skemaakademistar_10

14
1 BAHAGIAN A DAN B Panduan Penulisan Esei Nota: i. Kepanjangan esei: Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. ii. Markah penuh untuk Bahagian A -25 markah dan B – 25 markah. iii. Agihan Markah: Idea (I) = 4 Hujah (H) = 12 Bahasa (B) = 5 Rumusan (R) = 5 JUMLAH 25 Kata kunci soalan: I. Huraikan atau bincangkan II. Pendapat / ulasan atau sebab III. Cadangkan IV. Kesan V. Jelaskan VI. Sejauh manakah Contoh soalan: PANDUAN PENULISAN ESEI 6 Perenggan Perenggan 1 -Intro Perenggan 2- Idea 1 Perenggan 3 - Idea 2 Perenggan 4- Idea 3 Perenggan 5- Idea 4 Perenggan 6 – Rumusan Menulis Intro Fokus kepada i. Isu dan ii. tugasan soalan : Intro untuk membantu calon menyatakan idea dengan lebih baik. Perenggan kedua. Nyatakan idea anda dengan jelas dan tepat Berikan hujahan anda dengan jelas dan tepat Tanya soalan-soalan yang sesuai seperti apa, mengapa, dan bagaimana (WH Question) Rumus Idea. PENUTUP: Rumusan Tentang tajuk yang diberi Memberi cadangan dan menyatakan harapan Soalan Percubaan Terengganu 2010.

Upload: chua-hc

Post on 15-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

STPM

TRANSCRIPT

Page 1: SkemaAkademiStar_10

1

BAHAGIAN A DAN B Panduan Penulisan Esei Nota:

i. Kepanjangan esei: Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan.

ii. Markah penuh untuk Bahagian A -25 markah dan B – 25 markah. iii. Agihan Markah: Idea (I) = 4

Hujah (H) = 12 Bahasa (B) = 5 Rumusan (R) = 5 JUMLAH 25 Kata kunci soalan:

I. Huraikan atau bincangkan II. Pendapat / ulasan atau sebab III. Cadangkan IV. Kesan V. Jelaskan VI. Sejauh manakah

Contoh soalan:

PANDUAN PENULISAN ESEI 6 Perenggan Perenggan 1 -Intro Perenggan 2- Idea 1 Perenggan 3 - Idea 2 Perenggan 4- Idea 3 Perenggan 5- Idea 4 Perenggan 6 – Rumusan Menulis Intro Fokus kepada

i. Isu dan ii. tugasan soalan : Intro untuk membantu calon menyatakan idea dengan lebih

baik.

Perenggan kedua. Nyatakan idea anda dengan jelas dan tepat Berikan hujahan anda dengan jelas dan tepat Tanya soalan-soalan yang sesuai seperti apa, mengapa, dan bagaimana (WH Question) Rumus Idea. PENUTUP: Rumusan Tentang tajuk yang diberi Memberi cadangan dan menyatakan harapan Soalan Percubaan Terengganu 2010.

Page 2: SkemaAkademiStar_10

2

Bahagian A 1. Pendidikan dan kepimpinan merupakaan dua faktor penting yang dapat membantu perkembangan dan pertumbuhan ekonomi Negara. Namun di samping itu terdapat faktor-faktor lain. Jelaskan pernyataan di atas. 2. Belakangan ini kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi dalam kalangan remaja. Pelbagai usaha perlu diambil untuk mengawalnya. Jelaskan pernyataaan di atas. Bahagian B 3. Kitar semula boleh mendatangkan pelbagai faedah kepada manusia dan alam sekitar. Bincangkan 4. Pemakanan kesihatan semakin mendapat sambutan masyarakat hari ini. Namun demikian, pemakanan kesihatan juga boleh memudaratkan kesihatan manusia. Bincangkan. Soalan STPM 2009 1. “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.” Begitulah pepatah orang

tua kita yang memberikan gambaran bahawa belia ialah golongan yang penting dalam memajukan sesebuah negara. Jelaskan ciri yang perlu ada pada golongan belia untuk merealisasikan hasrat pepatah ini.

