semangat kejiranan

26
Semangat Kejiranan Pendahuluan : - Dewasa ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita semakin hari semakin terpinggir. - Masyarakat pada hari ini lebih mementingkan diri sendiri dan membudayakan hidup bagai enau dalam berlukar melepaskan pucuk masing-masing. - Semangat kejiranan harus dipupuk oleh setiap masyarakat tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama untuk mengukuhkan perpaduan kaum. Isi 1 : Ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak - Jika ibu bapa menunjukkkan teladan yang baik kepada anak –anak maka mereka akan mencontohi teladan yang ditunjukkan kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. - Sebagai contoh, ibu bapa harus mengunjungi atau menziarahi jiran walaupun mereka berada dalam keaddan baik atau tidak. - Ibu bapa juga haruslah tidak sombong dengan jiran dan sering bertegur-sapa. - Kesannya, semangat kejiranan dapat dipupuk antara jiran dalam kalangan anak-anak dan ibu bapa sekali gus dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. Isi 2 : Mengadakan aktiviti gotong-royong - Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. - Sebagai contoh, aktiviti yang diadakan secara bergotong-royong adalah seperti membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya. - Dengan ini, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain dengan lebih dekat. Isi 3 : Mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. - Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat.

Upload: liyoong

Post on 14-Dec-2015

126 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

...

TRANSCRIPT

Page 1: Semangat Kejiranan

Semangat Kejiranan Pendahuluan :

- Dewasa ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita semakin hari semakin terpinggir.

- Masyarakat pada hari ini lebih mementingkan diri sendiri dan membudayakan hidup bagai enau dalam berlukar melepaskan pucuk masing-masing.

- Semangat kejiranan harus dipupuk oleh setiap masyarakat tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama untuk mengukuhkan perpaduan kaum.

Isi 1 : Ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak - Jika ibu bapa menunjukkkan teladan yang baik kepada anak –anak maka mereka akan

mencontohi teladan yang ditunjukkan kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. - Sebagai contoh, ibu bapa harus mengunjungi atau menziarahi jiran walaupun mereka berada

dalam keaddan baik atau tidak. - Ibu bapa juga haruslah tidak sombong dengan jiran dan sering bertegur-sapa.- Kesannya, semangat kejiranan dapat dipupuk antara jiran dalam kalangan anak-anak dan ibu

bapa sekali gus dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni.

Isi 2 : Mengadakan aktiviti gotong-royong- Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang

tentang aktiviti yang akan dilakukan. - Sebagai contoh, aktiviti yang diadakan secara bergotong-royong adalah seperti membersihkan

kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya. - Dengan ini, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain dengan lebih dekat.

Isi 3 : Mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. - Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam

kalangan jiran setempat. - Melalui acara rumah terbuka , jiran dapat bertanyakan khabar dan bercerita tentang

pengalaman masing-masing dengan lebih dekat. - Misalnya, semasa Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina , dan sebagainya. - Dengan ini, semua ahli dalam masyarakat berperluang untuk berkumpul dan berbincang sambil

menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah.

Isi 4 : Menghidupkan semula program rukuntetangga di kawasan perumahan- Hal ini kerana program rukun tetangga berfungsi sebagai perisai untuk mengawal keselamatan

kawasan perumahan terutama pada malam hari. - Anggotanya membabitkan semua pihak tanpa mengira kaum kerana masing-masing

bertanggungjawab menjaga keselamatan sendiri dan keluarga. - Sebagai contohnya, anggota rukun tetangga akan bergilir-gilir bertugas meronda kawasan tanpa

mengira usia , agama dan status.

Page 2: Semangat Kejiranan

- Lazimnya, scenario ini akan mewujudkan jalinan hubungan yang mesra dan melahirkan semangat kejiranan yang utuh dan bersatu-padu.

Isi 5 : Sering kunjung-mengunjungi - Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. - Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat bahawa jiran kita

dimasukkan ke hospital. - Dengan ini, kita dapat meringankan penderitaan dan kususahan yang dialami oleh jiran kita.

Penutup: - Jika kita tidak memupuk semangat kejiranan, ia akan menjejaskan perpaduan negara kerana

bersatu kita teguh , bercerai kita roboh. - Oleh itu, kita wajib memupuk semangat kejiranan bermula daripada sekarang. - Namun begitu, kita tidak seharusnya meletakkan usaha ini pada bahu satu pihak kerana

bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.- Oleh itu, semua pihak perlulah bersinergi ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing untuk

menghidupkan semangat kejiranan di negara kita.

Page 3: Semangat Kejiranan

Bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana alam Pendahuluan :

- Ketika dunia hari ini merentasi arus teknologi yang semakin canggih, bencana alam pula sering melanda dan menunjukkan belang.

- Pada realitinya, bencana alam seperti banjir, letusan gunung berapi dan ribut taufan ialah satu fenomena alam yang tidak dapat kita halang.

-  Sebagai masyarakat yang mempunyai sifat kemanusiaan kerana berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, kita sepatutnya bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan ibarat hulurkan tangan, ringankan beban.

