stesen jana kuasa elektrik sultan mahmud

5
8/14/2019 Stesen Jana Kuasa Elektrik Sultan Mahmud http://slidepdf.com/reader/full/stesen-jana-kuasa-elektrik-sultan-mahmud 1/5 Stesen Jana Kuasa Elektrik Sultan Mahmud adalah salah satu stesen jana kuasa milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terletak di Kenyir, Terengganu. Ia mula dibina pada tahun 1978 dan siap pada tahun 1986. Stesen ini mula menjalankan operasinya pada tahun 1987. Stesen Jana Kuasa Elektrik Sultan Mahmud merupakan stesen jana kuasa elektrik hidro. Hidro  berasal dari perkataan Latin yang bermaksud air. Stesen elektrik hidro menjana elektrik dengan menggunakan tenaga kinetik air untuk memusingkan turbin jana kuasa. Stesen Jana Kuasa Elektrik Sultan Mahmud merupakan stesen jana kuasa elektrik hidro yang kedua terbesar di Malaysia dengan kapasiti menjana kuasa 400MW, di belakang Stesen Jana Kuasa Elektrik Pergau yang berkapasiti 600MW. Walau bagaimanapun, di masa yang akan datang, TNB telah  bercadang untuk meningkatkan kapasiti janaan kepada 700MW. Komponen utama yang terdapat di sebuah stesen jana kuasa hidro elektrik ialah empangan (dam), tasik buatan (reservoir), pintu kawalan (control gate), salur masuk (intake),  pintu air (penstock), turbin (turbine), salur keluar (outflow), jana kuasa (generator), pengubah (transformer), rumah penjana (powerhouse) dan talian penghantaran (power lines). Rujuk Rajah 1 di bawah. Rajah 1: Stesen Jana Kuasa Elektrik Hidro

Upload: jamaluddin-abu-bakar

Post on 30-May-2018

275 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Stesen Jana Kuasa Elektrik Sultan Mahmud

8/14/2019 Stesen Jana Kuasa Elektrik Sultan Mahmud

http://slidepdf.com/reader/full/stesen-jana-kuasa-elektrik-sultan-mahmud 1/5

Stesen Jana Kuasa Elektrik Sultan Mahmud adalah salah satu stesen jana kuasa milik 

Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terletak di Kenyir, Terengganu. Ia mula dibina pada tahun

1978 dan siap pada tahun 1986. Stesen ini mula menjalankan operasinya pada tahun 1987.

Stesen Jana Kuasa Elektrik Sultan Mahmud merupakan stesen jana kuasa elektrik hidro. Hidro

 berasal dari perkataan Latin yang bermaksud air. Stesen elektrik hidro menjana elektrik dengan

menggunakan tenaga kinetik air untuk memusingkan turbin jana kuasa. Stesen Jana Kuasa

Elektrik Sultan Mahmud merupakan stesen jana kuasa elektrik hidro yang kedua terbesar di

Malaysia dengan kapasiti menjana kuasa 400MW, di belakang Stesen Jana Kuasa Elektrik 

Pergau yang berkapasiti 600MW. Walau bagaimanapun, di masa yang akan datang, TNB telah

 bercadang untuk meningkatkan kapasiti janaan kepada 700MW.

Komponen utama yang terdapat di sebuah stesen jana kuasa hidro elektrik ialah

empangan (dam), tasik buatan (reservoir), pintu kawalan (control gate), salur masuk (intake),

 pintu air (penstock), turbin (turbine), salur keluar (outflow), jana kuasa (generator), pengubah

(transformer), rumah penjana (powerhouse) dan talian penghantaran (power lines). Rujuk Rajah

1 di bawah.

