stpm akaun 2004 paper1

17
SOALAN STPM Kertas 1 / 2004 Soalan 1 ( a ) Jelaskan maksud andaian perakaunan dan prinsip perakaunan. Huraikan satu contoh andaian perakaunan dan satu contoh prinsip perakaunan. [4] ( b ) Menurut proses perakaunan, selepas imbangan duga disediakan, akaun untung rugi dan kunci kira-kira perlu dibuat. Huraikan tiga sebab mengapa akaun untung rugi dan kunci kirakira perlu disediakan, sedangkan imbangan duga sudah menunjukkan keseimbangan di antara akaun. [3] ( c ) Bagi setiap perkara di bawah, bincangkan menurut perspektif perakaunan dan nyatakan prinsip perakaunan yang terlibat. (i ) Belian kenderaan biasanya dikategorikan sebagai belanja modal. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu ia boleh dikategorikan sebagai belanja hasil. Berikan ulasan tentang bagaimana belian kenderaan boleh dikategorikan sebagai belanja hasil. (i i) Yuran guaman selalunya dikategorikan sebagai belanja hasil. Walau bagaimanapun, ia boleh dikategorikan sebagai belanja modal. Huraikan keadaan yang membolehkan ia dianggap sebagai belanja modal. (i ii ) Kos membeli aset tetap merupakan belanja modal tetapi susut nilainya pula merupakan belanja hasil. Jelaskan mengapa hal ini demikian. [6] ( d ) Yang berikut merupakan petikan daripada laporan tahunan Syarikat Wacaya Berhad bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2003. Syarikat Wacaya Berhad Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2003 2003 2002 1

Upload: denixng

Post on 07-Jun-2015

1.538 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: STPM Akaun 2004 Paper1

SOALAN STPM Kertas 1 / 2004

Soalan 1

(a) Jelaskan maksud andaian perakaunan dan prinsip perakaunan. Huraikan satu contoh andaian perakaunan dan satu contoh prinsip perakaunan. [4]

(b) Menurut proses perakaunan, selepas imbangan duga disediakan, akaun untung rugi dan kunci kira-kira perlu dibuat. Huraikan tiga sebab mengapa akaun untung rugi dan kunci kirakira perlu disediakan, sedangkan imbangan duga sudah menunjukkan keseimbangan di antara akaun. [3]

(c) Bagi setiap perkara di bawah, bincangkan menurut perspektif perakaunan dan nyatakan prinsip perakaunan yang terlibat.

(i) Belian kenderaan biasanya dikategorikan sebagai belanja modal. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu ia boleh dikategorikan sebagai belanja hasil. Berikan ulasan tentang bagaimana belian kenderaan boleh dikategorikan sebagai belanja hasil.

(ii) Yuran guaman selalunya dikategorikan sebagai belanja hasil. Walau bagaimanapun, ia boleh dikategorikan sebagai belanja modal. Huraikan keadaan yang membolehkan ia dianggap sebagai belanja modal.

(iii) Kos membeli aset tetap merupakan belanja modal tetapi susut nilainya pula merupakan belanja hasil. Jelaskan mengapa hal ini demikian. [6]

(d) Yang berikut merupakan petikan daripada laporan tahunan Syarikat Wacaya Berhad bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2003.

Syarikat Wacaya BerhadKunci Kira-kira pada 31 Disember 2003

2003 2002RM RM

Saham keutamaan : 50,000, 8% @ RM2.00 per saham 100,000 100,000

Saham biasa : 100,000 @ RM2.00 per saham 200,000 200,000

Keuntungan terkumpul 444,000 312,000

Jumlah ekuiti pemilik 744,000 612,000

Jumlah liabiliti 524,000 732,000

1,268,000 1,344,000

Aset tetap 916,000 1,084,000

Aset semasa 352,000 260,000

1,268,000 1,344,000

1

Page 2: STPM Akaun 2004 Paper1

SOALAN STPM Kertas 1 / 2004

Maklumat tambahan adalah seperti yang berikut.2003 2002RM RM

(1) Prestasi :

