soalan 2 modul pra3105

2
SOALAN 2 ( PRA 3106 ) Berikan 5 pendapat anda tentang kepentingan muzik kepada perkembangan kinestatik Kanak-kanak? Muzik dapat merangsang keyakinan dan harga diri anak anda. Ya, muzik boleh memberikan faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak. Bagaimanapun, ibu bapa dinasihatkan tidak menggunakan pelajaran muzik yang boleh memberi tekanan kepada anak-anak sehingga melampaui keupayaan mereka kerana ini boleh memberikan akibat negatif. Muzik juga telah dikaitkan dengan peningkatan celik huruf. Malah, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf. Muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti

Upload: adip-anuar

Post on 05-Feb-2016

234 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pra3105

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan 2 Modul Pra3105

SOALAN 2 ( PRA 3106 )

Berikan 5 pendapat anda tentang kepentingan muzik kepada perkembangan kinestatik

Kanak-kanak?

Muzik dapat merangsang keyakinan dan harga diri anak anda. Ya, muzik boleh

memberikan faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak.

Bagaimanapun, ibu bapa dinasihatkan tidak menggunakan pelajaran muzik yang

boleh memberi tekanan kepada anak-anak sehingga melampaui keupayaan

mereka kerana ini boleh memberikan akibat negatif.

Muzik juga telah dikaitkan dengan peningkatan celik huruf. Malah, muzik

sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana

ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai

bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk

meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang

dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf.

Muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-

kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa

mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak

apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti nyanyian

bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di Prasekolah.

Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan

bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan

sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.

Kanak-kanak Prasekolah yang mengambil pelajaran muzik menampilkan

keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk

matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas

dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil bahagian dalam pelajaran

muzik.

Page 2: Soalan 2 Modul Pra3105