spesifikasi kantin word

16
LAMPIRAN A SYARAT-SYARAT TAMBAHAN Penyebut harga hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat ini apabila menyertai sebutharga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di bawah ini membolehkan sebutharga tersebut tidak akan dipertimbangkan. 1. KELAYAKAN UNTUK MEMASUKI SEBUTHARGA 1.1 Kontraktor yang hendak menyertai sebut harga ini hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang 080501 Makanan Bermasak Islam. Salinan sijil Kementerian Kewangan dan Kementerian Dalam Negeri hendaklah disertakan bersama-sama dengan tawaran. Jika tempoh pendaftaran telah ataupun hampir tamat, penyebut harga hendaklah mengemukakan salinan surat daripada pihak yang berkenaan yang menyatakan bahawa permohonan untuk lanjutan telah dibuat. 2. PEMILIHAN 2.1 Kontraktor boleh membuat tawaran mengikut alamat pendaftaran Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia. Kontraktor yang berkelayakan akan dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan. Kerajaan juga berhak untuk tidak memilih tawaran tanpa memberi sebarang alasan. 3. HARGA TAWARAN 3.1 Harga-harga yang ditawarkan adalah mengikut spesifikasi di Lampiran C .

Upload: masliza-mazelan

Post on 22-Jan-2016

62 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SPESIFIKASI KANTIN

TRANSCRIPT

Page 1: Spesifikasi Kantin Word

LAMPIRAN A

SYARAT-SYARAT TAMBAHAN

Penyebut harga hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat ini apabila menyertai sebutharga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di bawah ini membolehkan sebutharga tersebut tidak akan dipertimbangkan.

1. KELAYAKAN UNTUK MEMASUKI SEBUTHARGA

1.1 Kontraktor yang hendak menyertai sebut harga ini hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang080501 Makanan Bermasak Islam.

Salinan sijil Kementerian Kewangan dan Kementerian Dalam Negeri hendaklah disertakan bersama-sama dengan tawaran. Jika tempoh pendaftaran telah ataupun hampir tamat, penyebut harga hendaklah mengemukakan salinan surat daripada pihak yang berkenaan yang menyatakan bahawa permohonan untuk lanjutan telah dibuat.

2. PEMILIHAN

2.1 Kontraktor boleh membuat tawaran mengikut alamat pendaftaran Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia. Kontraktor yang berkelayakan akan dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan. Kerajaan juga berhak untuk tidak memilih tawaran tanpa memberi sebarang alasan.

3. HARGA TAWARAN

3.1 Harga-harga yang ditawarkan adalah mengikut spesifikasi di LampiranC.

3.2 Harga-harga yang ditawarkan hendaklah termasuk semua kos tenaga buruh, mengangkat, penghantaran dan lain-lain yang bersangkutan dengan pembekalan ini.

3.3 Harga-harga yang ditawarkan dalam sebutharga ini adalah tetap dan tidak boleh dipinda selepas sebut harga ini ditutup dan akan berkuatkuasa selama dalam tempoh sah laku sebutharga.

3.4 Harga yang ditawarkan seperti di Lampiran C oleh penyebut harga yang berjaya hendaklah dipatuhi dan mempamerkan jadual harga serta mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa sepanjang masa kontrak berjalan dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan.

Page 2: Spesifikasi Kantin Word

4. CAGARAN KESELAMATAN

4.1 Sebelum sesuatu kontrak perkhidmatan disempurnakan penyebut harga yang berjaya dikehendaki memberi cagaran sebanyak 3 bulan bayaran sewa.

4.2 Cagaran keselamatan ini hendaklah dalam bentuk jaminan bank daripada bank yang berdaftar di Malaysia. Cagaran ini akan dikembalikan sesudah kontrak diselesaikan dengan memuaskan dan pihak kontrak telah menyelesaikan semua hutang piutang dengan Kerajaan (jika ada).

5. POLISI INSURAN

5.1 Kontraktor dengan perbelanjaan sendiri dikehendaki mengambil Polisi Insuran Tanggungan Awam, Insuran Pampasan Pekerja dan lain-lain polisi yang difikirkan perlu dan diminta oleh Kerajaan. Polisi Insuran yang diperakui dan resit premium yang telah dibayar hendaklah dikemukakan kepada Kerajaan dalam masa empat belas (14) hari selepas notis penerimaan tawaran.