Isi 1 : Kita boleh menyalurkan bantuan dengan kutipan derma.- Derma yang dihulurkan akan disalurkan kepada mangsa bencana alam yang amat memerlukan

dan mendambakannya bagi meneruskan kehidupan di bumi ciptaan Tuhan ini. - Bantuan yang disumbangkan tidaklah hanya berfokuskan wang ringgit, tetapi bantuan lain

seperti ubat-ubatan, pakaian dan makanan juga diperlukan.- Dengan ini, mangsa-mangsa akan berasa senang hati dan berterima kasih kerana mempunyai

ramai orang yang sudi member bantuan kepada mereka.

Isi 2 : Pihak kerajaan mahupun swasta perlu bekerjasama untuk menyediakan bantuan peralatan keselamatan.

- Peralatan keselamatan tersebut disediakan supaya proses pencarian mangsa lebih senang dijalankan terutamanya bagi mangsa bencana alam gempa bumi dan mangsa runtuhan tanah lumpur.

- Contoh peralatan keselamatan yang boleh disediakan ialah jentera berat dan alat teknologi moden. Di samping itu, peralatan keselamatan tersebut perlu disediakan dalam masa yang paling singkat.

- Dengan adanya jentera berat dan peralatan teknologi yang moden, mangsa-mangsa yang masih hidup atau yang tercedera dapat diselamatkan dalam masa yang paling singkat.

Isi 3 : Bantuan perubatan juga perlu disalurkan dengan segera bagi membantu mangsa yang cedera.- Bantuan perubatan ini boleh disalurkan dari seluruh dunia. Doktor, jururawat dan pegawai

perubatan perlu ditempatkan di tempat yang berlaku bencana alam dalam tempoh yang paling singkat.

- Malahan, ubat-ubatan dan vaksin untuk kegunaan mangsa kejadian juga perlu disalurkan dengan secukupnya supaya mangsa-mangsa yang cedera dapat dirawat dengan sempurna.

- Sebagai contohnya, semasa bencana gempa bumi berlaku di Si Chuan, China, bantuan perubatan telah disalurkan dari negara-negara maju supaya dapat membantu dan merawat mangsa bencana alam.

Isi 4 : Bantuan kepakaran dalam pelbagai bidang harus disediakan untuk membangunkan semula kawasan kejadian.

Page 4: Semangat Kejiranan

- Contoh kepakaran dalam bidang pembinaan dan kepakaran dalam bidang psikologi. - Bagi pakar-pakar bidang pembinaan, mereka boleh menggunakan kepakaran mereka untuk

membangunkan semula kawasan kejadian yang musnah teruk. - Kerosakan yang berlaku juga boleh dibaikpulihkan dengan senang dan cepat. - Jadi, mangsa-mangsa boleh menjalankan kehidupan mereka seperti biasa dengan lebih cepat..

Isi 5 : masyarakat perlu bersama-sama menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa yang terlibat. - Mereka boleh pergi ke tempat tersebut untuk membantu mangsa-mangsa menyedia atau

memasang khemah. - Bagi mereka yang tidak dapat sampai ke tempat tersebut, mereka juga boleh menderma

makanan, minuman, pakaian, selimut dan lain-lain bagi mangsa-mangsa kejadian.- Selain itu, masyarakat juga boleh memberi nasihat dan semangat untuk menenangkan perasaan

mangsa. Jadi, masyarakat harus tidak mementingkan diri sendiri sahaja, sebaliknya kita semua harus memberikan bantuan dengan upaya diri sendiri bagi mangsa-mangsa kejadian.

Isi 6 : Bantuan kewangan daripada kerajaan amat diperlukan untuk membangunkan semula penempatan yang musnah semasa kejadian.

- Kerajaan perlu memperuntukkan bantuan kewangan untuk pembangunan jangka panjang. - Selain itu, kerajaan juga perlu memperuntukkan kewangan untuk pembinaan semula

penempatan yang musnah dilanda bencana- Tindakan kerajaan tersebut akan memberi keyakinan kepada rakyatnya kerana mereka tahu

bahawa tempat mereka dapat dibaikpulihkan dengan secepat mungkin.

Penutup : - Kita haruslah saling membantu dan menghulurkan bantuan kepada mereka mengikut upaya diri

sendiri. - Kita berharap agar rakyat tidak terlalu mementingkan diri sendiri atau bersikap materialistik

sahaja kerana mangsa-mangsa bencana alam juga merupakan sebahagian penghuni di bumi ini. - Oleh itu, segala bantuan yang dibincangkan di atas harus disalurkan kepada mangsa kejadian

supaya penderitaan mereka boleh diringankan.

Page 5: Semangat Kejiranan

Masyarakat Penyayang Pendahuluan :

- Pada alaf baru ini, ibu bapa memberi peranan yang penting kepada masyarakat dan negara. –- Dalam kalangan ibu bapa dalam masyarakat ini selalu diberi perhatian oleh orang ramai

terutamanya kerajaan. - Oleh itu, terdapat pelbagai langkah-langkah yang boleh diambil untuk membentuk masyarakat

penyayang.