Jualan bersih 1,988,000 1,484,000

Kos barang dijual 1,032,000 836,000

Pendapatan bersih 132,000 192,000

(2) Kedudukan pada 1 Januari :

Penghutang (bersih) 160,000

Inventori 372,000

Jumlah aset 1,036,000

(3) Aset semasa pada 31 Disember :

Wang tunai 76,000 88,000

Sekuriti boleh pasar 72,000 80,000

Penghutang (bersih) 184,000 168,000

Inventori 400,000 348,000

Bayaran terdahulu 12,000 8,000

(4) Sepanjang kedua-dua tempoh, semua jualan dibuat secara kredit dan tempoh kredit yang diberikan kepada pelanggan ialah selama 40 hari.

Dikehendaki :Hitung, dan beri ulasan bagi kedua-dua tempoh tentang,(i) nisbah cepat,(ii) pulangan atas jualan,(iii) hutang atas aset,(iv) pusing ganti inventori. [12]

2

Page 3: STPM Akaun 2004 Paper1

SOALAN STPM Kertas 1 / 2004

Soalan 2

(a) Nyatakan dua ciri yang terdapat pada aset yang berikut.(i) Aset tetap(ii) Aset semasa(iii) Aset tak ketara [3]

(b) Abu, Balakrishnan, dan Chong merupakan tiga rakan kongsi dalam suatu perniagaan berbentuk berbentuk perkongsian sejak 20 tahun yang lalu. Nisbah pembahagian untung rugi yang ditetapkan bagi Abu, Balakrishnan, dan Chong ialah 5 : 3 :1. Dollah pula ialah seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan milik tunggal. Yang berikut ialah petikan kunci kira-kira perniagaan mereka pada 31 Disember 2003.

Abu, Balakrishnan, dan Chong Dollah

RM RM RM RMAset tetap 15,000Premis 9,000 24,000 6,000KenderaanAset semasaInventori 15,000 6,250Penghutang 17,500 9,000Bank 11,000 43,500 - 15,250

67,500 21,250Diwakili olehModal : Abu 20,000 Balakrishnan 15,000 Chong 10,000 45,000 Dollah 7,500

Pemiutang 22,500 5,000Overdraf - 22,500 8,750 13,750

67,500 21,250

Pada 31 Disember 2003, Abu bersara daripada perniagaan, namun perniagaan diteruskan oleh kedua-dua rakan kongsinya. Bagi menggantikan Abu, Dollah diterima masuk menjadi rakan kongsi pada tarikh persaraan Abu. Kemasukan Dollah adalah dengan cara menggabungkan perniagaan Dollah dengan perniagaan perkongsian serta mengambil kira syarat-syarat yang berikut.

(1) Nisbah pembahagian untung rugi yang ditetapkan bagi Balakrishnan, Chong, dan Abu ialah 2 : 1 : 2

(2) Nilai muhibah bagi perniagaan Abu, Balakishnan, dan Chong dipersetujui sebanyak RM25,000, manakala perniagaan Dollah ialah RM10,000. Walau bagaimanapun, semua rakan kongsi bersetuju supaya muhibah tidak direkodkan dalam buku akaun dan semua pelarasan dibuat dalam akaun modal.

3

Page 4: STPM Akaun 2004 Paper1

SOALAN STPM Kertas 1 / 2004

(3) Aset yang berikut dinilai semula.Abu, Balakrishnan, dan

ChongDollah

RM RMPremis 20,000Kenderaan 8,000 7,250Penghutang 17,000 7,800Inventori 17,500 11,250

(4) Pada hari persaraannya, Abu mengambil kenderaan perkongsian untuk kegunaan persendirian dan rakan-rakan yang lain bersetuju dengan pengambilan kenderaan tersebut.

