sertai kami dan jadilah sebahagian daripada · pdf file• memberi khidmat sokongan...

14
1 SERTAI KAMI DAN JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA PELAKSANA TRANSFORMASI PENGURUSAN HARTA INTELEK DI MALAYSIA Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang bertanggungjawab kepada pendaftaran dan pentadbiran sistem harta intelek seperti paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hakcipta dan susun atur litar bersepadu di Malaysia. Misi kami ialah membangun dan mempertingkatkan infrastruktur serta menambahbaik perundangan harta intelek dengan sistem pentadbiran yang cekap melalui eksploitasi harta intelek. Seiring dengan pencapaian MyIPO yang dinamik, kami mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang mempunyai kebolehan serta memenuhi kelayakan dengan penghasilan kerja berprestasi tinggi bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Ibu Pejabat MyIPO, Kuala Lumpur. SYARAT-SYARAT ASAS Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan menguasai bahasa lain adalah diberi keutamaan; Berkebolehan mengendalikan komputer di dalam word processing, spreadsheet dan powerpoint serta berpengalaman menggunakan sistem/ aplikasi yang melibatkan perniagaan korporat; Mempunyai sikap positif, kreatif, inovatif dan berkeyakinan tinggi; Boleh bekerja sebagai satu pasukan serta boleh melakukan kerja- kerja di bawah penyeliaan yang minimum;

Upload: truongdung

Post on 05-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: SERTAI KAMI DAN JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA · PDF file• Memberi khidmat sokongan teknikal dan latihan dalam ... 1 KEKOSONGAN (KONTRAK) ... Nama Sekolah Tahun Darjah/Tingkatan tertinggi

1

SERTAI KAMI DAN JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA

PELAKSANA TRANSFORMASI PENGURUSAN HARTA INTELEK

DI MALAYSIA

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) adalah sebuah agensi di

bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan (KPDNKK) yang bertanggungjawab kepada pendaftaran

dan pentadbiran sistem harta intelek seperti paten, cap dagangan, reka

bentuk perindustrian, hakcipta dan susun atur litar bersepadu di

Malaysia.

Misi kami ialah membangun dan mempertingkatkan infrastruktur serta

menambahbaik perundangan harta intelek dengan sistem pentadbiran

yang cekap melalui eksploitasi harta intelek.

Seiring dengan pencapaian MyIPO yang dinamik, kami mempelawa

calon-calon warganegara Malaysia yang mempunyai kebolehan serta

memenuhi kelayakan dengan penghasilan kerja berprestasi tinggi bagi

mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Ibu Pejabat MyIPO,

Kuala Lumpur.

SYARAT-SYARAT ASAS

• Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan

Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan menguasai bahasa lain

adalah diberi keutamaan;

• Berkebolehan mengendalikan komputer di dalam word processing,

spreadsheet dan powerpoint serta berpengalaman menggunakan

sistem/ aplikasi yang melibatkan perniagaan korporat;

• Mempunyai sikap positif, kreatif, inovatif dan berkeyakinan tinggi;

• Boleh bekerja sebagai satu pasukan serta boleh melakukan kerja-

kerja di bawah penyeliaan yang minimum;

Page 2: SERTAI KAMI DAN JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA · PDF file• Memberi khidmat sokongan teknikal dan latihan dalam ... 1 KEKOSONGAN (KONTRAK) ... Nama Sekolah Tahun Darjah/Tingkatan tertinggi

2

• Berkemampuan melakukan pelbagai tugas dalam masa yang

ditetapkan dan boleh bekerja tanpa mengira masa;

• Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk

lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh

Kerajaan;

• Warganegara Malaysia;

• Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan; dan

• Kemahiran berkomunikasi di semua peringkat.