6. SETUJU TERIMA

6.1 Kerajaan tidak terikat mempersetujui terima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga jua pun. Keputusan Jawatankuasa sebut harga adalah muktamad. Jabatan tidak terikat untuk melayan sebarang surat menyurat yang berupa rayuan daripada penyebut harga berkenaan sebab-sebab sebut harga mereka tidak berjaya.

6.2 Penyebut harga yang berjaya dikehendaki menandatangani satu perjanjian kontrak dengan Kerajaan Malaysia dan adalah terikat dengan syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian tersebut.

7. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH

7.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberiu, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

7.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Page 3: Spesifikasi Kantin Word

7.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

7.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

PENGARAH,JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR,40676 SHAH ALAM.

Page 4: Spesifikasi Kantin Word

LAMPIRAN B

SYARAT – SYARAT KHAS

Syarat-syarat ini adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat kontrak:

1. TEMPOH KONTRAK

1.1 Tempoh kontrak adalah untuk dua ( 2 ) ta h un dan tempoh perlanjutan tidak melebihi 2 tahun. Walaubagaimanapun bagi tempoh kontrak perkhidmatan ini ia bergantung kepada mutu perkhidmatan dan kualiti makanan yang disediakan oleh pihak syarikat.

1.2 Tempoh percubaan bagi perjanjian kontrak di atas adalah bagi tempohdua (2) bulan.

2. GARIS PANDUAN DAN BAHAN RUJUKAN

2.1 Pengendalian, penyimpanan dan penyediaan makanan perlu dikendalikan mengikut tatacara seperti di dalam garis panduan berikut:

a) Guidelines Mass Catering, MOH 1996 b) Code of Practice Food Hygienec) Konsep Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP)d) Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985

3. PENJAGAAN KANTIN

3.1 Kontraktor hendaklah bertanggungjawab terhadap segala kerosakan kelengkapan dan peralatan di dalam bangunan yang disewa termasuk menyelenggara tangki simpanan sisa makanan.

3.2 Kontraktor tidak boleh mewakilkan atau menyewakan atau melepas sewaan kantin kepada sesiapa pun tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada kerajaan.

3.3 Kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bil-bil utiliti seperti bekalan elektrik dan bekalan air. Kontraktor hendaklah memastikan pembayaran bil-bil diselesaikan dalam masa yang ditetapkan.

3.4 Semua pekerja yang dilantik hendaklah diberi keutamaan kepada warganegara Malaysia dan beragama Islam. Bagi pekerja bukan warganegara, kontraktor wajib memastikan pekerja mempunyai permit bekerja yang sah daripada Jabatan Imigresen Malaysia.

Page 5: Spesifikasi Kantin Word

4. PENYEDIAAN DAN PENJUALAN MAKANAN DAN MINUMAN

4.1 Makanan yang dihidangkan hendaklah HALAL dan tidak berlawanan dengan kehendak-kehendak agama Islam dan disediakan mengikut peraturan-peraturan kesihatan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti yang terdapat dalam garis panduan. Bagi tujuan tersebut, kontraktor hendaklah memohon mendapatkan Sijil Pengesahan Halal daripada Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor daripada tarikh permulaan kontrak.

4.2 Kontraktor hendaklah menyediakan dan mempamerkan menu dan harga bagi setiap hidangan serta mendapat kelulusan pihak pengurusan jabatan untuk makluman pelanggan.

4.3 Kontraktor hendaklah memastikan penjualan makanan dan minuman di premis adalah pada harga yang berpatutan.

4.4 Menu perlu mempunyai pilihan selera yang pelbagai. Kontraktor dinasihatkan mematuhi senarai menu yang dicadangkan seperti di Lampiran C.

4.5 Kontraktor perlu memastikan makanan dihidang dengan bersih, menarik serta mempunyai suhu yang sesuai iaitu makanan panas dihidang dengan panas (> 65°c) dan makanan sejuk dihidang dengan sejuk (3°c -10°c).

