soalan kuiz 1

7
Soalan Kuiz 1 : Penilaian secara ujian pen dan pensel lebih mudah dan lebih baik berbanding portfolio. Beri komen anda. Pada pendapat saya penilaian secara portfolio adalah lebih mudah dan lebih baik berbanding dengan penilaian secara ujian pen dan pensel. Menurut Grace (1992) portfolio adalah satu rekod proses pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak. Rekod ini menunjukkan apa yang telah dipelajari dan bagaimana ianya dipelajari oleh kanak-kanak; bagaimana dia berfikir, menyoal, menganalisis , mensintesis, menghasilkan dan mencipta sesuatu dalam usaha menyiapkan tugasan yang diberi. Portfolio juga menunjukkan bagaimana kanak-kanak berinteraksi secara intelektual, emosi dan sosial dengan orang lain. Grace (1992) menyatakan bahawa portfolio mampu menilai perkembangan kanak- kanak secara autentik kerana portfolio adalah bukti pencapaian kanak-kanak yang sebenar dan bersesuaian dengan proses pembelajaran. Proses pembelajaran boleh direkod melalui portfolio kerana kandungan portfolio mampu menunjukkan apa yang telah dipelajari, bagaimana kanak-kanak mempelajarinya dan bagaimana kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain dalam menyempurnakan tugasan mereka. Portfolio dapat memantau kemajuan kanak-kanak kerana portfolio merekod kejayaan dan bukannya kegagalan kanak- kanak. Usaha memantau kemajuan kanak-kanak perlu dijalankan di konteks persekitaran di mana pembelajaran berlaku (Appl 2000). menurut Meisels et al.(1997), portfolio menunjukkan proses pembelajaran dan aplikasi pemahaman; dan mampu mendokumentasi

Upload: tengku-zainudin

Post on 22-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Kuiz 1

Soalan Kuiz 1 : Penilaian secara ujian pen dan pensel lebih mudah dan lebih baik berbanding portfolio. Beri komen anda.

Pada pendapat saya penilaian secara portfolio adalah lebih mudah dan lebih baik

berbanding dengan penilaian secara ujian pen dan pensel. Menurut Grace (1992)

portfolio adalah satu rekod proses pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak. Rekod

ini  menunjukkan apa yang telah dipelajari dan bagaimana ianya dipelajari oleh kanak-

kanak; bagaimana dia berfikir, menyoal, menganalisis , mensintesis, menghasilkan dan

mencipta sesuatu dalam usaha menyiapkan tugasan yang diberi. Portfolio juga

menunjukkan bagaimana kanak-kanak berinteraksi secara intelektual, emosi dan sosial

dengan orang lain. Grace (1992) menyatakan bahawa portfolio mampu menilai

perkembangan kanak-kanak secara autentik kerana portfolio adalah bukti pencapaian

kanak-kanak yang sebenar dan bersesuaian dengan proses pembelajaran. Proses

pembelajaran boleh direkod melalui portfolio kerana kandungan portfolio mampu

menunjukkan apa yang telah dipelajari, bagaimana kanak-kanak mempelajarinya dan

bagaimana kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain dalam menyempurnakan

tugasan mereka. Portfolio dapat memantau kemajuan kanak-kanak kerana portfolio

merekod kejayaan dan bukannya kegagalan kanak-kanak. Usaha memantau kemajuan

kanak-kanak perlu dijalankan di konteks persekitaran di mana pembelajaran berlaku

(Appl 2000).

menurut Meisels et al.(1997), portfolio menunjukkan proses pembelajaran dan aplikasi

pemahaman; dan mampu mendokumentasi kekuatan dan kelemahan kanak-

kanak yang merupakan bukti perkembangan harian yang berlaku ke atas kanak-

kanak. Wortham (2002) menjelaskan portfolio mampu merekod perkembangan kanak-

kanak dari pelbagai hasil kerja yang terkumpul. Melalui hasil kerja dan eviden

perkembangan yang ada dapat dikenal pasti perkembangan yang telah berlaku. Ianya

membolehkan pelajar mengesan, mengikuti perkembangan dan melihat kemajuan

mereka sendiri dalam satu tempoh. Dengan itu pelajar dapat berusaha untuk

meningkatkan pencapaian dengan menggunakan potensi diri mereka dalam

menyelesaikan tugasan yang diberi.

