soalan-soalan lazim q1: apakah ifsa 2013? · pdf filesoalan-soalan lazim q1: ... tahun...

5
Penukaran Akaun Deposit Bertempoh Soalan-Soalan Lazim Q1: Apakah IFSA 2013? Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) 2013 adalah Akta yang mengawal dan menyelia institusi kewangan Islam untuk mempromosikan kestabilan kewangan dan pematuhan Syariah dan juga apa- apa perkara yang berkaitan, berbangkit atau sampingan. Akta tersebut memperkenalkan dua klasifikasi utama produk untuk penerimaan wang daripada pelanggan oleh bank-bank Islam sama ada ke dalam akaun deposit atau akaun pelaburan Islam. Di bawah definisi baharu ini, semua produk deposit bertempoh yang mengguna pakai kontrak Syariah Mudarabah (perkongsian keuntungan) dan Wakalah bi al-istithmar (perwakilan untuk tujuan pelaburan) akan diklasifikasikan sebagai produk pelaburan, bukannya produk deposit. Oleh yang demikian, segala manfaat dan keistimewaan sebagai produk deposit tidak lagi diguna pakai, contohnya perlindungan daripada Perlindungan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Q2: Mengapa penukaran diperlukan? Semua bank-bank Islam akan memulakan pelaksanaan penukaran untuk pengelasan semula deposit Islam sebagaimana yang ditakrifkan di bawah IFSA 2013. Untuk AmBank Islamic, berkuatkuasa dari 15 Ogos 2014, mana-mana produk deposit bertempoh yang berasaskan kontrak Shariah Mudarabah dan Wakalah bi al-istithmar (“Deposit Sedia Ada”) telah ditukar kepada produk deposit bertempoh baharu yang berasaskan kontrak Syariah Komoditi Murabahah (penjualan komoditi pada kos berserta keuntungan) pada tarikh matang Deposit Sedia Ada. Menghampiri tarikh akhir Pelan Peralihan IFSA Bank Negara Malaysia (BNM), AmBank Islamic akan memulakan satu lagi pelaksanaan penukaran untuk menukar kesemua Deposit Sedia Ada yang selebihnya dengan tempoh matang selepas 30 Jun 2015 kepada deposit bertempoh baharu di bawah kontrak Komoditi Murabahah. Q3: Bilakah tarikh penukaran? Tanpa mengambil kira tarikh matang akaun anda, penukaran kesemua deposit bertempoh di bawah kontrak Mudarabah dan Wakalah bi al-istithmar kepada kontrak Komoditi Murabahah dijadualkan untuk dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 8 – 19 Jun 2015. Q4: Siapakah yang terlibat apabila penukaran dilaksanakan? Semua pelanggan sedia ada (individu & bukan individu) yang mempunyai penempatan di bawah Mudarabah dan Wakalah bi al-istithmar akan terlibat. Q5: Apakah produk-produk Deposit Sedia Ada yang terlibat dalam penukaran ini? 1. Akaun Pelaburan Am-i 2. Akaun Pelaburan-i AmAdvance 3. Akaun Pelaburan-i Afdhal 4. Akaun Pelaburan-i Am50Plus 5. Akaun Pelaburan-i AmQuantum 6. Akaun Pelaburan-i ValuePlus

Upload: trinhkien

Post on 06-Feb-2018

266 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan-Soalan Lazim Q1: Apakah IFSA 2013? · PDF fileSoalan-Soalan Lazim Q1: ... tahun dikreditkan ke dalam akaun simpanan atau semasa ... Contoh 2 Akaun Pelaburan-i AmQuantum

Penukaran Akaun Deposit Bertempoh

Soalan-Soalan Lazim

Q1: Apakah IFSA 2013?