(5) Baki modal Abu diselesaikan dengan membayar RM2,000 dan yang selebihnya dibayar oleh Dollah. Bayaran yang dibuat oleh Dollah dijadikan sebagai pinjaman kepada perkongsian pada kadar faedah 8% setahun.

(6) Perniagaan perkongsian yang baru mempunyai modal sebanyak RM25,000 yang disumbangkan oleh setiap rakan kongsi berdasarkan nisbah pembahagian untung rugi yang dipersetujui. Sebarang lebihan atau kurangan akan dipindahkan ke dalam akaun semasa.

Dikehendaki :Sediakan akaun penilaian semula bagi kedua-dua jenis perniagaan dan akaun modal rakan kongsi bagi perniagaan perkongsian lama dan baru. [22]

4

Page 5: STPM Akaun 2004 Paper1

SOALAN STPM Kertas 1 / 2004

Soalan 3

(a) Nyatakan tiga kegunaan penyata sumber dan penggunaan dana. [3]

(b) Walaupun terdapat banyak urus niaga yang memberi kesan kepada aliran tunai, namun terdapat juga urus niaga yang tidak memberi kesan kepada aliran tunai. Berikan tiga contoh urus niaga yang tidak memberi kesan kepada aliran tunai. [3]

(c) Jelaskan dua perbezaan antara penyata aliran tunai dengan buku tunai. [2]

(d) Kunci kira-kira bagi Syarikat Kendi Emas Berhad pada 31 Disember 2003 adalah seperti yang berikut.

Syarikat Kendi Emas Berhad

Kunci Kira-kira pada 31 Disember

2003 2002RM RM RM RM

AsetTanah : Kos 110,000 Penilaian 93,000Mesin dan loji (kos) 87,000 72,000Susut nilai terkumpul (45,000) (36,000)

42,000 36,000Syarikat subsidiari - pelaburan

168,000 -

303,000 146,000Aset semasa 279,000 234,000Liabiliti semasa : Pemiutang (63,000) (108,000

) Cukai belum bayar (33,000) (15,000) Dividen dicadangkan (18,000) (9,000)Aset semasa bersih 165,000 102,000

468,000 248,000Diwakili oleh Saham biasa @ RM1.00 per saham 300,000 102,000Saham keutamaan @ RM2.00 per saham - 50,000Premium saham 60,000 -Untung tertahan 48,000 108,000

408,000 248,000Rizab modal 33,000 -Pinjaman bercagar 27,000 -

468,000 248,000

5

Page 6: STPM Akaun 2004 Paper1

SOALAN STPM Kertas 1 / 2004

Maklumat tambahan yang diberikan adalah seperti yang berikut.

(1) Pada 1 Mac 2003 syarikat telah membeli sebuah syarikat lain sebagai suatu pelaburan jangka panjang. Pembelian syarikat berkenaan adalah dengan cara menerbitkan 100,000 saham biasa pada kadar premium sebanyak RM0.60 per saham dan membayar wang tunai RM8,000.

(2) Saham keutamaan telah ditebus pada kadar premium 10% dengan cara menerbitkan 50,000 unit saham biasa pada kadar premium yang secukupnya untuk membiayai penebusan saham keutamaan. Semua urusan tersebut diselesaikan pada 30 April 2003.

(3) Aset-aset berikut telah mengalami perubahan dalam tahun semasa.

(i) Sebuah mesin yang nilai kosnya RM4,800 dengan susut nilai terkumpul sebanyak RM3,600 telah dijual pada harga RM600/ Kerugian atas jualan tersebut telah dimasukkan ke akaun untung rugi.

(ii) Sebidang tanah telah dijual pada harga RM55,000. Kos tanah tersebut ialah RM50,000. Pada masa yang sama lain-lain tanah yang tidak dijual telah dinilai semula. Semua keuntungan dan lebihan telah dipermodalkan.