4.6 Barang-barang dapur, alat-alat memasak, pinggan mangkuk dan tempat-tempat menyimpan bahan makanan dan perkakas memasak hendaklah semuanya digunakan bagi tujuan memasak makanan yang halal sahaja.

4.7 Kontraktor hendaklah memastikan bekalan peralatan hidangan adalah mencukupi, berkeadaan bersih dan bersesuaian untuk kegunaan pelanggan.

4.8 Kontraktor hendaklah menyediakan kemudahan bekas yang sesuai bagi pelanggan yang ingin membawa makanan dan minuman keluar daripada premis.

4.9 Barang-barang yang tidak halal, sama ada mentah, bermasak atau diproses, adalah dilarang dibawa masuk ke dalam Kantin.

4.10 Kontraktor hendaklah menjaga kebersihan kantin dan persekitarannya pada setiap masa dan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Page 6: Spesifikasi Kantin Word

4.11 Kontraktor hendaklah mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak jabatan dari semasa ke semasa berhubung dengan kebersihan premis, penyediaan dan penjualan makanan dan minuman dan apa-apa perkara lain yang berkaitan.

5. WAKTU PERKHIDMATAN

5.1 Kontraktor hendaklah memastikan premis dibuka pada setiap hari bekerja dan pada hari-hari yang ditetapkan oleh jabatan dari 7.00 pagi hingga 5.30 petang.

6. PEKERJA KONTRAKTOR

6.1 Kontraktor bertanggungjawab ke atas setiap pekerja dan kakitangannya yang mengurus dan mengendalikan premis. Pekerja hendaklah mempunyai surat sah suntikan TY2 dan sihat tubuh badan. Mereka yang tiada surat ini dilarang bertugas di kantin. Bukti pengesahan hendaklah dilampirkan sekiranya tawaran ini berjaya diterima.

6.2 Kontraktor hendaklah memastikan pekerjanya tidak mempunyai apa- apa rekod jenayah. Pekerja hendaklah berpakaian dan berkelakuan sopan bagi melambangkan imej jabatan sebagai institusi agama.

7. TANGGUNG RUGI

7.1 Pengusaha Kantin bersetuju dengan kerajaan bahawa-

a) Pengusaha kantin akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengusaha Kantin dan, melepaskan kerajaan sepenuhnya sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang, dari apa-apa tuntutan dan tanggungan daripada apa-apa kemalangan, kerugian, kerosakan , kehilangan atau kematian yang terbit daripada Pengusaha Kantin oleh Pengusaha Kantin di bawah Perjanjian ini dan Kerajaan, kerugian, kerosakan, kehilangan atau kematian itu;

b) Pengusaha Kantin hendaklah menanggung rugi Kerajaan daripada apa-apa tuntutan, prosiding, kerugian, kerosakan , kehilangan , ganti rugi dan kos yang ditanggung atau mungkin menjadi tanggugaan Kerajaan berikut atau terbit dari –

Kecuaian dalam penggunaan atau salah guna atau, penyelewengan oleh pengusaha kantin atau wakil, pekerja dan ejennya;

DAN

Apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian harta atau kecederaan berikutan dari pelaksanaan Perjanjian ini.

Page 7: Spesifikasi Kantin Word

8. PENAMATAN PERJANJIAN

8.1 Kerajaan berhak menamatkan perjanjian ini dengan mengemukakan notis bertulis tiga puluh (30) hari tentang niatnya untuk menamatkan perjanjian jika :-

Kontraktor melanggar mana-mana syarat perjanjian;

ATAU

Perkhidmatan kontraktor yang diberikan tidak memuaskan;

DAN

Telah diberi surat peringatan sebanyak tiga (3) kali.

8.2 Jika kontraktor gagal untuk meremedi pelanggaran syarat-syarat perjanjian yang berkaitan atau meningkatkan perkhidmatan ke suatu taraf yang memuaskan, maka Kerajaan boleh menamatkan perjanjian dengan mengemukakan notis penamatan secara bertulis yang berkuatkuasa dari tarikh notis itu.

8.3 Kerajaan juga berhak menamatkan perjanjian sekiranya kontraktor tidak menunjukkan sebarang inisiatif atau gagal untuk mendapatkan Sijil Pengesahan HALAL sepanjang tempoh perkhidmatan.

