soalan d

5
Dapatan umum Secara keseluruhannya kajian ini membincangkan faktor yang yang terlibat yang mengakibatkan pelajar ini terjebak dalam gejala sosial. Kajian yang dilakukan bersesuaian dengan tempat di mana pelajar Sekoah Tunas Bakti dijadikan responden dalam kajian ini. Ini bertepatan kerana mereka merupakan mangsa ataupun yang pernah terlibat dalam gejala ini. Instrumen yang digunakan merupakan instrumen yang biasa digunakan dalam mendapatkan respon dengan tepat iaitu kaedah soal selidik. Data yang didapati banyak membantu guru dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Moral. Kajian dilakukan ini mempunya pelbagai kepentingannya. Bagi ibubapa kajian ini dapat memberi satu input akan peranan mereka dalam menghadapi perubahan anak mereka dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Perubahan ini meliputi emosi, fizikal dan juga persahabatan. Ini boleh membantu ibubapa dalam membentuk keperibadian anak mereka yang melangkau zaman remaja selaras dengan tuntutan agama. Remaja itu sendiri dapat mengetahui punca mereka terjebak dalam gejala ini. Ini akan memberikan mereka satu pengetahuan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang yang meningkat remaja. Disampng dapat mengisi masa terluang dengan perkara yang lebih berfaedah dan berguna kepada diri mereka dan keluarga mereka. Bagi pihak sekolah faktor keterlibatan ini juga sedikit sebanyak terdapat di sekolah. Penyediaan kaunseling bagi pelajar samada yang terlibat atau pun tidak perlu diadakan. Ini akan dapat menbendung keterlibatan pelajar atau pun yang mula brerjinak-jinak untuk berada dalam golongan ini. Bagi pihak kementerian pendidikan pula perlu meluaskan kuasa undang- uandang kepada pihak sekolah bagi mengekang gejala ini sebelum ianya melarat. Peruntukan undangundang ini bagi memberi gamabran kepada pelajar peri salahnya gelaja-gejala ini jika diikuti disamping mengerunkan diri pelajar atau mereka yang terlibat. Banyak faktor yang mempengaruhi keterlibatan remaja dalam gejala sosial khusunya mereka di Sekolah Tunas Bakti ini. Faktor-faktornya persekitaran, keluarga, sekolah dan pengaruh rakan sebaya. Inilah yang menjadi satu daya tarikan kepada pelajar untuk terjerumus ke dalam gejala sosial ini.

Upload: amin-al-salakian

Post on 19-Nov-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

moral

TRANSCRIPT

Dapatan umum Secara keseluruhannya kajian ini membincangkan faktor yang yang terlibat yang mengakibatkan pelajar ini terjebak dalam gejala sosial. Kajian yang dilakukan bersesuaian dengan tempat di mana pelajar Sekoah Tunas Bakti dijadikan responden dalam kajian ini. Ini bertepatan kerana mereka merupakan mangsa ataupun yang pernah terlibat dalam gejala ini. Instrumen yang digunakan merupakan instrumen yang biasa digunakan dalam mendapatkan respon dengan tepat iaitu kaedah soal selidik. Data yang didapati banyak membantu guru dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Moral.Kajian dilakukan ini mempunya pelbagai kepentingannya. Bagi ibubapa kajian ini dapat memberi satu input akan peranan mereka dalam menghadapi perubahan anak mereka dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Perubahan ini meliputi emosi, fizikal dan juga persahabatan. Ini boleh membantu ibubapa dalam membentuk keperibadian anak mereka yang melangkau zaman remaja selaras dengan tuntutan agama.Remaja itu sendiri dapat mengetahui punca mereka terjebak dalam gejala ini. Ini akan memberikan mereka satu pengetahuan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang yang meningkat remaja. Disampng dapat mengisi masa terluang dengan perkara yang lebih berfaedah dan berguna kepada diri mereka dan keluarga mereka.Bagi pihak sekolah faktor keterlibatan ini juga sedikit sebanyak terdapat di sekolah. Penyediaan kaunseling bagi pelajar samada yang terlibat atau pun tidak perlu diadakan. Ini akan dapat menbendung keterlibatan pelajar atau pun yang mula brerjinak-jinak untuk berada dalam golongan ini. Bagi pihak kementerian pendidikan pula perlu meluaskan kuasa undang-uandang kepada pihak sekolah bagi mengekang gejala ini sebelum ianya melarat. Peruntukan undangundang ini bagi memberi gamabran kepada pelajar peri salahnya gelaja-gejala ini jika diikuti disamping mengerunkan diri pelajar atau mereka yang terlibat.Banyak faktor yang mempengaruhi keterlibatan remaja dalam gejala sosial khusunya mereka di Sekolah Tunas Bakti ini. Faktor-faktornya persekitaran, keluarga, sekolah dan pengaruh rakan sebaya. Inilah yang menjadi satu daya tarikan kepada pelajar untuk terjerumus ke dalam gejala sosial ini.