Page 2: Soalan Kuiz 1

Meisels (1995) berpendapat penggunaan portfolio membolehkan

penilaian kebanyakan elemen pembelajaran dan perkembangan yang tidak diambil kira

di dalam ujian ujian yang dijalankan. Ianya adalah satu bentuk penilaian berasaskan

pencapaian atau performance evaluation kerana ia menunjukkan apa yang boleh

dilakukan oleh kanak-kanak di dalam situasi sebenar pembelajaran . Oleh itu, penilaian

yang ditadbir berasaskan portfolio adalah lebih autentik kerana kanak-kanak dinilai

berdasarkan proses dari bukti yang dilihat dan bukannya dari satu ujian bertulis yang

tidak menggambarkan proses pembelajaran kanak-kanak. Penilaian perkembangan

berasaskan portfolio adalah lebih memenuhi tahap perkembangan kanak-kanak kerana

kanak-kanak tidak dinilai di luar rutin harian mereka.

Portfolio mempunyai kebaikan dari segi pengajaran kerana

portfolio mengintegrasikan pengajaran dan penilaian; dan bersesuaian dengan

kurikulum kerana pelbagai aspek perkembangan dapat dinilai dari sesuatu hasil kerja

(Meisels 1995;Ward dan Murray-Ward 1999; Appl 2000). Kepada guru, portfolio dapat

membantu melihat keseluruhan proses dan produk pengajaran, dan dapat mengenal

pasti perkembangan pelajar. Pengintegrasian ini boleh membantu perkembangan

pembelajaran yang berjaya kerana ia mampu mendokumentasi dan menggambarkan

pengajaran guru.

Kesimpulannya, tujuan penggunaan portfolio adalah untuk merekod

perkembangan kanak-kanak, menjadi asas dalam menilai perkembangan kanak-kanak,

sebagai panduan proses pengajaran dan pembelajaran dan menjadi bukti pelaporan

perkembangan kanak kanak kepada ibu bapa.

Page 3: Soalan Kuiz 1

KEBAIKAN PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO

Kajian Arter et al.(1995) ke atas guru menunjukkan antara kebaikan portfolio yang

dikenalpasti adalah    ;

Membolehkan kurikulum dan pengajaran yang bersesuaian dengan

perkembangan kanak-kanak dilaksanakan.

Membolehkan pelajar menilai stail pembelajaran masing-masing.

Meningkatkan kebolehan berkomunikasi dengan ibu bapa tentang pembelajaran

pelajar.

Kajian King & Campbell-Allen (1998) ke atas guru-guru tentang penggunaan

portfolio di Carrie E. Tompkins Elementary School di Croton, New York mendapati

bahawa

penggunan portfolio membolehkan guru:

lebih memahami pelajar mereka

lebih memahami gaya belajar pelajar

lebih memahami kebolehan pelajar dalam bidang berlainan

lebih memahami pengajaran sendiri

merangka pengajaran yang berfokus kepada pelajar

berkongsi hasil kerja pelajar dengan ibu bapa

Page 4: Soalan Kuiz 1

Soalan Kuiz 2 : Pihak KPM telah mula beralih kepada pentaksiran berasaskan sekolah. Jelaskan implikasinya kepada tugas guru di sekolah.

Beban tugas kerja guru dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

sering menjadi isu perdebatan masalah pendidikan beberapa tahun ini. Pelaksanaan

kurikulum dan pentaksiran baru memberi penekanan kerja guru atas sebab perubahan

silibus, konsep pengajaran, jenis pentaksiran dan bahan-bahan yang terlibat dalam

tugas pengajaran dan pembelajaran.

