sistem politik - hassan al-banna - (himpunan risalah - majmuah rasail)

Upload: zul-fahmi

Post on 07-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Sistem Politik - Hassan Al-Banna - (Himpunan Risalah - Majmuah Rasail)

    1/16

    SISTEM POLITIK

  • 8/6/2019 Sistem Politik - Hassan Al-Banna - (Himpunan Risalah - Majmuah Rasail)

    2/16

  • 8/6/2019 Sistem Politik - Hassan Al-Banna - (Himpunan Risalah - Majmuah Rasail)

    3/16

    bahawa agama rasmi negara adalah agama Islam. Namun teks perlembagaan ini

    tidak menghalang tokoh-tokoh politik atau pemimpin parti politik untuk

    menimbulkan tanggapan buruk kepada nilai-nilai Islam. Tindakan mereka juga

    tidak dapat memperlihatkan wawasan Islam atau keindahan Islam dalam diri dan

    budaya masyarakat. Keyakinan, ucapan serta tindakan mereka sentiasa

    memisahkan antara ajaran agama dan tuntutan politik. Inilah kelemahan utama

    dan punca segala masalah.Asas-Asas Politik Islam

    Kerajaan dalam Islam tertegak berlandaskan asas-asas yang telah diketahui

    dan diakui umum. Kerajaan adalah elemen utama kepada sistem politik Islam.

    Kerajaan ini mestilah berlandaskan kepada asas-asas iaitu tanggungjawab

    pemerintah, perpaduan umat dan menghormati aspirasi rakyat. Tanpa mengira

    walau apapun istilah atau struktur yang digunakan.

    Tanggungjawab Pemerintah

    Pemerintah adalah orang yang bertanggungjawab di hadapan Allah dan rakyat.

    Pemerintah adalah orang suruhan dan khadam kepada rakyat. Rasulullah sendiri

    pernah bersabda:

    Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanya tentang

    pimpinan kamu.

    Ketika Abu Bakar r.a. ditabalkan sebagai Khalifah dan naik ke mimbar, beliau

    berucap: Wahai sekalian manusia, dahulu saya bekerja untuk keluarga saya dan

    saya mencari makan minum mereka tetapi sekarang saya bekerja untuk kamu maka

    tetapkanlah bahagian saya daripada perbendaharaan kamu.

    Melalui ucapan ini, beliau telah mengemukakan tafsiran yang terbaik dan adil

    berhubung teori kontrak sosial. Malah beliau adalah orang pertama yang

    meletakkan batu asasnya. Kontrak ini ialah perjanjian antara rakyat danpemerintah bertujuan memelihara kepentingan umum. Jika pemerintah

    melakukannya dengan baik dia akan mendapat ganjarannya dan jika tidak dia akan

    menerima akibatnya.

    Perpaduan Umat

    Umat Islam adalah umat yang satu kerana persaudaraan yang menyatukan

    hati-hati manusia atas nama Islam adalah salah satu asas iman. Iman ini tidak

    lengkap tanpa persaudaraan dan persaudaraan tidak akan dicapai tanpa kewujudan

    iman. Namun ini tidak bermakna tidak wujudnya kebebasan bersuara atau memberi

    nasihat daripada pihak bawahan kepada pihak atasan atau daripada pihak atasan

    kepada pihak bawahan. Inilah yang dikenali dalam budaya Islam sebagai memberi

    nasihat dan amar makruf nahi mungkar. Rasulullah s.a.w. bersabda:

  • 8/6/2019 Sistem Politik - Hassan Al-Banna - (Himpunan Risalah - Majmuah Rasail)

    4/16

    Agama itu nasihat. Para sahabat bertanya: Untuk siapa, wahai Rasulullah?

    Baginda menjawab: Untuk Allah, rasul-Nya, kitab-Nya dan untuk para

    pemerintah dan rakyat Islam.

    Baginda juga bersabda:

    Jika engkau lihat umatku takut untuk berkata kepada orang yang zalim:

    Wahai, orang zalim. Maka ucapkanlah selamat tinggal kepada mereka.

    Dalam satu riwayat:

    Berada di perut bumi lebih baik untuk mereka daripada mereka berada di

    atas bumi.

    Baginda bersabda:

    Pemimpin para syahid ialah Hamzah bin Abdul Mutalib dan lelaki yang

    berhadapan dengan pemerintah yang kejam. Dia menasihat dan menegur

    pemerintah itu lalu pemerintah itu membunuhnya.

    Tidak wujud perpecahan di kalangan umat Islam dalam soal-soal asasi kerana

    sistem sosial yang diamalkan oleh umat ini hanya satu iaitu Islam. Islam diiktiraf

    oleh semua anggota umat ini. Tiada masalah jika wujud perbezaan pendapat dalam

    soal-soal kecil. Perbezaan pendapat tidak semestinya menimbulkan ketegangan atau

    permusuhan atau amalan berpuak selagimana ia hanya membabitkan masalah

    cabang. Sebaliknya masalah ini boleh dibahas, dikaji dan dibincang dalam budaya

    nasihat menasihati. Perkara-perkara yang telah disentuh nas tidak lagi boleh

    diijtihad. Sementara perkara yang tidak disentuh oleh nas maka keputusan

    pemerintah akan dapat menyatukan umat. Dengan ini tidak timbul lagi sebarang

    masalah.

    Hormati Aspirasi Rakyat

    Salah satu hak rakyat ialah mengawasi setiap tingkah laku pemerintah.

    Rakyat perlu memberi pandangan kepada pemerintah jika ada sesuatu yang baik.

