senikata lagu motivasi

Upload: deddy-iskandar

Post on 17-Jul-2015

82 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Jika kau fikirkan kau boleh Kau hampir boleh melakukan Jika kau fikirkan ragu-ragu Usahamu tidak menentu Jika kau fikirkan kekalahan Kau hampiri kegagalan Jika kau fikirkan Kemenangan Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan Terkandung dalam pemikiran Berfikir boleh melakukan FIKIRKAN BOLEH! Percaya apa kau lakukan Tabah apa kau usahakan Bertindak atas kemampuan ENGKAU BOLEH! Ulang 3x Kau boleh!...Kau boleh!...Kau boleh!... Kau boleh

Menjadi harapan untukku menyaksikan Umat yang bertuah ini Kembali bersatu hati Buangkan yang keruh Ambillah yang jernih Tiada yang lebih berharga Selain dari perpaduan Lupakanlah segala persengketaan Hubungkan kembali tali persaudaraan Kerna orang beriman itu bersaudara Saling bertolong bantu berkasih mesra Agar generasi kita di masa hadapan Bangga dengan apa yang kita wariskan Menjadi harapan untukku menyaksikan Umat yang bertuah ini Kembali bersatu hati Bersatu kita teguh bercerai kita roboh Yang berat sama dipikul Yang ringan dijinjing sama Sepakat membawa berkat Asas hidup bermasyarakat

Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat Lupakanlah segala persengketaan Hubungkan kembali tali persaudaraan (2x) Kerna orang beriman itu bersaudara Saling bertolong bantu berkasih mesra Agar generasi kita di masa hadapan Bangga dengan apa yang kita wariskan.

Sepohon kayu daunnya rimbun Lebat bunganya serta buahnya Walaupun hidup seribu tahun Kalau tak sembahyang apa gunanyaKami bekerja sehari-hari Untuk belanja rumah sendiri Walaupun hidup seribu tahun Kalau tak sembahyang apa gunanya Ulang rangkap 1

Kami sembahyang fardhu sembahyang Sunatpun ada bukan sebarang Supaya Allah menjadi sayang Kami bekerja hatilah riang Ulang rangkap 1 Kami sembahyang limalah waktu Siang dan malam sudahlah tentu Hidup di kubur yatim piatu Tinggallah seorang dipukul dipalu Ulang rangkap 1 Dipukul dipalu sehari-hari Barulah ia sedarkan diri Hidup di dunia tiada bererti Akhirat di sana sangatlah rugi Ulang rangkap 1

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh Aahhhhh.. Aahhhhh.. Aahhhhh Demi masa sesungguhnya manusia kerugian Melainkan nasihat kepada kebenaran dan kesabaran Aahhhhh.. Aahhhhh.. Aahhhhh Gunakan kesempatan yang masih diberi Moga kita takkan menyesal Masa usia kita jangan disiakan Kerna ia takkan kembali Korus: Ingat lima perkara sebelum lima perkaraSihat sebelum sakit Muda sebelum tua Kaya sebelum miskin Lapang sebelum sempit Hidup sebelum mati

Demi Masa

10 MALAIKATSolawat 10 malaikat yang wajib kita percayai Yang tercatit di dalam Rukun Iman Mereka taat kepada Tuhan Wajiblah kita mengetahuinya Percaya malaikat Rukun Iman yang kedua Malaikat Jibril membawa wahyu Mikail membawa rezeki Izrail mencabut nyawa La ila Ha il Lallah Muhammad Rasulullah Allah Allah Allah Allah Ya Allah Raqib Atib malaikat kanan dan kiri Kerja catit segala amalan Raqib mencatit kebaikan Atib mencatit kejahatan Solawat La ila Ha il Lallah Muhammad Rasulullah Allah Allah Allah Allah Ya Allah Malaikat Israfil kerja tiup sangkakala Mungkar Nangkir soal dalam kubur Malik menjaga Neraka Ridzwan pula menjaga Syurga Solawat Ya Allah

Inilah sebahagian sifat mahmudah Yang patut ada pada diri kita Susah dimiliki payah dijaga Hanya yang punya yang bermujahadah (2x) Ikhlas itu jiwa murni Rahsia Allah di dalam hati Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan Jika disuluh dengan saksama Nista dan puji tiada berbeza