(4) Cukai dibayar pada setiap 1 Mac.

(5) Pada 1 Jun 2003, satu terbitan bonus telah dilakukan pada nisbah 1 : 4 bagi setiap unit saham yang dipegang. Urusan penerbitan dilakukan dengan mempermodalkan untung tertahan.

(6) Pada 1 Julai 2003, syarikat telah berjaya memperolehi pinjaman bercagar dengan kadar faedah sebanyak 10% setahun.

(7) Dividen dibayar pada setiap akhir bulan Julai. Walau bagaimanapun, dividen interim berjumlah RM3,000 telah dibayar pada 31 Mac 2003 untuk tempoh semasa.

Dikehendaki :Sediakan penyata sumber dan penggunaan dana untuk tahun berakhir 31 Disember 2003 bagi Syarikat Kendi Emas Berhad dengan menggunakan pendekatan modal kerja. [17]

6

Page 7: STPM Akaun 2004 Paper1

SOALAN STPM Kertas 1 / 2004

Soalan 4

(a) Nyatakan dua kaedah untuk menentukan hasil perniagaan dalam sistem rekod tidak lengkap. [4]

(b) Haji Ali telah memulakan perniagaan servis pendingin udara pada 1 Julai 2002 dengan membuka kedai Bayu Dingin. Bagi memulakan perniagaan, beliau telah menyumbangkan van persendiriannya yang bernilai RM36,000 untuk kegunaan perniagaan. Selepas setahun perniagaan, iaitu pada 1 Julai 2003, beliau telah memberikan maklumat yang berikut.

(1) Ringkasan akaun bank pada 30 Jun 2003 adalah seperti yang berikut.

Akaun BankMasuk

RMKeluar

RM1 Julai 2002 Modal 40,000

30 Jun 2003 Deposit utiliti 3,000Caj perkhidmatan 178,100Penghutang 121,260Deposit sewa 2,700Pelbagai 343,460Baki h/b 9,800

349,160 349,160

(2) Di samping servis pendingin udara, Haji Ali juga membaik pulih pendingin udara yang telah dihapus kira oleh pelanggannya. Pendingin udara tersebut diperoleh secara percuma. Beberapa pendingin udara terpakai yang dibaik pulih telah dijual secara tunai dengan harga RM4,500. Kos alat ganti bagi membaiki pendingin hawa tersebut ialah RM2,300. Kesemua urus niaga ini tidak dicatat.

(3) Sepanjang tempoh sehingga 30 Jun 2003, terdapat juga caj perkhidmatan yang dikutip secara tunai. Sebahagian daripada kutipan tersebut telah digunakan untuk perkara-perkara yang berikut sebelum dibankkan.

(i) Membayar bil air, telefon, dan elektrik sebanyak RM6,440(ii) Ambilan dan gaji sebanyak RM5,600 sebulan

(4) Salah satu pendingin udara terpakai yang telah dijual pada harga RM1,050 telah dipulangkan oleh pembeli dan wangnya dikembalikan oleh Haji Ali. Pendingin udara terpakai itu diambil oleh Haji Ali untuk kegunaan sendiri. Kos membaiki pendingin udara itu ialah RM350. Tiada catatan yang dibuat bagi semua urus niaga tersebut.

(5) Pelbagai dalam akaun bank mewakili(i) bayaran pendahuluan untuk pembelian peralatan, perkakasan, dan

kelengkapan,(ii) bayaran sewa bulan RM900 sebulan(iii) pembelian mesin daftar tunai sebanyak RM4,800 pada Julai 2002,

7

Page 8: STPM Akaun 2004 Paper1

SOALAN STPM Kertas 1 / 2004

(iv) bayaran kepada pembekal barang alat ganti.

(6) Sebanyak RM42,400 telah dikenal pasti sebagai gaji untuk Haji Ali serta tiga orang pembantunya.

(7) Haji Ali ialah seorang yang berpengalaman dalam perniagaan. Justeru, beliau telah menetapkan perkara yang berikut.

