soalan_soalan1

Upload: kickerslangkawi

Post on 09-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

  • MAD SAIPON NIZAR BIN ZAINON

    820502-02-5683

    PPG MATEMATIK AMBILAN KHAS

    EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

    SOALAN

    1. Seorang guru juga harus mengetahui kepentingan pengurusan masa. Bincangkan

    apakah yang mungkin berlaku sekirannya anda gagal untuk menguruskan masa dengan

    bijak.

    Pengurusan masa yang bijak sangat penting bagi setiap insan.Kepincangan pengurusan

    yang bijak bagi seseorg guru akan menyebabkan prestasi kerja akan lemah. Selain itu,

    guru tersebut juga akan menghadapi situasi yang tidak terurus akibat tugasan yang

    diberikan menyebabkan kualiti dalam bilik darjah akan hilang. Selain dari itu juga, guru

    tersebut akan hilang fokus dengan profesion nya dan akhirnya menyebabkan tindakan-

    tindakan disiplin dan salah laku dikenakan ke atas beliau.Kesan dari pengurusan masa

    yang tidak bijak ini pasti nya menyebabkan kecelaruan emosi dan fizikal bagi guru dan

    seterusnya memberi impak yang besar terhadap anak didik.

    2. Seandainya seseorang guru dapat menguruskan masa dengan berkesan, maka dia juga

    akan dapat menyelesaikan segala tugasan dalam jangka masa yang telah dirancang.

    Jelaskan implikasi kenyataan di atas terhadap seseorang guru tersebut.

    Implikasi dari kenyataan di atas, seandainya guru dapat menguruskan masa dengan

    berkesan maka segala tugas yang di rancang dapat disiapkan dengan sempurna dan

    efisen. Selain itu, guru juga dapat memastikan semua objektif yang dirancang dapat di

    capai. Seterusnya guru tersebut akan dapat melonjakkan prestasi dan karier beliau

    dalam bidang perguruan.

  • 3. Trotter (1986) telah mengemukakan teori lima peringkat perkembangan yang akan

    dilalui oleh seseorang guru hingga menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.

    Senaraikan empat pencapaian penguasaan dalam bidang pendidikan bagi seorang guru

    di peringkat cekap:

    Pada peringkat cekap seseorang guru tersebut memperolehi sijil atau ijazah dalam

    bidang keguruan. Selain itu, sesorang guru itu juga akan menguasi ketrampilan yang

    baik bagi seorang guru. Guru juga akan memahami prinsip dan konsep pembelajaran

    dalam pelbagai situasi dan juga situasi yang khusus. Pada peringkat ini juga,guru akan

    memiliki pelbagai strategi pengajaran dan mampu menyesuaikannya mengikut

    keperluan pelajar yang berbeza.

    4. Dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 2025).

    Keperluan guru-guru harus diberi keutamaan sebagai motivasi untuk mereka

    menyampaikan pengajaran secara berkesan serta pencapaian dan kejayaan sesebuah

    sekolah itu bergantung kepada warga pendidik.

    5. Sebagai seorang guru di peringkat cekap Huraikan Prinsip-prinsip guru cekap yang

    menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

    a. Berikan tiga bentuk perubahan yang perlu dilakukan oleh guru dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran.

    Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik

    unggul pada setiap masa

    . Mempastikan situasi Guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas

    . Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri

    (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi

    tertentu)

    . Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.

  • b.Nyatakan peranan guru sebagai agen perubahan dalam bilik darjah.

    Guru berperanan dalam membuat perubahan kaedah Pdp dari berpusat guru bertukar

    kepada berpusatkan murid

    Guru berperanan membuat perubahan penggunaan sumber dan BBM iaitu

    menggunakan kaedah teknolgi maklumat dan penggunaan ICT dalam pengajaran dan

    pembelajaran

    Guru boleh bertindak sebagi agen perubahan melalui perubahan penggunaan BBM

    yang terkini selaras dengan perkembangan murid masa kini

    6. Berikan ENAM ciri yang perlu ada pada guru besar sebagai ketua dan pemimpin dalam

    organisasi sekolah.

    (1) mengutamakan pencapaian prestasi murid

    (2) Menetapkan strategi-strategi pengajaran yang berkaitan dengan pencapaian prestasi

    murid.

    (3) Mewujudkan suasana pembelajaran yang teratur dan baik.

    (4) Sentiasa menilai pencapaian murid.

    (5) Menyelaras program pengajaran pembelajaran.

    (6) Memberi sokongan kepada guru.

    7. Apakah faedah yang bakal diperolehi sekiranya guru mengamalkan budaya kolaborasi

    dan koperatif

    Faedah yang diperolehi ialah guru akan bekerjasama dalam menjalankan aktiviti dan

    menyelesaikan masalah di sekolah. Semua guru akan bertanggungjawab dalam tugas-

    tugas yang di amanahkan. Ganjaran dan hadiah yang di berikan dapat meningkatkan

    motivasi guru dalam mencapai keputusan yang cemerlang. Guru juga dapat memupuk

    kemahiran social dan kendiri untuk membantu guru lain mencapai objektif dan

    mengekalkan hubungan positif. Guru akan merasakan mereka tidak bekerja secara

    bersendirian.