sistem operasi(bab 14)

Upload: fads

Post on 31-May-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Sistem Operasi(bab 14)

    1/10

    Pengenalan Sistem Operasi

    Sistem operasi merupakan satu platform operasi. Ia membekalkan satu suasana yangmembolehkan perkakasan dan perisian komputer bekerja sama, malah juga membekalkan

    satu jambatan komunikasi di antara pengguna dan komputer.

    Kini, terdapat anyak jenis sistem operasi, misalnya Linux, Unix, OS 2, Mac OS X,DOS, serta Windows yang paling popular digunakan.

    Bermula dari Windows 3.X, sistem operasi Windows telah berkembang dari Windows

    98, Windows ME, Windows 2000, Windows XP sehingga ke Windows Vista yang terkini.Sejajar dengan perkembangan perkakasan dan perisian komputer yang pesat, sistem

    operasi juga perlu dinaik taraf bagi menampung keperluan penggunaan yang semakin

    meningkat. Misalnya, CPU telah berkembang ke peringkat GHz, cakera keras pulaberkembang ke peringkat GMB, malahan memori turut berkembang ke peringkat GMB.

    Dalam keadaan ini, adalah penting untuk menaik taraf sistem operasi demi memperoleh

    kecekapan komputer yang lebih optimum dan menyeluruh. Berikut, akan menerangkan

    cara menaik taraf Windows 98 ke Windows ME, dan cara menaik taraf Windows 2000 ke

    Windows XP.

    Proses penaikan taraf sistem operasi.

    Berikut merupakan proses penaikan taraf sistem operasi, ia adalah lebih kurang samadengan proses pemasangan semula sistem operasi.

    Tutupkan semula aturcara aplikasi

    Masukkan CD pemasangan sistem operasiWindows ke dalam CD-ROM

    Mula menaik taraf sistem operasi

    Jika perlu, perbaharui driver

    Penaikan taraf selesai dilakukan

    Proses penaikan taraf sistem operasi

    Sebelum menaik taraf sistem operasi, tutupkan semua aturcara aplikasi yang sedang

    dilaksanakan, termasuk aturcara dinding api, anti-virus dan lain-lain. Jika tidak, penaikan

    taraf mungkin akan gagal dilakukan.

    Persediaan penaikan taraf

  • 8/14/2019 Sistem Operasi(bab 14)

    2/10

    Sebelum bermula, kita perlu melakukan persediaan berikut:

    1. Sediakan CD pemasangan dan driver bagi semua aturcara aplikasi yang terdapat

    dalam komputer. Jika tidak mempunyai driver yang sesuai, boleh memuat

    turunnya menerusi laman web sebelum penaikan taraf dilakukan.2. Sediakan CD pemasangan sistem pemasangan sistem operasi yang hendak dinaik

    taraf.

    3. Hasilkan sokongan terhadap fail penting, misalnya Outlook Express dan [MyFavorite].

    4. Lakukan sokongan terhadap penetapan rangkaian, akaun rangkaian dan lain-lain,

    ini adalah untuk mengelakkan maklumat tersebut ditulis ganti oleh penetapan

    yang baru sebaik sahaja sistem operasi dinaik taraf.

    Menaik Taraf Windows 98 ke Windows ME

    Terdapat dua cara menaik taraf Windows, cara pertama adalah menggunakan aturcaraautorun yang terdapat dalam CD pemasangan, manakala cara kedua adalah menerusiperkakasan aturcara pemasangan yang terdapat dalam CD pemasangan. Cara kedua

    digunakan apabila fungsi autorun telah dimatikan. Contoh berikut akan menerangakan

    cara menaik taraf secara menual.

    Langkah 1

    Setelah CD Windows ME dimasukkan, dwiklik pada ikon

    [Setup] untuk melaksanakan aturcara pemasangan

    Windows ME.

    Langkah 2

    Aturcara pemasangan akan memeriksa sistem semasasecara automatik.

  • 8/14/2019 Sistem Operasi(bab 14)

    3/10

    Langkah 3

    Klik butang [Next].

    Langkah 4

    Pilih opsyen [I accept the Agreement] dan klik butang

    [Next].

    Langkah 5

    Masukkan kunci produk dan klik butang [Next].

    Langkah 6

    Pilih lokasi partisi yang hendak dipasang dengan sistem

    operasi. Di sini, kami memilih partisi yang telah dipasang

    dengan sitem operasi lama. Klik butang [Next].

    Langkah 7

    Aturcara sedang memeriksa komponen yang hendakdipasang serta ruang cakera yang boleh diguna.

