stpm akaun 2007 paper1

15
SOALAN STPM KERTAS 1 2007 1.(a) Bincangkan setiap perkara yang berikut dari segi aspek, iaitu prinsip dan amalan perakaunan yang terlibat, tindakan wajar yang perlu diambil agar sesuai dengan prinsip perakaunan yang diterima umum, dan kesan terhadap untung rugi, aset, liabiliti, dan ekuiti jika tindakan yang sewajarnya diambil. (i) Pendapatan faedah yang terdapat dalam akaun untung rugi termasuk faedah atas ambilan rakan kongsi yang tertunggak. (ii) Pendapatan sewa yang ditunjukkan dalam penyata untung rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2006 meliputi pendapatan sewa sebanyak RM18,000 bagi tempoh 1 April 2006 hingga 31 Mac 2007. (iii) Beberapa peralatan khemah yang dibeli pada tahun semasa yang bernilai RM400,000 telah dimasukkan ke dalam akaun belanja walaupun khemah itu mempunyai tempoh hayat selama 5 tahun. Khemah dianggap sebagai belanja selaras dengan keputusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang tidak memberikan sebarang potongan terhadap belanja itu. Polisi syarikat menggunakan kadar garis lurus bagi semua asetnya. (iv) Sejenis inventori dagangan dinilai berdasarkan nilai kos. Walau bagaimanapun, nilai pasaran inventori itu lebih rendah daripada kos asalnya. Penilaian inventori akhir dibuat melalui penghitungan fizikal pada setiap 31 Disember. (b) Yang berikut ialah penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun 2005 dan 2006 untuk Syarikat Kuchai Berhad. Syarikat mula beroperasi pada 1 Januari 2005. Syarikat Kuchai Berhad Penyata Pedapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2006 2005 RM ‘000 RM ‘000 1

Upload: denixng

Post on 08-Jun-2015

1.809 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: STPM Akaun 2007 Paper1

SOALAN STPM KERTAS 1 2007

1.(a) Bincangkan setiap perkara yang berikut dari segi aspek, iaitu prinsip dan amalan perakaunan yang terlibat, tindakan wajar yang perlu diambil agar sesuai dengan prinsip perakaunan yang diterima umum, dan kesan terhadap untung rugi, aset, liabiliti, dan ekuiti jika tindakan yang sewajarnya diambil.

(i) Pendapatan faedah yang terdapat dalam akaun untung rugi termasuk faedah atas ambilan rakan kongsi yang tertunggak.

(ii) Pendapatan sewa yang ditunjukkan dalam penyata untung rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2006 meliputi pendapatan sewa sebanyak RM18,000 bagi tempoh 1 April 2006 hingga 31 Mac 2007.

(iii) Beberapa peralatan khemah yang dibeli pada tahun semasa yang bernilai RM400,000 telah dimasukkan ke dalam akaun belanja walaupun khemah itu mempunyai tempoh hayat selama 5 tahun. Khemah dianggap sebagai belanja selaras dengan keputusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang tidak memberikan sebarang potongan terhadap belanja itu. Polisi syarikat menggunakan kadar garis lurus bagi semua asetnya.

(iv) Sejenis inventori dagangan dinilai berdasarkan nilai kos. Walau bagaimanapun, nilai pasaran inventori itu lebih rendah daripada kos asalnya. Penilaian inventori akhir dibuat melalui penghitungan fizikal pada setiap 31 Disember.

(b) Yang berikut ialah penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun 2005 dan 2006 untuk Syarikat Kuchai Berhad. Syarikat mula beroperasi pada 1 Januari 2005.

Syarikat Kuchai BerhadPenyata Pedapatan

bagi tahun berakhir 31 Disember 2006 2005 RM ‘000 RM ‘000

Perolehan (semua secara kredit) 649,234 907,652Kos barang dijual 389,594 544,591Untung kasar 259,730 363,061Belanja operasi 83,666 356,513Untung sebelum cukai 176,064 6,548Cukai - (7,720)Untung/(rugi) selepas cukaisebelum perkara luarbiasa 176,064 (1,172)Perkara luarbiasa 2,000 -Untung/(rugi) tahun semasa 178, 064 (1,172)Untung dibawa ke hadapan 28,480 45,652Untung boleh diagihkan 206,544 44,480Dividen (16,000) (16,000)Untung tidak diagihkan dibawa ke hadapan 190,544 28,480