    Pemerintah pula perlu meminta pandangan rakyat dan menghormati kehendak

    mereka. Pemerintah perlu menerima pandangan yang baik yang diutarakan oleh

    rakyat. Malah Allah telah memerintahkan agar pemerintah menjadikan perkara ini

    sebagai amalannya:

    Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-

    hal keduniaan) itu. (Aali Imran:159)

    Allah turut memuji orang-orang beriman kerana amalan baik mereka ini:

  • 8/6/2019 Sistem Politik - Hassan Al-Banna - (Himpunan Risalah - Majmuah Rasail)

    5/16

    Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka. (As-Shura:

    38)

    Amalan ini tercatat dalam sunnah Rasulullah s.a.w. dan amalan para khalifah

    al-rashidin selepas baginda. Apabila berlaku sesuatu perkara mereka akan

    menghimpunkan para cendikiawan di kalangan umat Islam. Mereka akan

    bermesyuarat dan akur dengan pendapat yang betul. Malah mereka akan melantik

    atau menggalakkan mereka untuk turut serta dalam mesyuarat tersebut. Abu Bakarr.a. pernah berkata: Jika kamu lihat saya di pihak yang benar bantulah saya dan

    jika kamu lihat saya di pihak yang salah perbetulkanlah saya.

    Umar bin al-Khattab pernah berkata: Siapa yang melihat ada kepincangan

    pada diri saya perbetulkanlah saya.

    Sistem Islam tidak mementingkan struktur atau istilah selagimana dasar-

    dasar utama yang perlu bagi mewujudkan politik yang baik ini wujud. Selagimana

    ia dilaksanakan secara seimbang tidak hanya mementingkan satu-satu sudut

    sahaja. Namun sudah tentu keseimbangan ini tidak dapat dipertahankan tanpa

    wujudnya penghayatan sebenar kepada kesucian ajaran Islam ini. Apabila dasar-

    dasar ini mampu dipertahankan ia akan membawa kepada kejayaan di dunia dan

    akhirat. Dalam dunia moden hari ini perkara ini disebut sebagai kesedarannasional atau kematangan politik atau pendidikan patriotik atau sebagainya.

    Namun sebenarnya kesemua istilah ini hanya merujuk kepada satu maksud sahaja

    iaitu keyakinan kepada keberkesanan sistem yang ada dan merasakan sistem ini

    perlu dipertahankan. Sebabnya, teks sahaja tidak akan mampu membangkitkan

    sebuah bangsa. Tidak ubah seperti undang-undang kerana undang-undang tidak

    akan berguna jika tidak dilaksanakan oleh hakim yang adil dan bersih.

    Kita pada hari ini meminjam sistem parlimen daripada Eropah yang kini

    menjadi landasan kepada kerajaan kita. Kita gubal perlembagaan kita berasaskan

    sistem ini. Kita pernah pinda perlembagaan kita kerana mahu menurut sistem ini.

    Kita telah lalui pelbagai pengalaman dalam melaksanakan sistem ini. Sejauhmana

    sistem ini selari dengan Islam? Sejauhmana pula hasil yang kita perolehi sepanjang

    tempoh ini?

    Perkara ini akan kita bincangkan, dengan izin Allah.

    2. Sistem Politik

    Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum

    jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada

    sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. (Al-

    Maidah: 50)

    Dalam kandungan yang lalu saya telah bentangkan tiga elemen yang menjadi

    landasan kepada sistem politik Islam:

    a. Tanggungjawab pemerintah.

    b. Perpaduan rakyat.

    c. Menghormati aspirasi rakyat.

    Sistem ini telah berjaya dipraktikkan sepenuhnya pada zaman Khulafa al-

    Rashidin selepas zaman Rasulullah s.a.w. berlalu. Mereka menghayati sepenuhnya

    tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka sebagai seorang pemerintah yang

    bertanggungjawab dengan rakyat. Kenyataan ini dapat dilihat melalui ucapan dan

  • 8/6/2019 Sistem Politik - Hassan Al-Banna - (Himpunan Risalah - Majmuah Rasail)

    6/16

    tindakan mereka. Anda sendiri boleh membaca apa yang dikatakan oleh Umar bin

    al-Khattab r.a. ketika beliau ditabalkan sebagai khalifah. Begitu juga dengan

    ucapan Umar bin Abdul Aziz ketika beliau ditabalkan.

    Seluruh hidup mereka bertepatan dengan apa yang mereka katakan: Umar r.a

    berkata: Wahai sekalian hadirin, saya telah ditabalkan memerintah kamu. Hanya

    kerana saya merasakan saya akan dapat melakukan yang terbaik untuk memimpin

    kamu. Saya merasakan saya paling berkemampuan memerintah kamu dan palingberkebolehan menjalankan segala urusan kamu. Jika tidak sudah tentu saya tidak

    akan menerima perlantikan ini. Biarlah Umar menanggung segala kerisauan dan

    kesedihan sementara menunggu perhitungan. Dia mengambil hak-hak kamu.

    Bagaimana dia akan mengambilnya? Bagaimana dan di mana pula dia akan

    menyerahkannya? Dia akan memerintah kamu. Namun bagaimana dia akan

    memerintah? Moga-moga Allah akan membantu.

    Umar seolah-olah tidak lagi yakin dengan mana-mana kuasa dan

    keupayaannya namun Allah melimpahkan rahmat, bantuan dan sokongan

    kepadanya. Umar pernah berkata: Mungkin kerana seekor unta yang mati akibat

    kelalaian di tebing Sungai Furat, keluarga al-Khattab akan ditanya.