(i) Caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pelanggannya merangkumi kos alat ganti ditambah dengan upah servis sebanyak RM50 bagi setiap unit pendingin udara. Jumlah pendingin udara yang diservis sehingga 30 Jun 2003 ialah 2,450 unit.

(ii) Susut nilai ditetapkan seperti yang berikut. Kenderaan, 20% setahun atas kos Aset-aset lain, 10% setahun atas kos

(iii) Sebanyak 5% daripada baki penghutang pada 30 Jun 2003 dijangka gagal dijelaskan.

(8) Baki-baki pada 30 Jun 2003 adalah seperti yang berikut.RM

Inventori 43,400Penghutang 61,500Pemiutang 67,140

Dikehendaki :(i) Sediakan penyata pendapatan Kedai Bayu Dingin untuk tahun berakhir 30 Jun

2003. [12]

(ii) Sediakan kunci kira-kira Kedai Bayu Dingin pada 30 Jun 2003. [9]

8

Page 9: STPM Akaun 2004 Paper1

SOALAN STPM Kertas 1 / 2004

Soalan 5

(a) Jelaskan perbezaan antara akaun penerimaan dan pembayaran dengan akaun pendapatan dan perbelanjaan bagi sesebuah kelab. [3]

(b) Kelab Kebajikan dan Rekreasi Taman Hidayah ditubuhkan untuk menjaga kepentingan ahli dan aktiviti riadah. Di samping itu, kelab ini juga menjalankan aktiviti menjual produk kesihatan di premis yang disewa di taman tersebut. Yang berikut adalah butir-butir kewangan yang diperoleh daripada bendahari kelab untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2003.

Ringkasan akaun bank kelab bagi tahun 2003 adalah seperti yang berikut.RM

Penerimaan : Baki pada 1.1.2003 3,560Yuran untuk : Tahun 2002 500 Tahun 2003 12,200 Tahun 2004 200

Majlis makan malam tahunan 3,860Sewa almari 1,300Sewa kelengkapan kelab 1,980Penghutang produk kesihatan 7,890

Pembayaran : Upah pekerja produk kesihatan 540Gaji pekerja sukan 4,200Air dan elektrik 2,300Alat tulis 720Tunai runcit 400Percetakan 580Majlis makan malam tahunan 2,930Pemiutang produk kesihatan 3,200Sewa padang 350Sewa premis kelab 2,400

Maklumat tambahan(1) Aset dan liabiliti pada 1 Januari 2003 :

RM RMStok produk kesihatan 3,850Penghutang produk kesihatan 620Pemiutang produk kesihatan 2,500Yuran belum terima 1,200Yuran terima terdahulu 600Belanja am belum bayar 210Kelengkapan kelab 6,000Peruntukan susut nilai kelengkapan kelab (1,800) 4,200Tunai runcit 320

(2) Semua kelengkapan kelab disusutnilaikan selama 10 tahun dengan menggunakan kaedah garis lurus.

9

Page 10: STPM Akaun 2004 Paper1

SOALAN STPM Kertas 1 / 2004

(3) Tunai runcit sebanyak RM280 telah digunakan untuk membayar belanja am kelab.(4) Sebahagian daripada aset dan liabiliti kelab pada 31 Disember 2003 termasuk yang

berikut.RM

Yuran belum terima 900Stok produk kesihatan 2,900Penghutang produk kesihatan 750Pemiutang produk kesihatan 3,470Belanja am belum bayar 380

Dikehendaki :

Sediakan yang berikut bagi Kelab Kebajikan dan Rekreasi Taman Hidayah,(i) akaun yuran ahli, [4](ii) akaun pendapatan dan perbelanjaan untuk tahun berakhir 31 Disember

2003, [11]

(iii) kunci kira-kira kelab pada 31 Disember 2003. [7]

10

Page 11: STPM Akaun 2004 Paper1

SOALAN STPM Kertas 1 / 2004

Soalan 6

Perniagaan Maukaya telah menyediakan draf penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2003. Ia menunjukkan bahawa Perniagaan Maukaya mendapat keuntungan sebanyak RM42,412. Pengurusan Perniagaan Maukaya telah melantik seorang juruaudit bagi menyiasat sebab ketidakimbangan imbangan duga yang disediakan pada 31 Disember 2003. Selepas siasatan audit dilakukan, perkara yang berikut telah ditemui.