Isi 1 : Ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang kepada anak-anak. - Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka. Hal ini kerana,

ibu bapa tersebut lebih mementingkan kemewahan hidup dan kekayaan. - Oleh itu, ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak mereka. - Sebagai contoh ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka semasa cuti sekolah untuk

meneratkan hubungan dan mengurangan tekanan anak-anak dalam aspek pembelajaran serta

Isi 2 : Ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama kepada anak-anak semenjak kecil lagi. - Ibu bapa mengagung-agungkan kemodenan sehingga mengabaikan anak-anak dalam didikan

agama. - Hal ini kerana, mereka beranggapan didikan agama tidak penting dalam arus kemajuan

teknologi satelit masa kini. - Misalnya, menggalakkan anak-anak mengikut kelas kifayah supaya anak-anak akan menjadi

insan yang berakhlak mulai.

Isi 3 : Ibubapa haruslah menyediakan semua keperluan atau kemudahan kepada anak mereka. - Penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting. - Begitu juga dengan hubungan ayah dan ibu yang mesra tanpa sebarang masalah sudah pasti

akan memberi keselesaan kepada anak untuk menjadi manusia yang penyayang. - Ringkasnya, sikap ibubapa yang sebegini mampu melahirkan satu generasi muda yang

penyayang di negara ini.

Isi 4 : Ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak. - Bak kata pepatah “ bagai acuan begitulah kuihnya”. Hal ini demikian, ibu bapa perlu

menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak sejak kecil lagi. - Umpamanya, mengamalkan tabiat rajin membaca buku di hadapan anak-anak. Lama-kelamaan

tabiat ini dalam kalangan generasi muda akan mengikut tabiat yang positif ini. - Ringkasnya, peranan ibu bapa amatlah besar dalam melahirkan masyarakat yang berguna pada

alaf globalisasi ini.

Penutup : - Semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan dan pihak swasta.

Page 6: Semangat Kejiranan

- Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang terpenting untuk memupuk masyarakat penyayang.

Faedah-faedah belajar secara berkumpulan Pendahuluan :

- Murid mempunyai cara yang tersendiri untuk mengulang kaji pelajaran mereka . - Ada yang suka belajar di perpustakaan ,di rumah dan ada juga yang suka belajar secara

bersendirian. - Antara teknik belajar yang begitu popular dalam kalangan murid-murid sekolah pada masa

sekarang ialah belajar dalam berkumpulan.

Isi 1 : Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar secara bersendirian.

- Hal ini dikatakan kerana apabila belajar dalam kumpulan, idea dan pemikiran dapat dikongsi bersama.

- Contohnya, apabila sekumpulan murid sedang membuat kerja sekolah, setiap orang dalam kumpulan itu pasti akan mempunyai pendapat atau jawapan yang berlainan.

- Dengan itu, murid-murid tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menjawab satu soalan. Isi 2 : Menjalinkan hubungan persahabatan.

- Andaikan bahawa semua orang dalam kumpulan tersebut kenali satu sama lain, dan seseorang daripada kumpulan itu menjemput seorang yang baru dan tidak dikenali, mereka pasti akan memperkenalkan diri mereka agar ahli yang baru itu tidak terasa janggal.

- Dengan ini , kita akan berkenali dengan kawan baru.

Isi 4 : Menjimatkan masa - Apabila belajar secara berkumpulan, biasanya setiap kumpulan akan mempunyai sekurang-

kurangnya lima hingga enam orang ahli dan sekiranya dua orang daripada kumpulan itu tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu, itu tidak akan menjadi suatu masalah kerana masih terdapat empat orang ahli yang boleh bekerjasama untuk membincang dan menyiapkan kerja atau tugasan yang diberikan.

- Dengan mempunyai bekerjasama antara ahli kumpulan , tugasan akan disiapkan dengan mudah dan cepat.

Isi 5 : Belajar dalam kumpulan juga boleh mengurangkan perbelanjaan.

- Dalam sesebuah kumpulan, kesemua ahli kumpulan itu pasti akan mempunyai buku latihan kepunyaan sendiri yang boleh dikongsi bersama untuk membuat salinan dan mereka tidak perlu bersusah-payah dan membazir duit untuk membeli buku yang sudah dimiliki oleh salah satu ahli kumpulan.

Penutup :

- Secara luaran dapat dilihat bahawa kumpulan dapat memberikan sumbangan yang besar jika dibandingkan dengan seorang.

Page 7: Semangat Kejiranan

- Secara ringkasnya, belajar secara berkumpulan banyak membantu jika dilaksanakan dengan betul.

Usaha-usaha memartabatkan Bahasa Melayu Pendahuluan :

- Status atau kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pembentukan tamadun bangsa kini makin tercabar di negara kita kerana sikap sesetengah pihak yang memandang remeh terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

- Kedudukan bahasa kini mula mengalami perubahan yang ketara apabila bahasa Inggeris mula digunakan dalam kehidupan seharian.

- Pelbagai usaha telah, sedang, dan akan dijalankan bagi mempertahankan dan memantapkan kedudukan penggunaan bahasa Melayu agar tidak lenyap di telan zaman.