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) 2013 adalah Akta yang mengawal dan menyelia institusi kewangan Islam untuk mempromosikan kestabilan kewangan dan pematuhan Syariah dan juga apa-apa perkara yang berkaitan, berbangkit atau sampingan. Akta tersebut memperkenalkan dua klasifikasi utama produk untuk penerimaan wang daripada pelanggan oleh bank-bank Islam sama ada ke dalam akaun deposit atau akaun pelaburan Islam. Di bawah definisi baharu ini, semua produk deposit bertempoh yang mengguna pakai kontrak Syariah Mudarabah (perkongsian keuntungan) dan Wakalah bi al-istithmar (perwakilan untuk tujuan pelaburan) akan diklasifikasikan sebagai produk pelaburan, bukannya produk deposit. Oleh yang demikian, segala manfaat dan keistimewaan sebagai produk deposit tidak lagi diguna pakai, contohnya perlindungan daripada Perlindungan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Q2: Mengapa penukaran diperlukan? Semua bank-bank Islam akan memulakan pelaksanaan penukaran untuk pengelasan semula deposit Islam sebagaimana yang ditakrifkan di bawah IFSA 2013. Untuk AmBank Islamic, berkuatkuasa dari 15 Ogos 2014, mana-mana produk deposit bertempoh yang berasaskan kontrak Shariah Mudarabah dan Wakalah bi al-istithmar (“Deposit Sedia Ada”) telah ditukar kepada produk deposit bertempoh baharu yang berasaskan kontrak Syariah Komoditi Murabahah (penjualan komoditi pada kos berserta keuntungan) pada tarikh matang Deposit Sedia Ada. Menghampiri tarikh akhir Pelan Peralihan IFSA Bank Negara Malaysia (BNM), AmBank Islamic akan memulakan satu lagi pelaksanaan penukaran untuk menukar kesemua Deposit Sedia Ada yang selebihnya dengan tempoh matang selepas 30 Jun 2015 kepada deposit bertempoh baharu di bawah kontrak Komoditi Murabahah.

Q3: Bilakah tarikh penukaran? Tanpa mengambil kira tarikh matang akaun anda, penukaran kesemua deposit bertempoh di bawah kontrak Mudarabah dan Wakalah bi al-istithmar kepada kontrak Komoditi Murabahah dijadualkan untuk dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 8 – 19 Jun 2015.

Q4: Siapakah yang terlibat apabila penukaran dilaksanakan?

Semua pelanggan sedia ada (individu & bukan individu) yang mempunyai penempatan di bawah Mudarabah dan Wakalah bi al-istithmar akan terlibat.

Q5: Apakah produk-produk Deposit Sedia Ada yang terlibat dalam penukaran ini?

1. Akaun Pelaburan Am-i 2. Akaun Pelaburan-i AmAdvance 3. Akaun Pelaburan-i Afdhal 4. Akaun Pelaburan-i Am50Plus 5. Akaun Pelaburan-i AmQuantum 6. Akaun Pelaburan-i ValuePlus

Page 2: Soalan-Soalan Lazim Q1: Apakah IFSA 2013? · PDF fileSoalan-Soalan Lazim Q1: ... tahun dikreditkan ke dalam akaun simpanan atau semasa ... Contoh 2 Akaun Pelaburan-i AmQuantum

Q6: Apakah produk-produk deposit bertempoh baharu? Produk-produk deposit bertempoh Islam yang baharu adalah deposit bertempoh patuh Syariah

berasaskan kontrak Komoditi Murabahah melalui aturan Tawarruq yang mana komoditi digunakan sebagai aset dasar untuk pembelian dan transaksi jualan antara pelanggan, bank dan peniaga komoditi melalui platform dagangan komoditi yang diluluskan. Melalui aturan tersebut, anda akan melantik AmBank Islamic sebagai ejen anda bagi pembelian dan penjualan komoditi. Dagangan komoditi membolehkan anda menikmati kadar keuntungan tetap dan pada masa yang sama, deposit anda dijamin oleh PIDM. Produk-produk deposit bertempoh baharu adalah: 1. Deposit Bertempoh-i 2. Deposit Bertempoh-i Afdhal 3. Deposit Bertempoh-i Am50Plus 4. Deposit Bertempoh-i AmQuantum 5. Deposit Bertempoh-i ValuePlus

Q7: Bagaimanakah pemetaan Deposit Sedia Ada kepada deposit bertempoh baharu di bawah

penukaran tersebut?

Sedia Ada Baharu

Akaun Pelaburan Am-i Deposit Bertempoh-i

Akaun Pelaburan-i AmAdvance

Akaun Pelaburan-i Afdhal Deposit Bertempoh-i Afdhal

Akaun Pelaburan-i Am50Plus Deposit Bertempoh-i Am50Plus

Akaun Pelaburan-i AmQuantum Deposit Bertempoh-i AmQuantum

Akaun Pelaburan-i ValuePlus Deposit Bertempoh-i ValuePlus

Q8: Apakah manfaat akaun-akaun deposit bertempoh baharu tersebut?

