siap.doc

Upload: syieffa-nisa

Post on 14-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 siap.doc

    1/21

  • 7/27/2019 siap.doc

    2/21

    EDU 3106

  • 7/27/2019 siap.doc

    3/21

  • 7/27/2019 siap.doc

    4/21

    EDU 3106

    PENGENALAN

    Malaysia merupakan sebuah Negara yang sangat unik kerana terdiri daripada

    penduduk berbilang kaum dan etnik daripada pelbagai budaya. Menurut laporan yang

    telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, banci penduduk di Malaysia

    sehingga tahun 2010 ialah seramai 28.3 juta yang merangkumi 91.8 peratus

    warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara. Warganegara Malaysia terdiri

    daripada kumpulan etnik Bumiputera (67.4%), Cina (24.6%), India (7.3%) dan Lain-lain

    (0.7%). Dalam kalangan warganegara Malaysia, Melayu merupakan kumpulan etnik

    utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.1 peratus. Iban mencatatkan 30.3 peratus

    daripada jumlah keseluruhan warganegara di Sarawak, manakala Kadazan/Dusun

    merekodkan sebanyak 24.5 peratus di Sabah. Dari segi agama, Islam merupakanagama yang paling meluas dianuti di Malaysia dengan perkadaran 61.3 peratus diikuti

    dengan agama Buddha (19.8%), Kristian (9.2%) dan Hindu (6.3%). Justeru, kita patut

    bersyukur kerana kita masih boleh hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.

    Kamus Dewan (2007), mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal

    budi atau cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh

    didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan

    meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat

    resam, sikap, dan nilai.

    Selain itu, budaya menggambarkan cara hidup, nilai, kepercayaan dan sikap.

    (Yahya, Aziah dan Yaakob, 2007). Sagor et al. (1994) dalam Yahya (2007),

    menjelaskan bahawa budaya sebagai sistem sosial yang diintegrasi oleh nilai-nilai,

    kepercayaan, dan peraturan bertingkah laku. Beliau juga menjelaskan bahawa budaya

    ialah kajian tentang tingkah laku manusia dalam satu kumpulan yang berbeza mengikut

    masyarakat, kumpulan etnik, suku dan lain-lain sub budaya.

  • 7/27/2019 siap.doc

    5/21

  • 7/27/2019 siap.doc

    6/21

    EDU 3106

    Y.B Dato Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri perpaduan,

    kebudayaan, kesenian dan warisan, Malaysia dalam buku yang bertajuk Membina

    Negara Bangsa berkata :

    Perjuangan untuk memperkukuhkan perpaduan merupakan perjuangan yang tiada

    bersempadan dan tiada penghujungnya. Malah , sebagai sebuah Negara yang sedang

    dalam usaha memantapkan proses pembinaan Negara bangsanya, pelbagai usaha

    sedang dan akan terus dilaksanakan untuk menjamin perpaduan kaum terus

    dipertahan dan diperkukuhkan.

    Pendidikan merupakan salah satu penggerak utama dalam mencapai Misi

    Nasional tersebut ke arah mencapai perpaduan dan guru memainkan peranan penting

    bagi memastikan kejayaan itu. Justeru, guru perlu memahami, memberi komitmen dan

    mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan inisiatif dan pendekatan baru ke

    arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan.

    Antara peranan guru ialah sentiasa mempertingkatkan diri dengan ilmu

    pengetahuan dan kemahiran supaya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih

    berkesan. Kerajaan telah memberi peruntukan yang sangat besar untuk memajukan

    pendidikan. Menurut Shahril (2008), kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 43,729 juta untuk membangunkan dan mengurus pendidikan dan latihan. Ini membuktikan

    betapa bersungguh-sungguhnya pihak Kerajaan dalam memastikan pembangunan

    pendidikan terus berjalan seperti yang dirancang dan disasarkan. Justeru, guru perlu

    bersyukur dengan nikmat yang diperoleh dengan dan menunjukkan rasa kesyukuran ini

    dengan berusaha bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

    Peranan guru sentiasa diperhati dan dinilai oleh rakyat jelata. Jadi, guru perlu

    memelihara akhlak dan budi pekerti supaya guru terus dihormati. Guru sepatutnya

    menjadi suri teladan kepada murid khususnya dan masyarakat amnya. Apabila guru

    mengamalkan nilai-nilai yang terpuji dan menunjukkan contoh teladan yang baik, maka

    masyarakat akan memandang tinggi kepada guru dan akan berusaha untuk mencontohi

    guru.

