soalan objektif bm tahun 5

11
SOALAN OBJEKTIF Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan pilihan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan saja yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga Soalan 16 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan Gambar 1 1. Erma belajar _________ sarung ketupat daripada neneknya. A menenun C memilin B menganyam D menyulam 2. “Maafkan_____ kerana tidak sengaja terpijak kaki saudari,” kata Salmiah kepada gadis itu. A saya C patik B aku D hamba 3. “Nita, _________datang ke majlis hari jadi adik saya minggu depan,” pelawa Idah. A janganlah C jemputlah B usahlah D silalah Soalan 4 berdasarkan Gambar 2 4. Faizah membeli dua__________ jagung bakar untuk adiknya. A tongkol C papan

Upload: cibam20

Post on 11-Nov-2015

60 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

SOALAN OBJEKTIFTiap-tiap soalan diikuti olehempatjawapan pilihanA,B,C, danD.Antaranya, adasatujawapan saja yang betul. Pilih jawapan itu.

Soalan 1 hingga Soalan 16Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yangpaling sesuai.

Soalan 1berdasarkan Gambar 1

1.Erma belajar _________ sarung ketupat daripada neneknya.AmenenunCmemilinBmenganyamDmenyulam

2.Maafkan_____ kerana tidak sengaja terpijak kaki saudari, kata Salmiah kepada gadis itu.AsayaCpatikBaku Dhamba

3.Nita, _________datang ke majlis hari jadi adik saya minggu depan, pelawa Idah.AjanganlahCjemputlahBusahlahDsilalah

Soalan 4berdasarkan Gambar 2

4.Faizah membeli dua__________ jagung bakar untuk adiknya.AtongkolCpapanBbijiDbuah

Soalan 5berdasarkan Gambar 3

5.Tukang rumah itu sedang _______sekeping papan.AmengetamCmemakuBmemahatDmenggergaji

Soalan 6berdasarkan Gambar 4

6.Pengembara itu berehat di ___________ pokok mempelam untuk menghilangkan penat.AatasCbawahBtepi Dluar

Soalan 7berdasarkan Gambar 5

7.Daniel sangat suka akan sup ___________ ikan yang dimasak oleh ibunya.AbebolaCbebuliBbebawang Dbebendul

Soalan 8berdasarkan Gambar 6

8.Pekerja itu ___________ dahan pokok yang menghalang pandangan lalu lintas.AmembelahCmencantasBmenebusDmenebang

Soalan 9berdasarkan Gambar 7

9.Nyambek ___________ apabila bahunya dicuit dari belakang oleh lelaki yang tidak dikenalinya.Atergamam CterdiamBtersentak Dterpukau

Soalan 10berdasarkan Gambar 8

10.Encik Lim Aik membantu jirannya yang akan ___________ ke tempat lain.Aberpindah CberlepasBbertolakDberlalu

11.Wahida rajin mengemas rumah._______,dia merupakan anak sulung dalam keluarganya.ALantaran ituCTambahan pulaBNamun demikian DSelain itu

12.Suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil itu _____________ oleh sorakan penonton.Amundar-mandirChiruk-pikukBlintang-pukangDsimpang-siur

13. ____Majlis penyampaian hadiah itu disusun oleh setiausaha Hari Keluarga sekolah kami.ATatasusilaCTatacaraBTatatertib DTatahias

14.Ceramah ______Keburukan Permainan Video itu disampaikan oleh pegawai kesihatanHospital Kuala Lumpur.AdenganCterhadapBsepertiDtentangSoalan 15berdasarkan Gambar 10

15.Ayah membaca se __________surat khabar sambil mendengar radio.AkepingChelaiBnaskhahDkajang

Soalan 16Pilihperibahasayang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat di bawah ini.

16.Kecantikan Mahsuri yang __________ itu menjadi bualan penduduk Langkawi.Abagai pinang dibelah dua Cbagai cincin dengan permataBbagai bulan dipagari bintangDbagai bertih digoreng

Soalan 17Pilihkata seertiyang paling sesuai bagi kata yangbergaris.

17.Orang kaya itumengusirpengemis yangmeminta sedekah di rumahnya.Amenolak CmenghalauBmengugut Dmemanggil

Soalan 18Pilihlawan katayang sesuai bagi kata yangbergaris.

18.Walaupun berbadankurus,budak itu kuat makan.Agemuk CbesarBlebar Dpendek

Soalan 19berdasarkan Gambar 11

19.Apakah simpulan bahasa yang berkaitan dengansituasi dalam gambar?Aringan tulangChabis akalBberat mulut D rambang mata

Soalan 20berdasarkan Gambar 12Pilihayat tanya yang betulbagi jawapan yang diberikan.