Akaun Ciri-ciri Unik

Deposit Bertempoh-i Penempatan permulaan yang rendah iaitu RM1,000 untuk tempoh sebulan dengan ciri pengeluaran separa

Deposit Bertempoh-i Afdhal Tempoh yang pendek dan fleksibel dalam jumlah hari dengan ciri pengeluaran separa

Deposit Bertempoh-i Am50Plus Direka khas untuk warga emas dengan keuntungan bulanan dikreditkan ke dalam akaun simpanan atau semasa

Deposit Bertempoh-i AmQuantum

Deposit bertempoh jangka panjang dengan keuntungan suku tahun dikreditkan ke dalam akaun simpanan atau semasa

Deposit Bertempoh-i ValuePlus Menyediakan kadar lebih tinggi atas Deposit Bertempoh-i digabungkan dengan pelaburan unit amanah Islam

Q9: Apakah yang terjadi pada Deposit Sedia Ada ketika penukaran?

Berdasarkan jadual pemetaan di atas (Q7), Deposit Sedia Ada anda akan ditukarkan kepada akaun deposit bertempoh baharu yang berkenaan. Deposit Sedia Ada dengan tarikh matang pada 1 Julai 2015 dan seterusnya, akan ditukarkan kepada deposit bertempoh baharu dalam tempoh 8 hingga 19 June 2015. Melainkan perubahan dalam kontrak Syariah, terma-terma lain seperti amaun prinsipal, tarikh matang, nombor akaun dan lain-lain akan kekal tanpa perubahan.

Page 3: Soalan-Soalan Lazim Q1: Apakah IFSA 2013? · PDF fileSoalan-Soalan Lazim Q1: ... tahun dikreditkan ke dalam akaun simpanan atau semasa ... Contoh 2 Akaun Pelaburan-i AmQuantum

Untuk lebih pemahaman, sila rujuk pada ilustrasi di bawah: Butiran Akaun Sedia Ada Butiran Akaun yg ditukar

Existing Account Details Converted Account Details Q10: Bagaimanakah pengiraan keuntungan distrukturkan ketika penukaran? Contoh 1 Akaun Pelaburan-i AmAdvance

Prinsipal: RM10,000 Tempoh: 24 bulan

Tarikh nilai: 10/3/2014 – 10/3/2016

Penukaran berlaku diantara 8 – 19 Jun 2015

Akaun Pelaburan-i AmAdvance Prinsipal: RM10,000 Tempoh: 24 bu lan Tarikh Nilai: 31/03/2014 – 31/3/2016 Kadar Keuntungan: Kadar Keuntungan Jangkaan Arahan Pembaharuan: Prinsipal + Keuntungan

Deposit Bertempoh-i Prinsipal: RM10,000 Tempoh: 24 bu lan Tarikh Nilai: 31/03/2014 – 31/3/2016 Kadar Keuntungan: Kadar Keuntungan Tetap Arahan Pembaharuan: Prinsipal + Keuntungan

Akaun Pelaburan-i Afdhal Prinsipal: RM30,000 Tempoh: 731 hari (24 bulan) Tarikh Nilai: 1/4/2014 – 1/4/2016 Kadar Keuntungan: Kadar Keuntungan Perkongsian Arahan Pembaharuan: Prinsipal + Keuntungan

Deposit Bertempoh-i Afdhal Prinsipal: RM30,000 Tempoh: 731 hari (24 bulan) Tarikh Nilai: 1/4/2014 – 1/4/2016 Kadar Keuntungan: Kadar Keuntungan Tetap Arahan Pembaharuan: Prinsipal + Keuntungan

Penukaran berlaku diantara 8 – 19 Jun 2015

Akaun Pelaburan-i Am50Plus Prinsipal: RM40,000 Tempoh: 24 bulan Tarikh Nilai: 15/3/2014 – 15/3/2016 Kadar Keuntungan: Kadar Keuntungan Perkongsian Arahan Pembaharuan: Prinsipal sahaja. Keuntungan dikreditkan ke dalam Akaun Simpanan

Deposit Bertempoh-i Am50Plus Prinsipal: RM40,000 Tempoh: 24 bulan Tarikh Nilai: 15/3/2014 – 15/3/2016 Kadar Keuntungan: Kadar Keuntungan Tetap Arahan Pembaharuan: Prinsipal sahaja. Keuntungan dikreditkan ke dalam Akaun Simpanan

Penukaran berlaku diantara 8 – 19 Jun 2015

Akaun Pelaburan-i AmQuantum Prinsipal: RM50,000 Tempoh: 18 bulan Tarikh Nilai: 31/3/2014 – 30/9/2015 Kadar Keuntungan: Kadar Keuntungan Perkongsian Arahan Pembaharuan: Prinsipal sahaja. Keuntungan dikreditkan ke dalam Akaun Semasa