Page 3: SERTAI KAMI DAN JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA · PDF file• Memberi khidmat sokongan teknikal dan latihan dalam ... 1 KEKOSONGAN (KONTRAK) ... Nama Sekolah Tahun Darjah/Tingkatan tertinggi

3

1. PEGAWAI KOMUNIKASI KORPORAT – 1 KEKOSONGAN

(KONTRAK)

Klasifikasi : Perkhidmatan Harta Intelek

Kumpulan Perkhidmatan : Eksekutif

Gred : IP8

Gaji Permulaan : RM2,688.00

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB:

• Bertugas di Bahagian Komunikasi Korporat;

• Merancang dan melaksana pelan komunikasi media dan penjenamaan termasuk menyediakan strategi, sasaran dan bajet;

• Menguruskan sidang media, temubual media dan sebarang pertanyaan media;

• Menyediakan kandungan kenyataan media, artikel, rencana, berita serta teks ucapan;

• Mendapatkan ruang di media cetak, elektronik serta media sosial untuk siaran artikel dan berita berkaitan organisasi;

• Mengetuai team kreatif dalam penyediaan video, infografik untuk bahan penerbitan termasuk media sosial;

• Membina dan mengukuhkan hubungan organisasi bersama editor dan wartawan;

• Membantu menguruskan acara dan majlis korporat; dan

• Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

KELAYAKAN:

• Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa pengkhususan dalam bidang kewartawanan/ penyiaran/ pengiklanan/ perhubungan awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

• Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

• Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus

Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau

kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

Page 4: SERTAI KAMI DAN JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA · PDF file• Memberi khidmat sokongan teknikal dan latihan dalam ... 1 KEKOSONGAN (KONTRAK) ... Nama Sekolah Tahun Darjah/Tingkatan tertinggi

4

• Pengalaman bekerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun

dalam bidang media dan perhubungan awam;

• Mahir menggunakan platform media sosial seperti

Facebook, Twitter, Instagram, Google, Blog dan lain-lain;

dan

• Mahir menulis berita dan artikel serta teks ucapan.

PENTING: Pemohon hendaklah menyertakan Surat Akuan

Pengiktirafan Ijazah daripada Kementerian Pengajian Tinggi

dan semakan pengiktirafan boleh dibuat di alamat web

berikut: (https://app.mohe.gov.my/iktiraf/).

Page 5: SERTAI KAMI DAN JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA · PDF file• Memberi khidmat sokongan teknikal dan latihan dalam ... 1 KEKOSONGAN (KONTRAK) ... Nama Sekolah Tahun Darjah/Tingkatan tertinggi

5

2. PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT - 1 KEKOSONGAN

(KONTRAK)

Klasifikasi : Perkhidmatan Harta Intelek

Kumpulan Perkhidmatan : Eksekutif

Gred : IP8

Gaji Permulaan : RM2,688.00

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB:

• Bertugas di Bahagian Pengurusan Maklumat;

• Melaksanakan kajian kesesuaian sistem maklumat sedia ada dan seterusnya menganalisa, mereka bentuk, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem aplikasi di MyIPO;

• Mentadbir, menyelenggara pangkalan data dan memastikan keselamatan, kebolehcapaian serta integriti data terjamin;

• Mengenal pasti, menguji dan menilai kesesuaian perisian/ tools yang terdapat di pasaran untuk kegunaan di dalam pembangunan sistem;

• Menyediakan spesifikasi program untuk tindakan pengaturcara komputer dan memastikan teknik, piawaian pengaturcaraan dan tatacara keselamatan dipatuhi;

• Menyesuaikan program yang sedia ada untuk memenuhi keperluan pengguna;

• Menyelaras sebarang bentuk penyediaan dokumentasi di setiap peringkat pembangunan sistem dari aspek panduan penggunaan dan dokumentasi teknikal;

• Mengurus dan merancang pelaksanaan back-up dan recovery bagi sistem dan pangkalan data;

• Menganalisa dan mengenalpasti tindakan penyelesaian terhadap masalah yang berkaitan dengan operasi server dan sistem yang berkaitan;

• Memberi khidmat sokongan teknikal dan latihan dalam penggunaan peralatan dan aplikasi ICT kepada pengguna;

• Bertanggungjawab dalam membangunkan website, sistem dan pengaturcaraan menggunakan PHP/ HTML/ Javascript/ jQuery/ Ajax;

• Berpengetahuan dalam pengaturcaraan berorientasikan objek; dan

• Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Page 6: SERTAI KAMI DAN JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA · PDF file• Memberi khidmat sokongan teknikal dan latihan dalam ... 1 KEKOSONGAN (KONTRAK) ... Nama Sekolah Tahun Darjah/Tingkatan tertinggi

6

KELAYAKAN:

• Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains komputer

yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi

pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf

setaraf dengannya; dan

• Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus

Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau

kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PENTING: Pemohon hendaklah menyertakan Surat Akuan

Pengiktirafan Ijazah daripada Kementerian Pengajian Tinggi

dan semakan pengiktirafan boleh dibuat di alamat web

berikut: (https://app.mohe.gov.my/iktiraf/).

