soalan pertengahan tahun sivik 2014

10
NAMA : …………………………………… TINGKATAN/ KELAS :……………………….. SMK JELAI (F) 73480,GEMAS, NEGERI SEMBILAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (2014) PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2 (MASA: 1 JAM) Kertas soalan ini mengandungi 6 muka surat bercetak BAHAGIAN A Soalan 1 hingga Soalan 30 (30 markah) Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan pilihan, iaitu A,B,C, dan D.Bagi tiap- tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Jawab di dalam kertas OMR. 1 Sentiasa berusaha memajukan diri Mempunyai nilai moral yang tinggi Hidup beragama

Upload: jmdsaid

Post on 20-Jul-2016

48 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SOALAN

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Pertengahan Tahun Sivik 2014

NAMA : …………………………………… TINGKATAN/ KELAS :………………………..

SMK JELAI (F)

73480,GEMAS, NEGERI SEMBILAN

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (2014)PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

TINGKATAN 2

(MASA: 1 JAM)

Kertas soalan ini mengandungi 6 muka surat bercetak

BAHAGIAN A

Soalan 1 hingga Soalan 30 (30 markah)

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan pilihan, iaitu A,B,C, dan D.Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Jawab di dalam kertas OMR.

1

Sentiasa berusaha memajukan diri

Mempunyai nilai moral yang tinggi

Hidup beragama

Page 2: Soalan Pertengahan Tahun Sivik 2014

1. Ciri-ciri di atas berkaitan denganA ciri-ciri kecemerlangan diri.B gaya hidup remaja yang moden.C cabaran remaja pada masa

hadapan.D cara keluarga meningkatkan

perpaduan.

2. Kecemerlangan diri memerlukan kecemerlangan _________ dan ________ yang terpuji.A intelek,emosiB rohani,intelekC sahsiah,jasmaniD pendidikan,perwatakan

3. Antara berikut,yang manakah merupakan tindakan membuat refleksi?A menilai kebolehan orang lain.B menjaga perlakuan dan tindakan.C menerima komen dan pandangan secara positif.D bertutur mengikut etika dan

kesesuaian suasana.

4. Individu yang bersikap toleransi berupayaA menilai diri orang lain.B membuat keputusan dengan adil.

C menerima setiap perbezaan orang lain.

D menilai baik buruk sesuatu tindakan yang diambil.

5. Apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan apabila pendapat kita ditolak?A meluahkan perasaan tidak puas hati.

B meminta orang lain menerima pendapat kita.C menerima keputusan dengan hati yang terbuka.D memarahi pihak yang bertentangan pendapat dengan kita.

6. Apakah sifat-sifat yang harus ada pada seorang tokoh?A memiliki kekayaan yang melimpah-ruah.B boleh dicontohi dan diteladani oleh masyarakat.C digeruni oleh semua pekerja bawahan.D pandai mengambil hati pihak atasan.

7. Tokoh ini telah mengharumkan nama Malaysia dengan menjadi wanita Asia pertama menjelajah secara solo ke AntartikaA Datuk Dr.Mazlan OthmanB Datin Paduka Marina MahathirC Tan Sri Dr Zeti Akhtar AzizD Datuk Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir

8. Satu cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan ialahA membuat kerja sekolah dengan tekun.B menyambut hari lahir anggota keluarga secara sederhana.C tidak mengganggu ibu bapa yang sedang menonton televisyen.D berbincang tentang masalah rakan yang memerlukan pertolongan.

9. Mengapakah anak-anak harus berterus terang dengan ibu bapa sekiranya menghadapi masalah?A ibu bapa dapat memahami anak.

2

Page 3: Soalan Pertengahan Tahun Sivik 2014

B ibu bapa akan memarahi anak.C ibu bapa akan memanjakan anak.D ibu bapa akan membawa anak berjumpa dengan kaunselor.

10. Situasi yang manakah tidak menunjukkan sikap prihatin terhadap keperluan anggota keluarga?A ibu menyediakan sarapan untuk anak-anak.B bapa memberi wang kepada anak untuk membeli alat tulis.C anak membantu ibu mencuci pinggan selepas makan malam.D anak meminta kebenaran ibu bapa untuk menonton wayang bersama rakan.