    Umar bin Abdul Aziz pernah berucap: Tiada nabi selepas Nabi s.a.w. dan tiadakitab lain selain kitab yang diturunkan kepada baginda. Ketahuilah apa yang

    dihalalkan oleh Allah adalah halal hingga ke hari kiamat. Apa yang diharamkan

    oleh Allah adalah haram hingga ke hari kiamat. Ketahuilah saya bukanlah penentu

    tetapi saya hanyalah pelaksana. Ketahuilah saya bukan orang yang mereka-reka

    tetapi saya hanyalah orang yang akan mengikut. Ketahuilah bahawa tiada siapapun

    yang boleh ditaati jika semata-mata untuk menderhakai Allah Taala. Ketahuilah

    saya bukan orang yang terbaik di antara kamu. Saya sama seperti kamu tetapi

    Allah telah letakkan saya sebagai orang yang paling berat bebanannya.

    Setelah upacara pengkebumian Sulaiman bin Abdul Malik, sebuah kenderaan

    khalifah telah dihadapkan di hadapan beliau. Namun beliau menyuruh kenderaan

    tersebut dikembalikan. Sebaliknya beliau menunggang baghalnya dan pulang ke

    rumah. Khadam beliau, Muzahim menemui beliau dan berkata: Wahai AmirulMukminin, adakah engkau rungsing?! Beliau membalas: Sudah tentu dengan

    perkara ini dibebankan kepada saya, saya pasti akan rungsing. Setiap seorang umat

    Muhammad baik di timur mahupun di barat mempunyai hak terhadap saya yang

    perlu saya tunaikan. Itu tidak termasuk yang menulis kepada saya atau menuntut

    hak daripada saya.

    Suatu ketika dahulu, umat ini bersatu padu dengan memelihara sempadan

    agama. Mereka amat-amat meyakini segala hukum yang dinyatakan oleh agama.

    Mereka mengambil berat segala perintah Rasulullah s.a.w. dan ketegasan baginda

    dalam soal perpaduan. Malah baginda pernah memerintah supaya orang yang

    memecah belahkan jamaah atau tidak taat kepada jamaah agar dibunuh. Baginda

    bersabda:

    Barangsiapa yang mendatangkan kepada kamu sesuatu perkara sedangkan

    kamu bersatu padu semata-mata kerana mahu memecah belahkan kekuatan

    kamu maka pancunlah kepalanya dengan pedang meskipun siapa dia

    Baginda juga bersabda:

  • 8/6/2019 Sistem Politik - Hassan Al-Banna - (Himpunan Risalah - Majmuah Rasail)

    7/16

    Sesiapa yang engkar untuk taat dan membelakangkan jamaah maka dia mati

    dalam keadaan jahiliyyah. Sesiapa yang berperang di bawah panji amiyyah7

    di mana dia marah kerana asabah8 atau menyeru ke arah asabah atau

    memenangkan asabah lalu dia mati maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah.

    Sesiapa yang menyerang umatku lalu membunuh sesiapa sahaja yang baik

    mahupun yang jahat, tidak mengecualikan orang yang beriman dan tidak

    memelihara janji yang dibuat dengan orang dalam perjanjian, maka dia

    bukan dari kalangan saya dan saya bukan dari kalangannya.

    Begitu juga suatu ketika dahulu segala kehendak umat ini dihormati dan

    diambil kira. Abu Bakar r.a tidak akan memutuskan sesuatu perkara kecualisetelah mengambil pandangan mereka terutama dalam perkara yang tiada nas.

    Demikian juga dengan Umar bin al-Khattab, beliau menetapkan khalifah selepas

    beliau ditentukan melalui mesyuarat enam orang sahabat yang diredai oleh

    Rasulullah s.a.w.

    Seperti yang saya katakan tadi, sistem parlimen yang menjadi landasan

    kerajaan kita ini kita cedok daripada Eropah. Namun sejauhmana sistem ini

    bertepatan dengan Islam? Apakah faedah yang kita perolehi semenjak kita

    melaksanakan sistem ini di negara kita hingga ke hari ini iaitu dalam tempoh

    hampir mencecah suku abad?

    Pendirian Islam Terhadap Sistem Parlimen Dan Perlembagaan Mesir

    Para ahli perlembagaan menyebut bahawa sistem parlimen mestilahberlandaskan kepada asas pemerintah yang bertanggungjawab, kuasa rakyat dan

    hormat kepada aspirasi rakyat. Jadi tidak sepatutnya wujud dalam sistem ini

    perkara yang boleh menghalang perpaduan rakyat. Perpecahan dan persengketaan

    sebenarnya bukan syarat sistem ini. Walaupun ada sesetengah pihak yang

    mendakwa salah satu elemen sistem parlimen ialah kepelbagaian parti. Namun ia

    hanya dalam sesetengah budaya sahaja bukan menjadi dasar dalam sistem ini.

    Sistem ini tetap boleh dilaksanakan walaupun tanpa kepelbagaian parti ini dan

    tanpa mengenepikan dasar-dasar utamanya.

    Atas dasar ini tidak wujud sebarang perkara dalam sistem parlimen yang

    bercanggah dengan dasar yang ditetapkan oleh Islam untuk sistem politik. Dengan

    ini sistem parlimen tidak jauh berbeza dengan sistem Islam. Atas landasan ini juga

    dengan yakin kita nyatakan di sini bahawa dasar-dasar yang menjadi landasankepada perlembagaan Mesir tidak bercanggah dengan dasar-dasar Islam. Dasar-

    dasar ini tidak jauh berbeza dengan sistem Islam. Malah walaupun penggubal

    perlembagaan Mesir menggubal perlembagaan ini berdasarkan prinsip-prinsip dan

    pendapat-pendapat moden yang berkenaan dengan perlembagaan namun mereka

    7 Kekacauan dan kejahilan.8 Ahli keluarga. Maksud di sini ialah dia berperang, mengajak dan membantu seseorang

    bukan kerana agama dan kebenaran tetapi kerana taksub kepada kaum dan nafsunya.

