selangor-smksu trial akaun 2013 - k1

Upload: man-tok

Post on 14-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Selangor-smksu Trial Akaun 2013 - k1

    1/9

    SMK SUBANG UTAMA, SELANGOR

    Koleksi Trial 2013 Cg Narzuki Online

    PRINSIP PERAKAUNAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2013 TING 5

    KERTAS 1 MASA: 1 JAM 15 MINITARAHAN: JAWAB SEMUA SOALAN.

    1. Pilih kenyataan yang menerangkan konsep badan berterusan.

    A. perniagaan diwujudkan selama 10 tahunB. perniagaan diwujudkan sehingga tercapai objektif

    C. perniagaan beroperasi dalam jangka masa pendekD. perniagaan diwujud secara berterusan bagi seberapa lama yang boleh

    2. Nyatakan peringkat kelima sebuah kitaran perakaunan.

    A. catatan dalam Buku Catatan Pertama B. penyediaan Imbangan DugaC. catatan pelarasan D. penyediaan Imbangan Duga Terlaras

    3.

    Menerima cek bernilai RM 2 100 daripada penghutang yang menjelaskan hutang bernilai

    RM 2 200.

    Pilih kesan ke atas persamaan perakaunan yang betul bagi urus niaga di atas,

    Penghutang Bank ModalA Bertambah RM 2 200 Berkurang RM 2 100 Bertambah RM 100B Berkurang RM 2 200 Bertambah RM 2 100 Berkurang RM 100C Bertambah RM 2 100 Berkurang RM 2 200 Berkurang RM 100D Berkurang RM 2 100 Bertambah RM 2 200 Bertambah RM 100

    4. Antara yang berikut ialah belanja kendalian perniagaan kecuali

    A. Belian B. Kadar bayaran C. Derma D. Alat tulis

    5. Pilih dokumen yang menunjukkan kemasukan wang ke dalam bank.

    I. Borang Simpanan

    II. Borang wang tunai masuk

    III. Borang Pesanan

    IV. Borang Deposit Tunai

    A. I, II & III B. I, II & IV C. I, III & IV D. II, III & IV

    6. Dokumen berikut ialah baucar yang dikeluarkan oleh Daryl Trading.

    BAUCAR DARYLTRADING

    10 Jalan SS18/4G

    47500 Subang Jaya

    Selangor

    Kepada : Encik Clement Leong Tarikh: 30 Mac 2013

    Bil Keterangan Jumlah (RM)

    1. Pembayaran gaji bagi bulan Mac 2010

    No. Cek : PPP 3890009 900

    Jumlah 900

    (Ringgit: Sembilan ratus sahaja)

    Clement DarylPenerima Pengurus

  • 7/27/2019 Selangor-smksu Trial Akaun 2013 - k1

    2/9

    SMK SUBANG UTAMA, SELANGOR

    Koleksi Trial 2013 Cg Narzuki Online

    Namakan buku catatan pertama yang digunakan oleh Daryl Trading untuk merekod urus

    niaga tersebut.

    A. Jurnal Am B. Buku Tunai C. Jurnal Jualan D. Jurnal Belian

    7. Apakah bukan kegunaan lajur diskaun dalam buku tunai?

    A. Merekod diskaun tunai B. Merekod diskaun niagaC. Merekod diskaun belian D. Merekod diskaun jualan

    8. Pilih kegunaan- kegunaan Buku Tunai Runcit.

    I. membayar belanja kecil

    II. menjimatkan catatan

    III. membahagikan kerjaIV. merekod belanja belum bayar

    A. I, II & III B. I, II & IV C. I, III & IV D. II, III & IV

    9. Dokumen berikut ialah memo daripada seorang pengurus kepada kerani akaunnya.

    MEMO

    Kepada Kerani Akaun Tarikh: 20 April 2013

    Sila rekodkan ambilan stok alat tulis RM60 untuk kegunaan di pejabat.

