senarai tugas mendispens ubat

3
SENARAI TUGAS PROSEDUR MENDISPENS UBAT DI KAUNTER FARMASI BI L TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 1. Terima preskripsi daripada pesakit di kaunter pendispensan 2. Menyaring preskripsi a) Saring: Nama, nombor pendaftaran, umur, tarikh, dan nombor kad pengenalan. tanda tangan, nama dan cop preskriber yang sah nama ubat, dos, kekerapan, tempoh rawatan polifarmasi, interaksi ubat dan masalah lain berkaitan ubat b) Hubungi preskriber jika terdapat preskripsi yang bermasalah 3. Mengisi dan melabel ubat a) Untuk preskripsi lengkap, Isikan ubat ke dalam bekas ubat mengikut arahan dan labelkan bekas tersebut. b) Jika ubat adalah Dadah Berbahaya (DD), psikotropik dan ubat kategori A, hendaklah direkodkan c) Bekalan yang tidak penuh, catatkan butir-butir bekalan seperti di belakang preskripsi dan tandatangan 4. Semak semula label, nama ubat, kuantiti, sukatan dos, dan arahan yang betul 5. Panggil nama pesakit atau nombor giliran. Pastikan identiti pesakit sama seperti dalam preskripsi. 6. Dispen ubat kepada pesakit dengan memberi penerangan arahan penggunaan ubat.

Upload: farsya94

Post on 06-Aug-2015

125 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Senarai Tugas Mendispens Ubat

SENARAI TUGAS

PROSEDUR MENDISPENS UBAT DI KAUNTER FARMASI

BIL TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Terima preskripsi daripada pesakit di kaunter pendispensan

2. Menyaring preskripsi

a) Saring:

Nama, nombor pendaftaran, umur, tarikh, dan nombor kad pengenalan.

tanda tangan, nama dan cop preskriber yang sah

nama ubat, dos, kekerapan, tempoh rawatan

polifarmasi, interaksi ubat dan masalah lain berkaitan ubat

b) Hubungi preskriber jika terdapat preskripsi yang bermasalah

3. Mengisi dan melabel ubat

a) Untuk preskripsi lengkap, Isikan ubat ke dalam bekas ubat mengikut arahan dan labelkan bekas tersebut.

b) Jika ubat adalah Dadah Berbahaya (DD), psikotropik dan ubat kategori A, hendaklah direkodkan

c) Bekalan yang tidak penuh, catatkan butir-butir bekalan seperti di belakang preskripsi dan tandatangan

4. Semak semula label, nama ubat, kuantiti, sukatan dos, dan arahan yang betul

5. Panggil nama pesakit atau nombor giliran. Pastikan identiti pesakit sama seperti dalam preskripsi.

6. Dispen ubat kepada pesakit dengan memberi penerangan arahan penggunaan ubat.

7. Tandatangan di belakang preskripsi setelah ubat didispens. Jika bekalan ubat tidak penuh, kembalikan preskripsi kepada pesakit dan beritahu tarikh datang semula untuk mengambil ubat

8. Rekodkan jumlah pesakit dan jumlah item. Simpan preskripsi yang ada mengikut susunan tarikh selama tujuh tahun.

Disahkan oleh:

Pegawai Farmasi Klinik Kesihatan Sekinchan

Page 2: Senarai Tugas Mendispens Ubat

SENARAI TUGAS

PROSEDUR PENGENDALIAN DADAH BERBAHAYA DI UNIT FARMASI

BIL KERJA

1. Periksa paras stok Dadah Merbahaya (DDA) dan sediakan anggaran keperluan DDA. Sediakan senarai pesanan DDA.

2. Borang pesanan DDA perlu ditandatangani oleh Pegawai Faramsi atau Pegawai Perubatan YM di klinik.Hantarkan pesanan DDA ke Hospital

3. Terima barang dan semak untuk menentukan stok yang dibekalkan adalah tepat berdasarkan borang pesanan ubat DDA.

4. Sahkan dan tandatangan penerimaan pada borang pesanan DDA. Kembalikan sesalinan borang pesanan DDA yang ditandatangan kepada hospital. Failkan sesalinan borang pesanan DDA di klinik

5. Catatkan kemasukan dalam Buku Rekod DDA

6. Simpan didalam almari berkunci di unit farmasi/ unit berkenaan

7. Segala aktiviti pengeluaran dan penerimaan ubat DDA hendaklah direkod dalam Buku Rekod DDA dengan menulis:

Nama Pesakit

Nombor Kad Pengenalan Pesakit

Alamat Pesakit

Nama preskriber

Kuantiti dibekal

Baki

Tandatangan pembekal

Tarikh bekalan diberi

Disahkan oleh:

Pegawai Farmasi

Klinik Kesihatan Sekinchan