2. Selain keupayaan negara menghasilkan pelbagai produk hiliran, kejayaan sektor pertanian negara dipengaruhi juga oleh faktor-faktor lain. Huraikan pernyataan ini.

3. Bahan kimia semakin banyak digunakan sebagai salah satu kandungan dalam makanan yang diproses. Walau bagaimanapun, penggunaannya boleh mendatangkan kesan sampingan.

4. Kawasan hutan tanah tinggi banyak kepentingannya. Penerokaannya boleh mendatangkan impak kepada kehidupan dan alam sekitar. Huraikan pernyataan ini. Contoh Skrip jawapan calon:

Soalan 2 Statistik terbaru yang dikeluarkan oleh ibu pejabat polis Bukit Aman menunjukan sebanyak 65 kes buang bayi dilaporkan sepanjang awal tahun ini berbanding hanya 45 kes dalam tempoh yang sama pada tahun lepas. Kes pembuangan bayi ini semakin menjadi-jadi dalam kalangan remaja. Justeru faktor berlakunya masalah ini perlu dikenalpasti supaya langkah-langkah dapat diambil untuk mengawalnya. Keruntuhan institusi keluarga merupakan antara faktor berlakunya kes pembuangan bayi. Remaja dari keluarga yang kucar kacir sanggup melakukan apa sahaja termasuk berzina dan maksiat sehingga remaja perempuan mengandung anak luar nikah. Ahli keluarga yang memberi kasih sayang bersyarat tidak akan sanggup menerima ahli keluarga yang mengandung sebelum bernikah. Ini menyebabkan emosi remaja yang hamil terganggu sehingga sanggup membuang anaknya sendiri. Kesimpulannya, kasih sayang keluarga sangat perlu dalam mengawal masalah ini. Tiadanya pegangan agama yang kukuh dalam kalangan remaja menyebabkan peningkatan kes buang bayi. Remaja yang tiada pegangan

Page 3: SkemaAkademiStar_10

3

agama yang kukuh berbaul bebas dengan rakan-rakannya sehingga terlanjur. Apabila remaja perempuan mengandung dan melahirkan anak luar nikah, mereka sanggup membuang bayi mereka tanpa keperimanusiaan. Contohnya, sesetengah bayi yang ditemui mati masih bertali pusat. Tuntasnya, pegangan agama yang kukuh penting dalam menghindari remaja daripada melakukan perkara yang dilarang dari segi agama. Justeru, pihak keluarga harus memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka tanpa syarat. Ini dapat mengelakkan remaja daripada menagih kasih sayang daripada orang lain. Pihak keluarga perlu menerima anak mereka walaupun anak mereka cacat akhlaknya. Kasih sayang yang secukupnya menghalang remaja daripada melakukan perkara yang akan mencemarkan maruah keluarganya. Oleh itu pihak keluarga perlu sentiasa memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Selain itu, pihak kerajaan turut memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini. Pelbagai kempen kesedaran dan pengukuhan institusi kekeluargaan dilakukan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan remaja. Kerajaan perlu melakukan usaha seperti menyekat pronografi yang merupakan faktor reemaja melakukan seks. Konklusinya usaha kerajaan dalam mengawal masalah pembuangan bayi. Tuntasnya pelbagai pihak perlu mengembleng tenaga dalam mengawal masalah pembuangan bayi. Ini penting sebagaimana digariskan dalam Modal Ekonomi baru untuk mewujudkan modal insan berkelas dunia. Usaha dari akar umbi perlu dilakukan agar masalah pembuangan bayi ini dapat dikurangkan ke angka sifar.

Penilaian Kerja Esei ITEM STATUS 1 Intro:

Isu Tugasan

2 Idea Hujah Contoh Rumusan Idea

3 Idea Hujah Contoh Rumusan Idea

4 Idea Hujah Contoh Rumusan Idea

5 Idea Hujah Contoh Rumusan Idea

6 Rumusan Cadangan Harapan

Page 4: SkemaAkademiStar_10

4

Bahagian C Soalan 5 5.1 “ … Dalam bidang lingusitik, tidak ada istilah ‘bahasa rojak’ . Istilah ini timbul oleh sejumlah orang yang melihatnya dari sudut pandangan orang awam yang menganggap sesuatu yang bercampur-campur itu sebagai rojak. ‘Bahasa rojak boleh dirumuskan sebagai satu ragam bahasa basahan yang hanya sesuai digunakan dalam situasi tidak rasmi. Unsur ini tampaknya boleh melarat ke dalam bidang yang rasmi seperti mesyuarat, penulisan, dan penyiaran. Fenomena ini menjadi satu gugatan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa ilmu.” (stpm08) (Disesuaikan daripada Awang Sariyan, “Bahsa Rojak: Nilai Rasmi Bahasa Kebangsaan

