid digalak menyertai sukan ini untuk kesihatan diri dan seterusnya menyumbang markah merit dalam bidang kokurikulum.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

____________________________ __________________________ (CHIN KIM HAR) (TON TIJAH BINTI JAJULI)Penolong Setiausaha Penolang Kanan KokurikulumJawatankuasa Sukan & Olahraga SMK Seksyen 16, Shah AlamSMK Seksyen 16, Shah Alam

Diluluskan oleh,

__________________________________(MERIAM BINTI HUSIN)Pengetua Cemerlang SMK Seksyen 16, Shah Alam

ckh/sukan

Sheet1BILPERKARABUTIRANJUMLAH(RM)1PingatRM 4.00 x 360 buah1440.002Hadiah GuruRM100100.003Hadiah Acara PadangRM 6.50 x 66 buah429.004Hadiah perbarisan (hamper)RM 100.00 x 1 buah100.005Air mineral untuk murid bertugasRM 10.00 x 15 kotak150.006Makanan untuk murid bertugasRM 2.50 x 300 org750.007Sewa KanopiRM 150 x 2 buah 300.008SijilRM 50.00 x 3 paket150.009Dakwat printer (hitam)RM 80.00 x 2 katrij160.0010Dakwat printer (warna)RM 100.00 x 1 katrij100.0011Peruntukan rumah sukanRM 100.00 x 5 psk500.0012Kasut 'spike'RM70.00 X 24 pasang1680.0013papan lonjak lompat jauhRM 250.00 x 1set250.0014Kain (ikat kaki)RM2.00 x 5 meter10.0015Bola TenisRM20.00 x 4 unit80.0016Kayu RM2.00 x 20 blok40.0017Tepung RM2.00 x 10 paket20.0018tali 1 unit350.0019Bola Ping PongRM10.00 x 6 unit60.0020Coklat RM50.00 x 1 unit50.00JUMLAH6259.00