soalan d

4
Soalan d Kita sering menghadapi kenaikan kos bahan api.Tenaga Nasional Berhad telah mengumumkan tarif baru penggunaan elektrik mulai 1 Januari 2014. Sebagai seorang pengguna mengenalpasti kenaikkan tariff elektrik. Tugasan menyatakan bahawa penggunaan bil elektrik bagi bulan November 2013, Disember 2013, Januari 2014, Februari 2014 dalam harga dan KWH bagi 10 isi keluarga. Sehubungan itu, perubahan-perubahan yang terdapat keempat- empat bulan tersebut membuktikan memang berlakunya kenaikan tarif di negara kita. Kemungkinan ia berlaku sama ada kecuaian rakyat dalam penggunaan elektrik ataupun keadaan ekonomi negara kita. Kerajaan mengambil pelbagai strategi yang sewajarnya untuk mengatasi masalah kenaikan tarif ini antaranya pemberian subsidi, kempen pengguna elektrik bijak dan sebagainya. Oleh itu, kesedaran rakyat terhadap penggunaan bahan api sahaja dapat membantu usaha kerajaan tersebut. Kita perlu lihat nanti apa impaknya keputusan meningkatkan tarif elektrik dan dalam masa sama akan pastikan golongan memerlukan bantuan tidak berasa kesan yang terlalu tinggi Jika dilihat teliti jadual di atas, Isi rumah 1 telah berlaku kenaikan tarif dari bulan Novemberhigga Februari.Ini menunjukkan peningkatan dari setiap bulan. Dibandingkan daripada isi rumah 4 menunjukkan bahawa bulan November tarifnya tinggi dan bulan seterusnya rendah.Isi rumah 4 ini bijak menggunakan tarif.Isi rumah 8 adalah tertinggi menggunakan elektrik dalam empat bulan tersebut. Mungkin isi rumah ini mempunyai keluarga yang besar. Setiap bulan mempunyai peningkatan kendiri. KWH juga tertinggi berbanding sepuluh isi rumah keluarga. Peningkatan inflasi akan ada setiap kali peningkatan harga barang seperti sebelum ini apabila harga subsidi minyak dikurangkan sebanyak 20 sen kadarnya meningkat kepada 2.6 peratus. Justeru, isi rumah / keluarga 2 iaitu di rumah Pn.Salasiah bagi bulan November bil elektrik dia adalah sebanyak RM 96.27. dan kegunaan KWH adalah