    Vinsen

    Pengurus

    Catatan di Jurnal Am yang perlu dibuat oleh kerani ini ialah

    Debit Kredit

    A Alat tulis Belian

    B Alat tulis Stok

    C Ambilan Belian

    D Ambilan Stok

    10. Pilih buku catatan pertama yang sesuai untuk merekodkan catatan pembukaanperniagaan.

    A. Jurnal Belian B. Jurnal Jualan C. Jurnal Am D. Buku Tunai

    11. Pilih akaun yang dikelas sebagai Akaun Perorangan.

    A. Penghutang, Pemiutang

    B. Penghutang, Pemiutang, Belian & JualanC. Penghutang, Pemiutang, Ambilan & Modal

    D. Penghutang, Pemiutang. Pulangan Belian & Pulangan Jualan

  • 7/27/2019 Selangor-smksu Trial Akaun 2013 - k1

    3/9

    SMK SUBANG UTAMA, SELANGOR

    Koleksi Trial 2013 Cg Narzuki Online

    12. Apakah fungsi lajur folio?

    I. sebagai rujukan nombor dokumen perniagaan

    II. sebagai rujukan untuk nombor cek dan nombor resit

    III. sebagai rujukan dari jurnal ke catatan lejar

    IV. sebagai rujukan bagi buku catatan pertama untuk mengetahui ke mana catatandiposkan

    A. I & II B. II & III C. III & IV D. I & IV

    13. Bagaimana menulis tajuk Imbangan Duga apabila tempoh perakaunan ialah dari 1

    Januari 2010 hingga 31 Disember 2012?

    A. Imbangan Duga pada 1 Januari 2012

    B. Imbangan Duga pada 31 Disember 2012C. Imbangan Duga bagi tahun berakhir 1 Januari 2012

    D. Imbangan Duga bagi tahun berakhir 31 Disember 2012

    14.

    2013

    A/K Perabot

    2013

    Jan 1 Baki b/b 10 000

    Jun 18 Bank 4 000

    Okt 2 Kedai Perabot Amy 6 000

    Sept 7 Tunai 2 000

    Berdasarkan akaun di atas, baki A/K Perabot akan dicatat di bahagian ...

    Imbangan Duga dengan nilai .

    Bahagian Jumlah RM

    A Debit 18 000

    B Kredit 18 000

    C Debit 20 000

    D Kredit 20 000

    15. Berikut adalah kedudukan pelarasan belanja dan hasil dalam Kunci Kira-kira.

    Aset Semasa Liabiliti Semasa

    I Sewa terakru Komisen diterima terdahuluII Komisen diterima terakru Gaji terakru

    III Stok Alat tulis Kadar bayaran terakru

    IV Insurans terdahulu Faedah diterima terdahulu

    Pilih pernyataan yang betul.

    A. I, II & III B. II, III & IV C. I, III & IV D. II, III & IV

    16. Perniagaan Keith telah menyewa sebuah premis dengan sewa tahunan RM 8 400. Sewa

    dibayar dengan cek pada awal suku tiap-tiap suku tahun mulai 1 Mei 2012. Berapakah sewa

    yang patut dicatatkan di Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2012?

    A. RM 3 500 B. RM 4 200 C. RM 5 600 D. RM 6 300

  • 7/27/2019 Selangor-smksu Trial Akaun 2013 - k1

    4/9

    SMK SUBANG UTAMA, SELANGOR

    Koleksi Trial 2013 Cg Narzuki Online

    17. Hutang lapuk pulih dikategori sebagai

    A. Belanja kendalian B. Belanja bukan kendalian

    C. Hasil kendalian D. Hasil bukan kendalian

    18. Sebuah van dibeli pada 1 Januari 2011 dengan harga RM 80 000. Van itu disusut

    nilaikan dengan kadar 15% setahun mengikut kaedah baki berkurangan. Nyatakan nilai bukuvan pada 31 Disember 2012.

    A. RM 12 000 B. RM 25 600 C. RM 54 400 D. RM 57 800

    19. Apabila stok akhir diberi 2 nilai, akauntan akan memilih nilai yang rendah. Akauntan ini

    mengamalkan

    A. konsep pemadanan B. konsep kos sejarah

    C. konsep badan berterusan D. konsep konservatisma

    20. Petikan akaun berikut diperoleh daripada buku seorang peniaga.

    Akaun Kawalan Penghutang

    2013Mac 1

    31

    Baki b/b

    FaedahBank (Cek tak layan)

    RM400

    200190

    2013Mac 31 Bank

    Diskaun diberiPulangan jualan

    Hutang lapuk

    Baki h/b

    RM6780

    120300

    270290

    Berapakah jumlah jualan kredit?

    A. RM 290 B. RM 790 C. RM 6 970 D. RM 7 760

    21. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kesilapan prinsip?

