seni bina

18
SENI BINA • PENGERTIAN SENI BINA & CIRI- CIRI UTAMA SENI BINA ISLAM • SENI BINA DI ANDALUSIA • SENI BINA DI INDIA

Upload: adzila

Post on 16-Dec-2015

191 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

sejarah penggal 2

TRANSCRIPT

Slide 1

SENI BINAPENGERTIAN SENI BINA & CIRI-CIRI UTAMA SENI BINA ISLAM SENI BINA DI ANDALUSIASENI BINA DI INDIACiri-Ciri Utama Seni Bina Islam

Masjid merupakan satu bangunan yang bercorak keagamaan. Masjid tidak berfungsi sematamata sebagai tempat ibadat sahaja, malah juga sebagai tempat pertemuan umat Islam dalam membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan kemasyarakatan dan juga kebajikan umat Islam sejagat.

Terdapat beberapa jenis ciri-ciri utama seni bina Islam menurut I.H. Qureshi sepertimana yang telah ditulis oleh Mahayudin Haji Yahaya, iaitu; i. Mempunyai ruang untuk memasukkan cahaya ke dalam bangunan sebanyak yang boleh. Hal ini sesuai dengan keadaan alam persekitaran yang boleh memberikan keselesaan kepada umat Islam sewaktu mengerjakan ibadat solat di dalam masjid atau rumah kediaman. ii. Bahan hiasan yang paling menonjol ialah tulisan khat atau kaligrafi yang dipetik daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis sekaligus ianya melambangkan kehidupan umat Islam. iii. Mempunyai ruang pemisah di antara orang lelaki dan orang perempuan. iv. Menyesuaikan reka bentuk bangunan dengan iklim dan keadaan setempat. v. Perabot dalam bangunan mestilah sederhana dan indah. Tujuan Dan Keistimewaan Seni Islam

Seni boleh dibahagikan kepada dua tujuan iaitu seni untuk seni dan seni untuk masyarakat. Bagi seni untuk seni, seseorang itu dibolehkan mencipta unsur seni dengan apa-apa sahaja tujuan. Ia tidak mengambil kira sama ada tujuan itu untuk kebaikan ataupun sebaliknya. Manakala seni untuk masyarakat pula ialah seni yang dicipta itu mempunyai tujuan untuk sesebuah masyarakat. Maka, seni itu haruslah difahami oleh mereka dan digunakan tujuan kemasyarakatan, politik dan akhlak.Seni Islam bertujuan mengangkat martabat manusia ke tempat yang tinggi dan tidak terpisah daripada nilai-nilai kemanusiaan. Sebagai contoh seni selain Islam yang melibatkan penciptaan patung seperti patung yang berbentuk manusia dan binatang lalu bertujuan untuk disembah dapat menjatuhkan kemuliaan manusia itu sendiri. Sedangkan dalam seni Islam ia mengharamkan penciptaan sesuatu yang motifnya berbentuk manusia dan haiwan.Seni Islam berupaya menanam rasa ketenangan dalam jiwa manusia kerana ia melahirkan satu perasaan yang khusyuk apabila seseorang itu menghayati karya hasil seni Islam. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr. Ismail Hamid:

seni dalam Islam menanam rasa khusyuk kepada Allah di samping memberi ketenangan di jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian. Oleh itu, seni dalam Islam tidak berslogan seni untuk seni tetapi sebagai seni kerana Allah untuk manusia.

Seni Islam juga dapat memancarkan daya intelek. Sebagai contoh dalam pembinaan sesuatu binaan seperti pembinaan masjid yang mana ia menggunakan corak geometri yang memerlukan kepandaian dan kepintaran dalam menghasilkan corak, bentuk dan ukuran yang bersesuaian.

Seni Islam seni yang lebih mengutamakan intelek daripada emosi yang dengannya segala yang tersingkap dapat diluahkan. Ia merupakan seni yang mempunyai konsep yang mampu menseimbangkan pertanyaan dengan jawapan. Ciri-ciri seni bina Islam di Granada pada abad ke-13M1.Kemajuan dan perkembangan seni bina dan seni ukir pada zaman ini bukan sahaja di Granada, tetapi di kawasan-kawasan lain yang diduduki oleh orang Islam Sepanyol.

2.Kesenian yang lahir di Granada dikenali sebagai kesenian Granada, manakala kesenian di luar Granada dipanggil kesenian Mudejar yang dilahirkan bersama oleh orang-orang Islam dan bukan Islam pada abad ke-13M dan abad ke-14M. Contohnya, seperti Alcazar di Seville dan Gereja Toledo.

3.Reka bentuk dan seni bina di Granada melambangkan seni bina dan reka bentuk Islam kerana ia dihasilkan oleh seniman-seniman Islam. Contoh yang paling jelas ialah Istana al-Hamra.

4.Istana al-Hamra merupakan istana yang dipenuhi dengan hiasan yang berwarna emas dengan reka bentuk yang sngat menarik, mengandungi beberapa buah bilik yang berukuran sederhana, dua buah dewan besar serta mempu nyai halaman yang dihiasi dengan kolam air pancut dan taman. Di sekitarnya terdapat 128 buah batang tiang bulat yang diperbuat daripada marmar.