Tugas yang pelbagai dalam prosedur PBS memerlukan komitmen yang tinggi

daripada guru dan pelaksana PBS. Komitmen yang tinggi ini sedikit sebanyak

mewujudkan beban tugas guru di sekolah. Guru perlu memberikan sepenuh komitmen

dalam membuat eviden, memeriksa eviden, merekod dan menyimpan keputusan dalam

sistem online setiap minggu. Guru perlu memberi ruang masa menanda eviden hampir

setiap hari dan memasukkan eviden ke dalam fail murid yang mencecah ratusan fail

setiap minggu. Ini mengambil purata guru mengajar empat kelas berlainan dalam

seminggu dan setiap kelas mempunyai 35 orang murid. Maka guru perlu menyenggara

eviden dan fail berjumlah 120 selepas setiap kali pentaksiran dijalankan.

Bagi eviden, guru perlu melakukan proses membina, memeriksa, mencetak,

menanda, merekod dan menyimpan. Guru juga perlu melaksanakan pelbagai tugas

seperti menyediakan bilik PBS, menyenggara eviden, menguruskan pelbagai fail

eviden, showcase dan sebagainya. Ini menyebabkan timbulnya lambakan kerja yang

tidak kehabisan, seterusnya meningkatkan tahap beban tugas guru. Akhiar et al. (2012)

menyatakan selain mengajar, guru juga perlu melakukan tugas-tugas perkeranian

seperti menyemak buku latihan murid, menyemak kertas ujian, merekodkan kemajuan

murid, menanda kedatangan, menyimpan fail, membuat nota pelajaran dan menulis

surat kepada ibu bapa serta penjaga berkenaan hal ehwal murid. Ini jelas menunjukkan

melalui pelaksanaan PBS, semakin bertambah tugas guru di sekolah dan

menyebabkan tugas utama sebagai pengajar semakin terhimpit dan kurang diberikan

penekanan oleh guru.

Berdasarkan tugaspengurusan PBS yang banyak seperti mengurus eviden,

membuat pentaksiran dan merekod eviden, maka tugas akademik guru semakin

Page 5: Soalan Kuiz 1

bertambah dan ianya akan melebihi penggunaan 10 jam sehari berbanding tahun 2006.

Ini menyebabkan guru merasakan masa tidak mencukupi dan menyebabkan guru

terpaksa melakukan tugas sekolah di rumah.

Waktu berkualiti bersama keluarga kadangkala terpaksa digunakan untuk

membuat proses PBS di rumah. Sebagai contoh ketika hari cuti, kebanyakan guru

masih lagi membawa balik kertas ujian, membuat rekod ujian, membina instrumen

ujian, membina lembaran kerja dan lainlain. Situasi ini menujukkan bebanan tugas

wujud dalam PBS sehingga ianya mengganggu waklu di luar waktu kerja guru.

Pelaksanaan sistem PBS atas talian iaitu Sistem Pengurusan Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (SPPBS) didapati meningkatkan kerisauan dan seterusnya

meningkatkan beban tugas guru di sekolah. Masalah yang timbul adalah tiada panduan

pengguna untuk menggunakan sistem yang digunakan. Guru juga menghadapi

masalah akibat capaian internet yang lemah serta kesesakan sistem yang berlaku

hampir setiap masa. Adakalanya guru terpaksa bangun di awal pagi semata-mata untuk

memasukkan rekod pentaksiran dalam SPPBS. Akibat kesesakan sistem atas talian,

guru sering memasukkan rekod pentaksiran di rumah. Capaian Sistem Pengurusan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) sering tergendala dan sukar diakses oleh

guru adalah disebabkan bilangan pengguna mencecah 40,000 orang dalam satu-satu

masa (Utusan Online, 7 November 2012).