seni tembikar

12
DEFINISI TEMBIKAR Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli.telah wujud di negara ini sejak beribu tahun dahulu. Ragambentuk dan ragam hias yang terdapat pada seitembikar melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai Melayu. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia. Kebanyakan tembikar yang dihasilkan ini mempunyai ciri-ciri kegunaan harian.Barangan tembikar yang dihasilkan oleh setiap negeri di Malaysia dapat dibezakan antara satu sama lain melalui reka corak, reka bentuk atau warnanyakerana setiap negeri mempunyai teknik pembuatannya yang tersediri sertadipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat.Menggunakan bahan tanah liat yang dibentuk, dibakar dan digilap untukdijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan lain-lainlagi. Ia juga dikenali sebagai porselin wares dan seramik SEJARAH TEMBIKAR 1. Telah wujud sejak zaman Neolitik 2. Dihasilkan secara primitif menggunakan tanah liat dari sungai yang dibentuk dan keringkan bawah cahaya matahari.

Upload: png-fei-mun

Post on 13-Aug-2015

498 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Seni Tembikar

DEFINISI TEMBIKAR

Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli.telah wujud di negara ini sejak beribu tahun dahulu. Ragambentuk dan ragam hias yang terdapat pada seitembikar melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai Melayu. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia. Kebanyakan tembikar yang dihasilkan ini mempunyai ciri-ciri kegunaan harian.Barangan tembikar yang dihasilkan oleh setiap negeri di Malaysia dapat dibezakan antara satu sama lain melalui reka corak, reka bentuk atau warnanyakerana setiap negeri mempunyai teknik pembuatannya yang tersediri sertadipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat.Menggunakan bahan tanah liat yang dibentuk, dibakar dan digilap untukdijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan lain-lainlagi. Ia juga dikenali sebagai porselin wares dan seramik

SEJARAH TEMBIKAR

1. Telah wujud sejak zaman Neolitik

2. Dihasilkan secara primitif menggunakan tanah liat dari sungai yang dibentuk dan keringkan bawah cahaya matahari.

3. Tembikar primitif telah ditemui di Ulu Tembeling, Pahang, Gua Cha Kelantan dan kota Tinggi Johor.

CONTOH TEMBIKAR ZAMAN NEOLITIK

Page 2: Seni Tembikar

4. Hiasan pada tembikar terhasil secara tidak sengaja , dari ikatan pada permukaan tanah liat.

5. Negara Cina merupakan pengeluar tembikar yang produktif. Penggunaan kaedah lempar alin (wheelmethod) telah bermula sejak tahun 2000SM. Di Mesir, Cyprus dan Crete, tembikar ditemui sejak zaman neolitik. Di Malaysia, penemuan tembikar zaman purba ditemui di:

Gua Cha, Kelantan.

Gua Niah, Sarawak

Bukit Tengku Lembu, Perlis

Ulu Tembeling, Pahang

Bukti penemuan tembikar:

Di Johor lama –tembikar berbentuk tulang ikan

Di Perak – tembikar yang sama seperti ditemui di Jawa dan Sumatera.

Di Kota TInggi – ditemui tembikar jenis porcelain seperti di zaman Dinasti Ching di China.

6. Nama-nama tembikar di Malaysia

a. Labu Sayong - dari Perak.

b. Tembikar Mambong - dari Kelantan.

c. Pasu Sarawak - dari Sarawak.

LABU SAYONG

Page 3: Seni Tembikar

7. Fungsi Tembikar Tradisi

a. Perak - Tempat menyimpan air. Air di dalam labu menjadi sejuk.

b. N.Sembilan – sebagai lapik tiang rumah. Banyak digunakan di Cenor, Jelebu NS.

c. Sarawak – Suku Kelabit simpan mayat dalam tempayan. Suku Land Dayak – buat pekasam ikan dlm tempayan untuk upacara Hari Gawai.

d. Sabah- Tempayan diguna utk panggil hujan. Suku kaum murut simpan air tapai atau tuak dlm tempayan. Tempayan juga sebagai hadiah perkahwinan, menyambut kelahiran bayi dan kematian

e. Masyarakat Melayu Tradisi - Sebagai tempat perembunan, perasap kemenyan, menyimpan air.

8. Ciri-ciri Tembikar

a. Poros, tidak bersepuh (tidak berkilat)

b. Dibakar dengan suhu yang tinggi 700-800 darjah Celcius.

c. Dibakar dengan teknik pembakaran terbuka. Dibuat dari tanah liat terpilih.

d. Teknikpembentukan tembikar dengan teknik picit.

e. Ragam hias ringkas dan bermotif flora

f. Tidak menggunakan warna pada tembikar.

Page 4: Seni Tembikar

9. Kawasan perusahaan Tembikar Di Malaysia.

a. Kampong Sayong, Kuala Kangsar Perak

b. Pulau Tiga, Parit Perak

c. Lenggong, Perak

d. Bukit Gantang, Taiping Perak

e. Kampung Alor Merah, Kedah.

f. Sg. Dua, Seberang Prai, Pulau Pinang

TEKNIK MEMBENTUK TEMBIKAR

1. Teknik picit

Page 5: Seni Tembikar

Dengan menekan dan memicit ketulan tanah liat dari bahagian tengah.