Isi 1 : Mempertahankan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk semua mata pelajaran di sekolah rendah, menengah, dan menolak sebarang tuntutan untuk kembali kepada dasar PPSMI.

- Mengambil tindakan segera untuk menjadikan pembelajaran bahasa Melayu pada peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah sebagai pengalaman yang menarik, berkesan dan memikat dengan menggunakan pelbagai bahan kreatif dan inovatif.

- Selain itu pihak yang terlibat boleh menyediakan latihan dalam perkhidmatan kepada semua guru untuk membolehkan mereka mencapai tahap penguasaan bahasa Melayu yang tinggi.

- Sistem pendidikan kebangsaan juga boleh menyusun strategi bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat di Malaysia.

Isi 2 :

- Peribahasa ada mengatakan bahawa ‘tak kenal maka tak cinta’. Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa perlunya proses mengenali sebelum mencintai sesuatu. Begitu juga dengan bahasa kita.

- Apabila mengenali bahasa kebangsaan kita, kita akan sentiasa dapat menyemai sikap cintakan negara walau ke mana pun kita pergi.

- Sebagai contoh, jika kita berpeluang untuk ke negara luar, kita seharusnya memperkenalkan bahasa Melayu dan berbangga apabila bertutur dalam bahasa ini.

- Jika sudah terbiasa, maka semakin tinggilah penghargaan kita terhadap bahasa kebangsaan ini.

Isi 3 : Kita seharusnya mempunyai identiti sendiri yang mampu menaikkan nama negara di mata dunia.

- Malaysia sedang berusaha untuk merealisasikan Wawasan 2020. - Rakyat Malaysia yang memasuki pertandingan atau perlawanan sukan hingga ke peringkat

antarabangsa seharusnya mempromosikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita.

Isi 4 : Melaksanakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah secara berperingkat-peringkat.

Page 8: Semangat Kejiranan

- Dalam mengejar era globalisasi ini, elemen yang membantu kepada agenda pembinaan negara bangsa ialah sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya.

- Dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan, peranan guru amatlah mustahak kerana melalui pendidikan murid-murid perlu disedarkan mengenai kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi di Malaysia.

- Selain itu, tanggungjawab pemimpin institusi pendidikan, pensyarah dan guru adalah untuk menyemai semangat cintakan bahasa kepada generasi muda Malaysia supaya mereka fasih berbahasa Melayu, menghormati dan berbangga dengan bahasa Melayu yang menjadi cerminan sebagai identiti rakyat Malaysia.

Isi 5 : Penghayatan, pemahaman dan kepekaan dalam bahasa Melayu harus diperjuangkan sebagai bahasa kebangsaan yang moden dan bahasa ilmu dalam usaha pembinaan negara bangsa

- Kerjasama seluruh lapisan masyarakat amat diperlukan bagi menjaya dan mewujudkan negara bangsa yang unggul ini.

- Bagi mencapai tahap ketinggian, keindahan bahasa sebagai lambang estetika dalam berbahasa memerlukan pengorbanan dan pengabdian terhadap seni bahasa itu atau perasaan cinta terhadap seni bahasa tersebut.

- Seiring dengan wawasan ini, kita harus bersedia untuk menguasai bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain.

Penutup :

- Kesimpulannya, jelas sudah kita lihat betapa pentingnya peranan bahasa dalam membina tradisi keilmuan.

- Oleh itu, bahasa Melayu harus diperjuangkan dan diletakkan sebagai bahasa saintifik serta diguna pakai dalam sistem pendidikan, pentadbiran malahan dalam semua agenda negara.

- Kita juga harus ingat bahawa bahasa Melayu ini bukan sahaja berperanan sebagai bahasa saintifik malah sebagai satu wahana buat masyarakat Malaysia bagi menyatupadukan pelbagai kaum dalam usaha mencapai perpaduan nasional seperti yang diharapkan dahulu

- . Oleh yang demikian, kita sebagai penutur asli bahasa ini seharusny berusaha untuk mengekalkan bahasa ibunda kita supaya tidak lapuk dek zaman dan terus menjadi bahasa yang dihormati oleh orang lain.

Page 9: Semangat Kejiranan

Usaha –usaha memupuk minat bersukan dalam kalangan remaja Pendahuluan :

- Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita.

- Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan dengan kerjasama semua pihak seperti ibu bapa dan pihak berkuasa lain.

- Sekiranya dengan kerjasama ibu bapa dan pihak berkuasa dalam memberikan galakan dan sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai.

- Dengan cara itu, nama negara kita akan dikenali dan digeruni di peringkat antarabangsa melalui kejayaan atlet negara dalam bidang sukan.

Isi 1 : Prasarana yang lengkap di kawasan perumahan - Pihak pengurusan Bandar perlu memastikan penduduk setempat mempunyai akses prasarana

asas sukan, misalnya trek larian, padang bola sepak, atau gelanggang bola keranjang. - Proses penyelenggaraan kemudahan asas sukan perlu dilakukan dengan teliti agar sentiasa

berada dalam keadaan baik dan selamat. - Prasana yang berada dalam keadaan baik akan menggalakkan remaja-remaja untuk meluangkan

masa di pusat-pusat rekreasi sebagai pilihan mengisi masa lapang.