Rajah 1: Stesen Jana Kuasa Elektrik Hidro

Page 2: Stesen Jana Kuasa Elektrik Sultan Mahmud

8/14/2019 Stesen Jana Kuasa Elektrik Sultan Mahmud

http://slidepdf.com/reader/full/stesen-jana-kuasa-elektrik-sultan-mahmud 2/5

Empangan dibina bagi menyimpan air untuk mendapatkan tekanan graviti bagi

memusingkan turbin. Struktur empangan yang dibina mempunyai ketebalan di bahagian dasar 

empangan bagi menahan daya tekanan air yang besar di bahagian dasar empangan. Bagi Stesen

Jana Kuasa Elektrik Sultan Mahmud, empangan yang dibina dikenali sebagai Empangan Kenyir 

dan ia merupakan empangan yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Empangan Kenyir 

mempunyai ketinggian 150 m dari tapak ke puncak. Aras puncak ialah 155 m atas aras laut.

Aras air maksima ialah 153 m. Aras operasi adalah 145 m maksima dan 120 m minima.

Panjang empangan adalah 800m dari hujung ke hujung dengan isipadu 15.2 juta meter padu.

Tasik buatan wujud apabila empangan dibina. Air daripada tasik buatan ini dinamakan

tenaga keupayaan graviti. Oleh kerana aras tasik lebih tinggi, maka tenaga keupayaan graviti ini

 berupaya memusingkan turbin jana kuasa yang terletak di bahagian dasar empangan. Bagi

Stesen Jana Kuasa Elektrik Sultan Mahmud, empangan yang dibina telah membentuk tasik 

 buatan yang dikenali sebagai Tasik Kenyir dan ia merupakan tasik buatan yang terbesar di

Malaysia.

Pintu kawalan salur masuk terletak di bahagian empangan yang mengawal kemasukan

air. Apabila pintu dibuka, air akan masuk dengan menuju ke turbin jana kuasa. Stesen elektrik 

hidro menjana elektrik dengan menggunakan tenaga kinetik air untuk memusingkan turbin jana

kuasa. Terdapat 4 turbin jana kuasa yang digunakan di Stesen Jana Kuasa Elektrik Sultan

Mahmud yang berkeupayaan 100MW setiap satu. Turbin jana kuasa yang ditempatkan di Stesen

Kuasa Sultan Mahmud adalah dari jenis Vertical Francis model Ebara/Hitachi. Rajah 2

menunjukkan beberapa contoh turbin dan jana kuasa.

Page 3: Stesen Jana Kuasa Elektrik Sultan Mahmud

8/14/2019 Stesen Jana Kuasa Elektrik Sultan Mahmud

http://slidepdf.com/reader/full/stesen-jana-kuasa-elektrik-sultan-mahmud 3/5

 Rajah 2: Turbin Jana Kuasa Elektrik Hidro

Jana kuasa terdiri daripada empat asas utama iaitu shaft , excitor , rotor dan stator.

Apabila turbin berpusing (disebabkan oleh aliran air dari empangan), excitor akan menghantar 

arus elektrik ke rotor .  Rotor adalah elektromagnet sesiri yang besar yang berputar dalam

gelungan dawai tembaga yang dinamakan stator . Kesan daripada pusingan rotor ini

menyebabkan aruhan elektromagnet terhasil dan menghasilkan arus elektrik AU. Rujuk Rajah 3

untuk mendapatkan gambaran sebenar.

Page 4: Stesen Jana Kuasa Elektrik Sultan Mahmud

8/14/2019 Stesen Jana Kuasa Elektrik Sultan Mahmud

http://slidepdf.com/reader/full/stesen-jana-kuasa-elektrik-sultan-mahmud 4/5

Rajah 3: Struktur Binaan Jana Kuasa Hidro AU

Pengubah meninggikan voltan AU yang dihasilkan oleh jana kuasa hidro elektrik.

Seterusnya, voltan AU yang tinggi dihantar keluar melalui penghantaran ke sistem Grid

 Nasional. Akhir sekali, air dari turbin dialirkan keluar ke sungai.

Tenaga elektrik yang dihantar dari stesen jana kuasa elektrik ke rumah pengguna perlu

melalui 2 sistem utama iaitu sistem penghantaran dan sistem pengagihan.

