sesi pendengaran jawatankuasa khas ......sesi pendengaran jawatankuasa khas parlimen mengenal...

11
SESI PENDENGARAN JAWATANKUASA KHAS PARLIMEN MENGENAl SURUHANJAYA PILIHANRAYA Tarikh : 26 November, 2011 Dengan hormatnya kami ingin menyertai sesi pendengaran khas untuk membentang serta mencadangkan kepada Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Suruhanjaya Pilihanraya demi untuk kesempurnaan perlaksanaan serta penyusunan suruhanjaya ini. 1. Perlaksanaan Pengesan Dawat Kekal ( Indelible Ink) bagi pengundi yang telah mengundi. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggongjawab dan berintergerti, demi untuk tidak disalahgunakan hak sesaorang, pengesan dawat kekal atau indelible ink haruslah dilaksanakan pada PRU 13 dan seterusnya. Dengan penguatkuasaan cara ini tentunya akan mengetepikan ' pengundi hantu' serta pengundi yang memiliki dokumen pengenalan orang lain, yang ujur dan ada kala orang yang sudah meninggal dunia. 2. Pembersihan senerai daftar pengundi. Senerai daftar pengundi yang telah meninggal dunia serta orang-orang yang telah kehilangan kerakyatan Malaysia haruslah dimansuhkan dalam daftar pengundi. Kerakyatan pengundi yang diragui juga haruslah dicatitkan dalam senerai RAOU sehingga pengundi yang berkenaan dapat membuktikan kewarganegeraannya. Pengundi-pengundi yang menyalahguna seperti penyelewengan/pemalsu dokumen pengenalan diri haruslah diserah kepada pihak penguatkuasa dengan tindakan serta merta.

Upload: others

Post on 23-Jan-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SESI PENDENGARAN JAWATANKUASA KHAS PARLIMENMENGENAl SURUHANJAYA PILIHANRAYA

Tarikh : 26 November, 2011

Dengan hormatnya kami ingin menyertai sesi pendengaran khas untuk membentang sertamencadangkan kepada Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai perkara-perkara yangberkaitan dengan Suruhanjaya Pilihanraya demi untuk kesempurnaan perlaksanaan sertapenyusunan suruhanjaya ini.

1. Perlaksanaan Pengesan Dawat Kekal ( Indelible Ink) bagi pengundiyang telah mengundi.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggongjawab dan berintergerti, demiuntuk tidak disalahgunakan hak sesaorang, pengesan dawat kekal atauindelible ink haruslah dilaksanakan pada PRU 13 dan seterusnya. Denganpenguatkuasaan cara ini tentunya akan mengetepikan ' pengundi hantu' sertapengundi yang memiliki dokumen pengenalan orang lain, yang ujur dan adakala orang yang sudah meninggal dunia.

2. Pembersihan senerai daftar pengundi.

Senerai daftar pengundi yang telah meninggal dunia serta orang-orang yangtelah kehilangan kerakyatan Malaysia haruslah dimansuhkan dalam daftarpengundi. Kerakyatan pengundi yang diragui juga haruslah dicatitkan dalamsenerai RAOU sehingga pengundi yang berkenaan dapat membuktikankewarganegeraannya. Pengundi-pengundi yang menyalahguna sepertipenyelewengan/pemalsu dokumen pengenalan diri haruslah diserah kepadapihak penguatkuasa dengan tindakan serta merta.

3. Masa CaJon mengambil keputusan ( candidate cooling period ).

SPR haruslah memansuhkan " cooling period" bagi calon-calon yang telahmendaftar serta membayakan wang 'deposite' pilihanraya. Ini akanmengelakan berkemungkinan Rasuah berlaku dalam masa yang telahdikhaskan itu.

4. Pengubasuaian pondok ( booth) pangka kertas undi supaya boJeh di JihatoJeh para petugas dalam kamar mengundi.

Semua petugas dalam kamar mengundi dapat melihat pergerakan parapengundi tanpa menjejaskan kerahsian undi. Pengubasuaian ini perlu untukmencegahkan berlakunya ketidak tulusan kertas undi bila pengundi dapatgunakan kecanggihan telefon bimbitnya untuk merekamkan undinya bagiagendanya tertentu.

5. Tempoh Pilihanraya Umum ditetapkan mengikut tempoh panggal yangdiistiharkan.

Undang-undang dan peraturan pilihanraya mengikut panggal tempoh yangditetapkan haruslah mengadakan pilihanraya umum selepas genapnyatempoh yang dikhasnya tersebut tamat. Contohnya panggal tempohpilihanraya umum lima ( 5 ) tahun, masa bila tempoh genap maka barulahpilihanraya umum diadakan dan bukan seperti yang diamalkan kini dimanaselepas 3 tahun adalah budibicara Perdana Menteri untuk menasihatkanYang Dipertuan Agong atau yang berkenaan.

6. Pengubasuaian Sempadan Kawasan Pilihanraya.

SPR semasa pengubasuaian sempadan kawasan pilihanraya haruslah bukansahaja dilihat cekap tetapi juga tulus dalam pengubasuaian ini tanpa mengirakaum atau agama. Jawatankuasa ini juga harusalah peka dalam kepesatanpenduduk tanpa mengabaikan kesukaran logistic.

7. Ketulusan dalam pengandalian Undi Pos (postal vote).

Pengundian yang dijalankan didalam bangunan yang disaksikan oleh parapegawai pilihanraya termasuk agen-agen dari semua pihak (polling! countingagent). Masa pengundian mula dan tamat haruslah ditetapkan tanpa adamemberi peluang memanjangkan masa disebabkan ada pengundi yang belummembuang undi.Pengiraan undi haruslah dikira serta merta selepas tamatnya pengundian dandiutama pengumuman selepas sahaja semua peti undi diterima di pusatpengundian. Sesiapa yang berkenaan yang didapati sengaja melambat­lambatkan pengumuman haruslah diambil tindakan.

8. Pengundi ujur/buta huruf/oku pendengaran dan penglihatan diberikeutamaan dengan diiringi saudara marahnya.

Pengundi seperti ini haruslah diberi keutamaan mengundi. Sekiranyapengundi tidak berdaya untuk memangka kertas undi maka pengiringsaudaranya dibolehkan membantu pengundi tersebut untuk memangka kertasundi.

9. Pusat pengesahan tempat pengundi kepada pengundi yang hHang namadalam senerai.

Setiap pusat pengundian haruslah menempatkan pegawai bagi memberipengesahan pengundi yang kehilang nama-nama dalam senerai pengundi atauyang telah ditukarkan tempat pengundian tanpa disedari oleh pengundi sendiri.Pengundi-pengundi yang seperti ini juga diberi peluang untuk mendaftar sertamerta.

10. Orang-orang JUidll !J';':;'~ yang mempunyai dokumen pengenalan yangdiragui haruslah disoal siasat serta merta.

Jabatan Pendaftaran Negara haruslah menempatan seorang pegawainyadisetiap pusat mengundi untuk menyoal siasat kepada orang-orang yangdiragui dokumen pengenalan /kerakyatannya yang datang untuk mengundi.Sekiranya orang-orang tersebut didapati telah menyalahgunakan hak iniharuslah diberi tindakan dengan serta merta.

Bagitu juga orang-orang yang beralamat permastautinnya berlainan dengantempat pusat mengundi.

ERIC E. MAJIMBUN JP.Ahli Parlimen Sepanggar

Sabah, Malaysia