Luntur”, Dewan Masyarakat, Julai 2004)

(i) Mengapakah dikatakan bahawa “bahasa rojak” menjadi gugatan kepada bahasa Melayu?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan bagaimana bahasa rojak boleh menggugat bahasa Melayu

Skema:

(i) Bahasa rojak menjadi gugatatan kepada bahasa Melayu apabila digunakan secara meluas dalam situasi rasmi

(ii) Bahasa rojak menggugat bahasa dengan cara .. 1 penggunaan ayat yang tidak gramatis / kecelaruran system bahasa 2 penggunaan / penerimaan yang meluas terutama dalam kalangan remaja 3 turut digunakan dalam situasi rasmi

5. 2 “ …. Oleh sebab Amerika Syarikat adalah sebuah Negara yang maju dan kuat, maka Persetujuan Perdagangan Bebas atau Free Trade Agreement (FTA) dengan Negara itu mengundang kebimbangan besar terhadap kemampuan Malaysia untuk menghadapi persaingan dengannya. FTA meliputi beberapa banyak bab; antaranya termasuklah produk barang, perkhidmatan, perubatan, hak pelaburan, pemerolehan kerajaan, dan hak harta intelektual. Dalam bab-bab ini, Amerika Syarikat mencadangkan supaya Mal;aysia membuka ‘pintunya’. Banyak perniagaan yang sebelum ini diperuntukkan kepada orang Malaysia yang akan ‘terhakis’..” (stpm08)

(Disesuaikan daripada wawancara wartawan dengan Martin Khor, Mingguan Ma;aysia, 4 Mac 2007)

(i) Mengapakan FTA membimbangkan Malaysia? (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan

kemungkinan kesan negatif FTA terhadap Malaysia. Skema;

(i) Malaysia perlu bersaing secara terbuka dalam pelbagai bidang dengan syarikat-syarikat Amerika Syarikat

Page 5: SkemaAkademiStar_10

5

(ii) Kemungkinan kesan buruk yang berlaku:

1 Mengancam kebebasan kerajaan untuk menggubal dasar-dasar ekonomi 2 Malaysia terikat dengan perjanjian dua hak harta intelek peringkat

antarabangsa 3 Penguasaan ekonomi Negara oleh syarikat dari luar 4 Ancaman terhadap sektor/usahawan tempatan 5 Berlakunya lambakan barangan luar negara 6 Akan berlaku kejatuhan harga barangan tempatan 7 Barangan tempatan kurang mendapat sambutan

5.3 “Ramai yang menyatakan bahawa jenayah dan tingkah laku melencong pelajar sekolah berlaku kerana transformasi arus pembangunan zaman yang kian moden sehingga mencabar keutuhan nilai kehidupan manusia. Remaja memang mudah terpengaruh oleh budaya Barat yang dikatakan kurang sihat melalui televisyen dan media massa.”

(Dipetik dan diubahsuai daripada Dewan Masyarakat, Januari 2004)

(i) Apakah punca berlakunya jenayah dalam kalangan remaja masa kini?

-Jenayah berlaku kerana perubahan dalam arus kehudpan moden.

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, huraikan peranan masyarakat dalam menangani masalah tersebut. Langkah-langkah :

Bil Idea Huraian 1 Sebagai pendidik Mendidik remaja dengan tunjuk ajar/contoh

tauladan, pekerti dan akhlak yang mulia. Remaja diajak menyertai pelbagai program kerohanian dan kebajikan.

2 Sebagai pencegah

Berani menegur remaja yang terlibat dengan salah laku, mencegah perlakuan sumbang remaja dengan nasihat yang berhemat.