1

Page 2: STPM Akaun 2007 Paper1

SOALAN STPM KERTAS 1 2007

Sarikat Kuchai BerhadKunci Kira-Kira pada 31 Disember

2006 2005RM’000 RM’000

Modal saham 160,000 160,000Rizab 246,544 118,824

406,544 278,824Liabiliti jangka panjang:Pinjaman 4,012 3,556Cukai tertunda 9,088 9,088

13,100 12,644419,644 291,468

Diwakili oleh:Aset tetap 253,056 51,740Pelaburan 60,000 88,676

313,056 140,416Aset semasa:Inventori 16,548 137,244Penghutang dagangan 856 45,372Bayaran terdahulu dan deposit 8,824 2,784Syarikat subsidiari 143,400 59,596Simpanan tetap 72,212 101,572Tunai dan baki bank 1,748 22,400Jumlah aset semasa 243,588 368,968

Liabiliti semasaPemiutang perdagangan 60,400 24,656Pemiutang lain 13,368 9,904Pinjaman jangka pendek 42,688 157,484Cukai 4,544 9,872Dividen cadangan 16,000 16,000Jumlah liabiliti semasa 137,000 217,916Aset semasa bersih 106,588 151,052Jumlah aset bersih 419,644 291,468

Dikehendaki:Hitung setiap yang berikut bagi Syarikat Kuchai berhad untuk tahun 2006 dan tahun

2005. Berikan ulasan bagi setiap perubahan.(i) Nisbah semasa

(ii) Pulangan atas ekuiti(iii) Pusing ganti inventori(iv) Nisbah pengearan hutang atas ekuiti(v) Pusing ganti akaun belum terima

(vi) Kadar pulangan atas jumlah aset [12]

2

Page 3: STPM Akaun 2007 Paper1

SOALAN STPM KERTAS 1 2007

2 (a) Penambahan kepada akaun aset dan akaun liabiliti tidak semestinya memberikan kesan kepada aliran tunai. Berikan tiga contoh urus niaga yang melibatkan penambahan aset dan tiga contoh urusniaga yang melibatkan pengurangan liabiliti tanpa melibatkan aliran tunai [6]

(b) Yang berikut ialah imbangan duga belum terlaras bagi Syarikat Juniper Sendirian Berhad pada 31 Disember 2006.

RM RMBangunan 234,000Susut nilai terkumpul bangunan 46,800Kenderaan 35,000Susut nilai terkumpul kenderaan 3,600Hasil jualan 196,000Pulangan jualan 8,900Inventori 1 Januari 2006 14,000Balanja gaji 23,700Balanja sewa 6,700Pinjaman bank 50,000Belian 64,300Simpanan tetap 20,000Tunai di bank 17,600Belanja pentadbiran dan jualan 8,000Belanja utiliti 2,300Insurans pejabat 600Penghutang 32,000Pemiutang 18,900Modal saham 200,000Rizab hasil 53,200Rizab modal 5,000Jumlah 520,300 520,300

Maklumat tambahan yang berikut belum diambil kira dalam penyediaan imbangan duga di atas.

(1) Syarikat telah berjaya mendapatkan pinjaman bank pada 30 Jun 2006 dengan faedah yang berkadar 8% setahun. Belanja faedah untuk tahun semasa belum lagi diambil kira.

(2) Peruntukan hutang ragu ialah 2% daripada jualan secara kredit. Sebanyak 80% daripada jumlah jualan syarikat ialah jualan secara kredit.

(3) Peruntukan sust nilai tahunan untuk bangunan dan kenderaan masing-masin adalah kadar 10% dan 20% daripada kos belian aset tersebut.

(4) Insurans adalah untuk tempoh tiga bulan, iaitu untuk Disember 2006, Januari 2007, dan Februari 2007.

3

Page 4: STPM Akaun 2007 Paper1

SOALAN STPM KERTAS 1 2007

(5) Gaji Penyelia Jualan dan Kerani Akaun untuk Disember 2006 yang masing-masing sebanyak RM1,500 dan RM800 belum diambil kira.

(6) Kos inventori pada 31 Disember 2006 ialah RM15,800. Polisi syarikat adalah untuk menilai inventori pada yang terendah antara kos dengan nilai pasaran. Pada tahun semasa, nilai pasaran bagi inventori ialah RM10,800.