Page 7: SERTAI KAMI DAN JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA · PDF file• Memberi khidmat sokongan teknikal dan latihan dalam ... 1 KEKOSONGAN (KONTRAK) ... Nama Sekolah Tahun Darjah/Tingkatan tertinggi

7

3. PEGAWAI HARTA INTELEK - 1 KEKOSONGAN (KONTRAK)

Klasifikasi : Perkhidmatan Harta Intelek

Kumpulan Perkhidmatan : Eksekutif

Gred : IP8

Gaji Permulaan : RM2,688.00

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB:

• Bertugas di Bahagian Teknikal dan Pengurusan Fasiliti;

• Menjalankan kerja-kerja penilaian hartanah serta pengurusan hartanah;

• Mengurus proses penyewaan dan penjualan hartanah;

• Merancang dan menguruskan pelbagai aktiviti penyewaan dan penjualan hartanah;

• Berurusan dengan pemaju, peguam, agen hartanah, penyewa, Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan persatuan penyewa berkaitan dengan hal-hal penyewaan dan penjualan hartanah;

• Mengutip bayaran sewa/ yuran penyelenggaraan daripada penyewa;

• Menerima dan menyelesaikan aduan penghuni berkenaan kerosakan unit;

• Menguruskan aset yang merangkumi penyelenggaraan dan penilaian aset mudah alih/ aset tak alih dari semasa ke semasa;

• Menguruskan pemeriksaan harta modal, aset alih bernilai rendah, pelupusan aset/ stok dan hapuskira kehilangan aset/ stok;

• Menyemak dan meluluskan permohonan stok inventori oleh staf;

• Memantau dan menguruskan stor utama;

• Menyediakan laporan yang berkaitan; dan

• Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Page 8: SERTAI KAMI DAN JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA · PDF file• Memberi khidmat sokongan teknikal dan latihan dalam ... 1 KEKOSONGAN (KONTRAK) ... Nama Sekolah Tahun Darjah/Tingkatan tertinggi

8

KELAYAKAN:

• Ijazah Sarjana Muda dalam bidang penilaian/ pengurusan

hartanah/ real estate/ bangunan yang diiktiraf oleh kerajaan

daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau

kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

• Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus

Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau

kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

• Pengalaman bekerja selama dua (2) tahun dalam bidang

Penilaian dan Perundingan Hartanah;

• Mahir dengan Akta Hakmilik Strata serta Akta Bangunan dan

Harta Bersama (penyelenggaraan dan pengurusan);

• Berkeupayaan untuk merancang dan menguruskan pelbagai

aktiviti mengikut keutamaan dengan berkesan;

• Berpengalaman menguruskan hartanah termasuk

penyewaan dan penjualan;

• Mempunyai kemahiran analitikal yang tinggi, kemahiran

komunikasi dan perundingan yang baik, daya kepimpinan

serta daya menyelesaikan masalah;

• Jujur, amanah, berintegriti dan bertanggungjawab dalam

tugasan yang diberikan; dan

• Mahir dalam menggunakan Microsoft Word, Excel, dan

Power Point.

PENTING: Pemohon hendaklah menyertakan Surat Akuan

Pengiktirafan Ijazah daripada Kementerian Pengajian Tinggi

dan semakan pengiktirafan boleh dibuat di alamat web

berikut: (https://app.mohe.gov.my/iktiraf/).

Page 9: SERTAI KAMI DAN JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA · PDF file• Memberi khidmat sokongan teknikal dan latihan dalam ... 1 KEKOSONGAN (KONTRAK) ... Nama Sekolah Tahun Darjah/Tingkatan tertinggi

9

Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN

JAWATAN KOSONG MyIPO yang boleh diperolehi dengan memuat

turun di laman web kami bersama-sama sesalinan sijil-sijil dan gambar

berukuran pasport terkini.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam

sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas

sampul surat dan menyerahkan borang tersebut selewat-lewatnya

pada 27 November 2017 kepada:

PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA

UNIT B-18-1, MENARA UOA BANGSAR

NO. 5 JALAN BANGSAR UTAMA 1

59000 KUALA LUMPUR

(u.p.: Bahagian Sumber Manusia)

Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi

untuk ditemuduga.