5.Binaan unik dan menarik yang terdapat di Granada ialah dua buah menara yang tinggi dan banjaran berkilauan yang dibina di atas banjaran Sierra Nevada. Kepentingan binaan menara ini ialah kerana dari puncaknya kita dapat melihat keindahan kota Granada dengan taman-taman bunga dan pohon buah-buahan yang menghijau.

6.Binaan lain yang terdapat ialah sebuah masjid kecil yang mempunyai reka bentuk yang indah yang dikenali sebagai Masjid al-Mulk yang telah didirikan oleh Sultan Muhammad II. Di atas pintu masuk masjid berkenaan tertera sepotong tulisan Arab,Azza Maulana al-Sultan-Abdillah, dan di bawah perkataan tersebut terdapat sebuah syair yang menyentuh kemurnian agama Islam.

7.Terdapat mihrab pada masjid berkenaan, dengan hiasan yang diperbuat daripada emas dan bertatahkan permata zamrud, yaqut dan sebagainya.

8.Permukaan dinding masjid berkenaan pula dipenuhi dengan hiasan berukiran yang berselang-seli dengan ayat-ayat menggunakan tulisan Arab, sepertial-Qudratu bilLah, al-Mulku lilLah, La ghaliba illalLah.9.Suatu ciri yang nyata dalam aspek seni bina pada zaman ini ialah terdapatnya ruangan yang berbeza dalam sesebuah bangunan. Umpamanya dalam Istana al-Hamra, mempunyai ruang untuk duta, ruangan persalinan untuk permaisuri, ruangan persiraman diraja dan lain-lain yang menjanjikan kelebihan dan keterasingan yang tersendiri dari segi keindahannya

Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk,dan reka letak yang dibina oleh manusia. Pemerintahan kerajaan Moghul di India berakhir pada tahun 1857 M apabila British bertindak membuang negeri pemerintahnya yang terakhir, iaitu Bahadur Shah 2. Antara tokoh terhebat dalam kerajaan ini yang menyumbangkan kemajuan khususnya dalam bidang seni bina ialah Syah Jehan (1627-1658 M).

CIRI-CIRI SENI BINA INDIA

Ciri-ciri seni bina kerajaan Mughal di India antaranya ialah

bangunan masjid yang didirikan dilengkapi dengan menara-menara yang dihiasi indah terutama dengan seni khat Arab.

Unsur-unsur lain ialah terdapatnya kubah-kubah bentuk baharu berupa bunga teratai yang mempunyai puncak yang meruncing.

Binaan sebegini menggambarkan gabungan bentuk kubah gaya Parsi dengan gaya tempatan.

Pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul ini terbina yang besar dan istana yang didirikan dalam sesebuah komplek, contohnya Masjid Lapan Mutiara di Agra.

Kubur/ Makam Diraja Monumen lain yang terdapat pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul ialah Kubur atau tempat pemakaman raja-raja dan kaum kerabatnya. Bangunan yang didirikan tersebut diturap dengan menggunakan bahan-bahan merah yang kekal lama. Kebiasaanya bangunan berkenaan dilengkapi dengan menara yang didirikan secara khusus serta berdiri secara bersendirian, iaitu terpisah dari kesatuan bangunan yang menjadi induknya.

Taj Mahal

Binaan yang paling mengagumkan pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul iaitu Taj Mahal.

Bangunan ini dibina di Agra sebagai tanda cinta dan kasih Syah Jehan dan isterinya, Mumtaz Mahal.

Bangunan ini didirikan dihujung sebuah kolam yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkuk awan yang menawan.

Di bangunan tersebut juga didirikan masjid-masjid yang seolah-olah mempunyai tiga hingga tujuh buah mihrab yang dibina bersebelahan.

Terdapat juga masjid-masjid lain yang berdinding tebal, tiada tingkap, dan dibuat kosong tanpa sebarang hiasan. Identitinya hanya terlihat pada kubahnya yang runcing sahaja.

Berkaitan dengan pembinaan istana, binaannya hampir sama sebagaimana masjid, iaitu terdapat istana di Fathpur Sikri yang didirikan oleh Akhbar diperbuat daripada batu merah yang disusun dengan saiz yang agak besar.

Sebuah gapura yang dibina sebagai pintu masuk menyerlahkan kehebatan binaan ini. Di sekeliling istana, terdapar tembok batu yang mempunyai ruang tempat bersemayam pemerintah yang juga merupakan ruang rasmi pemerintah.

Kompleks ini mempunyai cirri-ciri keselamatan yang baik. Terdapat juga pintu gerbang yang terpisah oleh sebuah lorong dan terdapat juga satu kawasan lapang yang memisahkan pintu gerbang kedua dengan bangunan istana.

Dari segi bahan binaan, kebanyakannya menggunakan bahan yang berkualiti seperti marmar dan batu merah. Permukaan dinding bangunan pula dihiasi dengan lukisan mozek yang indah, seramik serta lukisan-lukisan dari teknik stucco.