20.ABilakah kamu sampai di sini?Bhadiah wang tunai dari pihak Bank Nikkie?CMengapakah kamu datang ke sini?DAdakah kamu baru sampai?

Soalan 21 hingga Soalan 25Pilih ayat yangbetul.

21. AOh, panasnya cuaca pada hari ini!BEh, sakitnya kakiku tersepak batu!CWah, tergamak engkau mencuri notaku!DNah, tingginya lelaki dari Scotland itu!

22.ALambat amat sekali kura-kura ituberjalan.BTutur kata anak Puan Maimon benarsopan.CPaling cantik nian lukisan yang dilukisoleh pelukis terkenal itu.DHasil kraf tangan golongan istimewa it sungguh unik.

23.AFazli lebih bijak dari abangnya.BSila serahkan surat berdaftar ini ke Johan.CSetiap bulan, saya pulang ke kampunguntuk menjenguk ibu dan ayah.DKunci bilik itu ada kepada pengawal keselamatan.

24.ASudah satu setengah jam sayaKamil di perhentian bas.BSemua orang pekerja tidak dibenarkanmeninggalkan bangunan itu.CNazir menabung separuh daripada gaji bulanannya.DTiap malam, William mengikuti kelasmuzik.

25. ABilakah nenek akan keluar dari hospital?BSiapakahdaya kami untuk menentang arahan majikan.CDiakah yang membongkar rahsia itu.DSiapakah dia yag bersalah?

Soalan 26 dan Soalan 27Pilih ayat yangsama maksudnyadengan ayat yang diberikan.

26.Di tepi sungai itu ada beberapa rumpunpokok buluh.ATerdapat beberapa rumpun pokokbuluh di tepi sungai itu.BBeberapa rumpun pokok buluh ditanamdi tepi sungai itu.CDi tepi sungai itu mungkin adabeberapa rumpun pokok buluh.DAda sungai di tepi beberapa rumpunpokok buluh itu.

27.Saya berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh, kata Haiza kepada Jamil.AJamil menjelaskan bahawa Haiza berjaya melanjutkan pelajaran di sekolahberasrama penuh.BJamil dan Haiza diberitahu bahawa mereka berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh.CJamil dimaklumkan bahawa Haiza berjayamelanjutkan pelajaran di sekolahberasrama penuh.DHaiza memberitahu Jamil bahawa diaberjaya melanjutkan pelajaran di sekolahberasrama penuh.

Soalan 28Pilih ayat-ayat yang menggunakankata yangbergarisdenganbetul.

28.I Rumah saya agakjauhdari sekolah.II Barangan yang dijual di pasar raya itujauhlebih murah daripada yang dijual dipasar raya lain.III Pergilahjauhagar tiada sesiapa punyang akan mengganggumu, kata Khairilkepada rakan baiknya.IV Setiap hari, dia berjalan kakijauhlima kilometer.AII sajaCIII dan IV sajaBI dan II sajaDI, II, dan III saja

Soalan 29 dan Soalan 30Pilih ayat-ayat yangbetul.

29.I Mahmud menerima kad ucapan dari sahabat penanya di Brunei Darussalam.II Dia mengulang kaji pelajaran hingga larut malam.III Tolong berikan surat ini kepada Encik Lim, kata kerani itu kepada Hakimi.IV Di masa lapang, Vince dan abangnya gemarmemancing ikan.AII dan III saja CII, III, dan IV sajaBI, II, dan III saja DI, II, III, dan IV

30.I Mesyuarat PIBG itu membincangkan masalah disiplin murid-murid dan lain-lain hal yang berkaitan.II Pak Mat tidak dapat menoreh getahkerana sudah seminggu hujan turundengan lebatnya.III Tuk Penghulu meminta orang ramaiberkumpul di Dewan Serba Guna hujung minggu ini.IV Pada pandangan saya, beliau memang layak menerima anugerah Tokoh GuruKebangsaan 2006.AI dan II sajaCI, III, dan IV sajaBII dan III sajaDII, III, dan IV saja

Soalan 31 hingga Soalan 35Baca iklan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnyaMENABUNG BERSAMA NIKKIE JAMINAN MASA DEPAN YANG CERA2 Mei 13 Mei 2006

Bersempena dengan ulang tahun Bank Nikkie yang ke-10, kami telah menawarkan pelbagai keistimewaan dan hadiah yang menarik sepanjang promosi kami kepada para pelanggan. Kadardividenyang tinggi Hadiah wang tunai menanti ahli Kelab Nikkie yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM Hadiah-hadiah yang lumayan melalui pelbagai peraduan yang bakal diadakan Sebuah tabung Nikkie yang cantik apabila anda mendepositkan RM200Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-61401697 atau kunjungi mana-mana cawangan BankNikkie hari ini.Anda boleh juga melayari laman web kami di alamat:http://www.banknikkie.com.my/banknikkie

31.Katadividendalam iklan bermaksud...Amanfaat yang diperoleh.Bperatus keuntungan yang diagihkan sama rata.Csimpanan wang di bank.Dkeuntungan yang dibayar kepada penyimpan.