  • 8/14/2019 Sistem Operasi(bab 14)

    4/10

    Langkah 8

    Pilih mod pemasangan sistem. Biasanya, opsyen[Typical] akan dipilih. Klik butang [Next].

    Langkah 9

    Masukkan nama, nama syarikat dan klik butang [Next].

    Langkah 10

    Pilih komponen Windows yang hendak dipasang,

    kemudian pilih opsyen [Install the most common

    components (Recommended)] dan klik butang [Next].

    Langkah 11

    Tetingkap [Insert Disk] akan dipaparkan. Jika hendakmenghasilkan cakera but, maka masukkan sekeping

    cakera liut ke dalan pemacu cakera liut dan klik butang

    [OK]. Jika tidak, klik butang [Cancel].

    Langkah 12

    Klik butang [Finish] dan mula menduplikasi fail

    Windows ke dalam komputer.

  • 8/14/2019 Sistem Operasi(bab 14)

    5/10

    Langkah 13

    Setelah penduplikasian selesai, tetingkap [RestartComputer] akan dipaparkan. Tunggu selama 15 saat, atau

    klik butang [Restart Now] untuk menghidupkan semula

    komputer.

    Langkah 14

    Setelah komputer dihidupkan semula, aturcara akan

    memulakan (initialize) pangkalan data driverkomputer.

    Langkah 15

    Setelah proses permulaan selesai, aturcara akan

    menghidupkan semula komputer. Klik pada butang[Restart Now] untuk menghidupkan semula komputer.

    Langkah 16

    Setelah komputer dihidupkan semula, aturcarapemasangan akan melakukan penetapan terhadap

    perkakasan dan kelengkapan PnP yang terdapat pada

    komputer.

    Langkah 17

  • 8/14/2019 Sistem Operasi(bab 14)

    6/10

    Setelah penetapan perkakasan selesai, aturcara pemasangan akan melakukan penetapan

    terhadap [Control Panel], menu [Start] dan item yang lain-lain.

    Langkah 18

    Setelah semua penetapan selesai dilakukan, klik pada butang [Restart Now] untuk

    menghidupkan semula komputer.

    Langkah 19

    Setelah komputer dihidupkan semula, sebelum but selesai, aturcara pemasangan akanmelakukan aksi pembaharuan yang terakhir terhadap sistem.

    Langkah 20

    Windows 98 telah pun berjaya dinaik taraf ke Windows ME.

  • 8/14/2019 Sistem Operasi(bab 14)

    7/10

    Menaik taraf Windows 2000 ke Windows XP

    Berikut menerangkan cara menaik taraf Windows 2000 ke Windows XP yangdilakukan menerusi aturcara autorun yang terdapat dalam CD pemasangan.

    Langkah 1

    Masukkan CD pemasangan Windows XP ke dalam CD-ROM. Aturcara akan

    dilaksanakan secara automatik. Klik pada opsyen [Install Windows XP] untukmemulakan penaikan taraf.

    Langkah 2

    Pilih [Installation Type] sebagai [Upgrade (Recommended)]. Kemudian, Klik butang[Next].

    Langkah 3

    Pilih opsyen [I accept this agreement] dan klik butang [Next].

  • 8/14/2019 Sistem Operasi(bab 14)

    8/10

    Langkah 4

    Masukkan kunci produk dan klik butang [Next].

    Langkah 5

    Pilih opsyen [No, skip this step and continue installing Windows] dan klik butang [Next].

    Langkah 6

    Aturcara pemasangan akan menduplikasi fail pemasangan ke dalam komputer.

    Langkah 7

    Setelah selesai menduplikasi fail pemasangan, aturcara akan menhidupkan semula

    komputer secara automatik.

  • 8/14/2019 Sistem Operasi(bab 14)

    9/10

    Langkah 8

    Setelah komputer dihidupkan semula, aturcara pemasangan akan bersedia untukmemasangan sistem operasi. Selepas ini, komputer akan dihidupkan semula.

    Langkah 9

    Setelah komputer dihidupkan semula, aturcara akan melakukan pemasangan Windows.

    Setelah pemasangan label, komputer dihidupkan semula sekali lagi.

    Langkah 10

    Setelah komputer dihidupkan, Windows akan menyelaraskan resolusi skrin secara

    automatik. Klik butang [OK] untuk melakukannya.

    Langkah 11

    Klik pada butang [OK]. Resolusi skrin telah diselaraskan.

  • 8/14/2019 Sistem Operasi(bab 14)

    10/10

    Langkah 12

    Sistem sedang membaca maklumat sistem, paparan alu-aluan dipaparkan.

    Langkah 13

    Masukkan kata laluan, jika ada.

    Langkah 14

    Setelah selesai mendaftar, penaikan taraf sistem operasi telah pun sempurna.