    A. jualan kepada Suguna telah didebit ke Akaun Guna.

    B. bayaran sewa telah didebit ke Akaun Tunai dan dikredit ke Akaun Sewa.C. belanja am terlupa direkodkan di mana-mana buku

    D. membaiki perabot didebitkan ke Akaun Perabot.

    22. Apakah butiran yang diambil kira dalam pengiraan gaji kasar?

    I. Gaji pokok

    II. Pinjaman kereta

    III. Yuran koperasi

    IV. Elaun

    A. I & II B. I & III C. I & IV D. II & IV

  • 7/27/2019 Selangor-smksu Trial Akaun 2013 - k1

    5/9

    SMK SUBANG UTAMA, SELANGOR

    Koleksi Trial 2013 Cg Narzuki Online

    23. Maklumat berikut adalah berkaitan dengan penggajian Sin Yee, seorang kerani bagi bulan

    Mac 2013:

    RM

    Gaji pokok 1 800

    Pinjaman perumahan 300Elaun sara diri (COLA) 400

    KWSP 130

    Berapakah gaji bersih yang diperoleh Sin Yee bagi bulan Mac 2013?

    A.RM970 B. RM 1 570 C. RM 1 770 D. RM 2 200

    24. Apakah nama dokumen yang sentiasa dihantar oleh bank kepada perniagaan pada akhir tiap-

    tiap bulan untuk memaklumkan dengan terperinci penerimaan dan pembayaran dalam akaun

    semasanya.

    A. Makluman debit B. makluman kredit

    C. Penyata bank D. Penyata Penyesuaian Bank

    25.

    Buku tunai pada 31 Julai 2013 menunjukkan baki kredit RM 1 300

    Cek belum dikreditkan berjumlah RM 300

    Cek belum dikemukakan berjumlah RM 600

    Berdasarkan maklumat di atas, berapakah baki akhir Penyata Bank?

    A. baki debit RM 1 000 B. baki kredit RM 1 000

    C. baki debit RM 1 600 D. baki kredit RM 1 600

    26. Pilih butir yang terdapat dalam bahagian kredit akaun modal pekongsi. A.

    modal awal B. kongsi untung

    C. faedah atas modal D. gaji pekongsi

    27. Maklumat berikut diperoleh daripada Akaun Semasa Arthur.

    Baki pada 1 Mac 2013RM

    390Gaji pekongsi 1 300

    Ambilan 1 000

    Faedah atas ambilan 100

    Kongsi untung 3 400

    Berapakah baki akhir akaun tersebut?

    A. RM610 B. RM 810 C. RM 3 590 D. RM 3 990

  • 7/27/2019 Selangor-smksu Trial Akaun 2013 - k1

    6/9

    SMK SUBANG UTAMA, SELANGOR

    Koleksi Trial 2013 Cg Narzuki Online

    Kelengkapan 14 000

    Stok 3 000

    Penghutang 4 000

    Bank 3 000

    Pemiutang 3 500

    28. Pilih catatan jurnal yang betul untuk merekodkan rugi realisasi.

    Debit Kredit

    A Akaun Realisasi Akaun Modal pekongsi

    B Akaun Realisasi Akaun Semasa pekongsi

    C Akaun modal pekongsi Akaun RealisasiD Akaun Semasa pekongsi Akaun Realisasi

    29. Asreen dan Ridzuan adalah pekongsi bagi Perniagaan Asrid. Mereka berkongsi untunga

    atau rugi mengikut nisbah 2:1.

    Berikut adalah aset dan liabiliti bagi Perniagaan Asrid: RM

    Dalam proses realisasi, semua aset direalis sebanyak RM 22 700. Belanja realisasi

    berjumlah RM 200.

    Hitungkan untung atau rugi realisasi bagi setiap pekongsi.

    Asreen Ridzuan

    A Untung realisasi RM 1 000 RM 500

    B Untung realisasi RM 3 000 RM 1 500

    C Rugi realisasi RM 1 000 RM 500D Rugi realisasi RM 3 000 RM 1 500

    30. Modal dibenarkan bagi Syarikat Pan Berhad terdiri daripada 4 000 000 unit saham biasabernilai RM 0. 50 sesaham. Syarikat telah menerbitkan 2 500 000 unit saham biasa kepada

    orang awam pada nilai tara dan berbayar penuh.