  • 8/6/2019 Sistem Politik - Hassan Al-Banna - (Himpunan Risalah - Majmuah Rasail)

    8/16

    telah memastikan tiada kandungan perlembagaan ini yang bertentangan dengan

    dasar-dasar Islam. Ada di antara perlembagaan ini jelas bertepatan dengan dasar

    Islam seperti fasal: Agama negara adalah Islam. Ada juga yang boleh ditafsirkan

    bahawa ia tidak bercanggah dengan dasar Islam seperti fasal: Kebebasan beragama

    dibenarkan.

    Ingin saya sentuh di sini perbezaan antara perlembagaan dengan undang-

    undang yang dilaksanakan di mahkamah. Kebanyakan undang-undang ini jelasbercanggah dengan ajaran Islam. Walau bagaimanapun perkara ini akan

    dibincangkan dalam tajuk lain yang akan kita bincangkan kemudian, dengan izin

    Allah.

    Walaupun dasar-dasar sistem parlimen dan perlembagaan Mesir tidak

    bercanggah dengan sistem politik Islam namun terus terang kita katakan bahawa

    masih ada kelemahan dalam teks perlembagaan dan pelaksanaan perlembagaan ini.

    Masih wujud kecuaian dalam memelihara dasar-dasar yang disepakati bersama oleh

    Islam dan perlembagaan. Semua ini menyebabkan berlakunya penyelewengan dan

    kepincangan dalam setiap perjalanan parlimen.

    Saya akan huraikan perkara ini dengan lebih mendalam.

    Tanggungjawab Pemerintah Kementerian

    Berhubung dengan pemerintah yang bertanggungjawab, perkara yang menjadi

    asas dalam sistem Islam ialah orang yang bertanggungjawab ialah ketua negara itu

    sendiri. Ketua negara ini boleh bertindak tetapi perlu mengemukakan segala

    tindakannya kepada rakyat. Jika baik rakyat akan membantunya dan jika tidak

    rakyat akan membetulkannya. Dalam Islam tidak salah jika ketua negara melantik

    seorang wakil untuk menjalankan kuasa ini atau memikul tanggungjawab sesuatu

    tugas. Di zaman Islam perkara ini dikenali sebagai wizarah tafwid. Para ulamak

    Islam membenarkan perkara ini selagimana ada keperluan. Perkara seumpama ini

    berlandaskan konsep memelihara kepentingan umum. Menurut al-Mawardi dalam

    bukunya, al-Ahkam al-Sultaniyyah: Wizarah (kementerian) terbahagi kepada dua

    iaitu wizarah tafwid dan wizarah tanfiz. Wizarah tafwid ialah apabila pemerintah

    melantik seorang menteri supaya mentadbir sesuatu masalah menurut pandangan

    sendiri dan menjalankan perkara tersebut menurut ijtihadnya sendiri. Kementerian

    seperti ini dibenarkan. Allah berfirman menceritakan kisah nabi-Nya Musa a.s.:

    Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. Iaitu Harun

    saudaraku; kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, dan jadikanlah dia

    turut campur bertanggungjawab dalam urusanku. (Taha: 29-32)

    Jika perkara ini dibolehkan kepada nabi maka apatah lagi pada pemerintah.

    Pemerintah tidak mampu melakukan semua tanggungjawab mentadbir rakyat

    tanpa memerlukan sebarang bantuan. Menyerahkan sesuatu tugas kepada menteri

    untuk berganding bahu mentadbir adalah tindakan yang lebih tepat berbanding jikaia dilakukan secara sendirian. Menteri ini akan membantu kerja-kerjanya. Dengan

    cara ini juga akan mengurangkan kesilapan dan penyelewengan.

    Dalam sistem parlimen adalah menjadi dasar segala tanggungjawab dipikul

    oleh menteri bukan dipikul oleh ketua negara. Dasar ini telah diamalkan dalam

    perlembagaan Mesir dan Inggeris. Kedua-dua perlembagaan ini dengan jelas

    menyatakan menteri sebagai orang yang bertanggungjawab. Dasar ini

    mengecualikan sebarang tanggungjawab ketua negara kerana ketua negara

  • 8/6/2019 Sistem Politik - Hassan Al-Banna - (Himpunan Risalah - Majmuah Rasail)

    9/16

    dianggap tidak boleh melakukan kesalahan di samping kedudukan ketua negara

    adalah kedudukan yang terpelihara dan tidak boleh disentuh.

    Walau bagaimanapun, amalan sistem parlimen sebenarnya tidak menghalang

    untuk meletakkan ketua negara sebagai orang yang bertanggungjawab dan menteri

    hanya sebagai menurut arahan. Ini diamalkan dalam perlembagaan Amerika

    Syarikat. Apa yang aneh, buku-buku perundangan Islam turut menyentuh dasar ini.

    Perkara ini dinamakan sebagai wizarat tanfiz. Al-Mawardi dalam bukunya, al-Ahkam al-Sultaniyyah ada menyebut: Wizarat tanfiz mempunyai kuasa yang lebih

    rendah dan syarat-syaratnya lebih longgar kerana semua pandangan mestilah

    berdasarkan pandangan dan arahan pemerintah. Menteri ini hanyalah sebagai

    orang tengah antara pemerintah dengan rakyat dan gabenor. Menteri ini hanya

    melaksanakan arahan dan menjalankan keputusan pemerintah

    Tidak syak lagi, inilah tanda bahawa kandungan perundangan Islam adalah

    lengkap, bersifat anjal dan sesuai untuk setiap masa dan tempat.