11. Berikut merupakan cara untuk mengatasi konflik dalam keluarga kecuali…A mengawal emosi dengan baik.B mengenal pasti punca konflik tersebut.C berbincang bersama-sama ahli keluarga.D menyelesaikan konflik secara bersendirian.

12. Adik anda bersedih setelah dimarahi oleh ibubapa anda kerana gagal dalam peperiksaan. Anda akanA mengejek-ejek dan mentertawakan dirinya.B memarahinya kerana telah memalukan keluarg.aC menyindirnya kerana mendapat keputusan yang tidak baik.D memujuk adik dan memberikan kata-kata perangsang

kepadanya.

13.Hari Raya Aidilfitri akan menjelang tidak lama lagi.Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Roslan untuk menyambut perayaan tersebut?A merancang percutian dengan rakan-rakan.B membantu keluarganya mebuat persiapan.C membiarkan ibu bapanya menguruskan semua persiapan.D mengajak keluarga menziarahi saudara- mara yang lain.

14. Hubungan antara keluarga dapat dieratkan melalui cara berikut, kecualiA berkomunikasiB tinggal berjauhanC tolong-menolongD hormat-menghormati

15. Apakah peranan anak-anak untuk mewujudkan perpaduan keluarga?A menjadi pengasas sesebuah keluarga.B menyediakan tempat tinggal untuk ahli keluarga.C mencari nafkah untuk menyara ibubapa.D menghormati dan mengambil berat perasaan anggota keluarga

16. Kita perlu menghormati bakat dan kebolehan orang lain keranaA tidak semua individu memiliki bakat dan kebolehan.B setiap individu lahir dengan potensi dan bakat yang berbeza.C bakat dan kebolehan tersebut tidak akan berkekalan.D bakat dan kebolehan tersebut boleh digunakan untuk pelbagai tujuan

3

Page 4: Soalan Pertengahan Tahun Sivik 2014

17.Antara berikut,yang manakah benar tentang agensi dan tanggungjawabnya?A Rukun Tetangga - menangkap jenayah di kawasan kejirananB Majlis Kanser Nasional -

memberikan bantuan pertolongan cemas kepada masyarakat yang memerlukan

C Agensi Anti Dadah Kebangsaan - merancang aktiviti untuk mengurangkan penyalahgunaan dadah

D Jabatan Agama Islam - membantu masyarakat yang kurang berkemampuan untuk meneruskan kehidupan

18. Nyatakan cara untuk mengekalkan

perpaduanA hidup berbaik-baik antara kaum.B memperkenalkan dasar yang lebih liberal.C berusaha mewujudkan kepelbagaian budaya.D menyelesaikan krisis melalui campur tangan luar.

19. Apakah peranan masyarakat untuk menjaga keamanan?

A menganggotai pasukan keselamatan negara.B mencari peluang untuk memberkas jenayah.C mengadakan rondaan untuk mencari maklumat tentang kes jenayah.D memberikan maklumat berkaitan jenayah kepada pihak polis.

20. Semangat kekitaan meliputi ciri-ciri seperti berikut kecuali

A nilai-nilai seharian.B gaya hidup seseorang.C pandangan masa depan.D perbezaan taraf seseorang.

21. Penubuhan badan-badan kebajikan dan pusat-pusat rekreasi komuniti menunjukkan bahawa kerajaan mengamalkan sikap

A prihatin.B rasional.C toleransi.D berani mencuba.

22. Tanggungjawab untuk mewujudkan keamanan dan kesejahteraan perlu dipikul oleh

A pihak polis.B rukun tetangga.C pasukan keselamatan.D semua anggota masyarakat.

23. Namakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab memberikan bantuan dan menjaga kesejahteraan masyarakat

A Jabatan Kebajikan MasyarakatB Jabatan Pelajaran NegeriC Agensi Anti Dadah KebangsaanD Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

24. Tindakan-tindakan yang berikut menunjukkan amalan hidup bermasyarakat kecuali..

A saling bertegur sapa.B melibatkan dalam aktiviti gotong-royong.C menghadiri jemputan majlis perkahwinan.D membuat tembok pagar tanpa memberitahu jiran sebelah.