Redha sifat hati yang suci Ujian yang tiba rasa gembira Atau tiada apa terasa Kerana menerima anugerah Tuhannya Sifat sabar sedikit berbeza Ujian yang menimpa sakit dirasa Tapi dapat ditahan perasaannya Hanya bermain di dalam sahaja Di luar tidak nampak terang nyata

Aku rindukan masyarakat yang berkasih sayang Bersatu padu

Rasa bersama berkerjasamaYang susah dibela yang senang membela Yang pandai menjadi obor Pemimpin menaungi dan memayungi

Aku rindukan satu kehidupanYang murni dan harmoni

Hormat-menghormati sesama manusia Tidak ada benci-membenci Tidak ada khianatmengkhianati Golongan tua dan para ketua Dihormati dan dicontohi Golongan bawah atau orang biasa Dikasihi dan dibela Para pemuda pemudi pemalu Merekalah aset Bangsa dan Negara

Bila Tuhan tak ditakuti Macam-macam boleh terjadi Tiap orang tak ketahuan Ala hidupnya sendiri Maka rosaklah di sana sini Ada manusia puja alam sebagai Tuhan Mabuk dengan gelombang laut yang menggulung Digambarkan dengan kata sastera mempersona Mereka tenggelam dalam gelombang sasteranya Dia leka sendiri dengan buah penanya Bagai orang tenggelam dalam lautan menggulung Tidak tahu tujuan ke mana mahu pergi Ada juga yang sibuk bercakap dengan emosinya sekali Ada golongan sibuk dengan kesalahan orang Seolah-olah mereka wira agama Konon hendak membersihkan agama dari noda Yang sebenarnya berlakon di depan manusia Bukan hidup realitinya. Mereka lupa diri sendiri Mereka sendiri buat dosa Membeli kereta dan rumah terlibat dengan riba Anak-anak dan juga isteri

Apa-apa dibuat untuk selamatkan diri merekaMembentuk orang bukan dari hatinya sendiri Jasa-jasa disebut berulang-ulangkali (2x) Menceritakan jasa kepada manusia Maka hilanglah pahalanya Menipu diri tak disedari (2x) Tak kurang juga ada di kalangan manusia Setiap hari memikirkan hendak menghiburkan manusia Berbagai cara dan gaya dipertunjukkan Rupanya jiwa mereka sendiri tak terhibur jiwa mereka derita Tak kurang juga membunuh diri.

Terdedah aurat setiap hariPerbualan setiap hari tentang kenaikan gaji dan juga pangkat Hidup sendiri nafsi-nafsi Kecuali ada urusan rasmi Yang ada kaitan dengan gaji (2x)

Mengelilingi seluruh negeriKadang-kadang berbohong sesuka hati Berkata tidak mengota Mengecam orang tak usah dikira Sudah jadi makan minumnya (2x) Bakhilnya amat ketara sekali Mereka lupa itu semua adalah Kesesatan dalam beragama (2x) Yang punya kuasa berbangga dengan kuasanya Menggertak manusia setiap hari Bila Tuhan tak ditakuti Macam-macam boleh terjadi Tiap orang tak ketahuan Ala hidupnya sendiri Maka rosaklah di sana sini di sana sini di sana sini.Logotherapy Consultant/Mawaddah/2004

JASA BONDAKau dibuai mimpi dia jaga Kau bersenang dia bekerja Untukmu tiada terbatas Memberita minta dibalas Ingin dibinanya Untukmu Kehidupan yang sempurna Punya kekuatan jiwa Punyai maruah Leterannya dari rasa luhur Menegur sebelum terlanjur Itulah yang diwarisi Pesan ibu terpahat di hati Beringat-ingatlah berpesan-pesan Untuk kebaikan Marah bukan kebencian Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa Berjiwa merdeka Sedang dia semakin tua Membilang usia Di saat kau berjaya Dia tiada berdaya Semoga kau tak lupa Jasa bonda Ulang rangkap 5, 6, 3, & 4

Hidup ini bagai lampu dinding Yang dinyalakan di malam hari Apabila minyak sudah kering Iakan pasti padam sendiri