  • 7/27/2019 siap.doc

    7/21

    EDU 3106

    Tugas guru yang seterusnya ialah menyemai nilai-nilai murni kepada

    masyarakat. Antara langkah yang boleh dilakukan oleh guru ialah mengintegrasikan

    prinsip kepercayaaan kepada Tuhan dalam semua mata pelajaran yang diajar. Guru

    juga boleh menerapkan nilai-nilai perpaduan, kenegaraan, toleransi, kerjasama dan

    semangat kebangsaan dalam kalangan murid. Dengan ini diharapkan dapat membantu

    dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,

    bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan

    menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

  • 7/27/2019 siap.doc

    8/21

    EDU 3106

    IMPLIKASI DALAM PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA

    IMPLIKASI TERHADAP KERAJAAN

    Pihak kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berusaha

    untuk mengatasi masalah kepelbagaian budaya ini melalui aktiviti yang dijalankan di

    sekolah. Antara program yang telah dijalankan oleh KPM seperti Rancangan Integrasi

    Murid untuk Perpaduan (RIMUP). Program RIMUP mula diperkenalkan oleh KPM pada

    tahun 1986. RIMUP merupakan satu program yang bertujuan untuk membangunkan

    identiti nasional, semangat kebangsaan, perpaduan dan cinta akan negara dalam

    kalangan masyarakat berbilang kaum.untuk memupuk perpaduan dalam kalangan

    murid tanpa mengira kaum.

    Pada asalnya RIMUP hanya dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah,

    namun pada tahun 2004, Kementerian Pelajaran telah meneliti semula pelaksanaannya

    dan mendapati bahawa program RIMUP perlu dimantapkan serta diperluas ke sekolah

    menengah. Pelaksanaan RIMUP akhirnya diteruskan di bawah Teras Pertama Pelan

    Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 -2010, iaitu Membina Negara Bangsa

    dan juga di bawah Program Transformasi Kerajaan.

    Selain itu, KPM telah menubuhkan Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan

    adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan

    yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Konsep Sekolah Wawasan adalah dua

    atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang

    sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara

    satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung.

    Dengan penubuhan Sekolah Wawasan ini, KPM menetapkan objektif untuk

    mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-murid yang pelbagai bangsa dan latar

    belakang; memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran; melahirkan

    generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi

  • 7/27/2019 siap.doc

    9/21

    EDU 3106

    mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu dan menggalakkan interaksi yang

    maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan

    pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah. Di sini jelas menunjukkan bahawa

    penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi akan

    memudahkan integrasi yang wujud dalam kalangan mereka pada masa akan datang.

    Di samping itu, langkah untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di

    Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa

    perhubungan dan persefahaman antara pelbagai kaum dapat mempercepatkan lagi

    perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini. Justeru, KPM juga telah

    melaksanakan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan

    penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) pada tahun 2011. Tujuan untuk

    memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa

    kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa

    ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia manakala

    tujuan memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan

    bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi

    membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan

    global.

    Selain itu, pada tahun 2011, KPM telah melaksanakan Dasar Satu Murid Satu

    Sukan (1M 1S) yang mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu

    aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi

    intelek, rohani, emosi dan jasmani. Antara objektif yang dihasratkan melalui

    pelaksanaan Dasar 1M 1S di sekolah adalah bagi memupuk perpaduan antara kaum(Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

  • 7/27/2019 siap.doc

    10/21

  • 7/27/2019 siap.doc

    11/21

    EDU 3106

    Selain itu, sekolah perlu menganjurkan pertandingan reka cipta yang

    berunsurkan budaya pelbagai kaum seperti reka cipta tanglung, wau, kaligrafi, khat dan

    sebagainya bagi memupuk integrasi antara kaum.

  • 7/27/2019 siap.doc

    12/21

    EDU 3106

    IMPLIKASI TERHADAP GURU

    Pertama, guru perlulah memberi layanan yang sama rata kepada semua murid.

    Seperti yang kita sedia maklum, setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain.

