suikan memanah

Upload: reenaz-iena

Post on 04-Mar-2016

241 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

good

TRANSCRIPT

Di benua Amerika Utara kelab memanah pertama mula ditubuhkan pada tahun 1828 yang dikenali dengan namaUnited Bowman of Philadelphia.Memanah mula dimasukkan dalam acara sukan Olimpik pada tahun 1900 di Paris, tahun 1904 di Saint Louis dan tahun 1920 di Belgium. Selepas tahun itu, sukan memanah tidak dipertandingkan di Sukan Olimpik kerana tidak ada satu peraturan yang tetap mengenai pertandingan sehinggaThe Federation International de tir a l'arc(FITA) menggubal undang-undang pertandingan. Sukan memanah dimasukkan kembali dalam acara Sukan Olimpik pada tahun 1972 di Munich.FITA ditubuhkan pada tahun 1931 bertujuan untuk mempopular dan menggalakkan sukan memanah di seluruh dunia. FITA juga dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan kejohanan-kejohanan memanah peringkat antarabangsa dan dunia dan juga sebagai badan yang menjaga dan mengiktiraf segala rekod dunia dalam sukan memanah.Di Malaysia sukan memanah adalah di bawah kelolaan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM). Di peringkat sekolah sukan memanah adalah di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Pada tahun 1996 buat pertama kalinya sukan memanah dipertandingkan di peringkat MSSM. Dengan adanya kejohanan memanah seumpama ini, diharapkan penglibatan para pelajar dalam sukan ini akan dapat diperluas untuk mencungkil bakat-bakat baru yang bakal mewakili negara di peringkat yang lebih tinggi.