Upload: vegeneswari-saravanan

Post on 18-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

Soalan d Kita sering menghadapi kenaikan kos bahan api.Tenaga Nasional Berhad telah mengumumkan tarif baru penggunaan elektrik mulai 1 Januari 2014. Sebagai seorang pengguna mengenalpasti kenaikkan tariff elektrik. Tugasan menyatakan bahawa penggunaan bil elektrik bagi bulan November 2013, Disember 2013, Januari 2014, Februari 2014 dalam harga dan KWH bagi 10 isi keluarga. Sehubungan itu, perubahan-perubahan yang terdapat keempat-empat bulan tersebut membuktikan memang berlakunya kenaikan tarif di negara kita. Kemungkinan ia berlaku sama ada kecuaian rakyat dalam penggunaan elektrik ataupun keadaan ekonomi negara kita. Kerajaan mengambil pelbagai strategi yang sewajarnya untuk mengatasi masalah kenaikan tarif ini antaranya pemberian subsidi, kempen pengguna elektrik bijak dan sebagainya. Oleh itu, kesedaran rakyat terhadap penggunaan bahan api sahaja dapat membantu usaha kerajaan tersebut. Kita perlu lihat nanti apa impaknya keputusan meningkatkan tarif elektrik dan dalam masa sama akan pastikan golongan memerlukan bantuan tidak berasa kesan yang terlalu tinggi Jika dilihat teliti jadual di atas, Isi rumah 1 telah berlaku kenaikan tarif dari bulan Novemberhigga Februari.Ini menunjukkan peningkatan dari setiap bulan. Dibandingkan daripada isi rumah 4 menunjukkan bahawa bulan November tarifnya tinggi dan bulan seterusnya rendah.Isi rumah 4 ini bijak menggunakan tarif.Isi rumah 8 adalah tertinggi menggunakan elektrik dalam empat bulan tersebut. Mungkin isi rumah ini mempunyai keluarga yang besar. Setiap bulan mempunyai peningkatan kendiri. KWH juga tertinggi berbanding sepuluh isi rumah keluarga. Peningkatan inflasi akan ada setiap kali peningkatan harga barang seperti sebelum ini apabila harga subsidi minyak dikurangkan sebanyak 20 sen kadarnya meningkat kepada 2.6 peratus. Justeru, isi rumah / keluarga 2 iaitu di rumah Pn.Salasiah bagi bulan November bil elektrik dia adalah sebanyak RM 96.27. dan kegunaan KWH adalah 366. Seterusnya bagi bulan Disember menurun ke RM 73.66. Ini menunjukkan bahawa mereka sedar tentang bil yang lebih dan bertindak dengan bijak dalam menggunakan tenaga elektrik. Di rumah salasiah mereka tidak menggunakan bahan elektrik yang tidak begitu tenaga yang banyak. Setiap bulan di rumah Pn.Salasiah bil elektrik menurun . Ini menunjukkan mereka sedar tentang pembayaran bil mereka. Di samping itu, maklumat penggunaan elektrik yang dikumpul di atas, membuktikan bahawa bahawa hampir separuh daripada 10 keluarga menggunakan bahan api dalam kuantiti yang banyak. Kedua-dua aspek iaitu (KWH) dan harga menunjukkan ahli kumpulan keluarga atau isi rumah 8 tidak mengamalkan jimat cermat semasa menggunakan elektrik. Jumlah penggunaan elektrik dari bulan November hingga Februari ialah sebanyak 1833 kwh. Penggunaan ini agak tinggi bebanding keluarga yang lain. Sehubungan dengan itu, kegunaan bahan api adalah menjadi satu keperluan dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita tidak boleh dielakkan daripada penggunaanya, tetapi boleh mengurangkan kegunaanya. Sebagai contoh, kita dapat melihat keluarga/isi rumah1 Daripada penganalisasian penggunaan bahan-bahan api di rumah tersebut, saya mendapati kita masih boleh mengawal kenaikan tarif walaupun mempunyai bahan-bahan api yang banyak di rumah. Oleh itu, saya memastikan bahawa peralatan elektrik bukanya satu punca bagi kenaikkan tarif. Mala kesedaran penggunaan bahan-bahan api oleh pengguna yang perlu menentukan kenaikkan tarif ini. Kemungkinan tinggal dengan ahli keluarga yang kecil. Kenaikan kadar baharu tarif elektrik di Semenanjung, Sabah dan Labuan dijangka memberi kesan kepada ekonomi negara dengan peningkatan kadar inflasi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kadar inflasi itu dijangka meningkat berdasarkan pemerhatian terhadap kesan peningkatan harga barangan sebelum ini. Selain itu, kaijian ini juga menunjukkan ada setengah keluarga mengamalkan sifat jimat cermat dalam penggunaan elektrik. Mereka menjelaskan bahawa, mereka tidak akan menggunakan bahan bahan api yang mempunyai kegunaanya sama dalam satu masa yang sama. Contohnya seperti, mereka tidak akan menggunakan kipas jikalau, penghawa dingin dibuka. Ini merupakan tindakan yang bijak untuk mengurangkan bil elektrik. Keluarga yang mempunyai sifat jimat cermat sebegitu adalah keluarga 1 iaitu penggunaanya hanya sebanyak 543 kwh. Keluarga menggunakan KWH tinggi adalah keluarga 9 dan 10. Selain daripada itu, ada juga sebuah keluarga yang dapat mengekalkan KWH elekriknya pada tiga bulan berturut-turut iaitu menggunakan sebanyak 153,190,172,192 KWH dan mengekalkan tidak melebihi banyak. Hal ini kerana, ahli keluarga rumah tersebut hanya 3 orang daripada latar belakangnya berbeza. Ada isi rumah yang menyewa biliknya dan mungkin kwh mereka akan tinggi setiap bulan. Selain itu, terdapat beberapa keluarga mendapat kenaikan tarif mulai bulan Januari. Keadaan ini menjelaskan bahawa adanya kerajaan menaikkan tarif bil elektriknya mulai tahun 2014. Langkah in mungkin diambil untuk menerapkan bersifat cermat di kalangan rakyat Malaysia di samping mengawal kerumitan ekonomi negara pada akhir-akhir ini. Oleh itu, rakyat harus sedar keadaan ekonomi negara Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, masing-masing mempunyai tanggungjawab untuk menanggung kebebanan negara. Melalui jadual dan graf yang dipaparkan di atas, mendapati segelintir keluarga menyedari kenaikan tarif ini. Akhirnya, kenaikan tarif terhadap bil elektrik ini turut memberi impak yang negatif kepada rakyat. hal ini demikian, rakyat terpaksa menanggung perbelanjaan yang luar daripada budget mereka. kenaikkan tarif ini bukan hanya memberi kesan kepada bil elektrik namun, turut menaikkan harga- harga barang lain yang bergantung pada kegunaan elektriknya. Penggunaan bahan api adalah telah menjadi satu keperluan dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita tidak boleh dielakkan daripada penggunaan elektrik, tetapi boleh mengurangkan kegunaanya. Sebagai pengguna bijak kita perlu peka terhadap perubahan- perubahan yang semakin dialami. Akhirnya ekonomi negara juga perlu berada dalam keadaan kukuh dan tindakan yang sepatutnya telah diambil bagi meningkatkan kedudukan fiskal negara.