    Menurut Papalia (2001), manusia berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat, dan

    bentuk tubuh badan; dalam hal-hal lain seperti kesihatan dan tahap tenaga; dan ciri-ciri

    personaliti serta reaksi emosi. Menurut Mahani Razali, Ramlah Jantan & Shahabuddin

    Hashim (2006), perbezaan individu merujuk kepada variasi atau ketidaksamaan individu

    daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah

    laku, sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat dalam kalangan individu

    dalam sesuatu kumpulan.

    Menurut Mahani (2006), dalam konteks Negara Malaysia, perbezaan individu

    memang menjadi suatu perkara yang jelas. Rakyat Malaysia terdiri daripada beberapa

    kaum yang utama seperti Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum yang lain seperti

    Iban, Kadazan, Bidayuh dan lain-lain. Setiap kaum pula terdiri daripada kumpulan etnik

    yang tersendiri. Perkembangan ini menunjukkan guru-guru perlu memahami perbezaan

    individu dalam pendidikan.

    Menurut Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abdul Aziz, Abdul Rashid

    Mohamed (2007), guru perlu memberi perhatian kepada perbezaan murid. Guru perlu

    memahami perbezaan murid secara individu dalam kelasnya. Ini dapat dikesan dengan

    memahami pola perkembangan dan sifat perseorangan murid, kemudian baru guru

    dapat menentukan bahan yang akan diajar serta memilih cara yang sesuai bagi

    mempertingkatkan kualiti pembelajaran. Dengan memberi perhatian kepada perbezaan

    individu murid, guru akan berjaya membimbing pelajar membina rasa yakin kepada

    pelajaran dan rasa selamat di sekolah.

  • 7/27/2019 siap.doc

    13/21

  • 7/27/2019 siap.doc

    14/21

    EDU 3106

    Seterusnya, guru harus berusaha untuk menolong murid memahami dan

    membentuk nilai, sikap serta tingkah laku yang sesuai. Raja Permaisuri Perak, Tuanku

    Bainun yang juga merangkap sebagai Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris

    (UPSI) bertitah semasa merasmikan Istiadat Konvokesyen UPSI ke-12 bahawa

    pendidikan mesti menjurus kepada pembentukan nilai moral yang baik dan mulia bukan

    semata-mata menyampaikan fakta-fakta isi pelajaran untuk persediaan peperiksaan.

    Baginda menyeru agar para guru sentiasa mempunyai pemahaman antara budaya

    yang baik dan sentiasa berusaha untuk membina perpaduan dalam kalangan murid-

    murid seiring dengan konsep 1 Malaysia. Baginda juga bertitah bahawa kebencian

    kaum boleh menggugat ketenteraman awam dan menjejaskan pembangunan Negara.

    Dalam membentuk nilai murid, guru perlu sentiasa menerapkan nilai-nilai dalam

    semua mata pelajaran yang diajar. Inilah yang dikatakan nilai merentas kurikulum.

    Pada tahun 2005, Kementerian Pelajaran telah menerbitkan buku panduan pengajaran

    dan pembelajaran nilai merentas kurikulum KBSR dan KBSM bagi membantu guru-guru

    melaksanakan penerapan nlai murni dalam pengajaran dengan lebih efektif (Mohd

    Najib, 2007). Hal ini menunjukkan betapa Kementerian Pelajaran begitu serius

    membantu guru untuk menerapkan nilai merentas kurikulum dalam pengajaran.

    Penerapan nilai ini juga sangat penting bagi seseorang guru bagi merialisasikan

    hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sebagai

    seorang guru, kita perlulah memahami dan menghayati FPK sedalam - dalamnya

    kerana FPK merupakan tunjang utama kepada sistem pendidikan di Malaysia.

    "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

    memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

    mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

    jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

    berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai

    kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

    keluarga, masyarakat dan negara."

  • 7/27/2019 siap.doc

    15/21

    EDU 3106

    Daripada FPK tersebut, jelaslah bahawa tugas guru bukan sahaja memberi input

    semata - mata malah mendidik murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani

    dan emosi. Sekiranya nilai - nilai telah tertanam dalam kalangan murid, maka gejala

    sosial yang berlaku dalam masyarakat dapat dikurangkan. Selain itu, dengan

    penerapan nilai ini, budaya hormat-menghormati, sayang - menyayangi, bertolak ansur

    dan sebagainya antara kaum dapat diamalkan.