Demikian juga hidup manusia Selama hidup di dunia ini Bila dah cukup umur usia Putuslah hubungan di sana-sini Setelah kita tinggalkan dunia Alam yang lain pula menanti Apakah kita dapat kurnia Itu melihat amal dan bakti Di sana insan cemas dan bimbang Tak dapat lagi buat alasan Buruk dan baik akan ditimbang Kedua-duanya dapat balasan Ulang rangkap 3,1

Wahai Tuhan, ku tak layak ke Syurga-Mu Namun tak pula aku sanggup ke Neraka-Mu Ampunkan dosaku terimalah taubatku Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai Dengan rahmat-Mu ampunkan daku oh Tuhanku Wahai Tuhan selamatkan kami ini Dari segala kejahatan dan kecelakaan Kami takut kami harap kepada-Mu Suburkanlah cinta kami kepada-Mu Kamilah hamba yang mengharap belas dari-Mu

Bersama kita bersama anak wawasan pembela bangsa Membela negara maju diri kita Menghapus kelemahan bangsa Negara terbentang luas Maju bangsanya di negara Membela negara bersama teknologi Mencapai ke mercu jaya Usah buang masa lagi Marilah beramai memaju negara Menghapuskan segala kepincangan yang ada Bersama akukan setia Harga diri pembela negara Dipandang mulia di merata-rata Martabat bangsa dipelihara Menjadi teras anak wawasan Ulang rangkap 3

Adik masih bersekolahAdikku muda remaja Awasi bila melangkah Wajahmu manis bak gula Pasti ramai kan tergoda Tidak dilarang kau bersuka Asal tahu kan batasnya Jangan sampai adik terlupa Awas segala dugaan Adikkan ambil periksa Agar senang masa depan

Tumpukan perhatian dengan sepenuhnyaSerahkan selainnya kepada Yang Esa Bila adik telah berjaya Abang kan turut gembira Tapi andai sebaliknya Jangan kau rasa kecewa Sekali adik terkandas bukan untuk selamanya Di hati sematkan pesanan Ingat abang tetap sayang

Harapan dan cita-citaIbu dan ayah menaruh harapan Agar kau berjaya di hari kemudian Bila tiba waktu petang Dari sekolah kau pulang Bergalas buku di pinggang Siapa lihat tertawan

Tuhan adalah zat yang Maha Agung Wujudnya tiada mula dan sudahnya Kerana Ia bukan kejadian Tiada siapa yang menjadikan Kuasanya maha hebat tiada batasnya Kehendak-Nya terjadi bila Ia berkata Jadilah terus terjadilah Tiada siapa dapat menghalangnya Dia tiada bertempat Kerana tempat Dia yang menjadikan Dia memberi tiada mengambil manfaat Kerana Dia tiada berhajat

Dia sudah sempurna Tiada mengambil ruang Kerana ruang itu ciptaan-Nya Dia disembah atau tidak Tiada berkurang tiada bertambah Kalau bertambah ertinya Dia kurang Dia tetap dengan kesempurnaannya Maha suci Dia dari kekurangan Dia sediakala Tiada didahului oleh tiada Hanya tidak dapat difikirkan Bagaimanapun dibayangkan Itu semua mainan syaitan Inilah dia zat yang Maha Agung Ulang rangkap 1

Bilakah dunia baru akan menjelma Yang sudah lama dimimpikan oleh manusia Dunia yang diidamkan oleh semua bangsa Semua bangsa sudah jemu dengan dunia yang adaDi mana menghilangnya fitrah manusia kasih sayang, kini dunia sudah kehilangannya Kasih sayang sudah gersang

Di mana sahaja hidup kepura-puraan Senyum di hadapan, di belakang dibenci Percaya-mempercayai sudah hilang Perkelahian, peperangan tidak kunjung padam Yang miskin terbiar dan terbuang Yang kaya bakhil tamak dan sombong Tipu-menipu jadi budaya Curi rasuah sering berlaku Zina dan rogol lumrah terjadi Krisis peperangan di merata dunia Mana pergi di dalam ketakutan Ke mana berada di dalam kebimbangan Hati sentiasa tidak tenang dan senang Kebahagiaan sudah lama hilang dan gersang

Yang ada hidup sendiri Yang wujud hasad dengki Yang ada prejudis Yang wujud perbalahan di setiap hari