    Berapakah modal berdaftar?

    A. RM 750 000 B. RM 1 250 000 C. RM 2 000 000 D. RM 2 500 000

    31. Pilih pasangan yang betul mengenai saham syarikat berhad.

    Saham keutamaan Saham biasa

    A Kadar dividen adalah tetap Kadar dividen tidak tetap

    B Mempunyai hak mengundi Tidak mempunyai hak mengundi

    C Dibayar dividen selepas pemegang

    saham biasa

    Dividen dibayar sebelum pemegang

    saham keutamaan

    D Tidak berhak menuntut tunggakan

    dividen

    Berhak menuntut tunggakan dividen

    32. Apabila perbelanjaan melebihi pendapatan bagi sesuatu kelab dan persatuan kesan akhirdikenali sebagai .

    A. Lebihan B. Untung bersih C. Kurangan D. Rugi Bersih

  • 7/27/2019 Selangor-smksu Trial Akaun 2013 - k1

    7/9

    SMK SUBANG UTAMA, SELANGOR

    Koleksi Trial 2013 Cg Narzuki Online

    33. Pilih pasangan yang betul

    Perbelanjaan hasil Pendapatan modal

    A Belian perabot Jualan alatan sukan

    B Kadar bayaran Jualan alatan sukanC Jualan alatan sukan Yuran ahli

    D Jualan alatan sukan Yuran pertandingan

    34. Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Callistus

    RMModal awal 14 800

    Modal akhir 25 800Ambilan 2 100

    Modal tambahan 4 200

    Hitungkan untung atau rugi bersih bagi Perniagaan Callistus.

    A. (RM 4 700) B. RM 4 700 C. RM 8 900 D. RM17 300

    35. Butir yang manakah merupakan kos overhed?

    A. upah pekerja kilang B. kos bahan langsung

    C. susut nilai jentera D. royalti

    36. Data di bawah ialah maklumat yang diperoleh daripada Kilang Joanne

    Bahan langsungRM

    5 000Buruh langsung 3 000

    Kos Ovehed 7 000

    Belanja langsung 2 000

    Kerja dalam proses awal 2 000Kerja dalam proses akhir 3 000

    Hitungkan kos prima.

    A. RM 8 000 B. RM 10 000 C. RM 15 000 D. 17 000

    37. Berikut merupakan butir-butir bagi Teck Shern Trading.

    Sewa kedaiRM

    2 600Kos bahan mentah (seunit) 1.20

    Kos langsung lain (seunit) 0.80

    Harga jualan seunit (seunit) 3.30

  • 7/27/2019 Selangor-smksu Trial Akaun 2013 - k1

    8/9

    SMK SUBANG UTAMA, SELANGOR

    Koleksi Trial 2013 Cg Narzuki Online

    Hitung titik pulang modal bagi perniagaan Teck Shern Trading.

    A. 500 B. 1 000 C. 1 500 D. 2 000

    38. Pilih butir yang merupakan kos tetap.

    A. Belanja langsung

    C. bahan langsung

    B.

    D.

    insurans kedai

    buruh langsung

    39. .. menyediakan maklumat mengikut keperluan pihak pengurusan bagi

    tujuan membuat keputusan.

    A. Perakaunan kos

    B. Perakaunan maklumat

    C. Perakaunan pengurusan

    D. Perakaunan kewangan

    40. Butit-butir berikut adalah untuk Perniagaan Nur Iman. Hitungkan untung kasar.

    Jualan RM80 000Stok awal RM5 000Stok akhir RM7 000

    Margin Untung kasar 25%

    A. RM 12 000 B. RM 20 000 C. RM 25 000 D. RM60 000

  • 7/27/2019 Selangor-smksu Trial Akaun 2013 - k1

    9/9

    SMK SUBANG UTAMA, SELANGOR

    Koleksi Trial 2013 Cg Narzuki Online

    (1) D (2) C (3) B (4) C (5) B (6) B (7) A (8) A (9) A (10) C

    (11) A (12) C (13) B (14) A (15) D (16) C (17) D (18) D (19) D (20) C

    (21) D (22) C (23) C (24) C (25) A (26) A (27) D (28) C (29) C (30) C

    (31) A (32) A (33) B (34) C (35) C (36) B (37) D (38) B (39) C (40) B

    JAWAPAN