    Kekaburan Perlembagaan Mesir

    Apa yang dikatakan tadi adalah dasar-dasar yang ada pada Islam dan yang ada

    pada sesebuah sistem parlimen berhubung tanggungjawab pemerintah. Apakah

    yang kita lakukan di Mesir? Kita berada di pertengahan jalan antara teks

    perlembagaan dan pelaksanaan. Perlembagaan kita kabur dan berbelit, tidak jelas

    dan tidak terperinci. Sedangkan ia adalah titik tolak penting untuk menentukan

    corak perjalanan parlimen dan corak hidup Islam yang kita amalkan. Bagi

    menjelaskan apa yang saya katakan ini saya akan petik apa yang ditulis oleh Dr.

    Ibrahim Madkur, ahli Majlis Senat Mesir dan Tuan Murait Ghali, dalam laporan

    mereka bertajuk Sistem Baru di bawah tajuk kecil, Perlembagaan dan

    kekaburan.

    Faktor pertama secara ringkasnya ialah walaupun perlembagaan kita agak

    terperinci dan menggunakan istilah yang tepat namun masih kabur sama seperti

    perlembagaan lain sebelum ini. Ia mengabaikan isi penting berkenaan kuasa

    parlimen dengan tidak memberikan huraian yang secukupnya. Apa yang saya

    maksudkan ini merujuk kepada kuasa menteri dan hubungan mereka dengan

    rakyat. Dari satu sudut mereka adalah wakil kepada rakyat. Dari sudut lain pula

    mereka bertanggungjawab menyediakan khidmat kepada rakyat melalui jabatan

    dan agensi kerajaan yang ada. Perlembagaan juga tidak menyatakan dengan jelas

    kedudukan mereka dengan ketua negara atau raja. Dalam perkara ini,

    perlembagaan hanya mengemukakan beberapa potong ayat. Malangnya ayat-ayat

    ini boleh membawa pelbagai maksud. Apa yang jelas, kabinet menteri adalah

    tonggak kepada struktur sistem parlimen. Mereka menjadi perantara antara

    undang-undang dan pelaksanaan. Mereka menjadi penentu kepada hidup dan

    halatuju suatu sistem yang berperanan untuk menghormati kuasa rakyat. Mereka

    juga bertanggungjawab mentadbir urusan negara dengan cara yang bijak dan

    pantas. Apabila kita rujuk perlembagaan ini kita akan dapati fasal yang menyentuh

    perkara yang penting ini tidak lebih daripada tiga baris sahaja dan semuanya kaburserta mengelirukan. Dalam fasal 29 disebut; Kuasa eksekutif adalah di bawah

    kuasa raja dalam batasan (yang dibenarkan) perlembagaan ini. Fasal 48 pula

    menyebut: Raja mengamalkan kuasanya melalui menteri-menterinya. Fasal 49

    pula: Raja boleh melantik dan melucutkan menteri-menterinya. Fasal 57

    menyebut: Kabinet menteri berkuasa menentukan kepentingan negara. Fasal 61

    menyebut: Menteri-menteri bertanggungjawab sepenuhnya dalam parlimen

    berhubung dasar am negara dan masing-masing bertanggungjawab dengan setiap

    tindakan kementerian mereka. Fasal 63 pula menyebut: Titah diraja sama ada

  • 8/6/2019 Sistem Politik - Hassan Al-Banna - (Himpunan Risalah - Majmuah Rasail)

    10/16

    secara lisan atau bertulis tidak akan dalam apa keadaan sekalipun melucutkan

    tanggungjawab menteri.

    Inilah secara ringkasnya teks perlembagaan yang ada menyentuh mengenai

    perkara ini. Saya rasa tiada satupun kandungan teks perlembagaan ini yang mampu

    menyelesaikan segala masalah yang saya sebutkan tadi.

    Kedua-dua tokoh tadi turut memberikan huraian lanjut berserta contoh bagimenjelaskan masalah ini. Apa yang penting ialah perkara ini yang dianggap sebagai

    perkara pokok masih perlu kepada penjelasan dan pemantapan. Perkara ini adalah

    teras utama kepada sistem Islam dan juga sistem parlimen. Tanpa teras ini tidak

    mungkin perkara lain dapat diselesaikan.

    3. Sistem Politik

    Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang

    telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikutkehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang

    kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami

    jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh

    masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu

    satu umat. (Al-Maidah: 48)

    Perpaduan Rakyat

    Saya telahpun jelaskan bahawa Islam yang suci ini amat mengambil berat soal

    perpaduan. Islam meletakkan soal perpaduan ini sebagai aspek asasi dalam

    kehidupan masyarakat Islam. Bagi Islam aspek ini tidak boleh sama sekali

    dipandang ringan. Apatah lagi Islam telah meletakkan perpaduan seiring dengan

    iman:

    Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. (Al-Hujurat: 10)

    Malah Islam juga meletakkan perpecahan dan persengketaan setaraf dengan

    kekufuran.

    Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dariorang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka

    akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.

    (Aali Imran: 100)

    Iaitu setelah perpaduan kamu hancur.

    Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda:

  • 8/6/2019 Sistem Politik - Hassan Al-Banna - (Himpunan Risalah - Majmuah Rasail)

    11/16

    Janganlah kamu kembali kufur selepas saya apabila kamu saling berbunuh

    antara satu sama lain.