Sistem penghantaran adalah proses penghantaran tenaga elektrik bermula dari stesen jana

kuasa elektrik hingga ke punca pencawang voltan tinggi. Sesebuah stesen jana kuasa elektrik 

akan menghasilkan voltan 11kV. Kemudian, voltan janaan ini ditingkatkan dengan

menggunakan pengubah peninggi ke nilai 66kV, 132kV, 275kV dan 400kV. Kaedah

 penghantaran tenaga elektrik adalah melalui talian atas, kabel bawah tanah, kabel dasar laut,

Sistem Penghantaran Kaedah Jejari, Sistem Penghantaran Kaedah Gelang dan Sistem Grid

 Nasional.

Talian atas menggunakan dawai aluminium alloi tanpa penebat. Ia murah dan ringan

 berbanding dengan tembaga yang berat dan mahal. Saiz pengalir bermula dari 12mm2 ke

750mm2. Disebabkan talian atas tidak berpenebat maka ciri-ciri keselamatan dititik beratkan

dalam pemasangannya.

Page 5: Stesen Jana Kuasa Elektrik Sultan Mahmud

8/14/2019 Stesen Jana Kuasa Elektrik Sultan Mahmud

http://slidepdf.com/reader/full/stesen-jana-kuasa-elektrik-sultan-mahmud 5/5

Tenaga elektrik juga boleh dihantar melalui kabel bawah tanah dan juga kabel dasar laut.

Lazimnya, ini dilakukan di kawasan yang mempunyai penduduk yang ramai, halangan sungai

dan juga bentuk muka bumi yang perlu dikekalkan.

Sistem Penghantaran Kaedah Jejari pula menyambungkan pengubah peninggi secara jejari. Lazimnya, ia digunakan untuk suatu kawasan yang memerlukan bekalan elektrik yang

rendah.

Sistem Penghantaran Kaedah Gelang menyambungkan semua pengubah peninggi dalam

 bentuk gelang. Sambungan gelang hanya dibuat pada bahagian lilitan primer pengubah,

manakala lilitan sekunder disambungkan ke pengubah penurun.

Sistem Grid Nasional ialah satu sistem yang digunakan untuk menyambungkan stesen-

stesen jana kuasa elektrik yang besar. Ia adalah jaringan talian penghantaran elektrik yang

menghubungkan janaan, penghantaran, pembahagian dan penggunaan elektrik di Malaysia.

Jaringan talian ini dimiliki dan dikendalikan oleh TNB. Lebih 420 stesen pencawang di

Semenanjung Malaysia dihubungkan oleh jaringan ini. Sistem Grid Nasional ini juga

dihubungkan kepada grid elektrik Thailand yang dikendalikan oleh Lembaga Elektrik Thailand

(EGAT) dan juga grid elektrik Singapura yang dikendalikan oleh Sibgapore Power.

Sistem pengagihan pula merupakan peringkat terakhir dalam proses pengagihan tenaga

elektrik yang bermula dari pencawang voltan tinggi hingga ke punca pemasangan pengguna.Voltan dari pencawang tinggi diagihkan kepada pengguna mengikut keperluan. Bagi industri

 berat, voltan maksimum ialah 11kV. Industri kecil, sekolah dan pejabat memerlukan voltan

 bekalan 415V dan bagi rumah kediaman, kebiasaannya menggunakan voltan bekalan 240V.

Terdapat dua sistem bekalan elektrik iaitu sistem fasa tunggal yang membekalkan

elektrik 240V untuk rumah kediaman dan sistem tiga fasa yang menghasilkan voltan 415V untuk 

kegunaan industri. Voltan ini diperolehi daripada pengubah perendah di substesen. Pengubah

menggunakan sambungan cara Delta-Delta atau Delta-Bintang antara gelung utama dengangelung kedua pengubah substesen. Untuk mengelakkan kekeliruan antara talian tiga fasa, satu

kod warna pada kabel pendawaian diperkenalkan mengikut negara di mana Malaysia

menggunakan warna merah untuk L1, kuning untuk L2, biru untuk L3, hitam untuk Neutral dan

hijau untuk Bumi.