soalan kuiz 2

6
SINONIM Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai . 1. Cikgu Zaman mendesak Yusnita supaya menceritakan perkara sebenar kes buli yang berlaku kepadanya. Perkataan seerti bagi mendesak ialah ____________. Jawaban : memaksa 2. Jurutera itu sedang memantau kerja-kerja pembinaan di tapak projek itu. Perkataan seerti bagi memantau ialah ________________. Jawaban : memerhati 3. Murid-murid yang menyertai kem motivasi itu mendapat banyak iktibar daripada ceramah motivasi sebentar tadi. Perkataan seerti bagi iktibar ialah ___________. Jawaban : pengajaran 4. Lokman mengeluh akan nasibnya yang malang . Perkataan seerti bagi mengeluh ialah ______________. Jawaban : merintih

Upload: zul-joe

Post on 16-Jul-2015

886 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan kuiz 2

SINONIM

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Cikgu Zaman mendesak Yusnita supaya menceritakan perkara

sebenar kes buli yang berlaku kepadanya. Perkataan seerti bagi

mendesak ialah ____________.

Jawaban : memaksa

2. Jurutera itu sedang memantau kerja-kerja pembinaan di tapak

projek itu.

Perkataan seerti bagi memantau ialah ________________.

Jawaban : memerhati

3. Murid-murid yang menyertai kem motivasi itu mendapat banyak

iktibar daripada ceramah motivasi sebentar tadi. Perkataan seerti

bagi iktibar ialah ___________.

Jawaban : pengajaran

4. Lokman mengeluh akan nasibnya yang malang .

Perkataan seerti bagi mengeluh ialah ______________.

Jawaban : merintih

Page 2: Soalan kuiz 2

ANTONIM

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Hasraf mencurigai apa yang telah dilakukan oleh Amin

terhadapnya selama ini. Perkataan berlawan bagi mencurigai ialah

_________________.

Jawaban : mempercayai

2 . Pengawal tidak membenarkan sesiapapun masuk melalui

pintu itu kecuali mereka yang dibenarkan sahaja. Perkataan

berlawan bagi masuk ialah _____________.

Jawaban : keluar

3 Ramai perajurit yang setia kepada sultan Melaka telah terkorban

dalam pertempuran antara tentera Protugis. Perkataan berlawan

bagi setia ialah ______________.

Jawaban : derhaka

4 . Kapal kargo yang penuh muatan dagangan sedang berlabuh

itu milik Syarikat Melati Jaya Berhad. Perkataan berlawan bagi

berlabuh ialah _______________.

Jawaban : belayar

Page 3: Soalan kuiz 2

PANTUN

1. Lengkapkan pantun 2 kerat ini .

Gendang gendut tali kecapi ,

-------------------------------------------

Jawapan : Kenyang perut senang hati .

2. Lengkapkan pantun 4 kerat ini .

Pulau Pandan jauh ke tengah ,

Gunung Daik bercabang tiga ,

_____________________________,

_____________________________.

Jawapan : Hancur badan di kandung tanah

Budi yang dikenang juga .

3. Lengkapkan pantun 4 kerat ini .

Pisang emas dibawa belayar ,

Masak sebiji di atas peti ,

_____________________________,

_____________________________.

Jawapan : Hutang emas bolehku bayar ,

Hutang budi kebawa mati .

Page 4: Soalan kuiz 2

PERIBAHASA

1. Berikan maksud peribahasa ini .

Carik-carik bulu ayam , lama-lama bercantum juga.

Jawapan : Perselisihan dalam kalangan keluarga sendiri

akhirnya berbaik-baik semula.

2. Berikan maksud peribahasa ini .

Masuk kandang kambing mengembek , masuk kandang

lembu menguak .

Jawapan : Perlu menyesuaikan diri dengan tempat

di mana kita berada.

3. Berikan peribahasa bagi pernyataan berikut .

Sang Kerbau telah digigit oleh Sang Bedal setelah

terlepas dari tindihan kayu .

Jawapan : Seperti melepas anjing tersepit

Seperti kacang lupakan kulit

Page 5: Soalan kuiz 2

BANDINGAN SEMACAM

1. Rakyat negeri Melaka hidup dengan aman dan sejahtera

kerana negeri nya diperintah oleh seorang raja yang adil.

Berikan kata bandingan semacam bagi adil.

Adil seperti ………………………..

Jawapan : Adil seperti Hakim

2. Rasa kopi yang dibuat oleh ibu sangat pahit .

Berikan kata bandingan semacam bagi pahit .

Pahit seperti ………………………..

Jawapan : Pahit seperti hempedu / jadam

3. Pemain bola sepak dari benua Eropah itu tinggi seperti

……………………………..

Jawapan : Tinggi seperti galah.

Page 6: Soalan kuiz 2

TEKA – TEKI MAIN-MAIN

1. Negara apa bila di buang satu huruf jadi benda, bila

di buang 2 huruf jadik nama org? ( Itali)

2. Banyak-banyak bunga, bunga apa yang disiram

mati? ( bunga api)

3. Atas pokok ada buah, atas buah ada pokok?

( nanas)

4. . Malam hidup, siang mati (ikan)

5. Nampak dibawah cari di atas? ( bumbung bocor)

6. Potong panjang tak potong pun panjang?(kacang

panjang)

7. Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan

ais? (milo)