seni bina islam.pdf
DESCRIPTION
Nota SeniTRANSCRIPT
1
SENI BINA ISLAM
Seni bina Islam mempunyai persamaan dan kesinambungan bentuk-bentuk
dan ciri-cirinya. Terdapat berbagai-bagai jenis binaan atau bangunan Islam sama
ada yang berbentuk keagamaan mahupun yang berbentuk sekular. Di antara
bangunan yang berbentuk sekular yang terpenting ialah istana-istana diraja.
Bangunan–bangunan bertujuan sekular yang lain adalah terdiri daripada hamam
(tempat mandi), maristan(hospital awam), suq ( bazaar atau pasar bertutup) dan
wakaf ataupun tempat persinggahan yang didirikan di sepanjang jalan perdagangan.
Istana Kenangan, Kuala Kangsar,
Perak.
Ketika Istana ini mula-mula dibina ia
tidak menggunakan sebarang paku
dan kini menjadi muzium Diraja Perak
Contoh Hamam (tempat mandi)
Contoh Maristan (hospital awam)
2
Maristan mempunyai wad khas untuk mengasingkan penyakit, seperti demam,
ophthalmia, dan disenteri. Terdapat tab mandi, dispensari, dapur, dan bilik stor.
Contoh Suq (bazaar atau pasar bertutup)
Contoh Wakaf-wakaf
3
Wakaf-wakaf ini ada yang didirikan oleh pihak pemerintah dan ada yang
dibina oleh orang-orang perseorangan yang berada. Fungsi wakaf ialah sebagai
tempat istirahat para pengembara dan tempat mereka bersembahyang bila tiba
waktunya. Satu lagi binaan yang termasuk di dalam bentuk-bentuk seni bina Islam
ialah tugu-tugu, kota-kota ataupun tembok-tembok.
Di peringkat awal perkembangan Islam di negara-negara Arab, tugu-tugu atau
kota-kota ini digunakan sebagai benteng pertahanan iaitu untuk mempertahankan
kota-kota/ bandar-bandar Islam daripada serangan pihak musuh. Bangunan-
bangunan bercorak keagamaan pula adalah terdiri daripada masjid, madrasah,
tempat belajar agama yang khusus (monastery) dan makam-makam. Pembinaan
masjid adalah untuk mengisi tujuan keperluan sembahyang berjemaah.
Selain tempat untuk mengerjakan solat, masjid juga menjadi tempat urusan
pentadbiran, keadilan pengajaran agama Islam dan juga tempat bermesyuarat bagi
membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan masyarakat pada
suatu ketika dahulu. Pada dinding di bahagian hadapan sesebuah masjid itu ditandai
oleh sebuah mihrab pada arah kiblat di mana mereka yang bersembayang perlu
menghadapkan mukanya ke arah tersebut. Mihrab ini pada kebanyakkan masjid
telah dihiasi dengan ukiran-ukiran yang menarik.
4
Madrasah pula ialah sejenis bangunan yang mula diperkenalkan sejak abad ke-
12 masihi. Pada mulanya, ia bertujuan sebagai tempat untuk memperdalam ilmu-ilmu
agama. Kini, di Malaysia, madrasah adalah tempat orang-orang Islam menunaikan
sembahyang fardhu kecuali sembahyang Jumaat. Makam-makam yang besar telah
diperkenalkan kepada masyarakat Islam oleh orang-orang Seljuk. Pada asalnya ia
terdiri daripada dua bentuk yang telah mula diperkembangkan di Korasan, Parsi.
Bentuk yang pertama ialah makam yang mempunyai menara/ bumbung dan
bahagian dasarnya yang berbentuk bersegi-segi atau bentuk bintang. Bentuk yang
kedua yang dikenali sebagai kubah di Afrika Utara, mempunyai bahagian dasarnya
berbentuk segi empat dan bahagian atasnya berkubah. Di India selalunya makam-
makam ini mempunyai empat menara, satu di tiap-tiap sudutnya. (cth: Makam
Humayun dan Taj Mahal).