    Jadi baginda menggunakan perkataan kufur bagi melambangkan perpecahan

    dan persengketaan, apabila mereka saling berbunuh antara satu sama lain.

    Saya yakin sistem perwakilan sama ada parlimen atau bukan parlimen tidak

    bercanggah dengan semangat perpaduan ini. Apatah lagi apabila budaya hidupmasyarakat adalah sama dari sudut dasar dan fahaman seperti apa yang diamalkan

    oleh umat Islam hari ini. Amalan kepartian, perpecahan dan persengketaan dalam

    arena parlimen ini hanya berlaku di Eropah dan tempat-tempat yang lain kerana

    Eropah membangun di atas runtuhan ini. Di sana persengketaan berdarah yang

    kerap berlaku antara rakyat dengan pemerintah adalah punca pertumbuhan sistem

    perwakilan ini. Walaupun demikian masih wujud perbezaan sumber dan pendapat.

    Keadaan ini berbeza dengan umat Islam kerana Allah memelihara mereka daripada

    segala keretakan dan ketidak stabilan ini. Allah mengukuhkan ikatan mereka

    melalui ikatan Islam dan semangat toleransi.

    Namun demikian sistem parlimen dengan amalan pelbagai parti yang

    membuang masa ini tidak berlaku di tempat asalnya. Di England hanya terdapat

    dua parti sahaja. Kuasa memerintah pula hanya bergilir antara dua parti ini. Malahamalan kepartian ini hanya dianggap sebagai masalah dalaman negara. Mereka

    akan sentiasa bersatu apabila berhadapan dengan masalah bersama. Dengan ini,

    amalan kepartian ini tidak mempengaruhi budaya mereka. Demikian juga dengan

    Amerika, di sana hanya dua parti sahaja yang wujud. Malah kedua-dua parti ini

    hanya wujud pada musim pilihanraya sahaja. Selepas tamat musim pilihanraya

    tidak wujud lagi amalan kepartian dan juga parti. Sementara negara yang

    mempunyai pelbagai parti dan berlumba-lumba membentuk pelbagai parti

    berhadapan dengan pelbagai masalah. Baik ketika perang mahupun ketika aman.

    Perancis adalah contoh terbaik untuk itu.

    Jika perpaduan rakyat menjadi asas kepada sistem sosial Islam dan ia tidak

    bercanggah dengan sistem parlimen, ini bermakna kita kini wajib segera berubah ke

    arah perpaduan. Amalan kepartian di Mesir ini telah memusnahkan segala-galanya.

    Parti-Parti Di Mesir

    Suatu perkara yang maklum ialah parti-parti yang ada di Mesir ini hanya

    membawa imej buruk kepada negara yang hebat ini. Parti-parti ini adalah punca

    segala kepincangan masyarakat yang kita alami sekarang ini. Parti-parti ini

    sebenarnya bukanlah parti-parti dalam erti kata sebenar sebagaimana yang

    difahami oleh negara-negara dunia yang lain. Ia hanyalah suatu siri persengketaan

    akibat perselisihan peribadi antara beberapa orang tokoh dalam negara ini. Secara

    kebetulan keadaan ketika itu mendorong mereka untuk berucap atas nama parti

    dan berjuang menuntut hak-hak sebagai warganegara. Seperkara lagi yang semua

    maklumi ialah kesemua parti ini tidak mempunyai sebarang program atau agenda.

    Persengketaan yang berlaku antara parti-parti ini tidak lain hanyalah soal-soal

    peribadi. Buktinya jelas melalui kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan ketika

    tidak berkuasa dan ucapan-ucapan yang disampaikan ketika berkuasa. Oleh kerana

    parti-parti ini membekalkan ahli senat dan ahli parlimen maka mereka inilah yang

    menentukan corak pemerintahan dalam parlimen. Ini bermakna apa yang pasti,

    politik tidak akan stabil selagimana inilah sikap mereka yang menentukan corak

    pemerintahan.

    Kenyataan ini diakui oleh semua pihak dan pernah disebut sendiri oleh

    beberapa tokoh ahli senat, ahli parlimen, ahli perundangan dan ahli-ahli

  • 8/6/2019 Sistem Politik - Hassan Al-Banna - (Himpunan Risalah - Majmuah Rasail)

    12/16

    perlembagaan. Sesiapa yang pernah membaca tulisan Alwi Basha dalam bukunya,

    Dasar Patriotisme atau buku Hasan al-Gadawi, Kepincangan Politik Mesir atau

    penulis-penulis lain nescaya anda akan dapati apa yang saya katakan ini adalah

    benar. Di sini saya ingin memetik tulisan seorang pakar perlembagaan, Sayed Sobri

    dalam buku Prinsip Undang-undang Perlembagaan berkenaan dengan parti-parti

    di Mesir, menurut beliau: Pada hakikatnya, kebanyakan parti-parti politik di Mesir

    tidak lagi mempunyai program yang diperjuangkan oleh ahlinya. Malah setiap partikini hanyalah sebagai lambang kepada seorang bekas menteri yang mempunyai

    pengikut dan ahli. Perkara ini memberikan kesan yang amat besar kerana kini

    pilihanraya bukan lagi berdasarkan perbandingan antara manifesto yang diajukan.

    Sebaliknya kini semua parti mempunyai manifesto yang sama. Pilihanraya lebih

    bergantung kepada kepercayaan kepada individu tertentu atau persaingan antara

    individu tertentu. Pilihanraya kini lebih bersifat persaingan peribadi bukan bersifat

    persaingan antara parti sepertimana yang diamalkan oleh masyarakat di Barat.