2. Teknik lingkaran .Tanah liat digelek dengan tangan menjadi lingkaran panjang dan dilingkar membentuk tembikar

3. Teknik acuan . Tanah liat yang cair dituang ke dalam acuan plaster of paris dan dibiarkan dalam beberapa minit kmdn lebihan tanah liat di tuang keluar.

4. Teknik putaran . Menggunakan mesin pemutar. Tanah liat diletakkan ke atas mesin dan dibentukkan semasa mesin berputar.

5. Teknik kepingan

Kepingan tanah liat dicantumkan menggunakan slip tanah/tanah liat cair untuk mendapatkan bentuk

Page 6: Seni Tembikar

TEKNIK PEMBAKAR CARA TRADISIONAL

Pembakaran labu Sayong (salai). Tembikar disalai di atas para selama 6 jam. Kemudian dibakar di dalam api yang marak

Pembakar cara Pulau Tiga

Tembikar diding pada unggun api hingga kering. Kemudian dimasukkan ke dalam bara api

JENIS ALAT DAN FUNGSI PERALATAN TEMBIKAR

1. Pengukir –mengukir permukaan atau membuang bahagian berlebihan pada tembikar

2. Penepik – Meratakan permukaan tembikar

Page 7: Seni Tembikar

3. Span-Melicinkan permukaan tembikar

4. Alat pengukur- Mengukur ketebalan tanah liat, lebar dan garis pusat tembikar

5. Pengguris- Mencorak permukaan tembikar

6. batu sungai- Melicinkan permukaan tembikar sebelum dibakar

7. dawai pemotong- Memotong tanah liat yang telah diuli

8. penggelek- Meratakan tanah liat dalam bentuk kepingan

Alat pembakaran cara moden

Page 8: Seni Tembikar

Tanur kayu

Tanur raku

Tanur gas

Tanur elektrik

JENIS-JENIS TEMBIKAR

Tembikar Sayong (Labu Sayong)

1. Dikenali juga sebagai labu sayong.

2. Berwarna hitam,kuning tanah liat dan coklat.

3. Tidak bersepuh (Poros).

4. Perusahaan tembikar ini banyak dijalankan di Kg.Sayong, Kuala Kangsar, Perak.

Labu Sayong

Page 9: Seni Tembikar

5. Jenis-jenis Labu:

Labu Tanah atau labu tela

Labu gombol atau labu air

Labu pucung atau kepayang

Labu gelugor

Labu panai

Labu bocong atau labu leper

Labu tela

Labu lepap

Labu belalai gajah

TEMBIKAR PULAU TIGA

2. Tembikar Pulau Tiga, Parit Perak .

Proses penghasilan labu Pulau Tiga hampr sama dengan dengan membuat labu sayong. Perbezaannya hanya dari segi pembakaran.

Labu Pulau tiga perlu dibakar selama 6 jam sehingga warnanya bertukar kepada coklat tua kemerahan. Selepas itu barulah dimasukkan tembikar kedalam bahan bakar dengan kepanasan 700 - 800 darjah celcius.

Pembakaran ini lebih kurang 2 jam.

3.

Page 10: Seni Tembikar

Pasu Sarawak

-tempat menyimpan barang-barang berharga, mengisi arak dan jambangan bunga

-berasal dari Sarawak dan bermotif tempatan

4. Kendi

-tempat memasak dan menyimpan air

5. Labu Sayong

-tempat menyimpan air

-berasal dari Sayong, Perak

-bermotif alam sekeliling dan geometri

6. Belanga

-salah satu jenis tembikar mambong

-berasal dari Mambong, Kuala Krai, Kelantan

-biasanya tidak mempunyai motif

7. Jambangan

-tempat meletak bunga

-badannya berbentuk labu yang ditinggikan

Page 11: Seni Tembikar

8. Terenang

-bekas air tertutup

-berasal dari Kg. Pasir Durian, pahang.

-bermotif flora dan fauna

http://wareyzseni.blogspot.com/2010/07/pengenalan-tembikar-ialah-barangan-kraf.html

http://seni-v.blogspot.com/2007/08/tembikar.html

http://lamanseni09.blogspot.com/2010/05/kraf-tembikar.html

http://www.kelantan.gov.my/v6/index.php?option=com_content&view=article&id=129&Itemid=168

oi

http://malaysiana.pnm.my/04/0410tembikar1_pengenalan.htm

http://artisenivisual.blogspot.com/2011/10/kraf-tradisional-tajuk-tembikar-sejarah.html

http://secretofart.blogspot.com/2012/02/definisi-tembikar.html

http://informasikraf.blogspot.com/2012/04/sejarah-tembikar.html

http://cikguise08.blogspot.com/2009/09/kraft-tradisional-dan-dimensi-baru.html