Dikehendaki:

(i) Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan maklumat tambahan tersebut. [11] (ii) Sediakan penyata pendapatan Syarikat Juniper berhad bagi tahun berakhir 31 Disember 2006. [8]

4

Page 5: STPM Akaun 2007 Paper1

SOALAN STPM KERTAS 1 2007

3 (a) Untung bersih yang diperoleh dalam sesuatu syarikat perniagaan boleh diagihkan kepada pemegang saham dalam bentuk dividen tunai atau dilaburkan semula ke dalam perniagaan. Nyatakan kelebihan jika untung bersih diagihkan sebagai dividen dan jika dilaburkan semula ke dalam perniagaan. [ 2 ]

(b) Nyatakan dua kelebihan bagi pemegang saham keutamaan boleh tukar berbanding pemegang saham biasa . [ 2 ]

(c) Jelaskan kesan pengiystiharan dividen saham dan dividen tunai terhadap rizab dan ekuiti di Kunci Kira-Kira. [ 4 ]

(d) Yang berikut ialah petikan dari Kunci Kira-Kira Syarikat arif Berhad pada 1 Januari 2006

Saham modal dibenarkan: 5,000,000 saham biasa @ RM1.00 setiap satu 5,000,000 1,000,000 saham keutamaan 8% kumulatif boleh tebus @ RM2.00 setiap satu 2,000,000

7,000,000

Saham modal diterbitkan dan berbayar penuh: 2,000,000 saham biasa @ RM1.00 setiap satu 2,000,000 1,000,000 saham keutamaan 8% kumulatif boleh tebus @ RM2.00 setiap satu 2,000,000 Rizab 723,800

_________4,723,800

Rizab: Rizab hasil 23,000 Rizab Penilaian Semula 300,800 Premium saham 400,000

Urusniaga terpilih Syarikat Arif berhad sepanjang tahun 2006 adalah seperti berikut:

(1) Tanah yang dibeli 8 tahun lepas dengan harga RM230,000 telah dinilai semula oleh penilai bebas kepada RM300,000

(2) Pada awal tahun semasa, syarikat telah membeli tanah dan bangunan yang masing-masing bernilai RM400,000 dan RM250,000. Untuk membiayai pembelian aset ini, syarikat telah menerbitkn 2,500 unit debentur dengan setiap unit bernilai RM1.00 dan selebihnya dengan menerbitkan terbitan hak bagi 1 saham untuk setiap 5 saham biasa pegangan lama. Semua terbitan debentur dan terbitan hak telah dilanggan sepenuhnya pada nilai par.

(3) Pada tahun semasa, syarikat telah memperoleh keuntungan yang boleh diagihkan sebanyak RM865,000.

5

Page 6: STPM Akaun 2007 Paper1

SOALAN STPM KERTAS 1 2007

(4) Pada awal tahun, syarikat telah menebus 500,000 unit saham keutamaan pada premium 10%. Untuk pembiayaan penebusan, syarikat telah menerbitkan saham biasa secukupnya pada nilai par.

(5) Pada 31 Disember 2006, ahli lembaga pengarah syarikat telah bersetuju membayar dividen tunai kepada pemegang saham biasa pada kadar RM0.10 sesaham. Dividen tunai untuk tahun 2005 masih belum dibayar kepada pemegang saham keutamaan. Walaubagaimanapun, semua dividen dibayar sepenuhnya pada 31 Januari 2007.

Dikehendaki:

(i) Sediakan semua catatan jurnal bagi setiap urusniaga untuk tahun 2006 [11]

(ii) Sediakan bahagian ekuiti pemilik kunci kira-kira Syarikat Arif Berhad pada 31 Disember 2006 mengikut format Jadual 9 Akta Syarikat 1965 [6]

6

Page 7: STPM Akaun 2007 Paper1

SOALAN STPM KERTAS 1 2007

4 (a) Syarikat Perdana Sendirian Berhad merupakan syarikat yang menjual peralatan komputer di sekitar bandar Melaka.Syarikat menggunakan sistem inventori secara berterusan. Yang berikut ialah urus niaga belian dan jualan inventori syarikat dalam tahun 2006.