Page 10: SERTAI KAMI DAN JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA · PDF file• Memberi khidmat sokongan teknikal dan latihan dalam ... 1 KEKOSONGAN (KONTRAK) ... Nama Sekolah Tahun Darjah/Tingkatan tertinggi

1

PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA

http://www.myipo.gov.my

Calon – calon yang tidak mengisi maklumat dengan terang dalam semua ruang di tiap-tiap halaman borang ini mungkin tidak akan dipertimbangkan

Sila lekatkan gambar terbaru (tidak dikembalikan) berukuran pasport di

ruangan ini.

SILA BACA KETERANGAN BERIKUT SEBELUM MENGISI BORANG 1. Satu salinan borang ini sahaja yang dikehendaki dikemukakan kepada MyIPO. 2. Permohonan lebih dari satu jawatan hendaklah dibuat dalam borang yang berasingan

bagi tiap-tiap jawatan. 3. MyIPO tidak akan membiayai segala perbelanjaan yang berhubung dengan

permohonan dan temuduga. 4. Pemohon yang memiliki syarat yang dikehendaki sahaja akan dipertimbangkan. 5. Tuliskan TIADA pada ruang yang tidak berkenaan. 6. Pemohon yang dipilih untuk ditemuduga akan diberitahu kemudian dan dikehendaki

membawa sijil asal apabila menghadiri temuduga. 7. Sila kembalikan borang yang telah lengkap diisi kepada Perbadanan Harta Intelek

Malaysia (MyIPO), Aras 18, Menara B, Menara UOA Bangsar, No. 5 Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur (u.p.: Bahagian Sumber Manusia)

JAWATAN YANG DIPOHON/ GRED

NAMA PENUH : (dengan huruf besar)

NAMA LAIN (JIKA ADA) :

ALAMAT TETAP:

ALAMAT SURAT MENYURAT :

E-MEL :

NO. K.P. (baru) : UMUR PADA TARIKH IKLAN DITUTUP : NO. TEL. RUMAH : LAIN-LAIN NO. TEL. YANG BOLEH DIHUBUNGI : TARIKH LAHIR : TEMPAT LAHIR :

JANTINA*: LELAKI / PEREMPUAN KETURUNAN :

TARAF PERKAHWINAN* : BELUM KAHWIN / BERKAHWIN

KEWARGANEGARAAN* : WARGANEGARA / BUKAN WARGANEGARA

Nota: * Potong yang mana tidak berkenaan

Bilangan Turutan

Page 11: SERTAI KAMI DAN JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA · PDF file• Memberi khidmat sokongan teknikal dan latihan dalam ... 1 KEKOSONGAN (KONTRAK) ... Nama Sekolah Tahun Darjah/Tingkatan tertinggi

2

PERSEKOLAHAN (sila sertakan salinan sijil)

Nama Sekolah Tahun Darjah/Tingkatan tertinggi Tahun

yang terakhir Masuk Keluar

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEKOLAH (sila sertakan salinan sijil)

LCE/SRP/PMR* OSC/ MCE/SPM/SPVM/SPM(V)* HSC/STP/STPM*

Tahun : Gred/Pangkat : Angka giliran :

Tahun : Gred/Pangkat : Angka giliran :

Tahun : Gred/Pangkat : Angka giliran :

Mata Pelajaran Gred Mata Pelajaran Gred Mata Pelajaran Gred

Bahasa Malaysia Bahasa Malaysia (dengan Lisan) Pengajian AM

Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris Bahasa Malaysia

Matematik Matematik Bahasa Inggeris

Sains Sains Ekonomi

Geografi Geografi Geografi

Sejarah Sejarah Sejarah

P. Agama Islam P. Agama Islam P. Agama Islam

Lukisan Lukisan Matematik

Sains Rumahtangga Rampaian Sains Biologi

Sains Paduan Fizik Fizik

P. Perdagangan Kimia Kimia

Sains Pertanian Biologi Biologi/Kajihayat

Kemahiran hidup Matematik Tambahan Matematik Tambahan

Kesusasteraan Melayu Kesusasteraan Melayu

Page 12: SERTAI KAMI DAN JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA · PDF file• Memberi khidmat sokongan teknikal dan latihan dalam ... 1 KEKOSONGAN (KONTRAK) ... Nama Sekolah Tahun Darjah/Tingkatan tertinggi