    Sudah tentu kewujudan pelbagai parti dengan budaya yang sedemikian akan

    memecah belahkan negara kepada puak-puak dan kumpulan. Keadaan ini juga

    menimbulkan persengketaan dan perbalahan antara individu dan antara keluarga

    tanpa sebab yang munasabah atau rasional.

    Apa yang lebih memburukkan lagi ialah Mesir sehingga kini masih lagimerupakan sebuah negara yang dijajah. Satu-satunya pihak yang mendapat

    keuntungan akibat perpecahan ini ialah pihak penjajah. Sepatutnya penduduk

    Lembah Nil ini bersatu padu untuk memperjuangkan kemerdekaan dan melakukan

    usaha transformasi dalaman. Jika semua ini diambil kira, perkara ini amat berat

    untuk diambil ringan atau dipandang sambil lewa.

    Pembubaran Parti-Parti Di Mesir

    Jika demikian keadaannya, kita tidak faham kenapa bangsa yang baik, gagah

    dan mulia ini perlu berpuak-puak dengan bertopengkan nama parti-parti politik?

    Perkara ini sebenarnya sangat serius. Ada pihak yang cuba menyatukan parti-parti

    ini. Mereka cuba untuk menghentikan budaya berpuak yang melanda negara ini

    walaupun untuk seketika namun mereka gagal. Keadaan ini sudah tidak dapat

    dipulihkan lagi. Kini tiada jalan lain selain semua parti-parti ini perlu dibubarkan.Seluruh keupayaan rakyat perlu disatukan di bawah satu parti yang akan bertindak

    memperjuangkan kemerdekaan dan kebebasan negara. Sebuah parti yang akan

    mengatur dasar-dasar pemulihan yang menyeluruh dalam negara. Seterusnya

    segala peristiwa yang berlaku selepas itu akan menentukan cara-cara bagaimana

    masyarakat akan berganding bahu dalam suasana perpaduan yang diwajibkan oleh

    Islam.

    4. Sistem Politik

    Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketikamereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi

    hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: Kami

    dengar dan kami taat. (An-Nur: 51)

    Menghormati Aspirasi Rakyat Sistem Pilihanraya

    Berhubung soal menghormati aspirasi rakyat di samping perlunya perkongsian

    kuasa dengan cara yang betul bersama rakyat, Islam tidak mewajibkan pandangan

  • 8/6/2019 Sistem Politik - Hassan Al-Banna - (Himpunan Risalah - Majmuah Rasail)

    13/16

  • 8/6/2019 Sistem Politik - Hassan Al-Banna - (Himpunan Risalah - Majmuah Rasail)

    14/16

    Sesi tahun ini juga tidak jauh berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.

    Oleh yang demikian tidak mungkin keputusan yang dicapai di sini boleh

    menggambarkan keputusan rakyat atau boleh mewakili rakyat yang sah!

    Pindaan Dan Pengubalan

    Akta pilihanraya perlu dipinda dan dibaiki. Beberapa kandungan yang perlu

    diubah adalah seperti berikut:

    1. Garis panduan bagi memilih calon-calon yang layak bertanding dalam

    pilihanraya. Jika mereka mewakili badan-badan tertentu badan-badan ini

    mestilah mempunyai program yang tersusun dan agenda terperinci yang akan

    dibentang oleh calon. Jika mereka tidak mewakili mana-mana badan mereka

    perlu mempunyai sifat-sifat tertentu dan progam pembangunan tertentu yang

    melayakkan mereka untuk mewakili rakyat. Perkara ini secara tidak langsung

    memerlukan parti-parti di Mesir dipulihkan dan perubahan kepada segala asas

    yang menjadi landasan parti-parti politik.

    2. Garis panduan bagi kempen pilihanraya. Hukuman perlu dikenakan bagi

    mereka yang melanggar garis panduan ini. Kempen pilihanraya tidak boleh

    menyentuh soal keluarga atau rumah atau soal peribadi yang tiada kenamengena dengan kelayakan calon. Sebaliknya kempen mesti tertumpu kepada

    program dan rancangan pembangunan.

    3. Proses pilihanraya perlu dibaiki dan proses pengesahan identiti pengundi perlu

    diluaskan. Proses pilihanraya ini kini menjadi suatu yang mengelirukan apabila

    ia menjadi mainan parti-parti politik dan kerajaan semenjak kebelakangan ini.

    Pengundian kini dijalankan secara paksa.

    4. Hukuman yang berat kepada apa jua bentuk penipuan termasuklah amalan

    rasuah.

    5. Jika boleh pilihanraya dibuat secara berkumpulan bukan secara individu kerana

    ia lebih baik. Dengan ini wakil rakyat tidak perlu berhadapan dengan tekanan

    pengundi. Di samping itu, wakil rakyat dan para pengundi akan lebih

    mengutamakan kepentingan umum daripada kepentingan peribadi.

    Namun demikian, masih banyak yang perlu dipinda dan dibaiki. Ini hanyalah

    sebagai contoh. Jika kita berazam dengan penuh kesungguhan jalan akan terbuka

    luas. Kesilapan besar kita ialah masih mahu mengekalkan dan menerima keadaan

    ini tanpa cuba untuk mengubah dan membaikinya.

    5. Sistem Politik

    Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara

    manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-

    Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.