Tarikh Urus niaga Baki unitBelian Jualan

1 Januari (inventori awal) 200 unit@RM100 2001 Februari 100 unit@RM150 10015 Mac 400 unit@RM90 50030 Jun 200 unit@RM85 70030 Julai 400 unit@RM120 30020 September 600 unit@RM70 90030 Disember 300 unit@RM50 1,20031 Disember 700 unit@RM100 500

Maklumat tambahan:Belanja operasi: RM12,000

Dikehendaki:(i) Hitung inventori akhir dan kos barang jualan dengan menggunakan

kaedah Masuk Dulu Keluar Dulu (MDKD) dan Masuk Kemudian Keluar Dulu (MKKD). [7]

(ii) Sediakan penyata pendapatan bagi kedua-dua kaedah tersebut. [4]

(iii) Nyatakan dua kelebihan dan dua kelemahan kaedah MKKD berbanding dengan kaedah MDKD. [4]

(b) Yang berikut ialah maklumat aset tetap Syarikat Perkasa Sendirian Berhad pada 31 Disember 2006.

Aset Tarikh belian Kos(RM)

Nilai sisa(RM)

Usia guna(tahun)

Kaedah susut nilai

Mesin 31 Dis 2005 50,000 8,000 5 Unit aktivitiVan BDH 8712 1 Apr 2005 35,000 5,000 4 Baki

berkuranganBangunan 30 Jun 2006 100,000 10,000 20 Garis lurusPeralatan pejabat 1 Okt 2006 10,000 Tiada 5 Garis lurus

Mesin dijangka dapat mengeluarkan hingga 400,000 unit output. Pada tahun semasa, mesin telah mengeluarkan sebanyak 50,000 unit output.Dikehendaki:

(i) Syarikat Perkasa Sendirian Berhad menggunakan kaedah susut nilai berbeza untuk aset tetap yang dipunyainya. Bincangkan sama ada tindakan ini dibenarkan dalam perakaunan. [2]

7

Page 8: STPM Akaun 2007 Paper1

SOALAN STPM KERTAS 1 2007

(ii) Berdasarkan maklumat di atas, sediakan catatan jurnal untuk merekodkan belanja susut nilai bagi tahun 2006. [8]

5 (a) Nyatakan satu perbezaan antara saham syarikat dengan saham koperasi. [1](b) Bagaimanakah asas dividen koperasi ditentukan? [2](c) Imbangan duga berikut diambil daripada rekod Koperasi Lembah Keriang Berhad

bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2006.

Koperasi Lembah Keriang BerhadImbangan Duga pada 30 Jun 2006

Debit RM Kredit RMBangunan 141,700Perabot dan kelengkapan pejabat 137,700Aset lain 739,000Peruntukan susut nilai Bangunan 66,280 Perabot dan kelengkapan perabot

52,420

Aset lain 362,300Pelaburan saham tak tersenarai 4,000Penghutang dagangan 2,170,000Skim pinjaman ahli 715,500Simpanan tetap 215,000Tunai runcit 1,200Tunai di bank 1,066,500Penghutang dan deposit lain 45,200Pemiutang dagangan 2,437,900Pemiutang dan akaun lain 174,740Modal saham ahli 104,000Modal yuran ahli 200,000Kumpulan Wang Penebusan Saham 148,900Rizab modal 600Keuntungan terkumpul 754,810Kumpulan Wang Rizab Berkanun 312,500Tabung Kebajikan 76,400Jualan 10,103,800Belian 7,406,500Stok awal 1,864,310Yuran perkhidmatan skim pinjaman 26,500Komisen diterima 30,500Faedah bank 12,100Pendapatan daripada perniagaan usaha sama 7,800Pendapatan sewa 65,000Pelbagai pendapatan 9,700

8

Page 9: STPM Akaun 2007 Paper1

SOALAN STPM KERTAS 1 2007

Belanja operasi 411,440Elaun lembaga pengarah 28,200

14,946,250 14,946,250

Maklumat tambahan (1) Penghitungan stok perniagaan pada 30 Jun 2006 menunjukkan baki berjumlah RM2,674,200.

(2) Perkara berikut belum diambil kira: (i) Yuran juruaudit RM9,800 Caruman kepada KWSP RM2,500 Sewa kedai RM1,500

(ii) Belanja utiliti prabayar RM3,700

(iii) Belanja susut nilai diperuntukkan pada kadar berikut:Bangunan 2%Perabot dan kelengkapan pejabat 10%Aset lain 20%

(iv) Peruntukan untuk pembahagian berkanun adalah 12%,2% dan 1% daripada keuntungan koperasi masing-masing untuk pindahan ke dalam Kumpulan Wang Rizab Berkanun, Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi, dan Kumpulan Pembangunan Koperasi.