3

Kelulusan Pengajian Tinggi (Sertakan salinan Sijil/Diploma dan transkrip keputusan peperiksaan)

Nama Kolej/Politeknik/Universiti :

Sijil/Diploma:

Pengkhususan :

Kelas/ CGPA tahun akhir diperolehi : Tahun diperolehi:

Kelulusan Pengajian Tinggi (Sertakan salinan Ijazah/Sarjana dan transkrip keputusan peperiksaan)

Nama Kolej/Universiti :

Ijazah Pertama/Sarjana :

Pengkhususan :

Kelas/ CGPA tahun akhir diperolehi : Tahun diperolehi:

* Potong yang mana tidak berkenaan

Pengalaman Bekerja*

Jawatan Majikan Gaji Pokok Tempoh Bekerja Dari Hingga

Kegiatan-kegiatan di Sekolah/Kolej/Universiti dan di luar Sekolah/Kolej/Universiti*

*Sila gunakan lampiran jika ruangan tidak mencukupi

Page 13: SERTAI KAMI DAN JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA · PDF file• Memberi khidmat sokongan teknikal dan latihan dalam ... 1 KEKOSONGAN (KONTRAK) ... Nama Sekolah Tahun Darjah/Tingkatan tertinggi

4

KEMAHIRAN BAHASA

PENGETAHUAN BAHASA BERTUTUR MEMBACA MENULIS

Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris

Lain-lain

DIISI UNTUK JAWATAN YANG BERKENAAN SAHAJA

LESEN MEMANDU : KELAS …….. TARIKH DIPEROLEHI ………………… TARIKH TAMAT …………...

KECACATAN (Jika ada)

Sila nyatakan kecacatan (Jika ada) :

PEMEGANG BIASISWA/PINJAMAN Penaja Biasiswa/Pinjaman*: (sila tandakan √ ) Masih Terikat Tidak Terikat

BAGI JAWATAN PROFESIONAL YANG MEMERLUKAN PENDAFTARAN BADAN/ LEMBAGA BERKENAAN (sila sertakan salinan pendaftaran terkini)

NAMA BADAN/ LEMBAGA TARIKH MENJADI AHLI NO. SIJIL PENDAFTARAN

Adakah anda mempunyai pertalian persaudaraan atau kenalan dengan kakitangan Perbadanan

ini?

YA TIDAK

Jika YA, sila nyatakan : ________________________________________________________________

Page 14: SERTAI KAMI DAN JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA · PDF file• Memberi khidmat sokongan teknikal dan latihan dalam ... 1 KEKOSONGAN (KONTRAK) ... Nama Sekolah Tahun Darjah/Tingkatan tertinggi

5

RUJUKAN PERIBADI (Kakitangan Perbadanan ini dan ahli keluarga tidak boleh dijadikan sebagai rujukan)

Nama : Alamat : Pekerjaan : No.Tel : Tempoh Kenal :

Nama : Alamat : Pekerjaan : No.Tel : Tempoh Kenal :

PERAKUAN PEMOHON

Saya sesungguhnya mengaku bahawa semua keterangan yang telah saya berikan dalam borang permohonan ini adalah benar dan betul menurut pengetahuan saya. Saya memahami bahawa sekiranya ada di antara maklumat-maklumat itu di dapati palsu, maka permohonan saya akan terbatal dan sekiranya saya telah diberi tawaran maka perkhidmatan saya akan ditamatkan serta merta. Saya juga mengaku bahawa saya tidak pernah terlibat/ disabitkan : i) Atas tuduhan jenayah, pengisytiharan bankrap atau dihukum oleh mana-mana Mahkamah; ii) Sebagai penagih dadah/ bekas penagih dadah. Tarikh : ……………………………….. Tandatangan Pemohon : ……………………………..