spp bil.2 2011 pelaksanaan format kepala surat rasmi...

Download SPP Bil.2 2011 Pelaksanaan Format Kepala Surat Rasmi …pendaftar.uthm.edu.my/v2/en/.../33-surat-pekeliling-pengurusan-bil... · 3.2 Ruangan nombor rujukan dan tarikh di bawah nama

If you can't read please download the document

Upload: vokiet

Post on 27-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Microsoft Word - SPP Bil.2 2011 Pelaksanaan Format Kepala Surat Rasmi UTHM.doc

1/2

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/3/1 (03) 1 April 2011

______________________________________

SURAT PEKELILING PENGURUSAN BIL. 2 TAHUN 2011 ___________________________________________

FORMAT KEPALA SURAT RASMI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

1. TUJUAN

1.1 Surat Pekeliling Pengurusan ini bertujuan untuk memaklumkan perubahan

kepala surat rasmi letterhead Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

2. LATARBELAKANG

2.1 Dimaklumkan Mesyuarat Eksekutif Bil. 9/2007 yang diadakan pada 26 September 2007 bersetuju meluluskan format surat menyurat rasmi Universiti

Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

2.2 Pemakaian dan penguatkuasaan penggunaan format surat menyurat rasmi (UTHM) tersebut telah dimaklumkan dalam Pekeliling Pengurusan Bil. 63/2007.

2.3 Selaras dengan standard MS ISO 9001:2008, YBhg. Dato Naib Canselor

bersetuju supaya kepala surat rasmi letterhead dikemaskini dan dimurnikan.

3. PELAKSANAAN

3.1 Bagi memastikan keseragaman dan sebagai lambang identiti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia diwajibkan segala urusan surat-menyurat sama ada di dalam dan di luar universiti hendaklah menggunakan kepala surat rasmi

letterhead yang telah ditetapkan. 3.2 Ruangan nombor rujukan dan tarikh di bawah nama PTj sebelum ini

dimansuhkan. Walau bagaimanapun, setiap urusan surat-menyurat yang dikeluarkan hendaklah ditaip sendiri no. rujukan dan tarikh dengan mengikut format surat-menyurat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti.

Format kepala surat rasmi adalah seperti di Lampiran I.

4. PEMAKAIAN Surat Pekeliling Pengurusan ini hendaklah dibaca bersama dengan Pekeliling

Pengurusan Bil. 63/2007 bertarikh 2 November 2007.

2/2

5. TARIKH KUATKUASA

Surat Pekeliling Pengurusan ini berkuatkuasa mulai tarikh surat pekeliling ini dikeluarkan pada 1 April 2011.

Sekian untuk makluman dan perhatian YBhg. Dato/ Prof. / tuan / puan.

Terima kasih.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

Yang benar

SULAM BIN HAMID Pendaftar 7100

s.k. - YBhg. Dato Naib Canselor

- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) - Penolong-Penolong Naib Canselor

- Dekan-Dekan Fakulti - Pengarah Pejabat/Pusat - Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SH/myh/31032011/SuratPekelilingPengurusan

3/2