25. Antara berikut,yang manakah tidak termasuk dalam jenis-jenis warisan kesenian pelbagai kaum?

A LaguB TarianC LukisanD Seni Muzik

4

Page 5: Soalan Pertengahan Tahun Sivik 2014

26.

Ketiga-tiga tarian di atas terkenal di negeriA JohorB SabahC SarawakD Kelantan

27. Manakah antara berikut termasuk dalam seni muzik masyarakat Melayu

A ZapinB Opera

C GhazalD Dramatari

28. Warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia amat penting kerana

A warisan tersebut sukar diperoleh sekarang.B masyarakat kini tidak lagi mempedulikan keunikan warisan kesenian.C masyarakat lain di dunia tidak memiliki kesenian tersebut.D berupaya memperkenalkan identiti sesebuah kaum kepada masyarakat umum.

29. Antara yang berikut yang manakah merupakan alat muzik tradisional yang terdapat di Malaysia.

A SitarB GitarC BiolaD Harmonika

30. Dikir barat,Makyung dan permainan wau merupakan antara warisan kesenian yang popular di negeri..

A KedahB PahangC KelantanD Melaka

5

Tarian Limbai Tarian Adai-Adai Tarian Daling-Daling

Page 6: Soalan Pertengahan Tahun Sivik 2014

BAHAGIAN B

Soalan 31 hingga Soalan 40 (10 Markah )

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. Tulis pada ruangan yang disediakan.

31. Berbekalkan semangat _____________________________ banyak wira negara dapat dihasilkan antaranya Nicol Ann David.

32. Individu yang mempunyai pendidikan, iltizam dan _____________________________ mampu meraih kecemerlangan diri.

33. Setiap kelemahan diri perlu diperbaiki dari semasa ke semasa setelah membuat _____________________________

34. Semua anggota keluarga perlu _____________________________ setiap anggota keluarga supaya dapat mengelakkan pertelingkahan.

35. Cara yang betul untuk _____________________________ dalam keluarga adalah melakukan perbincangan dari hati ke hati.

36. Sokongan keluarga amat diperlukan sebagai _____________________________ bagi mencipta kejayaan.

37. _____________________________ institusi asas dalam sesebuah masyarakat.

38. Aspek-aspek yang perlu diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat adalah _____________________________ dan menghormati pendapat mereka.

39. Organisasi yang diwujudkan dengan kerelaan anggotanya untuk berkhidmat kepada masyarakat dikenali sebagai _____________________________.

40. Individu yang rajin membuat kebajikan akan sentiasa peka terhadap _____________________________.

refleksi diripendorongpermasalahan dalam masyarakat‘Malaysia Boleh’memahami tingkah laku

menghormati perbezaan individukeyakinan yang tinggimenangani konflikinstitusi keluargaPertubuhan Sukarela

Page 7: Soalan Pertengahan Tahun Sivik 2014

BAHAGIAN C ( KBAT)

Soalan 1 dan 2 (10 Markah)

Jawab semua soalan yang diberikan dan tuliskan pada ruangan yang disediakan.

1. (a) Ahmad telah meminjam buku rujukan daripada rakannya Siva.Berdasarkan situasi tersebut, apakah yang perlu dilakukan oleh Ahmad untuk menunjukkan bahawa dia seorang yang menghormati hak orang lain?

i)

ii)

[ 4 markah ]

2. Bagaimanakah semangat kekitaan dapat membantu meningkatkan kemakmuran negara?

i)

ii)

iii)

[ 6 markah ]

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

......................................... ......................................... ......................................... (PN. JULIANIE MD SAID) (EN. MOHD JOHARI HASAN ) (PN. FATIMAH BT SILONG) Guru Matapelajaran Ketua Panitia GKMP Kemanusian

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

......................................... ......................................... ......................................... (PN. JULIANIE MD SAID) (EN. MOHD JOHARI HASSAN) (PN. FATIMAH BT SILONG) Guru Matapelajaran Ketua Panitia GKMP Kemanusian