Deposit Bertempoh-i AmQuantum Prinsipal: RM50,000 Tempoh: 18 bulan Tarikh Nilai: 31/3/2014 – 1/9/2015 Kadar Keuntungan: Kadar Keuntungan Tetap Arahan Pembaharuan: Prinsipal sahaja. Keuntungan dikreditkan ke dalam Akaun Semasa

Penukaran berlaku diantara 8 – 19 Jun 2015

Akaun Pelaburan Am-i (“GIA-i”) Prinsipal: RM20,000 Tempoh: 24 bulan Tarikh Nilai: 15/3/2014 – 15/3/2016 Kadar Keuntungan: Kadar Keuntungan Perkongsian Arahan Pembaharuan: Prinsipal sahaja

Deposit Bertempoh-i Prinsipal: RM20,000 Tempoh: 24 bulan Tarikh Nilai: 15/3/2014 – 15/3/2016 Kadar Keuntungan: Kadar Keuntungan Tetap Arahan Pembaharuan: Prinsipal sahaja

Penukaran berlaku diantara 8 – 19 Jun 2015

Page 4: Soalan-Soalan Lazim Q1: Apakah IFSA 2013? · PDF fileSoalan-Soalan Lazim Q1: ... tahun dikreditkan ke dalam akaun simpanan atau semasa ... Contoh 2 Akaun Pelaburan-i AmQuantum

Keuntungan Jangkaan pada tarikh matang bagi Akaun Pelaburan-i AmAdvance (10/3/2014 – 10/3/2016):

Prinsipal x Kadar Keuntungan Jangkaan x Tempoh RM10,000 x 3.30% x 24/12 = RM660

Struktur pengiraan keuntungan disebabkan penukaran daripada Akaun Pelaburan-i AmAdvance kepada Deposit Bertempoh-i (Tarikh penukaran adalah pada 10/6/2015)

Pengiraan keuntungan bagi Akaun Pelaburan-i AmAdvance (10/3/2014 – 9/6/2015): Prinsipal x Kadar Keuntungan Jangkaan x Tempoh RM10,000 x 3.30% x 15/12 = RM412.50 Pengiraan keuntungan bagi Deposit Bertempoh-i (10/6/15 – 10/3/2016)

Prinsipal x Kadar Keuntungan Tetap x Tempoh RM10,000 x 3.30% x 9/12 = RM247.50 Jumlah keuntungan: RM660

Contoh 2

Akaun Pelaburan-i AmQuantum Prinsipal: RM10,000

Tempoh: 24 bulan Tarikh nilai: 15/3/2014 – 15/3/2016 Tarikh penukaran: 15/6/2015

Keuntungan indikatif pada tarikh matang bagi Akaun Pelaburan Am-i AmQuantum (15/3/2014 -15/3/2016):

Prinsipal x Kadar pulangan indikatif (berdasarkan Kadar Keuntungan Perkongsian) x Tempoh RM10,000 x 3.47% x 24/12 = RM694

Struktur pengiraan keuntungan disebabkan penukaran daripada Akaun Pelaburan-i AmQuantum kepada Deposit Bertempoh-i AmQuantum (Tarikh penukaran adalah pada 15/6/2015)

Pengiraan keuntungan Akaun Pelaburan-i AmQuantum (15/3/2014 – 14/6/2015): Prinsipal x Kadar Pulangan Indikatif (berdasarkan Kadar Keuntungan Perkongisan) x Tempoh RM10,000 x 3.47% x 15/12 = RM433.75 Pengiraan keuntungan bagi Deposit Bertempoh-i AmQuantum (15/6/15 – 15/3/2016)

Prinsipal x Kadar Keuntungan Tetap x Tempoh RM10,000 x 3.47% x 9/12 = RM260.25 Jumlah keuntungan: RM694 Q11: Apabila akaun saya ditukarkan kepada deposit bertempoh baharu, adakah saya masih boleh

menikmati manfaat yang saya nikmati sebelum ini? Ya, anda akan terus menikmati manfaat tersebut. Perbezaan utama adalah kadar keuntungan tetap yang akan diberikan, bukannya keuntungan berdasarkan Kadar Keuntungan Perkongsian (P.S.R.) atau Kadar Keuntungan Jangkaan (E.P.R.)

