semangat kejiranan

2
Tajuk: Semangat Kejiranan SEMANGAT KEJIRANAN Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Assalamualaikum w. b. t.Tajuk pidato saya pada hari yang mulia ini ialah ‘Semangat Kejiranan’. Hadirin sekalian, Jiran ialah sekelompok masyarakat setempat yang tinggal berhampiranantara satu dengan lain. Jiran diibaratkan sebagai saudara kandung tempat kita mengadu tatkala berada dalam kesusahan atau hendak mengadakan majlis keramaian. Jiran yang baik ibarat Cubit peha kiri ,Peha kanan pun terasa’ amat sukar ditemui. Semangat kejiranan wajar dipupuk kerana melaluinya kita dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Hal ini dapat dilaksanakan melalui budaya ziarah-menziarahi semasa perayaan besar seperti Sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina atau Deepavali. Selain itu kita juga boleh berkunjung ke rumah jiran ketika mereka mendapat musibah atau sakit. Kunjungan kita ke rumah jiran mungkin dapat melegakan penderitaan yang mereka alami dan secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim.Semangat kejiranan juga berupaya mewujudkan masyarakat yang prihatin. Hal ini boleh terjadi seandainya jiran tetangga saling mengambil berat di antara satu denganlain. Hubungan yang terjalin akan memudahkan kita untuk meminta bantuan ketika dalam kesusahan. Selain itu, kita juga boleh mengharapkan jiran memerhatikan rumah kita semasa kita pulang ke kampung atau pergi melancong. Pada masa yang lain mungkin kita pula akan dipinta oleh mereka untuk berbuat perkara yang serupa. Semangat kejiranan yang dipupuk juga memudahkan tugas yang besar dilaksanakan secara bergotong-royong. Apabila hubungan sesama jiran sudah menjadi akrab sesuatu tugas yang berat dan besar seperti membersihkan kawasan

Upload: boonyi-unai

Post on 22-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pidato spontan

TRANSCRIPT

Page 1: Semangat Kejiranan

Tajuk: Semangat Kejiranan

SEMANGAT KEJIRANAN

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan

sekalian.Assalamualaikum w. b. t.Tajuk pidato saya pada hari yang mulia ini ialah ‘Semangat Kejiranan’.

Hadirin sekalian,

Jiran ialah sekelompok masyarakat setempat yang tinggal berhampiranantara satu dengan lain.

Jiran diibaratkan sebagai saudara kandung tempat kita mengadu tatkala berada dalam kesusahan atau hendak mengadakan

majlis keramaian. Jiran yang baik ibarat Cubit peha kiri ,Peha kanan pun terasa’ amat sukar ditemui. Semangat kejiranan

wajar dipupuk kerana melaluinya kita dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.

Hal ini dapat dilaksanakan melalui budaya ziarah-menziarahi semasa perayaan besar seperti Sambutan Hari Raya, Tahun Baru

Cina atau Deepavali. Selain itu kita juga boleh berkunjung ke rumah jiran ketika mereka mendapat musibah atau sakit.

Kunjungan kita ke rumah jiran mungkin dapat melegakan penderitaan yang mereka alami dan secara tidak langsung

mengeratkan hubungan silaturahim.Semangat kejiranan juga berupaya mewujudkan masyarakat yang prihatin. Hal

ini boleh terjadi seandainya jiran tetangga saling mengambil berat di antara satu denganlain. Hubungan yang terjalin akan

memudahkan kita untuk meminta bantuan ketika dalam kesusahan. Selain itu, kita juga boleh mengharapkan jiran

memerhatikan rumah kita semasa kita pulang ke kampung atau pergi melancong. Pada masa yang lain mungkin kita pula

akan dipinta oleh mereka untuk berbuat perkara yang serupa.

Semangat kejiranan yang dipupuk juga memudahkan tugas yang besar dilaksanakan secara bergotong-

royong. Apabila hubungan sesama jiran sudah menjadi akrab sesuatu tugas yang berat dan besar seperti membersihkan

kawasan kampung atau perumahan dapat dilaksanakan secara bersama-sama tanpa sebarang masalah. Justeru, tugas yang

berat menjadi mudah laksana hati kuman sama dicecahhati gajah sama dilapah. Lantas suasana yang harmoni dapat dibentuk

dalam masyarakat. Kesimpulannya, semangat kejiranan wajar dipupuk dalam masyarakat kita agar masyarakat dapat hidup

dalam keadaan harmoni. Sekiranya hal ini dapat dilakukanmaka akan tercapailah cita-cita negara untuk membentuk

masyarakat yang bersatupadu dan penyayang. Sekian ,terima kasih.