3 Sebagai penyalur maklumat

Menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa, pihak ibu bapa tentang kegiatan tidak bermoral / aktiviti sumbang remaja agar dapat diambil tindakan

4 Sebagai kesaksian di mahkamah

Sekira memerlukan proses pendakwaan, masyarakat mesti bersedia menjadi saksi di mahkamah agar proses pendakwaan dan pengenaan hukuman dapat dilaksanakan.

Page 6: SkemaAkademiStar_10

6

Soalan 6 6.1 “Penyakit selsema burung disebabkan oleh virus selesema yang dikenal sebagai Avian Influenza A. Penyakit ini pada asalnya dihidap oleh burung, unggas, dan haiwan ternakan,…. Virus yang menjangkitan haiwan ini boleh berpindah kepada manusia melalui sentuhan secara langsung dengan haiwan yang dijangkiti, bahan kumuhan, atau peralatan yang digunakan oleh haiwan yang dijangkiti.” (stpm08)

(i) Bagaimanakah cara virus Avian influenza A menjangkiti manusia? (ii) Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, nyatakan langkah-

langkah pencegahan yang perlu dilaksanakan untuk mengelakkan jangkitan virus selesema burung.

Skema;

(i) Virus Avian influenza A menjangkiti manusia menerusi sentuhan dengan haiwan yang dijangkiti, najis atau alatan yang digunakannya.

(ii) Langkah pencegahan:

1 Penjagaan kebersihan 2 Pengawasan klinikal dan virus di ladang ternakan 3 Pendidikan kesihatan berhubung langkah pencegahan (SS) 4 Masak daging dan produk ayam termasuk telur dengan sempurna 5 Pengharaman pengimportan haiwan dari negara yang menghadapi wabak

tersebut 6 Pelbagai spesies haiwan ternakan tidak boleh dipelihara dalam satu

kawasan 7 Menghapuskan haiwan yang dijangkiti dengan penyakit ini 8 Kuarantin haiwan yang menghadapi masalah jangkitan 9 Saringan di pintu masuk ke negara ini

6.2 “Gingko ialah herba yang sangat popular dalam bidang perubatan moden dan banyak dikaji oleh ahli sains. Herba ini digunakan oleh masyarakat Cina untuk tujuan perubatan sejak lama dahulu. Herba ini terkenal dengan fungsinya untuk meningkatkan pengaliran darah. Secara tradisional, gingko digunakan untuk melegakan asma, masalah sesak nafas, dan sebagai anti penuaan. Gingko digunakan secara meluas di Jerman oleh pesakit Alzheimer, iaitu pesakit yang mengalami kemerosotan daya ingatan dan mentalnya tidak berupaya berfungsi secara normal.” (stpm08)

(i) Apakah kegunaan gingko dalam masyarakat tradisional? (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan

mengapa kajian secara saintifik perlu dilakukan pada herba

Page 7: SkemaAkademiStar_10

7

Skema:

(i) Dalam masyarakat tradisional gingko digunakan untuk perubatan, rawatan dan kesihatan. -melancarakan pengaliran darah, mengurangkan masalah berkaitan pernafasan, melambatkan proses penuaan dan masalah daya ingatan - 1 ½ markah -sekiranya hanya mengambil sebahagian sahaja - 1 markah

(ii) Kajian sainstifik perlu dilaksanakan kerana;

1 mengkaji keberkesanan/kualiti sebagai ubat yang boleh digunakan sebagai

altenatif menyembuhkan penyakit 2 membantu pengamal perubatan tradisional 3 meluaskan penggunaan bahan herba 4 mengkaji kandungan sebenar sesuatu herba 5 menambah keyakinan pengguna terhadap keberkesan herba

6.3 “ … antara kaedah pemakanan berkhasiat ialah kurangkan penggunaan lemak dalam penyediaan makanan dengan menghadkan pengambilan makanan bergoreng atau menggunakan sedikit minyak ketika memasak. Pengambilan lemak sepatutnya tidak melebihi 30% daripada jumlah kalori harian kerana lemak dan kolestrol ini boleh membentuk plak pada dinding saluran darah. Cara lain bagi mengurangkan pengambilan lemak ialah dengan menyediakan makanan rendah lemah dan memilih makanan rendah kolestrol.”