Q12: Jika pulangan tetap ditawarkan, bukankah ianya serupa dengan Deposit Tetap Konvensional? Apakah perbezaannya?

Deposit Tetap Konvensional adalah berdasarkan faedah manakala Deposit Bertempoh Islam Baharu ialah deposit bertempoh patuh Syariah yang berasaskan konsep Komoditi Murabahah yang mana ia

Page 5: Soalan-Soalan Lazim Q1: Apakah IFSA 2013? · PDF fileSoalan-Soalan Lazim Q1: ... tahun dikreditkan ke dalam akaun simpanan atau semasa ... Contoh 2 Akaun Pelaburan-i AmQuantum

memberikan keuntungan tetap kepada pelanggan. Pulangan ini adalah hasil daripada dagangan komiditi patuh Syariah sebagai aset dasar.

Q13: Mengapakah saya perlu menukar akaun saya kepada produk baharu ini? Lambat-laun, kesemua produk akaun deposit sedia ada yang berasaskan kontrak Syariah Mudarabah

dan Wakalah bi al-istithmar tidak lagi akan berada di bawah deposit. Sebaliknya, akan diklasifikasikan semula sebagai akaun pelaburan. Penukaran produk-produk ini adalah perlu bagi memastikan akaun anda kekal sebagai deposituntuk ianya terus layak dilindungi oleh PIDM. Selain daripada mematuhi keperluan peraturan, produk-produk deposit bertempoh baharu kami juga menawarkan manfaat yang lebih menarik daripada deposit bertempoh sedia ada seperti keuntungan tetap pada awal penempatan dan penyediaan ciri-ciri pengeluaran separa bagi Deposit Bertempoh-i yang turut dinikmati oleh pemegang akaun GIA-i sedia ada.

Q14: Apakah yang akan terjadi pada Deposit Sedia Ada sekiranya saya tidak berhajat untuk

menukarkannya? Sekiranya anda tidak berhajat untuk menukar Deposit Sedia Ada, anda dikehendaki untuk ke cawangan AmBank Islamic/ AmBank bagi melakukan pengeluaran awal daripada akaun anda. Anda seterusnya boleh mendeposit dana anda ke dalam produk-produk deposit lain seperti akaun simpanan atau akaun semasa.

Q15: Adakah saya masih mendapat perlindungan daripada PIDM di bawah produk-produk baharu ini? Ya, anda masih boleh terus mendapat perlindungan daripada PIDM sebanyak RM250,000 bagi setiap pendeposit, untuk setiap bank ahli / entiti.

Q16: Adakah penukaran ini melibatkan pengeluaran sijil Deposit Bertempoh baharu?

Sijil anda tidak perlu untuk dikeluarkan semula semasa penukaran ini kerana selain daripada

perubahan pada kontrak Syariah, terma-terma lain seperti amaun prinsipal, tarikh matang, nombor

akaun dan lain-lain kekal tanpa perubahan.

Q17: Apakah yang akan terjadi sekiranya saya kehilangan sijil saya yang sedia ada? Sekiranya sijil telah hilang, anda perlu memaklumkan kepada pihak AmBank Islamic/ AmBank secara bertulis sepertimana prosedur sedia ada.

Q18: Adakah syarikat/pelanggan korporat perlu mengeluarkan Resolusi Lembaga Pengarah baharu untuk

menukar penempatan Deposit Sedia Ada kepada Deposit Bertempoh Baharu ini? Tidak. Resolusi Lembaga Pengarah baharu tidak diperlukan untuk melakukan penukaran ini.

Q19: Bolehkah syarikat/pelanggan korporat terus menikmati kadar istimewa untuk penempatan baharu? Ya, sebagaimana amalan sedia ada tetapi tertakluk pada kes. Q20: Bagaimanakah penukaran tersebut memberi kesan kepada Deposit Bertempoh sedia ada saya di

bawah lien? Apa-apa lien sedia ada, hak, caj, faedah sekuriti dan/atau sekatan yang dikenakan ke atas Deposit Sedia Ada akan terus berada di bawah deposit bertempoh baharu anda berdasarkan Komoditi Murabahah.

Q21: Bolehkah pelanggan mengeluarkan deposit di bawah lien?

Deposit di bawah lien tertakluk pada terma-terma dan syarat kemudahan kewangan yang disediakan kepada anda oleh pihak bank. Oleh itu, anda perlu mendapatkan nasihat selanjutnya daripada Pengurus Perhubungan (Relationship Manager) akaun anda.