    (Al-Nisa: 105)

    Dalam tulisan saya yang lalu saya membentangkan tiga elemen utama kepada

    sistem politik Islam atau sistem parlimen hari ini iaitu:

    1. Pemerintah yang bertanggungjawab.

  • 8/6/2019 Sistem Politik - Hassan Al-Banna - (Himpunan Risalah - Majmuah Rasail)

    15/16

    2. Perpaduan umat.

    3. Menghormati aspirasi rakyat.

    Secara amat ringkas saya telah jelaskan beberapa perkara yang kabur dalam

    perlembagaan dan kelemahan yang wujud dalam pelaksanaannya. Begitu juga

    kelemahan yang wujud dalam corak pemerintahan yang kita amalkan semenjak

    wujudnya perlembagaan Mesir hingga ke hari ini. Akibat segala kekaburan dan

    kelemahan ini, kita hari ini menjadi bingung, gelisah dan terumbang-ambing. Malah

    kita berhadapan dengan perpecahan.

    Kelemahan kerajaan

    Tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa kerajaan-kerajaan yang wujud

    sejak kebelakangan ini gagal melaksanakan tanggungjawab mereka. Kewibawaan

    mereka sebagai kerajaan telah dipertikaikan disebabkan oleh budaya kata mengata

    sama ada benar mahupun palsu yang menjadi budaya dalam parti. Di samping

    kelemahan yang sedia ada disebabkan tidak wujudnya garis panduan kepada

    tanggungjawab yang perlu dimainkan dan dipikul sepenuhnya oleh kerajaan.

    Jikalau tidak kerana masyarakat Mesir ini memiliki sifat ketaatan dan kesediaan

    yang tinggi dan dalam masa yang sama semua urusan masih dapat berjalan dengan

    lancar secara rutin walaupun tanpa sebarang pembaharuan dan inovasi, nescayasegala urusan akan terbantut dan jentera pentadbiran yang kucar-kacir ini tidak

    akan mampu memenuhi keperluan rakyat atau mewujudkan ruang kerja untuk

    rakyat.

    Kewibawaan Undang-Undang

    Tidak dapat dinafikan kuasa undang-undang telah lemah dan tidak dihormati

    lagi. Ini disebabkan oleh wujudnya pelbagai amalan diskriminasi, nepotisme dan

    helah. Malah ada kalanya undang-undang dipinda demi kepentingan peribadi.

    Walaupun secara lahirnya pindaan ini mengikut undang-undang namun alasan

    pindaan ini biasanya diketahui oleh umum. Segala gejala ini memberi kesan kepada

    rakyat dan mengubah pandangan mereka terhadap kewibawaan undang-undang

    dan sistem.Amalan Kepartian Buta

    Tidak dinafikan api permusuhan dan hasad dengki telah merobek hati

    pemerintah dan juga rakyat akibat budaya kepartian yang sumbang ini. Suatu

    hakikat yang rakyat Mesir belum fahami ialah perbezaan pendapat tidak

    semestinya merosakkan hubungan mesra. Sebaliknya apa yang kita faham sekarang

    ialah perbezaan pendapat adalah suatu tanda permusuhan. Malah akibat perbezaan

    pendapat ini kita ketepikan segala kepentingan umum dengan memutuskan segala

    hubungan dalam semua perkara. Kita melihat kebenaran yang ada pada pihak parti

    lawan adalah salah dan kesalahan di pihak parti kita adalah benar. Sentimen ini

    mempengaruhi segala tindak-tanduk kita. Penyakit ini semakin tenat dan merebak

    walau dalam keadaan genting. Kita tidak mampu bersatu untuk berhadapan dengan

    apa jua krisis walaupun demi kebaikan bersama dan demi kepentingan negara.

    Sentimen seperti ini dan salah faham terhadap amalan kepartian mewujudkan

    budaya bermusuh yang sudah sebati. Kesannya, segala potensi akal dan tenaga

    pemimpin kita hanya tertumpu kepada dua perkara iaitu menjatuhkan parti lawan

    dan mengelakkan rancangan jahat lawan. Oleh itu segala tumpuan pemerintah

    hanya kepada dua perkara ini. Demikian juga dengan tumpuan pihak pembangkang.

    Dalam usaha mencapai matlamat ini, segala hak dan kepentingan rakyat

    diketepikan. Keadaan ini menyedihkan bagi seorang sahabat tetapi

  • 8/6/2019 Sistem Politik - Hassan Al-Banna - (Himpunan Risalah - Majmuah Rasail)

    16/16

    menggembirakan bagi seorang musuh. Musuh akan mengambil kesempatan ini

    untuk menguasai hasil bumi negara.

    * * *

    Fenomena ini menyebabkan semangat manusia menjadi lemah dan zahir

    mereka tidak stabil dan hancur. Masalah ini telah sampai ke kemuncak dan tidak

    boleh dibiarkan lagi. Justeru perlu wujud perubahan yang menyeluruh dan pantas.Golongan pemerintah perlu memahami hakikat ini dan segera mengambil tindakan

    sewajarnya untuk melakukan perubahan yang betul dengan inisiatif dan usaha

    sendiri. Jika mereka lakukan, itulah yang sebaik-baiknya demi menjamin

    kestabilan. Masa masih ada untuk membuat pengislahan. Sebaliknya jika mereka

    masih tidak peka, masalah ini akan menjadi tidak terkawal. Akhirnya kuasa mereka

    akan terancam dan hanya Allah sahaja yang tahu akibatnya.

    Wahai pemerintah negara ini Wahai ketua kerajaan wahai ulamak-ulamak

    al-Azhar Wahai pemimpin-pemimpin parti, pertubuhan dan kumpulan

    Wahai mereka yang prihatin dengan nasib negara yang malang ini:

    Sedarlah dan bertindaklah sebelum terlewat di hadapan kamu ada sistem

    Islam sebagai penyelamat kamu Namun segala-galanya terserah kepada Allahjua.

    Sesungguhnya saya telah sampaikan, ya Allah saksikanlah.