Makam Humayun, New Delhi, India
5
Makam diraja Kedah, Langgar, Alor Setar, Kedah
Ciri-ciri Seni Bina Islam
Titus Burckhardt berpendapat bahawa luahan perasaan, keamanan,
ketenangan dan keheningan merupakan ciri-ciri tamadun Islam. Seni bina Islam
sememangnya mempunyai cirinya tersendiri seperti yang diterangkan oleh I.H.
Qureshi yang mengatakan bahawa kemasukan cahaya ke dalam bangunan
sebanyak- banyak yang boleh adalah merupakan ciri utama seni bina Islam.
Hiasan dalaman dan luaran yang indah seperti yang terdapat pada dinding,
arked dan bumbung telah disarankan oleh E.J. Grube sebagai tambahan kepada ciri-
ciri seni bina Islam. (bhn hiasan yg paling menonjol ialah tulisan atau kaligrafi).
Masjid yang pertama dan tertua dalam dunia Islam ialah Masjid Madinah yang dibina
oleh Rasulullah s.a.w. dalam tahun 622 masihi.
Seni Bina Masjid
6
Salah satu bangunan bercorak keagamaan. Bersama-sama dengan masjid
terdapat beberapa struktur bangunan yang diperlukan semasa beribadah. Tiga
struktur yang terpenting di dalam sesebuah masjid ialah menara, mihrab dan
mimbar. Menara diperlukan sebagai tempat bilal melafazkan azan atau bang,
menyeru umat Islam datang mengerjakan solat.
Mihrab ialah satu ruang di bahagian dalam paling hadapan bangunan masjid
berhampiran tempat Imam mengepalai sembahyang. Mimbar pula ialah tempat Imam
membaca khutbah Jumaat. Ia bertangga dan dibuat sama ada daripada batu bata,
kayu ataupun batu marmar. Ketiga- tiga struktur itu telah dihiasi indah dengan motif-
motif Islam yang terdiri daripada kaligrafi, bunga-bungaan, geometri dan sebagainya.
Menara Masjid
Mimbar Masjid
Zahir, Alor Setar,
Kedah
7
Mihrab Masjid
Mimbar Masjid
Motif-motif tersebut berfungsi untuk memberikan ketenangan dan keselesaan yang
seterusnya akan melahirkan keharmonian dalam beribadah. Pembinaan menara
yang tinggi akan membolehkan suara azan terbesar luas. Di Negeri China bukan
sahaja menara-menara masjidnya yang kebanyakkannya berbentuk pagoda iaitu
satu ciri seni bina China malahan seluruh bentuk masjidnya adalah berbentuk seni
bina China.
8
Masjid Kristal di Kuala Terengganu
Masjid Sultan, Singgapura
9
Masjid di Rusia
Masjid Yung An He yang mengekalkan tradisi seni bina masyarakat China, Beijing
Madrasah
Bangunan yang berunsur Islam dan dimasukkan di dalam seni bina Islam. Tempat-
tempat ibadah yang khusus selain daripada masjid dan surau dan bangunan-
bangunan yang di dalamnya terdapat makam-makam sultan dan wali. Bangunan
madrasah tidak banyak di Nusantara dan bentuknya agak moden sungguhpun fungsi
tradisinya masih kekal.
Keramat
Orang-orang tertentu yang semasa hidupnya mempunyai sesuatu keistimewaan,
khususnya di dalam bidang keagamaan dan perbomohan dianggap sebagai wali.
Setelah beliau mati kuburnya dianggap sebagai keramat. Seni bina Islam juga
10
mempunyai simbolnya yang tersendiri. M.A.J. Beg (1980) berpendapat bahawa
bulan sabit adalah lambang kepada seni bina Islam.
Keramat Iskandar Shah, atau Iskandar Shah Shrine