soalan 13 - stamp & akta

20
1.1 PENGENALAN Selepas Perang Tujuh Tahun berakhir dengan kemenangan di pihak Britain pada tahun 1763, pihak Britain menjadi sebuah kuasa yang terkuat di Eropah dan dapat menumpukan perhatiannya di Amerika. Selain itu, pihak Britain ini dapat menguatkuasakan dan meningkatkan dasar merkantilismenya menerusi beberapa akta yang diperkenalkan oleh kuasa Britain di koloni Amerika. Kerajaan Parlimen Inggeris telah memperkenalkan beberapa akta termasuklah Stamp Act (1765) dan Townshend Act (1767) ke atas koloni-koloni di Amerika Syarikat serta beberapa akta-akta lain seperti Akta Perdagangan dan Pengeluaran, The Hat Act 1732, Akta Gula (1764), dan Akta Mata Wang (1764). Malangnya, kerajaan Britain telah terlambat kerana dasar yang diperkenalkan melalui akta-akta ini dianggap longgar kerana telah memberi peluang kepada penduduk koloni untuk membantah dan menentang dengan keras usaha parlimen itu. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penduduk koloni menolak pengenalan akta-akta ini iaitu penduduk koloni menafikan hak Parlimen mengutip cukai di koloni. Bagi mereka, isu cukai merupakan isu yang hanya boleh diluluskan oleh Majlis Perwakilan Tempatan. 1 Parlimen pula menolak menolak dakwaan penduduk koloni dengan merujuk Piagam Pennysylvania 1681, yang memberi hak kepada Parlimen untuk mengenakan cukai ke atas koloni. Sebelum ini, undang-undang yang tidak dipersetujui hanya meninggalkan kesan kepada satu koloni sahaja. Namun demikian setelah Akta Setem dan 1 Shakila Yacob. 2005. Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 28. 1

Upload: baharuddinbidin

Post on 07-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

stamp dan akta di Amerika

TRANSCRIPT

1.1 PENGENALAN

1

1.1 PENGENALAN

Selepas Perang Tujuh Tahun berakhir dengan kemenangan di pihak Britain pada tahun 1763, pihak Britain menjadi sebuah kuasa yang terkuat di Eropah dan dapat menumpukan perhatiannya di Amerika. Selain itu, pihak Britain ini dapat menguatkuasakan dan meningkatkan dasar merkantilismenya menerusi beberapa akta yang diperkenalkan oleh kuasa Britain di koloni Amerika. Kerajaan Parlimen Inggeris telah memperkenalkan beberapa akta termasuklah Stamp Act (1765) dan Townshend Act (1767) ke atas koloni-koloni di Amerika Syarikat serta beberapa akta-akta lain seperti Akta Perdagangan dan Pengeluaran, The Hat Act 1732, Akta Gula (1764), dan Akta Mata Wang (1764). Malangnya, kerajaan Britain telah terlambat kerana dasar yang diperkenalkan melalui akta-akta ini dianggap longgar kerana telah memberi peluang kepada penduduk koloni untuk membantah dan menentang dengan keras usaha parlimen itu.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penduduk koloni menolak pengenalan akta-akta ini iaitu penduduk koloni menafikan hak Parlimen mengutip cukai di koloni. Bagi mereka, isu cukai merupakan isu yang hanya boleh diluluskan oleh Majlis Perwakilan Tempatan. Parlimen pula menolak menolak dakwaan penduduk koloni dengan merujuk Piagam Pennysylvania 1681, yang memberi hak kepada Parlimen untuk mengenakan cukai ke atas koloni. Sebelum ini, undang-undang yang tidak dipersetujui hanya meninggalkan kesan kepada satu koloni sahaja. Namun demikian setelah Akta Setem dan Akta Townshend diperkenalkan, kesannya turut dirasai oleh semua lapisan masyarakat di seluruh kawasan koloni. Selain itu juga, penduduk koloni melakukan penentangan terhadap kedua-dua akta ini kerana mereka bencikan perundangan yang memaksa mereka menanggung sebahagian daripada kos ketenteraan Britain di Amerika. Pengenalan Akta Setem dan Akta Townshend telah menyebabkan penduduk koloni Amerika bangkit menentang dan situasi ini telah memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat koloni. Namun begitu, penentangan ini telah memperlihatkan bahawa penduduk koloni selama ini tidak menyenangi akan pentadbiran dan kekuasaan Inggeris di koloni-koloni Amerika Syarikat.

2.1 KANDUNGAN AKTA

2.1.1 STAMP ACT (1765)

Stamp Act (1765) telah diluluskan dan diperkenalkan ke atas koloni Amerika Syarikat oleh Kerajaan Parlimen Inggeris pada 22 Mac 1765. Akta ini diperkenalkan semasa pentadbiran di bawah pimpinan Menteri Raja George III iaitu Perdana Menteri George Grenville yang telah menyerahkan Undang-undang Pendapatan ke parlimen pada tahun 1764 dan seterusnya pada 16 Februari 1765, beliau telah mengemukakan 55 resolusi berkaitan dengan Stamp Act.

Stamp Act (1765) merupakan akta cukai yang dikenakan oleh Parlimen Inggeris terhadap penduduk koloni Amerika Syarikat iaitu mereka dikehendaki untuk membayar cukai bagi setiap kepingan kertas yang digunakan. Barang-barang yang dikenakan cukai setem ini termasuklah bon, dokumen undang-undang, lesen, pinjaman, komersil, diploma, daun terup, dan barangan cetakan seperti suratkhabar, risalah, iklan, kalendar, dan surat-surat yang lain. Kesemua barangan ini dikehendaki menggunakan setem khusus yang telah digariskan dalam Stamp Act (1765). Akta ini mencadangkan setem-setem yang berharga antara satu penny sehingga $50.00 dolar diletakkan di semua dokumen dan juga dokumen-dokumen rasmi yang digunakan di semua koloni. Contohnya, bayaran yang dikenakan bagi setem di sekolah dan kolej yang dikehendaki membayar setem dengan harga 480 pence manakala untuk setem tanah pula ialah sebanyak 60 pence.

Selain itu, akta ini diperkenalkan bagi tujuan untuk menyelesaikan masalah hutang akibat daripada Perang Tujuh Tahun di samping bertujuan untuk mengurangkan perbelanjaan tentera tetap di Amerika ketika itu. Dana yang terkumpul daripada cukai setem ini akan digunakan untuk membiayai kos perlindungan dan pertahanan tentera Inggeris bagi melindungi koloni Amerika semata-mata iaitu pendapatan yang diperolehi menerusi pembayaran cukai ini akan digunakan untuk pertahanan penjajah Britian di Amerika. Misalnya, digunakan untuk membantu kos bagi mengekalkan dan melindungi sempadan Amerika yang berhampiran dengan wilayah Appalachian dimana 10,000 pasukan tentera telah ditempatkan di kawasan tersebut iaitu di sempadan Amerika untuk mencapai tujuan ini.

2.2 IMPLIKASI STAMP ACT (1765)

2.2.1 GERAKAN PENENTANGAN

Protes terhadap Stamp Act mula berlaku pada bulan November 1765. Gerakan penentangan ini dilakukan bukan hanya mereka tidak mampu membayar cukai tetapi mereka menganggap pengenalan akta tersebut telah melanggar prinsip yang dikatakan tiada percukaian tanpa perwakilan (taxation without representation). Hasil pendapatan daripada cukai yang dikenakan terhadap barangan yang dikenakan cukai setem digunakan untuk pembiayaan terhadap pertahanan. Tindakan Parlimen British ini telah dikecam hebat oleh golongan yang menentang termasuklah tentangan daripada peniaga, wartawan, peguam, dan dalam kalangan mereka yang berpengaruh di bawah pimpinan golongan radikal seperti Samuel Adams dan James Otis. Individu-individu lain yang terlibat dalam gerakan penentangan ini antaranya ialah Christopher Gadsden, Patrick Henry, John Dickinson, John Lamb, Joseph Warren, dan Paul Revere. Protes kemarahan terhadap Stamp Act juga dapat dilihat di New York dan Newport, Rhode Island.

2.2.2 TERBENTUKNYA SONS OF LIBERTY

Apabila penentangan semakin meningkat dalam kalangan penduduk koloni, akhirnya terdapat sebuah persatuan yang dibentuk untuk mengendalikan dan menguruskan pembangkang yang menentang keras pengenalan Akta Setem ini iaitu yang dikenali sebagai Sons of Liberty. Persatuan ini ditubuhkan di pekan dan bandar untuk mengancam sesiapa yang menjual setem. Golongan revolusioner ini telah menangkap beberapa ejen setem pada tahun 1776. Mereka juga bertindak membakar rumah Thomas Hutchinson (1711-1780), Gabenor Massachusetts. (1711-1774). 2.2.3 TUNTUTAN DIBERI PERWAKILAN

Apabila parlimen enggan bertolak ansur terhadap protes ataupun tentangan yang telah dilakukan, penduduk koloni mula menuntut agar mereka diberi perwakilan di Parlimen British. Mereka mempersoalkan hak parlimen meluluskan akta terhadap koloni, sedangkan tidak ada seorang wakilpun dari koloni yang dibawa berbincang. Dalam konteks ini, perbincangan antara koloni-koloni adalah sangat penting bagi membincangkan mengenai dasar-dasar yang dibuat termasuklah pengenalan akta seumpama ini. Hal ini kerana, Parlimen Britain tidak memahami keadaan politik dan sosial penduduk di Amerika dan dengan ini kerajaan Britain tidak dapat membuat keputusan dengan baik. Dari sinilah timbul laungan tiada percukaian tanpa perwakilan.

2.2.4 KRISIS STAMP ACT

Keganasan telah berlaku sebagai reaksi penduduk koloni kerana mereka tidak puas hati akan tindakan Parlimen Britain yang telah memperkenalkan akta setem. Keadaan kerja dan kemiskinan semakin bertambah teruk yang mengakibatkan berlaku pengangguran, inflasi, cukai yang tinggi semasa kemelesetan ekonomi ini kesan daripada Perang Tujuh Tahun. Penentangan dan keganasan ini telah dikelolai oleh Samuel Adams. Pada 14 Ogos 1765 dimana orang ramai telah berkumpul secara beramai-ramai di Boston untuk berhimpun dan berteduh di pokok Elm dan seterusnya melakukan keganasan. Tindakan keganasan ini dapat dilihat menerusi penggantungan beberapa patung pegawai British, termasuklah pembahagi setem Boston iaitu Andrew Oliver. Leftenan Gabenor, Thomas Hutchinson telah mengarahkan polis daerah untuk cuba menghalang dan meleraikan ketegangan itu. Namun demikian, mereka telah dibaling dengan batu jalan dan batu-bata. Kemudian, Andrew Oliver telah meletakkan jawatan. Samuel Adams dan Loyall Nine adalah individu yang terlibat dalam protes di Boston untuk menentang akta setem itu.

Selepas 12 hari iaitu pada malam 26 Ogos 1765, orang ramai sekali lagi berkumpul di kediaman Hutchinson. Keadaan keganasan semakin dasyhat apabila mereka telah menyerang rumah Thomas Hutchinson dengan memecahkan ataupun memusnahkan rumah tersebut dengan menggunakan kapak. Mereka merosakkan segala perabot, dinding rumah, dan mengambil barangan berharga sebelum meninggalkan rumah itu. Golongan yang melakukan keganasan ini turut mengoyakkan buku dan kertas di rumah Hutchinson termasuklah manuskrip jilid pertama buku beliau iaitu History Of The Colony and Province Of Massachusetts-Bay di samping koleksi kerja yang dikumpul selama setahun untuk diterbitkan. Keesokan harinya, jalan-jalan dipenuhi oleh serpihan-serpihan duit, pinggan, cincin emas, dan sebagainya. Pecah rumah dan rusuhan di rumah Thomas Hutchinson mengakibatkan kerugian bernilai 2,218 Pound Sterling. Ketika tiba musim luruh dan musim salji, pedagang bandar dari Halifax ke utara Savanah di selatan telah memaksa pegawai cukai British untuk meletak jawatan. Di Virginia pula, seorang peguam muda iaitu Richard Henry Lee bersama pengikut-pengikutnya telah mengadakan perarakan demonstrasi pada bulan September 1765. Dalam demonstrasi itu, mereka telah berarak sambil membawa patung George dan digantung, sekali gus membakarnya. Situasi ini telah mengancamnya dan menyebabkan George Mercer meletakkan jawatan.

2.2.5 KONGRES STAMP ACT

Massachusetts dan Virginia telah bergabung dalam menegakkan kebebasan penduduk koloni. Legislatif yang dipimpin oleh James Otis telah mengeluarkan surat edaran kepada seluruh tanah jajahan yang menyeru agar sebuah kongres perlu dibuat yang juga adalah atas permintaan perhimpunan Massachusetts. Oleh itu, kongres Stamp Act telah dilaksanakan pada 19 Oktober 1765 di New York City yang diwakili oleh sembilan buah tanah jajahan (delegasi dari New York, Jersey, Rhode Island, Massachusetts, Pennysylvania, Delaware, South Carolina, Maryland, dan Virginia. James Otis telah mengetuai kongres tersebut dan disokong oleh Christopher Gadsden dari South Carolina. Kongres ini telah menggariskan satu Deklarasi Hak Dan Luahan (Declaration of Rights and Grievances). Dokumen tersebut menyatakan penduduk koloni Amerika mempunyai hak seperti orang British di Britain. Mereka membantah dan menghantar petisyen kepada raja agar cukai ini dibatalkan dan menganggap cukai tidak akan dikenakan tanpa persetujuan daripada mereka. Implikasinya ialah kongres ini berjaya menyatukan sembilan daripada tiga belas koloni untuk menjalankan tindakan membantah Akta Setem.

2.2.6 PEMULAUAN BARANG-BARANG

Para pedagang di koloni telah menunjukkan bantahan mereka terhadap cukai setem melalui satu persetujuan memulaukan pedagang-pedagang British. Mereka mengatakan; selagi Britain mengenakan cukai ini, kami tidak akan membeli daripada Britain. Tindakan ini telah memusnahkan aktiviti pedagang British di Amerika dan senario ini menyebabkan pedagang British turut membantah pengenalan cukai setem itu. Pemboikotan terhadap barangan Britain ini menampakkan hasil apabila import ke koloni merosot daripada 2,250,000 Pound Sterling pada tahun 1764 kepada 1,944,000 pada tahun 1765. Penyusutan import barangan tersebut memperlihatkan keberkesanan tindakan pemboikotan ke atas barang-barang.

3.1 KANDUNGAN AKTA

3.1.1 TOWNSHEND ACT (1767)

Townshend Act (1767) pula telah disahkan pada 29 Jun 1767 dibawah pimpinan Charles Townshend yang telah mencadangkan akta ini selepas beliau mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Rockingham. Beliau menyedari bahawa keperluan untuk mendapatkan sumber pendapatan masih lagi memainkan peranan penting dalam menjana pendapatan semasa era pemerintahannya. Justeru, Charles Townshend telah memilih tindakan yang sama seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelumnya seperti George Grenville dan Rockingham iaitu tetap meneruskan Akta Pengeluaran dan seterusnya memperkenalkan Townshend Act (1767). Akta Townshend ini telah diluluskan selepas penyingkiran Stamp Act (1765).

Charles Townshend yang memperkenalkan cukai baharu bagi barangan kaca, timah, cat, kertas, kopi, dan teh. Barangan-barangan ini tidak dihasilkan di koloni tetapi barangan tersebut sangat diperlukan oleh penduduk Amerika. Charles Townshend mencadangkan akta ini kerana beliau merancang untuk untuk menggunakan wang yang terkumpul melalui percukaian itu untuk membayar gaji pegawai British seperti hakim dan gabenor di koloni di samping digunakan untuk menampung sumber kewangan kerajaan Britain. Rancangan dan pelaksanaan Akta Townshend ini sudah tentu akan membebaskan hakim dan gabenor daripada kawalan undang-undang yang ditentukan oleh penduduk koloni. Keadaan inilah yang telah membangkitkan kemarahan penduduk untuk menentang dan melakukan pemberontakan sebagai protes bahawa mereka tidak bersetuju dengan tindakan ataupun langkah yang diperkenalkan oleh pihak Inggeris itu.

3.2 IMPLIKASI TOWNSHEND ACT (1767)

3.2.1 PEMULAUAN BARANG-BARANG

Pada bulan Oktober 1767, satu mesyuarat persatuan telah diadakan di Boston dan dalam mesyuarat itu telah disenaraikan beberapa barangan yang perlu dipulaukan. Pedagang-pedagang Boston memboikot dan berhenti mengimport barang-barang Inggeris dan Majlis Massachusetts telah dibubarkan pada tahun 1768 dan telah menghantar surat edaran bagi tanah jajahan yang lain. Justeru, pasukan Inggeris telah dihantar untuk menegakkan undang-undang dan menjaga keamanan terutamanya semasa peristiwa Pembantaian Boston. Golongan wanita juga tidak ketinggalan untuk menyertai pemulauan barang-barang ini iaitu mereka membuat sendiri tenunan baju untuk pasaran tempatan sahaja. Melalui Akta Townshend ini, teh dikenakan cukai dan penduduk koloni telah bersetuju untuk tidak mengimport teh, tidak menggunakan teh sama sekali atau memperoleh teh dengan menyeludup dari Belanda atau Perancis. Bulan May 1769 semasa House of Burgeses di Virginia meluluskan undang-undang pertama daerah yang melarang kepentingan barangan dikira dalam Akta Townshend, dan hamba serta barangan mewah. Atas sebab percubaan ini, jumlah import koloni dari Britain berkurangan sebanyak 41 peratus.

3.2.2 KEMUNCULAN TOKOH-TOKOH PEJUANG

Pengenalan akta ini jelas memperlihatkan Britain telah mendiskriminasi penduduk koloni. Keadaan ini menyebabkan kemunculan tokoh-tokoh pejuang antaranya Thomas Hobbes, Patrick Henry, dan John Dickinson. Thomas Hobbes (1588-1779) dalam penulisan karyanya Leviathan (1651) all men are born equal but by natural free yang menyebabkan penduduk yang mendiami Amerika mempersoalkan tindakan pihak Britain itu. Patrick Henry (1736-1799), seorang peguam muda dari Virginia merupakan penentang utama polisi Britain dimana melalui ucapan-ucapannya yang radikal beliau telah digelar sebagai pembelot. Beliau menetang dasar Britain ini pada bulan May 1765 menerusi ucapan beliau ; I know not what course others may take. But, as for me, give me liberty or give me death yang berjaya menaikkan semangat penduduk koloni untuk menentang. Perasaan kolonis mengenai perundangan Townshend telah disuarakan melalui Farmers Letters oleh John Dickinson. Beliau mengutuk polisi Britain yang melarang koloni untuk mengeluarkan barangan yang mereka perlukan dan pada masa yang sama memaksa mereka membeli pengeluaran England yang dikenakan cukai kastam. Beliau mengisytiharkan The tragedy of American liberty is finished. Artikel-artikel ini diterbitkan di Philadelphia pada tahun 1767 dan dikenali sebagai the most brilliant literary lesson in the history of the Revolution. Dickinson menjadi pengarang bagi penulisan-penulisan yang terkenal sehingga dikenali sebagai Penman of the Revolution.

3.2.3 SURAT PEKELILING MASSACHUSETTS

Pada Februari 1768, perwakilan di Massachusetts mengesahkan surat pekeliling yang dibuat oleh Samuel Adams dan surat itu ditujukan kepada pengerusi majlis mesyuarat negeri perhimpunan daerah lain. Surat pekeliling ini adalah sebahagian daripada rancangan propaganda, dan surat yang mengutuk Akta Townshend. Gabenor Massachusetts mengatakan bahawa dokumen tersebut diedarkan sebagai langkah pemberontakan dan ingin membubarkan badan pembuat undang-undang. Di Britain, Raja Hillsborough, Setiausaha Negara bagi koloni, telah mengarahkan kepada setiap Gabenor Diraja di Amerika agar bertindak secara bijaksana dalam membubarkan perhimpunan koloni sekiranya ada yang mengesahkan surat tersebut. Sebelum permintaannya sampai ke Amerika, perhimpunan di New Hamspire, New Jersey, dan Connecticut telah diadakan untuk memuji Massachusetts.

3.2.4 RUSUHAN POLITIK DAN PEMBUNUHAN KEJAM DI BOSTON

Implikasi daripada pengenalan akta ini telah menyebabkan tentera koloni dihina dan mereka dianggap musuh yang membawa kepada persengketaan antara tentera dengan penduduk New York. Konflik semakin ketara apabila peduduk koloni yamg menentang membina tugu kemerdekaan dan dirobohkan pula oleh tentera sekali gus rusuhan terus berlaku dan menyebabkan beberapa orang telah tercedera. Di Boston, Samuel Adams memperkatakan sikap buruk tentera yang menganggu wanita, sering bergaduh, dan mencela presiden parlimen seperti patung Amerika. Seterusnya, pada bulan Februari 1770, kian meruncing apabila budak berumur 10 tahun terbunuh kerana tleah tertembak oleh pegawai tentera semasa rusuhan berlaku. Dalam rusuhan itu, penduduk bertindak melemparkan batu, tiada askar telibat tetapi insiden ini telah menambahkan lagi persengketaan dan permusuhan antara penduduk dengan tentera. Penentangan reda apabila parlimen membatalkan Akta Townshend pada Mac 1770.

3.2.5 THE BOSTON TEA PARTY 1773

Pelbagai cara telah dilakukan oleh penduduk koloni unutk memulaukan penjualan teh. Teh yang tiba di Charleston disimpan dalam gudang bawah tanah yang lembab dan ini telah merosakkan teh, sementara bantahan penduduk di New York menyebabkan teh dibawa semula ke kapal. Isu teh ini adalah masalah yang serius yang memberikan impak negatif terhadap penduduk koloni dan para pedagang di Boston. Gabenor Hutchinson memutuskan untuk membenarkan teh diturunkan daripada kapal sama ada teh itu dibeli atau tidak. Rakyat Boston menentang keputusan itu dan pada suatu petang, sekumpulan 50 hingga 60 orang berpakaian seperti orang asli Amerika telah pergi ke pelabuhan Boston dan naik ke atas kapal lalu membuang 350 kotak teh ke dalam laut atau sebanyak 45 tan teh yang telah dibuang ke dalam laut itu.

4.1 IMPLIKASI UMUM

4.1.1 SEMANGAT NASIONALISME DAN ADANYA KESEDARAN DALAM

KALANGAN PENDUDUK KOLONI.

Pengenalan kedua-dua akta ini turut memberikan implikasi yang positif dimana, penduduk koloni telah bangkit menentang polisi yang diperkenalkan oleh Parlimen Inggeris. Menerusi situasi ini dapat dikesan wujudnya semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk koloni untuk bersatu-padu memperjuangkan nasib mereka yang sering ditindas dan kepentingan mereka tidak diambil kira apabila Parlimen Inggeris memperkenalkan dasar-dasar mereka di Amerika. Senario ini dapat dikesan apabila Kongres Akta Setem telah dilaksanakan dimana kongres ini penting kerana berjaya menyatukan sembilan daripada tiga belas koloni yang ada untuk bersama-sama menjalankan tindakan membantah Akta Setem. Kewujudan semangat nasionalisme ini terbukti apabila penduduk koloni telah melakukan demonstrasi secara bersepadu untuk menuntut mereka diberi perwakilan dalam parlimen seterusnya memperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan kemerdekaan bagi membentuk kerajaan sendiri. Malahan kemunculan tokoh-tokoh pejuang memainkan peranan penting dalam menggesa penduduk koloni untuk melakukan penentangan.

5.1 KESIMPULAN

Konklusinya, rancangan George Grenville ini kurang berjaya dan telah menemui kegagalan yang mempengaruhi kegagalan pemerintahannya dalam bulan Jun 1765. Kemudian, beliau telah digantikan oleh Marquis of Rockingham dan Charles Townshend yang telah berusaha untuk mencari jalan keluar dari permasalahan tersebut. Banyak perdebatan telah dijalankan unutk menyelesaikan situasi ini iaitu penentangan terhadap Stamp Act (1765) dan Townshend Act (1767). Kedua-dua akta ini telah menemui kegagalan dan akhirnya Parlimen Inggeris telah membatalkan Akta Setem pada 18 Mac 1766, manakala Akta Townshend juga telah ditarik balik sejurus selepas tiga tahun akta itu diperkenalkan. Oleh itu, penarikan balik akta-akta ini menyebabkan penduduk koloni semakin lantang dan berani menentang dasar kerajaan British. Pelbagai konflik telah berlaku yang seterusnya meninggalkan kesan ke atas kehidupan penduduk koloni Amerika. Pengenalan Akta Setem dan Akta Townshend ini telah menimbulkan implikasi negatif dan positif terhadap penduduk koloni seterusnya membawa kepada penyatuan koloni-koloni di Amerika untuk menentang dasar Britain yang juga membuka peluang kepada tercetusnya Revolusi Amerika pada tahun 1775.

6.1 LAMPIRAN

Gambar 1.0 : Menteri Raja George III iaitu Perdana Menteri George Grenville yang telah memperkenalkan Stamp Act (1765).

Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Stamp_Acts.

Gambar 2.0 : Perdana Menteri Charles Townshend yang memperkenalkan Townshend Act (1767).

Sumber : http://ahp.gatech.edu/townshend_act_1767.html.

Gambar 3.0 : Protes penduduk koloni terhadap Akta Setem.

Sumber : http://www.moraldefense.com/Philosophy/

Essays/Stamp_Act_Crisis.htm.

BIBLIOGRAFI

BUKU

Divine. et. al. 1999. America Past And Present. United States : Longman.

Jeanne, Boydston. et. al. 2002. Making A Nation : The United States And The Its People.Volume One. New Jersey : Pearson Education, INC. Upper River.

John A. Garraty, Edior. 2003. Historical Viewpoints. Nine Edition ; Volume One to 1887.Longman.

John Mack Faragher. et. al. 2000. A History Of The American People. New Jersey :Upper Saddle River, Prentice Hall.

John M. Murrin. et. al. 2008. Liberty, Equality, Power : A History Of The AmericanPeople. Boston, MA : Thompson/Wadsworth.

Nash. et. al. 1994. The American People : Creating A Nation And A Society. ThirdEdition. New York.

Norton, Mary Beth, et. al. 2003. A People And A Nation : A History Of The United States.Boston : Houghton Mifflin Company.

Peter Charles Hoffer. 2000. The Brave New World : A History Of Early America. Boston :Hiughton Mifflin Company.

Peter N. Carroll. 2003. We The People : A Brief American History. Australia :Wadsworth/Thompson Lear.

Shakila Yacob. 2005. Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan Pustaka.

INTERNET

http://ahp.gatech.edu/townshend_act_1767.html. Diakses pada 28 Ogos 2009.

http://en.wikipedia.org/wiki/Stamp_Act_1765. Diakses pada 28 Ogos 2009.

http://www.history.org/almanack/life/politics/polhis.cfm. Diakses pada 28 Ogos 2009.

http://www.history.org/history/teaching/tchcrsta.cfm. Diakses pada 29 Ogos 2009.

http://www.moraldefense.com/Philosophy/Essays/Stamp_Act_Crisis.htm. Diakses pada28 Ogos 2009.

http://www.u-s-history.com/pages/h643.html. Diakses pada 29 Ogos 2009.

http://www.geocities.com/Athens/Academy/2577/Rev.html. Diakses pada 04 September2009.

Shakila Yacob. 2005. Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 28.

Peter Charles Hoffer. 2000. The Brave New World : A History Of Early America. Boston : Hiughton Miffin Company. Hlm. 468.

Shakila Yacob. 2005. Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 28.

Http://www.geocities.com/Athens/Academy/2577/Rev.html. Diakses pada 04 September 2009. Jam 11pm.

Nash. et. al. 1994. The American People : Creating A Nation And A Society. Third Edition. New York. Hlm. 152.

Shakila Yacob. 2005. Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 29.

Ibid. Hlm. 29.

Ibid. Hlm. 28.

Ibid. Hlm. 28.

John Mack Faragher. et. al. 2003. A History Of The American People. New Jersey : Upper Saddle River, Prentice Hall. Hlm. 155.

John A. Garraty, Edior. 2003. Historical Viewpoints. Nine Edition ; Volume One to 1887. Longman. Hlm. 70.

Ibid. Hlm. 155.

Peter Charles Hoffer. 2000. The Brave New World : A History Of Early Amerika. Boston : Hiughton Mifflin Company. Hlm. 473.

Peter N. Carroll. 2003. We The People : A Brief American History. Australia : Wadsworth/Thompson Lear. Hlm. 103.

Shakila Yacob. 2003. Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 29.

Shakila Yacob. 2005. Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 29.

Shakila Yacob. 2005. Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Bahasa. Hlm. 33.

John Mack Faragher. et. al. 2000. A History Of The American People. New Jersey : Upper Saddle River, Prentice Hall. Hlm. 158.

Shakila Yacob. 2005. Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 30.

John Mack Faragher. et. al. 2000. A History Of The American People. New Jersey : Upper Saddle River, Prentice Hall. Hlm. 158.

Shakila Yacob. 2005. Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 34.

Peter N. Carroll. 2003. We The People : A Brief American History. Australia : Wadsworth/Thompson Lear. Hlm. 105.

Shakila Yacob. 2005. Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 29.