Kajian lepas yang dilakukan oleh Asmak (2006) menunjukkan 48% yang terlibat kerana latarbelakang remaja itu sendiri. Perubahan zaman kanak-kanak kepada zaman remaja telah mengubah daya pemikiran pelajar, pesekitaran dan juga keadaan sekeliling. Ini membuat ,mereka ingin mencuba sesuatu yang baharu yang tidak pernah mereka lakukan dalam zaman kanak-kanak. Kewujduan perasaan ingin tahu sesuatu benda mendorong mereka melakukan sesuatu yang bukan menjadi tabiat mereka dalam zaman kanak-kanak. Mereka tidak dapat membezakan yang buruk dan yang baik akhirnya mereka tidak dapat berpatah kembali ke jalan yang baik. Pada mereka seusia 17 tahun sikap mencuba sesuatu kerana keinginan ntuk tahu sebab dan akibatnya.Usia remaja ini memungkinkan mereka inginkan perhatian. Mereka juga sensitif terhadap sesuatu perkara dan juga inginkan perhatian. Kadangkala mereka rasa terpinggir dalam keluarga. Perasaan ini dibuaikan dalam diri mereka. Perasaan dalaman inilah yang menyebabkan mereka mengalami gangguan emosi. Azizi dan Rosnah (2007) yang menjelaskan remaja yang menghadapi tekanan akan melakukan tindakan yang diluar kawalan lantaran ingin meluahkan perasaan tidak puas hati, ingin membalas dendam dan sebagainyaAmalan rohani amat perlu bagi seseorang yang sedang meningkat remaja. Ianya menjadi pendinding kepada mereka dari terjebak diri mereka ke dalam gejala ini. Namun jika kurang amat mudah mereka terjebak dalam gejala ini. Solat mendindingkan diri mereka dari perbuatan mungkar. Usia yang sebegini memerlukan pelajar mendirikan solat mereka.Faktor kedua adalah latarbelakang keluarga remaja. Namun begitu faktor ini kurang mendorong kepada gejala ini berlaku. Akan tetapi sedikit sebanyak merupakan penyumbang kepaad salahlaku pelajar. Disiplin yang diterapkan kepada anak-anak jangan terlalu keras tidak terlalu lembut. Sikap yang keras mendorong mereka menjadi liar. Ibubapa jangan terlalu bersikap autokratik. Ini kerana sifat remaja yang ingin bebas akan membuatkan mereka menjadi seorang yangtidak normal dalam tindakan. Kajian yang dilakukan oleh Bronstein (1994) juga menunjukkan ibu bapa yang mesra dan menyokong akan memberi kesan terhadap tingkah laku positif di kalangan anak-anak. Akam tetapi ibu bapa yang suka menghukum akan memberi kesan terhadap tingkah laku negatif di kalangan anak-anak.