(1) Kerani akaun telah tersilap catat jualan barang dagangan yang bernilai RM6,800 sebagai RM5,440 dalam jurnal jualan.

(2) Kedai seorang penghutang yang mempunyai baki hutang sebanyak RM2,990 telah terbakar. Walau bagaimanapun, sebahagian barangnya dapat diselamatkan dan dipulangkan kepada Perniagaan Maukaya. Nilai yang tercatat dalam invois bagi barang yang dipulangkan ialah RM1,750. Baki hutang tidak dapat dijelaskan dan dianggap sebagai hapus kira oleh Perniagaan Maukaya. Urus niaga tersebut tidak direkodkan ke dalam mana-mana akaun.

(3) Keputusan telah diambil untuk menghapus kira baki lama satu akaun pembekal yang berjumlah RM4,160. Pembekal berkenaan didapati telah meninggal dunia dan selepas 10 tahun Perniagaan Maukaya gagal mengesan warisnya. Berasaskan kepada baki tersebut Perniagaan Maukaya telah menyumbangkan sumbangan berbentuk tunai kepada sebuah masjid supaya hak si mati dapat dimanfaatkan. Tiada catatan dibuat terhadap urus niaga tersebut.

(4) Sepanjang tahun semasa, alat tulis yang bernilai RM700 telah diambil dari kedai untuk kegunaan pejabat. Walau bagaimanapun, nilai alat tulis sebanyak RM280 telah digunakan sepanjang tahun semasa. Lebihan alat tulis dipulangkan semula ke kedai untuk dijual. Pemgambilan dan pemulangan alat tulis berkenaan tidak dicatat dalam mana-mana akaun.

(5) Susut nilai kenderaan telah ditetapkan pada kadar 10% atas kos RM270,000. Kos ini termasuk kos sebuah kenderaan yang telah dilupuskan pada bulan Disember 2003 dengan harga RM42,500 tunai. Ia dahulunya telah dibeli pada bulan Januari 2000 dengan harga RM68,000. Buku akaun perniagaan tidak menunjukkan sebarang catatan mengenai pelupusan dan susut nilai kenderaan bagi tahun semasa.

(6) Barang jualan yang biasanya dijual dengan harga RM1,190, iaitu selepas ditokok 40% atas harga jualan, telah diambil dan dijadikan hadiah bagi majlis makan malam tahunan syarikat.

(7) Bangunan kedai telah diubah suai dengan kos RM47,500. Kos ini termasuk kos mengecat seluruh bangunan lama dan papan iklan yang menelan belanja sebanyak RM6,650. Buku catatan menunjukkan bahawa amaun RM47,500 dicatat dalam akaun bangunan. Susut nilai bangunan telah dihitung pada kadar 10% ats kos dan dicatat ke dalam akaun.

11

Page 12: STPM Akaun 2004 Paper1

SOALAN STPM Kertas 1 / 2004

Dikehendaki :

a) Sediakan catatan jurnal bagi semua perkara yang berlaku sepanjang tahun 2003 itu menyelaraskan akaun-akaun yang terlibat. [14]

(b) Hitung untung bersih perniagaan selepas mengambil kira pelarasan pada (a) di atas.

[7]

(c) Nyatakan perkara-perkara di antara perkara (1) hingga (7) di atas, yang tidak memberi kesan ke atas keuntungan terlaras. [4]

12