soalan 3 kertas 2 bm (hazim)

3
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahian Bahasa [ 30 markah] Jawab Semua Soalan (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) Barangkali (ii) Saling (iii) Demikian (iv) Agaknya (v) Mungkin (vi) Kadangkala [6 markah] (b) Sambungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi ayat majmuk (i) Encik Azaki pergi ke balai polis. Dia melaporkan kehilangan kereta. Kereta Chevroletnya diletakkan di hadapan rumah. (ii) Pengusaha restoran itu berasa gembira. Restorannya bersih. Restorannya sentiasa dikunjungi oleh pelanggan. (iii) Banyak peniaga terlibat dalam perniagaan maya. Mereka menggunakan Internet. Mereka memperkenalkan produk masing- masing. [6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. (i) Sejak Disember 2000, kempen kitarsemula yang dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kurang mendapat sambutan daripada orang ramai.

Upload: ismet-ulam-raja

Post on 15-Jan-2016

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

soalan exam BM SPM

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan 3 Kertas 2 BM (Hazim)

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahian Bahasa

[ 30 markah]

Jawab Semua Soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) Barangkali(ii) Saling

(iii) Demikian(iv) Agaknya(v) Mungkin

(vi) Kadangkala [6 markah]

(b) Sambungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi ayat majmuk

(i) Encik Azaki pergi ke balai polis. Dia melaporkan kehilangan kereta. Kereta Chevroletnya

diletakkan di hadapan rumah.

(ii) Pengusaha restoran itu berasa gembira. Restorannya bersih. Restorannya sentiasa

dikunjungi oleh pelanggan.

(iii) Banyak peniaga terlibat dalam perniagaan maya. Mereka menggunakan Internet. Mereka

memperkenalkan produk masing-masing.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

(i) Sejak Disember 2000, kempen kitarsemula yang dilancarkan oleh Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan kurang mendapat sambutan daripada orang ramai.

(ii) Ayah berjanji untuk terbeli beberapa kotak ais krim sempena majlis hari lahir adik nanti.

(iii) Razif yang tersinggung akibat keceluparan mulut rakannya melalui dari situ dengan

perasaan sedih

[6 markah]

Page 2: Soalan 3 Kertas 2 BM (Hazim)

(d) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Tugas seorang sukarelawan ialah untuk memberikan perkhidmatan tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran. Sukarelawan memerlukan komited sepenuh masa untuk berkhidmat kepada masyarakat. Mereka terpaksa berada pada tempat yang ditimpa badi selama beberapa hari dan membuat kerja sukarela itu tanpa paras masa.

[6 markah]

(e) Gantikan peribahasa yang berhurus condong dalam ayat dengan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksudnya.

(i) Walaupun hidup dalam kemiskinan, mereka tetap bersabar dan berpegang pada pepatah hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

(ii) Lelaki itu tidak mahu tergesa-gesa menjual tanah bagi memulakan perniagaan yang dikatakan menguntungkan itu kerana bimbang diibaratkan mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.

(iii) Pasukan itu berusaha bersungguh-sungguh untuk muncul sebagai juara ragbi peringkat kebangsaan kerana bagi mereka alang-alang berdakwat biar hitam.

[6 markah]

Soalan 4 : Novel

[15 markah ]

a) Berdasarkan novel yang anda kaji iaitu Melunas Rindu, terangkan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut.

[7 markah]

b) Berdasarkan novel yang anda kaji, kemukakan satu peristiwa yang dapat dijadikan contoh dan satu peristiwa lain yang harus dielakkan.

[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT