slaid

17
TANAMAN HERBA POKOK KARI Nama saintifiknya Murraya Koenigii

Upload: geetha-shan

Post on 10-Jul-2016

230 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

slaid

TRANSCRIPT

TANAMAN HERBAPOKOK KARINama saintifiknya Murraya Koenigii

Pokok Kari ialah sejenis pokok renek dengan ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Ia sering ditanam di kawasan sekitar rumah untuk kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit.

Pengenalan

Kegunaan Pokok kariDaun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan India. Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.

Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes.Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.

Langkah-langkah menghasilkan tanaman herba

Pokok Kari

Bahan-bahan yang diperlukan

pasu Tanaman campuran

Anak pokok kari

Alatan-alatan yang diperlukan

Serampang tangan

Sudip tangan

Sarung tangan

CARA-CARA MENGHASILKAN TANAMAN HERBA POKOK KARI

Menggaulkan bahan medium

Meletakkan batu untuk menutup lubang pasu

supaya tanah tidak keluar

Masukkan tanah hingga memenuhi satu per empat daripada ketinggian pasu.

Mengeluarkan anak pokok dari plastik

Menanam anak pokok kari ke dalam pasu

Menambah tanah sekurang-kurangnya dua sentimeter dari permukaan pasu.

Membersihkan kawasanselepas aktiviti menanam

Menyiram sedikit air

Membersihkan alat-alat penanaman

Teknik-teknik penjagaan tanaman hidup subur

Merumput  •Perlu dilakukan bertujuan membuang pesaing tanaman

•Rumput dan rumpai sekeliling batang pokok hendaklah dibuang menggunakan tangan atau alatan sesuai seperti serampang tangan

Menyiram 

• Biasanya tanaman berbatang lembut memerlukan air yang lebih. • Penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari iaitu pagi dan petang.

Menggembur 

• Bertujuan membaiki sistem pengaliran air tanaman itu sendiri.

•Menggembur juga membolehkan air dan udara memasuki rongga medium dengan segera.

•Menggembur tanah ialah kerja melonggarkan tanah di permukaan bekas atau pasu.

•Menggembur tanah akan memperbaiki pengudaraan tanah dan memudahkan penembusan air ke kawasan akar tumbuhan.

•Pengemburan tanah biasanya dilakukan dengan menggunakan serampang tangan atau sudip tangan.

•Pengemburan permukaan tanah dalam bekas atau pasu juga dapat mengurangkan masalah pertumbuhan rumpai.

SEKIAN TERIMA KASIH

Disediakan OlehGeetha a/p Ramasamy

PKB 1AMB FEB 2012