8.4 Kontraktor yang menarik diri sebelum tamat tempoh kontrak adalah tidak layak menerima pulangan deposit dan akan disenaraihitamkan daripada kalangan senarai pembekal.

Page 8: Spesifikasi Kantin Word

LAMPIRAN C

JADUAL KADAR HARGA MAKANAN & MINUMAN

KANTIN PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KLANG

Sarapan : 7.00 pagi – 10.30 pagi Makan tengahari : 10.30 pagi – 3.00 petang Masakan Panas – Ala Carte : 10.30 pagi – 3.00 petang

M e n u H a r i an ( Wa j i b )

BUTIRAN HARGA (RM)

Nasi lemak bungkusNasi lemak dan lauk

Biasa (ikan bilis, timun & telur rebus)+ Telur goreng+ Kerang+ Sotong+ Ayam+ Udang

Mi / Bihun / Kue Teow / Spagetti / MaggiGoreng

BUTIRAN HARGA (RM)

SotoBiasa (ayam / daging)+ Bergedil (sekeping)

Laksa asam (telur separuh & sayur)

BUTIRAN HARGA (RM)

Nasi putih kosong

BUTIRAN HARGA (RM)Goreng / Rebus Berkuah / Sambal

Telur rebusTelur mataTelur dadarTelur puyuh

Page 9: Spesifikasi Kantin Word

BUTIRAN HARGA (RM)

Goreng / Rebus Berkuah / Sambal

Ayam (100g)Daging (100g)Paru (100g)Sotong (100g)Udang (100g)Tenggiri / Bawal / Merah (100g)Kembung / Selar / Kerisi (100g)Keli / Talapia (120g)Ketam (120g)Siput sedut / Lala / Kerang (120g)Sardin (100g)

BUTIRAN HARGA (RM)

Goreng / Rebus Berkuah / Sambal

Kerabu sayurPajeri nenasUlam (Petai / Kacang botol / Timun / Ulam raja / Jantung pisang) + sambalTahu / TempeKentangIkan MasinTelur asinKangkung / sawi / bayam / kacang panjangKacang buncis / bendi / terungPucuk ubi / pucuk paku / Pucuk manisKobisKailanSayur campur

BUTIRAN HARGA (RM)

Buah-buahan (sepotong)Karipap / Donat / Pau sambal / Cucur badak / Pulut panggangPisang / Keledek / Ubi gorengKeropok lekorTalam / Ketayap / Lapis / Kasturi / Lepat / Serimuka / ApamAneka bubur (dalam bekas)Roti jala & kari

Page 10: Spesifikasi Kantin Word

BUTIRAN HARGA (RM)

Panas SejukAir kosong Percuma PercumaTeh / KopiTeh O / Kopi OTeh halia / Kopi haliaTeh O halia / Kopi O haliaMilo / HorlickMilo O / Horlick ONescafeNescafe ONestloBarliSirapSirap limauLimauBandungCincauLaici buahAir buah (tembikai, oren, dll)Air tinAir kotakAir mineral (500 ml)

Masakan Panas – Ala Carte ( 10.30 pagi – 3 petang)

BUTIRAN HARGA (RM)

Tomyam / Paprik / Masak Kunyit / Masak Halia / Masak Merah

+ Nasi Putih + Nasi Goreng

Ayam / DagingUdang / SotongCampur

BUTIRAN HARGA (RM)

Mee / Bihun / Kue TeowGoreng Mamak / Cina / KampungGoreng PatayaBandung / Kungfu / Ladna / HailamSupKariTomyam

BUTIRAN HARGA (RM)

Page 11: Spesifikasi Kantin Word

NasiGoreng Biasa / Cina / Kampung / BelacanGoreng Ayam / Udang / SotongGoreng Ikan Masin / KerabuGoreng PatayaGoreng Thai / USA

M e n u S a mp i n g an

BUTIRAN HARGA (RM)

RotiRoti Canai BiasaRoti Canai TelurRoti Canai Sardin / PisangRoti TisuRoti NanRoti BomCapati / Tosai / ApomRoti BakarRoti Sandwich (sardin / telur / tuna)

BUTIRAN

Lain-lain cadangan menu (Nyatakan)

HARGA (RM)