32.Siapakah yang paling layak menerima hadiah wang tunai dari pihak Bank Nikkie?Apelajar yang berusia antara 13 tahun hingga 17 tahunBpelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, atau SPMCcalon yang akan menduduki tiga peperiksaan utamaDgraduan dari universiti tempatan

33.Mengapakah pihak Bank Nikkiemengadakan promosi tersebut?Auntuk memperkenalkan Bank Nikkie kepadaorang ramaiBuntuk meminta orang ramai mengunjungi Bank NikkieCuntuk menjual tabung NikkieDuntuk meraikan ulang tahun penubuhannyayang ke-10

34.Apakah ganjaran yang diterima oleh mereka yang membuat simpanan sebanyakRM200?Atabung Nikkie yang cantikBkadar faedah yang tinggiChadiah wang tunaiDdibenarkan melayari laman web Bank Nikkie

35.Yang manakah penyataan yangtidakbenar?Apihak Bank Nikkie ingin menggalakkan pelajar menabungBtiada perkhidmatan internet disediakan untuk mendapatkan maklumat lanjutCperaduan yang diadakan menawarkanhadiahyang menarikDpromosi tersebut berlangsung selama dua minggu

Soalan 36 hingga Soalan 40Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Taman Orkid Antarabangsa Serendah terletak 40 kilometer ke utara Kuala Lumpur. Taman Orkid ini diwujudkan bersempena dengan Persidangan Orkid Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2011.Taman Orkid ini mempunyaikeistimewaannya yang tersendiri. Orkid yang ditanam di kawasan ini mempunyai pokok yang segar dan banyak mengeluarkan bunga.Hal ini disebabkan oleh iklim yang amat menyegarkan di kawasan tanah tinggi.Di Taman Orkid Antarabangsa ini terdapat lebih kurang 500 jenis orkid. Kebanyakan orkid di sini adalah orkid kacukan. Namun, ada juga orkid hutan. Orkid-orkid di sini jarang-jarang ditemukan di tempat lain.Peminat orkid banyak mempunyai pilihan jika membeli orkid di sini. Harga yang ditawarkan adalah antara RM5 hingga RM70 bergantung kepada jenis bunganya. Semasa membeli orkid, pegawai yang bertugas akan menerangkan cara-cara menanam orkid yang betul, cara mencegah serangan penyakit, dan cara membaja orkid yang betul.Semenjak taman ini dibuka, kira-kira 25 000 pengunjung telah berkunjung ke sini setiap tahun. Selain pengunjung tempatan, pengunjung dari luar negara, misalnya dari India, Taiwan, China, Afrika Selatan, Scotland, Jerman, dan Perancis tertarik untuk datang ke sini.Di samping berpeluang menikmati keindahan dan kecantikan pelbagai jenis orkid, pengunjung dapat juga menaiki menara tinjau untuk melihat pemandangan yang menghijau di Taman Orkid Antarabangsa Serendah.

36.Katakeistimewaandalam petikan bermaksudAkeunikan..CkebesaranBkelebihan.Dkeindahan.

37.Penyataan yang berikut adalah benar tentang orkid yang terdapat di Taman Orkid Antarabangsa Serendah,kecualiApokok-pokoknya segar dan mengeluarkan bunga.Bjenis orkidnya ialah orkid hutan dan orkid kacukan.Corkid di sini tidak perlu dijaga dengan teliti.Dorkid yang ditanam di sini tidak kurang daripada 500 jenis.

38.Berapakah jumlah pengunjung Taman Orkid Antarabangsa Serendah dalam jangka masa empat tahun itu?A500 orangC50 000 orangB25 000 orangD100 000 orang39.Apakah bukti yang menunjukkan bahawaTaman Orkid Antarabangsa mendapatperhatian orang ramai?Abanyak pelancong dari dalam dan luar negeriyang mengunjungi taman ituBpelancong banyak membeli pokok orkid sebagai tanda kenanganCbilangan pelancong asing yang mengunjungitaman ini melebihi bilangan penduduk setempatDpengunjung sering menaiki menara tinjau

40.Pada pendapat anda, mengapakah Taman Orkid Antarabangsa Serendah diwujudkan?Auntuk memperkenalkan tanaman orkid kepada generasi baruBuntuk memperindah Bandar Raya Kuala LumpurCuntuk mempelbagaikan tanaman yangterdapat di negara kitaDuntuk menanam minat orang ramai terhadap pokok orkid