semangat patriotisme ialah semangat cinta akan negara

Upload: nazlia-baharudin

Post on 07-Aug-2018

240 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/21/2019 Semangat Patriotisme Ialah Semangat Cinta Akan Negara

    1/3

    Semangat patriotisme ialah semangat cinta akan negara. Perdana Menteri, Yang Amat

    Berhormat Dato Seri Najib Tun Abdul Razak menyatakan bahawa semangat patriotisme perlu

    dipupuk dalam diri generasi muda di negara ini supaya rakyat di negara lain dapat menghormati

    dan memandang mulia kepada kita. Tambah beliau lagi, semangat patriotisme hendaklah

    diterapkan dalam diri generasi muda kerana budaya ini sudah menjadi sebahagian

    negara.Terutamanya, ibu bapa perlu menerapkan semangat patriotisme dalam diri anak-anak

    untuk menjadikan mereka sebagai generasi muda yang cemerlang dan dibanggakan oleh

    negara kerana keperibadian generasi kini akan mencerminkan keperibadian negara ini. Banyak

    langkah yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memupuk semangat patriotisme

    dalam diri generasi masa kini.

    Antara langkah yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri

    generasi muda ialah bermula dari ibu bapa. Misalnya, ibu bapa perlu sering bercerita tentang

    tokoh-tokoh pejuang tanah air kepada anak-anak. Secara tidak langsung semangat patriotik

    dapat diterapkan semasa anak-anak masih kecil lagi. Ibu bapa haruslah bercerita atau

    membacakan cerita tentang perjuangan tokoh-tokoh terkenal seperti Mat Kilau, Tok Janggut,

    Tok Kenali,Datuk Bahaman dan banyak lagi pejuang tanah air. Ibu bapa perlu mendedahkan

    jasa-jasa pejuang tanah air dengan memberitahu mereka betapa sukarnya berjuang untuk

    membebaskan diri daripada belenggu penjajahan. Selain itu, menceritakan peristiwa orang-

    orang terdahulu hidup semasa zaman penjajahan. Apabila bercerita ibu bapa perlu

    menekankan betapa pentingnya semangat patriotisme dalam diri kita. Hal ini dapat dilihat

    apabila orang terdahulu mengharungi pahit maung dan bertapa sukarnya untuk mendapatkan

    makanan, hidup dalam kesusahan dan kesengsaraan serta sentiasa dizalimi oleh penjajah.

    Mereka akan dapat membandingkan keadaan hidup dalam pascamerdeka. Dengan adanya

    tambahan matapelajaran sejarah darjah 4 lebih memudahkan pelajar mengetahui dan

    mengenai sejarah Negara. Perasaan cintakan Negara harus dipupuk dari kecil seperti dewasa.

    Supaya

    Selain itu, pihak sekolah perlu mengadakan lawatan ke tempat bersejarah untuk pelajar-

    pelajar sekolah supaya menjadi generasi yang mempunyai semangat patriotisme. Terdapat

    banyak tempat bersejarah di negara kita untuk dikunjungi. Tempat-tempat tersebut merupakan

    monument yang perlu dipelihara supaya generasi kini akan dapat melihat sendiri dan merasai

  • 8/21/2019 Semangat Patriotisme Ialah Semangat Cinta Akan Negara

    2/3

    kesan yang amat mendalam. Sebagai contoh tempat bersejarah yang boleh dilawati ialah Kota

    A Famosa di Melaka. Sambil melawat ke tempat bersejarah, guru yang mengetuai lawatan

    tersebut perlu menceritakan tentang kejatuhan Melaka lalu Portugis membina Kota A Famosa.

    Pelajar-pelajar akan dapat melihat kesan peristiwa tanah air dan dapat menerapkan semangat

    cinta akan negara.pemerhatian mereka terhadap kesan-kesan peninggalan sejarah akan

    melahirkan semangat juang untuk menpertahankan negara daripada ancaman musuh.

    Contohnya, kunjungan ke tempat bersejarah yang lain seperti Bandar Hilir Melaka yang akan

    mengingatkan mereka kepada sejarah hitam negara ketika dijajah oleh Portugis, Belanda dan

    Inggeris.

    Tambahan lagi, generasi kini perlu menyertai program yang dilakukan oleh pihak

    kerajaan. Contohnya remaja kini perlu menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Program ini

    dipernuhi dengan aktiviti yang memupuk semangat patriotik seperti kawad kaki dan latihan

    berkumpulan. Program ini juga merupakan gabungan latihan ketenteraan dan memupuk

    semangat patriotik kepada mereka ke arah cinta akan negara. Pelatih-pelatih akan dapat

    mempelajari nilai-nilai murni seperti tanggungjawab, kerjasama dan hormat-menghormati.

    Pelatih akan bercampur gaul dengan pelatih lain yang berbilang kaum, budaya dan agama yang

    berbeza. Hal ini akan dapat memupuk semangat perpaduan yang merupakan elemen yang

    penting dalam semangat patriotik seperti pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Di

    samping itu, program ini akan dapat melahirkan generasi yang mengetahui hal kenegaraan

    yang berkaitan dengan kerajaan dan kedaulatan negara.

    Seterusnya, ibu bapa perlu sering membawa anak-anak menyambut hari kemerdekaan.

    Ibu bapa dan anak-anak perlu melihat atau menyertai sambutan di kawasan setempat atau ibu

    bapa mengajak anak-anak menyaksikan kemeriahan kemerdekaan di televisyen. Hai ini

    demikian akan dapat menjadi medium yang sangat berkesan untuk menyermai rasa cinta akan

    negara dalam sanubari meraka. Di samping menyaksikan kemeriahan kemerdekaan akan

    dapat mengimbas kembali nostalgia dan memori sewaktu negara dijajah melalu nukilan puisi-

    puisi, sketsa, novel-novel kemerdekaan terbit di hati meraka semangat biar patah tulang, jangan

    putih mata. Ibu bapa juga perlu menerangkan kepada anak-anak nikmat menjadi anak

    pascamerdeka dan bersyukur kerana diberikan keamanan dan kedamaian.

  • 8/21/2019 Semangat Patriotisme Ialah Semangat Cinta Akan Negara

    3/3

    Konklusinya, memupuk semangat patriotisme perlu dijalankan sepanjang masa tanpa

    henti. Hal ini demikian dapat melahirkan generasi yang mempunyai rasa cinta akan negara dan

    menjadi individu yang berguna kepada bangsa dan juga negara. Peranan semua pihak sangat

    penting untuk menerapkan semangat patriotik dalam diri generasi muda. Contoh yang baik

    akan diikuti oleh orang ramai. Bak kata pepatah bagaimana acuannya, begitulah kuihnya.