(Disesuaikan daripada, Berita Harian, 6 Ogos 2010 )

(i) Jelaskan punca terbentuknya plak dalam saluran darah? (ii) Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, huraikan langkah untuk

mengelakkan pengumpulan lemak dan kolestrol dalam badan selain mengelak pengambilan makanan berlemak dan berlebihan?

Skema:

(i) Pembentukan plak dalam saluran darah berlaku apabila lemak dan kolestrol diambil secara berlebihan (perkataan ‘berlebihan’ perlu ada dalam jawapan calon)

(ii) Langkah:

1 melakukan aktiviti fizikal secara tekal 2 melebihkan pengambilan makanan berdaya serap 3 mengelak mengambil makanan dua jam sebelum tidur 4 tidak menonton televisyen dalam tempoh masa yang lama 5 Menangani stres dengan betul

Page 8: SkemaAkademiStar_10

8

Bahagian D 1 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang sesuai untuk membandingkan hasil kutipan Cukai Tak Langsung Kerajaan Persekutuan pada tahun yang dinyatakan. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya mengutip sebanyak RM3.9 bilion sepanjang tahun 1999 hingga 2004 dalam operasi menjejaki pembayar hasil yang engkar menjelaskan pelbagai jenis cukai kepada kerajaan. Dalam objek cukai langsung, kerajaan telah berjaya mengutip RM24 543 juta manakala Cukai Tak Langsung pula memperoleh kutipan hasil sebanyak RM32 510 juta pada tahun 2003 dan jumlah kutipan Cukai Tak Langsung pada tahun 2005 adalah sebanyak RM38 897 juta, lebih 10.62% tinggi berbanding tahun 2003. Objek duti eksport berjaya mengutip hasil sebanyak RM4 669 juta atau 14.36% dan bagi duti import pula, hasil yang diperoleh pada tahun 2005 adalah sebanyak RM5 486 juta atau 14.10%. Cukai eksais juga menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan apabila berlaku peningkatan bilangan barangan dari luar negara seperti kenderaan dan peralatan mewah. Pada tahun 2003, cukai eksais menyumbangkan sebanyak RM6 750 juta, manakala cukai jualan pula mencatatkan peningkatan hasil sebanyak RM4 375 juta, suatu pertambahan nilai yang begitu ketara pada tahun 2005 berbanding tahun 2003 yang hanya mencatatkan kutipan sebanyak RM9 241 juta. Cukai perkhidmatan yang dikenakan oleh kerajaan di pejabat kerajaan dan swasta menambah pendapatan kerajaan dan pada tahun 2003, kutipan daripada cukai ini adalah sebanyak RM2 016 juta. Kutipan lain-lain dalam objek cukai tak langsung mencatatkan perolehan tertinggi sejak 2001, dan pada tahun 2003 jumlah yang dikutipadalah sebanyak RM2 796 juta atau 8.6% dan jumlah kutipan ini meningkat sebanyak 71.75% pada tahun 2005. Pertambahan prasarana kepada pengguna menyebabkan berlaku pertambahan kepada kutipan cukai perkhidmatan dan pada tahun 2005 jumlah yang dikutip adalah sebanyak RM3 723 juta, manakala bagi cukai eksais pula mencatatkan peningkatan kepada RM8 002 juta pada tahun yang sama. Duti eksport pada tahun 2005 mencatatkan penurunan disebabkan berlaku imbangan pembayaran positif dan jumlah yang dikutip adalah berkurangan sebanyak RM1 401 juta.

(Disesuaikan daripada Laporan Kementerian

Kewangan Malaysia, 2003-2005)

Page 9: SkemaAkademiStar_10

9

Malaysia: Hasil Kutipan Cukai Tak Langsung Kerajaan Persekutuan pada Tahun 2003 dan 2005.

