seni boneka

Upload: shara1007

Post on 03-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Seni Boneka

    1/1

    Seni boneka

    Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk melakukan aktiviti persembahan

    boneka di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah menyediakan boneka yang

    diperlukan mengikut watak-watak yang ingin disampaikan kepada murid-murid. Bahan

    lain yang diperlukan dalam persembahan seni boneka adalah dengan menyediakan

    pentas bagi persembahan boneka tersebut. Adalah lebih baik sekiranya guru boleh

    mengarahkan murid-murid untuk membuat atau melakukan sendiri boneka yang

    mereka inginkan mengikut kekreatifan mereka sendiri.

    Kami telah merancang aktiviti untuk kanak-kanak melakukan persembahan

    boneka yang telah mereka lakukan sendiri.

    Aktiviti seni boneka :

    Langkah pertama : Kanak-kanak dipecahkan ke dalam kumpulan-kumpulan kecil dan

    mereka diminta untuk memilih cerita teladan yang pernah didengar atau diceritakan

    kepada mereka. Contohnya, anjing dengan bayang-bayang.

    Langkah kedua : Di dalam kumpulan, kanak-kanak diberikan bahan-bahan yang sesuai

    untuk membuat boneka. Contohnya, kain dan mata untuk membuat boneka sarung

    tangan yang senang untuk dilakukan oleh kanak-kanak.

    Langkah ketiga : Kanak-kanak diminta untuk bekerjasama membuat boneka

    berdasarkan watak dalam cerita yang telah dipilih oleh mereka.

    Langkah keempat : Kanak-kanak akan melakonkan cerita yang mereka pilih tadi

    menggunakan boneka yang telah siap dilakukan bersama-sama.