(v) Selepas ditolak pembahagian berkanun di atas, koperasi juga memperuntukkan 1%, 4%, 2.5%, dan 5% masing-masing untuk Kumpulan Wang Penebusan Saham, honorarium lembaga pengarah, zakat perniagaan, dan tabung kebajikan.

(vii) Lembaga pengarah koperasi juga mencadangkan dividen sebanyak 12% daripada modal saham lain dan yuran ahli.

(viii) Berdasarkan perhitungan yang dibuat oleh perunding cukai, koperasi perlu memperuntukkan RM450,000 untuk tujuan cukai pendapatan tahun semasa.

Dikehendaki:(i) Sediakan penyata pendapatan Koperasi Lembah Keriang Berhad bagi tahun

berakhir 30 Jun 2006. [11](ii) Sediakan penyata pembahagian keuntungan Koperasi Lembah Keriang Berhad

bagi tahun berakhir 30 Jun 2006. [11]

9

Page 10: STPM Akaun 2007 Paper1

SOALAN STPM KERTAS 1 2007

6 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan belanja terakru dan belanja terdahulu dalam penyediaan akaun penamat? Jelaskan mengapa pelarasan perlu dibuat untuk kedua-dua item ini.

[4](b) Jelaskan mengapa peruntukan hutang lapuk dan peruntukan diskaun perlu diwujudkan

dalam buku akaun. [4]

(c) Mengapakah hutang lapuk pulih dianggap sebagai pendapatan? [4]

(d) Ketika menyediakan akaun penamat Syarikat Teras Maju Sendirian Berhad bagi tahun berakhir 30 September 2006, akauntannya mendapati bahawa pelarasan perlu dibuat terlebih dahulu bagi perkara yang berikut:

1) Upah dan gaji pekerja terakru yang perlu dibayar pada 7 Oktober 2006 masing-masing ialah RM5,800 dan RM6,900.

2) Peruntukan hutang ragu perlu ditingkatkan daripada RM6,020 kepada RM8,050.

3) Peruntukan untuk diskaun yang dibenarkan kepada penghutang perlu dikurangkan daripada RM2,450 kepada RM1,260.

4) Seorang pelanggan didapati muflis dan gagal menjelaskan hutangnya. Syarikat mengambil tindakan untuk melupuskan hutang berkenaan yang berjumlah RM5,300.

5) Hutang seorang pelanggan yang berjumlah RM1,470 telah dihapus kira pada tahun lepas. Walau bagaimanapun, pada hujung bulan September 2006, pelanggan berkenaan telah membayar semua hutangnya melalui satu cek.Cek itu belum lagi ditunaikan di bank dan belum lagi direkodkan ke dalam akaun.

6) Terdapat kesilapan dalam memberikan diskaun tunai kepada salah seorang pelanggan syarikat. Pelanggan itu telah diberi diskaun sebanyak 8% daripada nilai jualan kasar yang berjumlah RM4,900. Diskaun yang sepatutnya ialah 10%.Pelanggan itu telah memaklumkan syarikat bahawa dia berhak menerima baki diskaun berkenaan.

7) Syarikat membayar sewa premis perniagaan untuk tempoh empat bulan sekaligus.Pada 1 September 2006, sejumlah RM19,200 telah dibayar untuk sewaan hingga Disember 2006.Syarikat telah merekodkan bayaran itu sebagai belanja sewa ketika bayaran dibuat.

8) Syarikat membayar bil elektrik semasa pada 29 September 2006 yang berjumlah RM1,900. Belum ada sebarang catatan tentang urus niaga ini.

9) Pada pertengahan tahun 2006, syarikat telah membelanjakan RM2,500 sebagai belanja pembaikian kenderaan perniagaan. Walaubagaimanapun, kerani akaun membuat kesilapan dengan mendebitkan jumlah ini ke dalam akaun kenderaan. Syarikat membuat peruntukan susutnilai kenderaan pada kadar 10% setahun secara garis lurus tanpa nilai sisa.

Dikehendaki:

10

Page 11: STPM Akaun 2007 Paper1

SOALAN STPM KERTAS 1 2007

Sediakan catatan jurnal pelarasan yang sesuai untuk setiap urus niaga tersebut pada 30 September 2006. [13]

11