soalan-kuiz-kesihatan
TRANSCRIPT
KUIZ KESIHATAN
NAMA : _________________________________________ KELAS : _____________ KUMP : ___________
NO SOALAN JAWAPAN
1 Apakah yang kita gunakan untuk menjaga kebersihan rambut?
2 Berapa gelas airkah yang perlu diminum oleh seseorang dalam
sehari?
3 Apakah yang perlu dilakukan sebelum kita menyediakan makanan?
4 Apakah yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan diri kita dari
dijangkiti penyakit selesema?
5 Apakah kumpulan makanan yang terletak di bahagian paling atas
dalam piramid makanan?
6 Apakah yang akan berlaku kepada seseorang itu jika mengalami
berat badan yang berlebihan?
7 Apakah benda yang digunakan untuk membersihkan gigi?
8 Apakah makanan yang tidak elok untuk kesihatan?
9 Berapa lamakah masa yang kita perlukan untuk melakukan
senaman?
10 Apakah kesan penyalahgunaan dadah?
11 Apakah contoh makanan yang mengandungi karbohidrat?
12 Apakah yang berlaku sekiranya seseorang itu menghidap penyakit
taun?
13 Jika kita sakit gigi, siapakah orang yang akan kita jumpa?
14 Mengapakah kita perlu menutup makanan yang telah dimasak
dengan tudung saji?
15 Apakah yang akan berlaku sekiranya persekitaran kita kotor?
16 Berikan 3 contoh makanan yang mengandungi lemak.
17 Bagaimanakah penyakit AIDS berjangkit?
18 Jika seseorang itu mengalami demam kuat yang mengejut, pening,
dan sakit pada bahagian tulang dan badan, apakah penyakit yang
dihidapinya?