Isi 2 : Dana sukan bagi sekolah-sekolah- Pihak sekolah perlu sokongan dana bagi memastikan para pelajar dapat melibatkan diri secara

aktif dalam aktiviti kokurikulim. - Untuk itu, alatan sukan yang lengkap, bersama jurulatih yang berpengalaman adalah perlu bagi

memastikan potensi penglibatan para remaja dapat di perkembangkan dan membuahkan hasil, rutin latihan yang mantap mampu menjadikan sukan sebagai aset bagi para remaja dalam melangkah ke alam menara gading.

- Pencapaian sukan yang aktif adalah sangat berguna dalam usaha mendapat tempat di universiti dan biasiswa.

- Sekiranya, pihak sekolah dapat menjadikan platform sukan di sekolah masing-masing dengan efektif, sudah pasti remaja akan lebih berminat dan serius dalam melibatkan diri dalam sukan.

Isi 3 : Ibu bapa adalah dengan memberikan galakan dengan cara membelikan anak-anak mereka peralatan sukan.

- Sekiranya anak-anak memiliki peralatan sukan yang lengkap dan sesuai sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk bersukan.

- Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka pakaian, kasut dan alat-alat yang berkaitan dengan permainan yang diceburi oleh anak-anak mereka seperti raket badminton, squash dan tenis.

- Oleh hal yang demikian, minat anak-anak dapat dikembangkan sekiranya peralatan yang sesuai dimiliki oleh mereka.

Page 10: Semangat Kejiranan

Isi 4 : Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif.

- Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan. Hal ini demikian kerana,aktiviti sukan akan menyihatkan dan mencergaskan badan.

- Di samping itu, anak-anak yang berbakat dan berminat dalam sukan dan permainan tertentu bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif untuk mencipta kejayaan yang cemerlang.

- Bakat dan minat tersebutperlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk dikembangkan agar dapatmengharumkan nama negara di persada dunia.

Isi 5 : Ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan

- Dengan cara itu,anak-anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan tersebut.Mereka juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan.

- Sudah tentulah perkara iniakan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan iaitu,tinggi gunung, tinggi lagi harapankami.

- Seterusnya, mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

Isi 6 : Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka. - Hal ini demikian kerana, anak-anak akan lebih berminat untuk menceburkan diri dalam bidang

sukan dengan serius. - Mereka juga akan mendapat maklumat atauperkembangan terkini dalam bidang sukan

menerusi majalah-majalah sukan tersebut.- Selain itu, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah sukan tersebut

akan menjadi idola dan pencetus semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya.

Penutup : - Secara keseluruhannya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan dalam usaha untuk

menggalakkan anak-anak bersukan. Oleh itu, ibu bapa perlulah diberikan kesedaran supaya memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkanl ebih banyak ahli sukan di negara kita. Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata dan mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka.

Page 11: Semangat Kejiranan

Kesan Pengambilan Makanan Segera Pendahuluan :

- Makanan segera kian digemari oleh masyarakat kini dan merupakan gaya hidup kebanyakan orang. 

- Faktor masyarakat kini gemar makan makanan segera adalah kerana ia menyenangkan dan menjimatkan masa.

- Golongan pekerja yang menghadapi kesuntukan masa untuk menyiapkan makanan boleh menjimatkan masa dengan membeli makanan segera.

- Terdapat beberapa kesan yang ditimbulkan selepas pengambilan makanan segera.

Isi 1 : Kesihatan diri terganggu - Hal ini berlaku kerana makanan segera kebanyakannya dimasak dengan minyak yang

berulangan,ini mudah mangakibatkan penyakit kanser.- Kandungan minyak yang berlebihan di dalam sistem pendarahan boleh menyebabkan

kandungan kolestrol di dalam darah meningkat secara mendadak dan akan menyebabkan implikasi yang buruk.

- Sekiranya banyak mengambil makanan segera yang tidak berkhasiat dalam jangka masa yang panjang,tahap kesihatan kita pasti akan menurun. 

Isi 2 : menjejaskan hubungan kekeluargaan.- Ini terjadi kerana makanan tidak disediakan oleh isteri atau isi rumah dan jika ini berlaku,maka

anak-anak tidak akan diajar cara-cara memasak atau menyediakan makanan.- Dengan ini, tidak akan wujud masa makan bersama keluarga dan ini akan mengurangkan nilai

kemesraan dan komunikasi antara ahli keluarga.- Amalan memakan makanan segera memupuk sikap individualistic yang akan melemahkan lagi

hubungan antara keluarga.

Isi 3 : Makanan segera tidak mengandungi vitamin A yang amat diperlukan oleh tubuh kita. - Vitamin ini penting untuk membina sel-sel baru, di samping berfungsi untuk penjagaan kulit dan

mata. - Gentian yang dapat membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit tidak terdapat dalam

makanan segera.

Isi 4 : Obesiti - Hal ini berlaku kerana pengambilan berlebihan makanan segera yang mengandungi kandungan

gula dan lemak yang tinggi.- Contohnya adalah seperti ayam goreng, kentang goreng dan sebagainya. - Lemak turut menyebabkan fungsi jantung manjadi lemah dan seterusnya menghidapi penyakit

sakit jantung.

