srt saji

Upload: johan

Post on 10-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sample of application letter

TRANSCRIPT

InED, UiTM,

Nor Iesyatirradiah Sanny Toh

Radio Televisyen Malaysia

Angkasapuri

50614, Kuala Lumpur_____________________________________________________________________

FELDA DSaji Sdn. BhdBlok J, Anjung FELDA

Jalan Maktab Off Jalan Semarak

54000 Kuala Lumpur.

20 MAC 2015Tuan/Puan,MEMOHON TAJAAN BAGI MAJLIS PERKAHWINAN SELEBRITI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM).

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas. 2.Sukacitanya dimaklumkan bahawa majlis perkahwinan Penyanyi dan Pengacara program Selamat Pagi Malaysia, terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Nor Iesyatirradiah Sanny Toh (Iesya Toh).

3.Majlis perkahwinan tersebut akan dilangsungkan di Angkasapuri dan merupakan majlis perkahwinan yang pertama kalinya diadakan di Angkasapuri serta bakal dicatatkan di dalam buku Malaysias Book of Record sebagai perkahwinan selebriti pertama yang dilangsungkan di Angkasapuri.4.Untuk maklumat pihak Tuan/Puan, butirbutir tentang majlis ini adalah seperti berikut :i. Acara: Majlis Akad Nikah

Tarikh: 29 Mei 2015 ( Jumaat )

Masa : 9.00 pagi .

Tempat: Masjid Muhammadi, Angkasapuri, Kuala Lumpur, Malaysiaii. Acara: Majlis Resepsi

Tarikh: 30 Mei 2015 ( Sabtu )

Masa : 7.00 malam hingga 10.30 malamTempat: Perkarangan Padang Angkasapuri4.Sehubungan itu, pihak saya dengan rasa rendah diri ingin memohon penajaan daripada pihak Tuan/Puan bagi menjayakan majlis tersebut. Di antara tajaan yang di mohon adalah seperti berikut: 1) Khemah;

2) Set Janakuasa Elektrik (Generator Set);

3) Anggota Rela;

4) Bunga Api;

5) Dekorasi dan Pelamin;

6) Katering (1000 pax.).

Serta lain-lain peralatan, kelengkapan atau perkhidmatan yang difikir suai manfaat oleh pihak Tuan/Puan.5.Sebagai tambahan, majlis perkahwinan tersebut juga akan turut dihadiri oleh KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Yang Amat Mulia Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta YAM Dato Seri Tengku Puteri Zahariah binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj sebagai jemputan kehormat diRaja dan beberapa Menteri Kabinet sebagai tetamu kehormat. 6.Untuk makluman pihak Tuan/Puan, kedua-dua majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan tersebut akan mendapat liputan dari beberapa media tempatan dan juga asing termasuk media dari Singapura.

7.Kami benar-benar berharap agar pihak Tuan/Puan dapat memberikan tajaan serta memenuhi permohonan saya ini bagi menyajayakan serta menyempurnakan acara kedua-dua majlis seperti yang tersebut di atas.8.Kerjasama dan keprihatinan dari pihak Tuan/Puan sangat saya harapkan dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian, terima kasih.

Yang benar,

________________________(Nor Iesyatirradiah Sanny Toh)Sk. Fail Perancang Perkahwinan