Tahun Objek

2003

2005

Jumlah (RM juta)

Peratus Sudut Jumlah (RM juta)

Peratus Sudut

Duti Eksport 4 669 51.70

3 268 8.40 30.25

Duti Import 7 038 77.94

5 486 50.77

Cukai Eksais 20.76 74.75 8 002 20.57

Cukai Jualan 28.43 102.33 13 616 126.02

Cukai Perkhidmatan

2 016 6.2 22.32 3 723 9.57 34.46

Lain-lain 2 796 8.6 12.35 44.44

JUMLAH 32 510 100 360 38 897 100 360

(Disesuaikan daripada Laporan Kementerian

Kewangan Malaysia, 2003-2005)

2 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah pekerja am dalam sektor pembuatan berasaskan makanan di Malaysia dan purata upah pada tahun 2000 hingga 2003. Sektor pembuatan merupakan antara industri terpenting dalam perkembangan ekonomi negara dan memerlukan ramai tenaga buruh. Kebanyakan pekerja adalah buruh tempatan dan juga buruh yang diimport dan upah yang dibayar antara RM500.00 hingga RM600 sebulan. Bilangan pekerja di kilang memproses ikan laut kepada bebola ikan dan bentuk kering adalah seramai 8 090 orang pada tahun 2000 dan meningkat kepada 8 645 orang pada tahun 2001, manakala di kilang nanas, pekerja yang mengetin nanas seramai 6 500 orang pada tahun 2000 dan bertambah sebanyak 700 orang pada tahun berikutnya. Jumlah pekerja yang mengilang tepung pula seramai 7 800 orang pada tahun 2000 dan bertambah kepada 8 007 orang pada tahun 2001. Manakala pekerja yang memproses minyak daripada sayur-sayuran pula mencatatkan jumlah sebanyak 9 825 orang pada tahun 2000 dan bertambah sebanyak 704 orang pada tahun 2001. Jumlah pekerja di kilang padi pula sebanyak 11 247 orang dan 11 660 orang masing-masing pada tahun 2000 dan 2001. Jumlah pekerja pada tahun 2000 dan 2001 adalah sebanyak 43 462 orang dan 46 041 orang.

Page 10: SkemaAkademiStar_10

10

Pada tahun 2002, pekerja memproses ikan laut berjumlah 8 849 orang, mengetin nanas sebanyak 7 381 orang, mengilang tepung dan mengilang padi masing-masing mencatatkan jumlah pekerja sebanyak 8 169 orang dan 11 892 orang, manakala pekerja memproses minyak sayur-sayuran seramai 10 688 orang. Pada tahun 2003, jumlah pekerja di kilang padi meningkat kepada 11 900 orang, memproses minyak sayur-sayuran meningkat kepada 10 816 orang, pekerja mengilang tepung dan mengetin nanas masing-masing berjumlah 8 412 orang dan 7 643 orang manakala pekerja yang memproses ikan laut mencatatkan jumlah sebanyak 8 990 orang. Jumlah pekerja pada tahun 2002 ialah 46 979 orang dan meningkat sebanyak 782 orang pada tahun 2003. Pada tahun 2000, upah terbanyak yang dibayar kepada pekerja pertanian ialah pengilang padi sebanyak RM6.7 juta, manakala purata upah yang dibayar pada tahun yang sama ialah RM5.22 juta dan telah meningkat kepada RM5.52 juta pada tahun 2001. Pada tahun 2002, bayaran terendah kepada pekerja mengetin nanas sebanyak RM4.4 juta tetapi purata upah yang dibayar pada tahun yang sama ialah RM5.62 juta. Pengilang padi masih menerima jumlah upah tertinggi pada tahun 2003 dengan purata bayaran upah pada tahun tersebut RM5.76 juta.

(Disesuaikan daripada Laporan Perangkaan Pembuatan Bulanan, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2004)

Malaysia: Jumlah Pekerja Am dalam Sektor Pembuatan Berasaskan Makanan dan Purata Upah pada Tahun 2000 hingga 2003

Unit Sektor

2000 (orang)

2001 (orang)

2002 (orang)

2003 (orang)

Memproses ikan laut 8 090 8 645 8 990

Mengetin nanas 6 500 7 200 7 381 7 643

Mengilang tepung 8 007 8 169 8 412

Minyak sayur-sayuran 9 825 10 529 10 688

Mengilang padi 11 247 11 892 11 900

JUMLAH 43 462 46 041 46 979 47 761

Purata upah (RM juta) 5.22 5.52 5.62 5.76

(Disesuaikan daripada Laporan Perangkaan Pembuatan Bulanan, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2004)