Isi 5 : Menjejaskan tumbesaran seseorang

Page 12: Semangat Kejiranan

- Terdapat kandungan zat makanan yang tidak seimbang iaitu kandungan garam dan bahan kimia dalam serbuk perisa .

- Mudah diserang penyakit darah tinggi dan buah pinggang

Penutup : - Makanan sebenarnya menjadi sumber untuk kesihatan dan kesejahteraan, malang sekali pada

masa kini makanan turut membawa kesengsaraan kepada manusia. - Oleh sebab itu, untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti pelbagai penyakit akibat

pengambilan makanan segera yang berlebihan, kita harus membentuk tabiat pemakanan yang seimbang dan sihat.

- Ambillah makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk menjamin kesihatan tubuh badan yang berterusan.

Page 13: Semangat Kejiranan

Kebaikan dan keburukan media sosial Pendahuluan :

- Pada era globalisasi ini tidak dinafikan dunia sudah mencipta terlalu banyak teknologi canggih untuk memudahkan para pengguna. Tidak kira dalam bentuk mesin, jentera atau ruang media sosial. Namun begitu, pelbagai kesan yang akan diterima oleh pengguna sama ada baik atau buruk.

Kebaikan- Isi 1 : Sebagai alat perhubungan

- Laman sosial dijadikan sebagai alat perhubungan, contoh yang paling ketara adalah pertemuan semula rakan lama ataupun rakan kampung di alam maya dan seterusnya boleh mengetahui perkembangan semasa sesama mereka.

Isi 2 : Sebagai alat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan- Tidak dapat dinafikan laman sosial banyak membantu dalam penyebaran maklumat di mana

ianya berlaku apabila sesuatu maklumat itu dikonfgsi dengan rakan-rakan lain. Contohnya ilmu keagamaan.

Isi 3 : Sebagai alat untuk memantau pergerakan anak mereka - Anak-anak sekarang, sekolah rendah sudah ada akaun laman sosial, sama ada dibuka oleh ibu

bapa atau pengaruh dari kawan.- Ibu bapa boleh mengikuti status terkini anak-anak mereka dan mengenali kawan-kawan kepada

anak mereka. - Kebiasaanya para remaja lebih suka bercerita masalah mereka dengan kawan-kawan daripada

ibu bapa.- Jadi, ibu bapa perlu mencari inisiatif untuk memantau anak mereka.

Isi 4 : Sebagai alat pemasaran produk - Laman sosial ini berguna kepada sesetengah pihak yang menjalankan perniagaan di mana ianya

dijadikan sebagai alat untuk memasarkan produk mereka. - Ianya amat berkesan dan mudah. Maklumat terkini tentang produk yang dikeluarkan dapat

diketahui dengan cepat.

Keburukan- Isi 1 : Membazir masa

- Penggunaan yang terlampau lama di dalam laman sosial mengakibatkan pembaziran masa berlaku.

- Contohnya aplikasi permainan. Terdapat ramai pengguna laman sosial menjadi ketagih dengan permainan tersebut.

- Oleh itu, mereka menggunakan kebanyakan masa dalam bermain permainan dan berlakunya pembaziran masa.

Page 14: Semangat Kejiranan

Isi 2 : Mengurangkan produktiviti - Ketagihan dengan laman sosial sekaligus telah mengurangkan produktiviti kerja. - Majikan menghadapi masalah untuk menyekat pekerja mereka dari melayari laman sosial.- Majikan boleh menyekat pekerja mereka dari melayari laman sosial dengan mem"block" laman-

laman tersebut. - Namun demikian kecanggihan teknologi masa kini telah memudahkan laman-laman tersebujt

dilayari dengan menggunakan telefon Bimbit.

Isi 3 : Penipuan - Pengguna laman sosial mesti bijak dalam mengenal pasti akan kesahihan sesuatu perkara yang

terdapat di laman sosial dan juga jangan cepat percaya dengan orang yang tidak dikenali. - Contoh penipuan ialah pelaburan haram. Terdapat juga pengguna yang tertipu akibat terlampau

percaya dengan kenalan facebook yang hanya dikenali di laman sosial.

Isi 4 : Penceroboh akuan- Pengguna laman sosial dinasihatkan supaya tidak memasukkan maklumat peribadi seperti

nombor akaun bank, nombor telefon, alamat rumah dan sebagainya.- Sekiranya pencerobohan maklumat berlaku, mereka yang tidak bertanggungjawb boleh

menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan-tujuan tertentu yang pasti tanpa keizinan pemilik yang sebenar.

- Seringkali kita mendengar akaun laman sosial selebriti-selebriti tanahir yang berjaya diceroboh dan ianya memberi kesan yang buruk kepada pemilik sebenar.

Penutup : - Kesimpulannya, penggunaan laman sosial ini mendatangkan pelbagai kebaikan dan keburukan

kepada golongan remaja. - Namun impak negatif yang wujud harus diberi perhatian yang serius oleh pihak berkuasa untuk

mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap laman sesawang sosial yang tidak bertanggungjawab.