Kekurangan komunikasi anatara ibubapa dan anak-anak juga antara faktor penyumbangnya. Kesibukan ibubapa dengan pekerjaan mengurangkan jurang komunikasi seterusnya melebarkan lagi keeratan kekeluargaan. Kekurangan interaksi ini menyebabkan anak-anak merasa kurangnya diambilberat perihal kehidupan mereka. Jackson, et al. (1998) juga menjelaskan komunikasi yang tidak berkesan akan mendatangkan kesan yang negatif terhadap keluarga dan tingkah laku anak-anak. Terdapat kalangan ibbapa yang erat dengan anak-anak ,namun kekurangan untuk memberi motivasi akan menyebabakan anak-anak melibatkan diri dalam masalah sosial.Faktor yang seterusnya adalah pengaruh rakan sebaya. Pengaruh ini amat kuat kepada remaja yang sedang meningkat usia. Sebahagian dari diri mereka terlibat dengan pergaulan rakan-rakan diluar kawalan ibabapa. Anak-anak akan mencari rakan yang sejiwa dengan mereka dan menganggap apa yag dilakukan oleh rakan adalah betul dan perlu diikuti. Berdasarkan analisis yang dilakukan mereka yang terlibat adalah mahukan kemewahan. Kewangan yang diberikan oleh ibuabapa tidak mencukupi bagi mereka dalam mendapatkan sesuatu barangan yang dianggap mewah dalam kalangan rakan sebaya mereka. Ini mendorng mereka terlibat dalam kecurian ataupun pelacuran. Pengiktirafan merupakan kemegahan kepada mereka yang didapati dari rakan sebaya mereka. Ini mendorong mereka berada dalam kumpulan dan membentuk kumpulan-kumulan yang dianggap samseng. Remaja ini akan melakukan apa saja demi diterima kumpualn tersebut.Hasil kajian mendapati antara aspek yang tidak begitu mempengaruhi responden terlibat dalam masalah sosial adalah rakan-rakan kurang mencabar mereka untuk melakukan sesuatu yang di luar batasan. Responden juga jarang menghabiskan masa di pusat-pusat membeli belah bersama rakan-rakan untuk mendapatkan keseronokan. Kajian juga mendapati, responden berasa kurang dihargai dan kurang seronok apabila bersama dengan rakan-rakan mereka. Mereka juga tidak kisah jika rakan-rakan mereka telah mempunyai kekasih.

Faktro persekolahan juga memainkan peranan penting dalam menjuruskan mereka kepada salahlaku ini. Hampir separuh hari remaja-remaja ini bearda di sekolah dari jam 7 pagi hingga jam 4 petang. Sikap pilih kasih guru terhadap pelajar menyebabkan pelajar menjadi liar. Sikap guru yang mengasingkan pelajar lemah atau bermasalah dengan pelajar lain menimbulakan rasa tidak puas hati dalam kalangan pelajar. Mereka memberontak secara senyap. Zainal dan Sharani menyatakan kebanyakan pelajar pandai diberi peluang mengetuai aktiviti sekolah berbanding pelajar kurang pandai kerana mereka lebih banyak dikaitkan dengan masalah disiplin. Guru-guru juga kurang memahami sikap pelajar yang bermasalah. Ini juga menimbukan rasa bosan dalam diri remaja untuk belajar. Pelajar yang bermasalah biasanya dikaitkan dengan mereka yang tidak mempunyai keupayaan kognitif yang tinggi Penyampaian guru yang membonakn pelajar juga antar penyumbang yang aktif yang mengakibatkan mereka poonteng sekolah. Ee Ah Meng (2002) yang menyatakan kaedah pengajaran guru yang kurang menarik dan keadaan fizikal bilik darjah yang sesak serta kecil turut menjadi sebab berlakunya tingkah laku yang agresif di kalangan pelajar.Disiplin merupakn sesuatu yang penting dalam persekolahan. Remaja yang meningkat usai tidak menyukai dengan kehidupan yang berdisiplin. Mereka mengangap ianya mengongkong kehidupan mereka. Mereka yang melanggar disipin akan diambil tindakan yang tegas ataupun dihukum. Hukuman ini akan menjadikan pelajar ini lebih menberontak dan akan melakukan kesalahan itu berulangkali. Remaja akan menjadi bosan ke sekolah dengan peraturan yang ketat. Mereka mearasakan terkongkong denga peraturan yang ditetapkanApabila kesalahan dilakukan , pelajar ini akan ditengking ataupun ditegur dengan suara yang kasar. Ini akan menwujudkan perasaan malu dalam diri pelajar apabila situasi demkian dilihat oleh rakana pelajar. Akhirnya mereka merasakan tidak perlu kesekolah dan tidak ska ke sekolahKementerian Pendidikan mendapati punca seramai 2,144 pelajar tidak berdisiplin adalah di sebabkan faktor sekolah dan sistem pendidikan yang tidak memberangsangkan. Peraturan sekolah yang ketat akan mendorong pelajar tidak suka untuk ke sekolah dan seterusnya boleh mengakibatkan gej ala ponteng sekolah. Apabila keadaan ini berlaku tidak mustahil mereka akan melakukan tindakan-tindakan yang berunsur negatif.