st4

3
Sejarah Tahun 4 Parameswara Pengasas Melaka Nama murid: Angelina Yap Kelas: 4 Tun Hussein Tahun: 4 Nama guru: Suhaili Binti Sudin Pengenalan 1. Pengasas Kesultanan Melayu Melaka bernama Parameswara. 2. Nama baginda ada disebut di dalam sumber China dan Portugis. 3. Nama baginda juga disebut dalam buku Sejarah Melayu sebagai Sultan Iskandar Shah. Pengembaraan Parameswara 1. Sejarah Awal Parameswara merupakan putera raja Kerajaan Melayu dari Palembang. Baginda cuba melepaskan kerajaannya daripada penguasaan kerajaan Majapahit tetapi gagal. Parameswara begerak ke Temasik bersama dengan pengikutnya. 2. Menjadi Pemerintah Temasik Parameswara bercita-cita menjadi pemerintah Temasik kerana mendapati negara itu berkembang maju. Baginda menyerang pemerintah Temasik yang bernama Temagi dan membunuhnya. Baginda menjadi pemerintah Temasik selepas Temagi dibunuhnya. Kerajaan Siam berasa marah terhadap tindakan Parameswara kerana Termasik pada ketika itu merupakan kawasan naungan Siam. Kerajaan Siam menyerang Parameswara dan baginda terpaksa berundur ke Muar. 3. Penempatan di Muar dan Sening Ujung Parameswara menetap di Muar. Baginda mendapati Muar tidak sesuai dijadikan tapak kerajaan. Baginda bersama-sama dengan pengikutnya menuju ke utara dan sampai ke Sening Ujung. Di Sening Ujung, baginda meletakan seorang menteri untuk memerintah di situ. Baginda dan pengikutnya

Upload: yufei78

Post on 03-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kertas soalan tahun 4

TRANSCRIPT

Page 1: St4

Sejarah

Tahun 4

Parameswara

Pengasas Melaka

Nama murid: Angelina Yap

Kelas: 4 Tun Hussein

Tahun: 4

Nama guru:

Suhaili Binti Sudin

Pengenalan

1. Pengasas Kesultanan Melayu Melaka bernama Parameswara.

2. Nama baginda ada disebut di dalam sumber China dan Portugis.

3. Nama baginda juga disebut dalam buku Sejarah Melayu sebagai Sultan Iskandar Shah.

Pengembaraan Parameswara

1. Sejarah Awal

Parameswara merupakan putera raja Kerajaan Melayu dari Palembang. Baginda cuba melepaskan kerajaannya daripada penguasaan kerajaan Majapahit tetapi gagal. Parameswara begerak ke Temasik bersama dengan pengikutnya.

2. Menjadi Pemerintah Temasik

Parameswara bercita-cita menjadi pemerintah Temasik kerana mendapati negara itu berkembang maju. Baginda menyerang pemerintah Temasik yang bernama Temagi dan membunuhnya. Baginda menjadi pemerintah Temasik selepas Temagi dibunuhnya. Kerajaan Siam berasa marah terhadap tindakan Parameswara kerana Termasik pada ketika itu merupakan kawasan naungan Siam. Kerajaan Siam menyerang Parameswara dan baginda terpaksa berundur ke Muar.

3. Penempatan di Muar dan Sening Ujung

Parameswara menetap di Muar. Baginda mendapati Muar tidak sesuai dijadikan tapak kerajaan. Baginda bersama-sama dengan pengikutnya menuju ke utara dan sampai ke Sening Ujung. Di Sening Ujung, baginda meletakan seorang menteri untuk memerintah di situ.

Baginda dan pengikutnya meneruskan perjalanan ke utara.

4. Membuka Melaka

Parameswara dan pengikutnya tiba di Sungai Bertam. Baginda mendapati kawasan itu sesuai petempatan. Baginda menamakan negeri tersebut sebagai Melaka.

Munculnya Negeri Terulung

Peristiwa Pembukaan Melaka

1. Melaka mendapat namanya setelah berlaku peristiwa aneh sewaktu Parameswara dan pengikutnya pergi berburu.

2. Sewaktu berehat di bawah sepohon pokok, Parameswara telah melihat anjing perburuan baginda ditendang oleh seekor pelanduk.

Page 2: St4

Asal Usul Nama Melaka

1. Perkataan Malaga

Menurut Suma Oriental, nama Melaka berasal daripada perkataan Malaga yang bermaksud perlindungan.

2. Pokok Melaka

Menurut Sejarah Melayu, nama Melaka diberikan sempena nama pokok Melaka.

3. Penulis Sejarah

Seorang penulis sejarah Portugis bernama Gasper Correa mengatakan Melaka dikenal sebagai Malagas yang bermaksud tempat membuat ikan masin.

4. Bahasa Sanskrit

Menurut bahasa Sanskrit ,Melaka mendapat nama daripada sejenis pokok, iaitu Amalaka yang bermaksud pokok yang mempunyai buah yang masam. Mengikut mitos Hindu, Amalaka ialah pokok yang pertama tumbuh di alam semesta.

5. Pedagang Arab

Pedagang Arab memanggil Melaka sebagai Malakat, iaitu perhimpunan segala dagang. Mereka juga memanggil Melaka sebagai mulaqah yang bermaksud pertemuan.

Kepimpinan Parameswara

1. Baginda sentiasa bermuafakat dengan pembesar sebelum membuat keputusan.

2. Baginda mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam dan China.

3. Baginda membangunkan Melaka melalui kegiatan perdagangan.

4. Baginda bijak memilih kawasan untuk dijadikan negeri

5. Baginda berusaha menbangunkan sebuah perkampungan kecil menjadi sebuah pelabuhan terkenal.

Warisan Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka

1. Gelaran Sultan

Gelaran sultan digunakan oleh pemerintah Melaka setelah memeluk agama Islam.

2. Undang-undang

Undang-undang adalah penting dalam system pentadbiran kerajaan.

3. Sistem Pentadbiran Kerajaan

Sistem pentadbiran disusun dengan taratur dan bermula dengan kerajaan, negeri jajahan, mukim dan kampung.

4. Agama Islam

Agama Islam menjadi agama rasmi semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka dan sultan menjadi ketua agama Islam.

5. Sistem Perwarisan Takhta

Sistem perwarisan takhta pemerintahan mementingkan

keturunan sebelah bapa sebagai waris takhta negeri.

6. Hubungan Diplomatik

Kesultanan Melayu Melaka memulakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Kepulaunan Melayu, Kalinga, China dan Siam.

7. Sistem Pentadbiran Istana

Paramesrawa mewujudkan jawatan pembesar, bentara dan biduanda kecil.

Warisan Keagungan Kesultanan Melayu Melaka

1. Kesultanan Melayu Melaka telah meninggalkan warisan yang berharga kepada negara kita.

2. Kita patut berbangga dengan warisan tersebut kerana warisan inilah yang dapat menjamin kedaulatan dan kemakmuran negara pada hari ini.