- Sebagai manusia yang berakal pastinya kita perlu menangkis setiap perkara yang buruk. Pepatah ada mengatakan bahawa “mencegah itu lebih baik daripada mengubati".

Page 15: Semangat Kejiranan

Langkah-langkah berhemat semasa beberlanja Pendahuluan :

- Masyarakat pada era gobalisasi ini yang suka boros berbelanja.- Suka membeli-belah terutama sewaktu diadakan jualan besar-besaran- berbelanja tanpa had

asalkan dapat memuaskan nafsu masing-masing

Isi 1 : memasak sendiri di rumah.- kurangkan untuk makan di luar bersama keluarga- perbelanjaan makan di luar sebenarnya agak tinggi seperti di Kentucky Fried Chicken- tidak baik untuk kesihatan kerana terdedah kepada kolestrol yang tinggi

Isi 2 : Berbelanja mengikut keperluan. - Sekiranya kita mempunyai keghairahan untuk memiliki sesuatu barang demi memenuhi

kehendak nafsu sendiri, maka mustahillah kita berdaya upaya untuk menampung keperluan seharian yang menelan belanja yang besar.

- Oleh hal yang demikian, amatlah wajar seseorang merancang perbelanjaan sebelum membeli-belah di pasar raya.

Isi 3 : Membelanjakan wang berpandukan bajet yang ditetapkan. - Kita tidak seharusnya mempraktikkan amalan berbelanja secara boros kerana amalan tersebut

akan mengakibatkan kita terperangkap dalam krisis kewangan malahan banyak yang didapati berhutang kepada ahli keluarga, rakan sebaya, saudara-mara dan sebagainya.

- Jikalau kita tidak mempunyai pendapatan yang memuaskan atau rendah, usahlah kita meniru gaya berbelanja golongan yang berada seperti jutawan, pengusaha syarikat antarabangsa dan golongan yang berstatus tinggi.

Isi 4 : Perbandingan harga produk sebelum membeli - Ketika membeli barangan baik produk elektronik mahupun barang keperluan seharian seperti

beras, minyak masak dan sayur-sayuran.- Kita perlulah membandingkan harga produk pelbagai jenama agar kita dapat memperoleh

sesuatu barang yang bermutu dengan harga yang lebih murah.

Penutup : - Sebagai kesimpulan, amalan berhemat berbelanja merupakan amalan yang mulia

dan bertanggungjawab yang seharusnya menjadi budaya masyarakat kita. - Amalan ini harus dipupuk oleh ibu bapa dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi bak kata pepatah

melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Page 16: Semangat Kejiranan

Langkah-langkah memajukan industry kecil sederhana Pendahuluan :

- Dewasa ini, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara.

- Demi merancakkan IKS, kerajaan telah mengatur beberapa banyak langkah yang konstruktif dan pragmatik.

Isi 1 : penawaran pembiayaan, geran, pinjaman dan insentif kepada para pengusaha IKS.- Bantuan ini dapat mendorong para pengusaha yang mengusahakan perniagaan IKS berasaskan

pertanian, perikanan, perternakan, pemprosesan makanan, dan sebagainya.- Antara geran dan insentif yang disediakan kepada pengusaha IKS termasuklah skim kewangan,

skim geran penyelidikan dan pembangunan, dan sebagainya.

Isi 2 : Kemudahan pinjaman - Kemudahan pinjaman yang disediakan pula melalui institusi kewangan kerajaan, seperti Bank

Pertanian dan Bank Simpanan Nasional, bank komersial seperti Bank Rakyat dan Bank CIMB, serta syarikat kewangan.

- Melalui Skim Khas Bank Negara, Bank Negara telah menubuhkan Unit Khas Enterpris Kecil dan Sederhana yang bertujuan membantu perusahaan IKS yang berdaya maju untuk memperoleh pembiayaan.

- Dengan adanya bantuan dan sokongan kerajaan, IKS nescaya dapat berkembang maju.

Isi 3 : Khidmat nasihat dan perundingan kepakaran- Usahawan dan pelabur yang ingin akan maklumat atau pendedahan lanjut mengenai IKS boleh

mendapatkan khidmat nasihat yang disediakan oleh agensi kerajaan dan beberapa badan yang lain.

- Para pengusaha memang memerlukan khidmat nasihat dan sokongan teknikal dalam usaha melicinkan operasi IKS agar lebih produktif, dinamik, berdaya maju, dan kos efektif, di samping meningkatkan daya pengeluaran dan kualiti produk, serta pemasaran global.

- Tanpa khidmat nasihat dan perundingan kepakaran, pengusaha-pengusaha yang mentah dalam selok-belok pengurusan IKS ataupun baru menceburi bidang ini akan menghadapi pelbagai rintangan.

Isi 4 : Program latihan dan pembangunan kepada usahawan dan pelabur yang cenderung mengusahakan aktiviti IKS.

- Antaranya termasuklah program rantaian industri, program pembekal global, program peningkatan kemahiran, dan sebagainya.

- Bahkan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalakkan, membimbing dan melatih penduduk Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai kegiatan perdagangan dan perusahaan.