    Di samping itu, guru perlulah bijak memilih bahan sumber untuk digunakan

    semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan sumber yang sesuai

    dapat mengelakkan seseorang guru menyentuh sensitiviti sesuatu kaum. Menurut

    Noriati (2011), guru hendaklah mengelakkan daripada menggunakan unsur - unsur

    negatif dan sensitif bagi mana-mana etnik. Jadi, guru perlu sentiasa mendapatkan

    maklumat yang tepat tentang budaya sesuatu etnik. Sebagai contoh, guru perlulah

    menghormati adat resam dan kepercayaan murid-murid. Jadi, guru tidak boleh

    menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid.

    Seterusnya, guru mesti menggunakan bahasa yang sesuai yang tidak menyentuh unsur

    sensitif dari aspek gender, etnik dan kepercayaan murid kerana boleh membawa

    kepada salah faham antara guru dan murid. (Noriati, 2011).

    Selain itu, guru perlu sentiasa mengingatkan dan menegaskan kepada murid

    supaya sentiasa menggunakan bahasa yang standard iaitu bahasa Melayu semasa

    berkomunikasi. Penggunaan bahasa yang Standard akan memberi peluang sama rata

    kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Jadi, interaksi

    antara murid pelbagai kaum akan terbuka luas dan secara tidak langsung dapat

    memupuk nilai perpaduan dalam kalangan murid.

  • 7/27/2019 siap.doc

    16/21

  • 7/27/2019 siap.doc

    17/21

    EDU 3106

    Selain itu, peranan guru sebagai suri teladan kepada murid dan masyarakat

    perlulah dihidupkan. Setiap masa, masyarakat akan memandang kepada perwatakan

    seorang guru. Jadi, sekiranya seorang guru menunjukkan contoh teladan atau perangai

    yang tidak baik akan mengakibatkan masyarakat akan hilang rasa keyakinan dan

    kepercayaan kepada guru.

    Guru sepatutnya sentiasa menerapkan nilai-nilai yang baik ke dalam diri murid-

    murid seperti nilai toleransi, kerjasama, bertolak ansur, perpaduan dan sebagainya.

    Sekiranya nilai-nilai ini telah tertanam dalam diri mereka, maka menjadi mudahlah

    proses menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Negara kita.

  • 7/27/2019 siap.doc

    18/21

  • 7/27/2019 siap.doc

    19/21

  • 7/27/2019 siap.doc

    20/21

    EDU 3106

    REFLEKSI

    Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberi peluang

    dan kesempatan untuk saya menyiapkan tugasan ini iaitu menulis sebuah esei yang

    bertajuk Peranan guru dalam merialisasikan misi nasional Negara dan implikasi dalam

    pendidikan pelbagai budaya.

    Penerangan yang diberikan semasa taklimat agak jelas tetapi saya kurang

    faham kehendak soalan yang diutarakan untuk menulis esei ini. Selepas meneliti

    semula soalan beberapa kali dan berbincang dengan pensyarah dan kawan-kawan,

    akhirnya segala kekeliruan dapat saya atasi.

    Perkara pertama yang saya lakukan ialah membuat pembacaan tentang tajuk

    esei ini dalam buku, jurnal, artikel dalam internet dan sebagainya. Proses memngumpul

    maklumat ini berlaku sepanjang masa sehingga saya menyiapkan tugasan ini. Hal ini

    demikian kerana saya menulis esei sambil membuat rujukan pada masa yang sama. Ini

    bagi memudahkan saya menulis rujukan.

    Dari segi peruntukan masa bagi menyiapkan esei ini, secara jujur saya

    mengatakan tidak cukup memandangkan banyak aktiviti yang perlu dilakukan pada

    masa yang sama. Antaranya ialah saya terpaksa mempersiapkan diri untuk menjalani

    praktikum. Namun, masalah ini telah berjaya diatasi kerana saya telah menggunakan

    pelbagai strategi dalam mengurus masa. Sebagai contoh, saya mengambil lebih masa

    pada waktu malam untuk menulis esei ini.

    Melalui penulisan esei ini, banyak input baru yang telah saya peroleh. Antaranya

    ialah tentang teras dalam misi nasional. Sebelum ini, saya hanya sering mendengartentang misi nasional secara umum tanpa mengetahui teras-terasnya.

    Di samping itu, saya juga sempat mencari maklumat tentang statistik demografi

    penduduk di Malaysia. Melalui dapatan ini, saya dapat mengetahui secara terperinci

    bilangan penduduk di Malaysia berdasarkan kaum, agama dan sebagainya.

  • 7/27/2019 siap.doc

    21/21