Page 11: SkemaAkademiStar_10

11

Kenalpasti media. 1 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menggambarkan jumlah penumpang yang dikendalikan oleh Lapangan Terbang Antarabangsa dari tahun 2001 hingga 2004. 2 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengikut kumpulan umur pada tahun 2001 dan 2005. 3 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perbezaan diagnosis mengikut jenis penyakit di Sabah dan Sarawak pada tahun 2003 hingga 2005. 4 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratusan perubahan kekosongan jawatan baru bagi tahun 2004 dan 2005. 5 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan perbezaan nilai dagangan indeks-indeks utama di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada bulan September 2005 dan September 2006. 6 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan turun naik nilai eksport ke negara-negara ASEAN terpilih bagi tahun-tahun yang dinyatakan. 7 Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan nilai import dan negara-negara pengeksport barang-barang ke Malaysia pada tahun 1992. 8 Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah pengambilan pelajar pelbagai kursus sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi tempatan dari tahun 1998 hingga 2002. 9 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan sebagai komponen jumlah bagi tahun 1999 hingga 2003. 10 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratus perubahan gunatenaga antara tahun 2000 hingga 2001.

Page 12: SkemaAkademiStar_10

12

Bahagian E 1 Dengan merujuk kepada gambarajah di bawah terangkan apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran seseorang pelajar.

PENGARUH TERHADAP PEMBELAJARAN PELAJAR

(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Hussein Mahmud, Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah , 1993)

BAKAT •Kebolehan •Perkembangan •Motivasi

P E N G A R U H P EMB E L A J A R A N

PEMBELAJARAN •Afektif •Keberkesanan •Kognitif

PENGAJARAN •Kualiti •Kuantiti

Maklum PERSEKITARAN •Rumah •Kelas •Rakan sebaya •Media hiburan.

LOGISTIK Perpustakaan Bilik SAL Bilik ICT

Page 13: SkemaAkademiStar_10

13

Skema Jawapan

Bil Idea Hujah

1

Bakat

•Kebolehan pelajar dalam menguasai mata pelajaran seperti

Matematik, Sains, Bahasa, Seni Lukis dan sebagainya. •Perkembangan mental dan fizikal pelajar. •Motivasi- terdapat unsur rangsangan dandorongan daripada diri

(kendiri), guru, ibu bapa dan masyarakat sekitar.

2

Pengajaran

•Kuantiti pengajaran dalam bentuk latihan. •Kualiti pengajaran dan kefahaman pelajar

3

Persekitaran

•Rumah yang selesa atau kondusif untuk pembelajaran. •Kelas yang kondusif: bilangan pelajar yang sesuai, keadaan

kelas yang baik cerah, bersih dan pengudaraan yang baik membantu pembelajaran.

•Rakan Sebaya- mewujudkan persaingan yang sihat. Dorongan atau gangguan rakan sebaya akan mempengaruhi pencapaian pelajar.

•Media hiburan – bentuk-bentuk hiburan yang mungkin menjadi pengganggu kepada pelajar dan menjejaskan prestasi mereka.

4 Logistik

•Perpustakaan •Bilik SAL •Bilik ICT

Page 14: SkemaAkademiStar_10

14

2 Carta aliran menunjukkan model pembentukan strategi perniagaan Y. Dengan berdasarkan carta ini, jelaskan bagaimana seseorang pengurus mengatur stategi perniagaan Y untuk memastikan kejayaan perniagaannya.

MODEL PEMBENTUKAN STRATEGI PERNIAGAAN Y

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada The General Manager and Strategy Formulation,

John Wiley & Sons Inc. 1988)

Perniagaan Y

Mengadakan objektif strategik yang baru

Memilih Kekuatan dan Kelemahan

Sumber dalaman

Menilai risiko dan peluang yang

diperolehi

Memilih Pilihan Objektif strategik

Membangunkan Struktur Organisasi

Melaksanakan Strategi supaya

mencapai objektif