Page 17: Semangat Kejiranan

- Antara program yang ditawarkan ialah latihan keusahawanan, skim latihan perintisan, dan program promosi pemasaran.

- Melalui agensi-agensi kerajaan, IKS berdaya maju dan menyumbang kepada iktisad negara.

Penutup : - Secara tuntasnya, kerajaan memainkan peranan yang mustahak dalam memajukan dan

merancakkan IKS.- Hal ini demikian kerana pertumbuhan pesat sektor perkilangan memperlihatkan kepentingan

dan peranan IKS yang kian ketara.

Page 18: Semangat Kejiranan

Kepentingan semangat patriotik Pendahuluan :

- Patriotisme didefinisikan sebagai semangat cinta akan tanah air dan bersedia berkorban deminya.

- Sebagai rakyat, nilai ini harus dipupuk sebagai tanda kasih dan setia pada negara tercinta

Isi 1 : Mengurangkan risiko berlakunya rusuhan kaum di negara ini.- Masyarakat kita yang berbilang bangsa menjadikan perkara ini satu risiko yang boleh berlaku

dalam sekelip mata sahaja. - Jika rusuhan kaum tercetus di negara ini maka semua pembangunan yang dirancang selama ini

akan hilang begitu sahaja.

Isi 2 : Berupaya menjamin keseinambungan pembangunan negara pada masa hadapan tanpa sebarang kekangan.

- Remaja bakal meneraju pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan tanpa sikap patriotik sudah pasti mereka menganggap pembangunan negara itu sesuatu yang tidak bermakna untuk diteruskan usahanya.

- -Negara memang memerlukan jiwa remaja yang penuh kreativiti dan inovatif itu dalam memastikan pembangunan negara berjalan lancar.

Isi 3 : meningkatkan mutunegara. - Remaja yang cinta akan tanah air tidak akan melakukan gejala jenayah atau terjerumus dalam

kegiatan negatif.- Sebaliknya, mereka akan mempunyai jati diri yang kukuh dan dapat menunjukkan

potensikecemerlangan diri demi negara tercinta.- Mereka akan menguruskan masa mereka denganmelakukan perkara yang berfaedah seperti

mengikut aktiviti kokrikulum

Isi 4 : menjamin perpaduan kaum dankeharmonian negara.- Remaja yang mempunyai semangat patriotism akan saling bekerjasama danbertoleransi antara

satu sama lain. - Sepertimana yang kita tahu, Malaysia merupakan negara majmukyang terdiri daripada pelbagai

etnik dan budaya. “Jiran sepakat membawa berkat”. - Secara eksplisit,dengan semangat patriotism yang mendalam, keharmonian negara akan

terjamin

Penutup : - Konklusinya, patriotisme mampu menjana wahana rakyat untuk mencapai visi negara, iaitu

wawasan 2020.

Page 19: Semangat Kejiranan

Langkah-langkah untuk melepaskan tekanan Pendahuluan :

- Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah biasa.

- Semua insan mengalami tekan yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dll.

- Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya.

Isi 1 : Bersenam Atau Beriadah- Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh- Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran darah berjalan lancar kerana

otot-otot digerakkan.- Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di dalam badan.

Isi 2 : Curahkan Perasaan Dalam Diari.- Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan sebagainya, tulislah segala-galanya

di dalam diari.- Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar sedikit catatan. Simpan

diari di tempat rahsia anda.- Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita itu di lain masa kerana

selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa yang digambarkan didalam diari.

Isi 3 : Luahkan Pada Sahabat Karib.- Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib anda.- Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat mengurangkan bebanan stress.- Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat danpandangan sahabat anda itu.

Isi 4 : Dapatkan sokongan sosial atau rujuk pakar- Cuba dapatkan bantuan kaunseling melalui ruangan kaunseling, NGO berkaitan atau boleh juga

melalui telefon seperti talian ‘Befrienders’ dan lain-lain. - Sekiranya semua gagal, dapatkan bantuan pakar untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

Isi 5 : Aktiviti bersama alam- Sentiasa memelihara hubungan dengan alam. - Anugerah alam ciptaan Allah SWT berupaya menenangkan, menyemai iman dan penawar bagi

manusia. Aktiviti berkebun, menanam dan menjaga pokok bunga bukan sahaja menyihatkan malah membantu memupuk diri memelihara alam.

Page 20: Semangat Kejiranan

- Anda juga menikmati ‘bird watching’, berjalan di tepi pantai sambil mengutip cengkerang untuk hiasan akuarium atau apa saja berkaitan dengan aktiviti alam semulajadi yang cukup mendamaikan bersama-sama ahli keluarga.

Isi 6 : Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.- Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan anda sedia menerima

sesuatu bencana.- Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Taala dan ada

hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.

- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.

Penutup : - Kesimpulannya, kaedah mengenal potensi diri dan berfikiran positif merupakan cara yang

terbaik untuk mengurangkan tahap stres dalam kalangan pelajar.- Oleh itu, pelbagai langkah yang efektif perlu dilakukan oleh semua pihak sehingga ke akar

umbinya untuk menangani isu stres ini daripada berlarutan.