sejarah.docx

9
SEJARAH : KOTA JOHOR LAMA Warkah khazanah Tun Sri Lanang menyusun sejarah melayu pada zaman dahulu merungkai segala kisah silam zaman kesulanan melayu di negeri J!h!r" Tun Sri Lan se!rang yang he#a" $aman kesulanan melayu di negeri J!h!r elah #ermula sejak kesulanan melayu Melaka yang daang menakhluk negeri J!h!r" Semasa pemerinahan sulan Melaka% selain negeri J!h!r% #aginda juga pernah menakhluk sehingga ke uara anah melay ermasuk negara &nd!nesia" 'amun% selepas jauhnya kegemilangan sulan melayu

Upload: daamiaaisya66

Post on 05-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SEJARAH : KOTA JOHOR LAMA

Warkah khazanah Tun Sri Lanang menyusun sejarah melayu pada zaman dahulu merungkai segala kisah silam zaman kesultanan melayu di negeri Johor. Tun Sri Lanang seorang yang hebat.

Zaman kesultanan melayu di negeri Johor telah bermula sejak kesultanan melayu Melaka yang datang menakhluk negeri Johor. Semasa pemerintahan sultan Melaka, selain negeri Johor, baginda juga pernah menakhluk sehingga ke utara tanah melayu termasuk negara Indonesia. Namun, selepas jatuhnya kegemilangan sultan melayu Melaka setelah di takhluk Portugis, warisan kesultanan negeri Johor telah bertukar pemerintah oleh keturunan Temenggung atau dikenali sebagai Bendahara.

KOTA JOHOR LAMA/ OLD JOHOR FORT bermula seawal 1540 sebagai pusat perdagangan yang terpenting semasa di bawah pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II. Antara barang dagangan yang di bawa ke negeri Johor ketika itu adalah rempah ratus. Menurut sejarah, pusat perdagangan ini merupakan antara kubu yang terbaik di antara kubu- kubu yang lain di pesisiran lembah Sungai Johor. Bentuk geografi yang semulajadi telah menjadikan benteng pertahanan di Kota Johor Lama menjadi antara kubu yang terbaik dan memudahkan untuk mengawal perairan daripada musuh.

Sayangnya, zaman kegemilangan Kota Johor Lama hanya dapat bertahan selama 48 tahun sahaja selepas ditakhluki Portugis pada tahun 1584. Seluruh kota ini telah di bakar dan dimusnahkan, manakala segala senjata telah dirampas. Semenjak daripada peristiwa itu, Kota Johor Lama tidak boleh lagi di gunakan dan telah mencatatkan sejarah pada hari ini.

Hari ini,piha dengan abah berkesempatan dan terpanggil untuk menjejaki satu lagi tempat bersejarah yang sentiasa menitikkan air mata mengenangkan kenangan zaman berzaman ini. Satu lagi tempat istimewa, Kota Johor Lama atau Kampung Johor Lama kini sunyi sepi, tidak seperti dahulu, 500 tahun yang lalu.

Terpana, terpancar jelas bekas tapak benteng batu tersusun rapi yang telah di selimuti tanah yang diperbuat daripada batu laut telah menjadikan kubu pertahanan perdagangan suatu ketika dahulu.

Pada mulanya, tapak sejarah ini telah di kaji dan dicari gali sebanyak 2 kali. Pertama pada tahun 1960 oleh warga inggeris dan kali kedua pada tahun 2004 sekali gus telah bina Pusat Informasi atau dikenali sebagai Muzium Kota Johor Lama sekarang.

Pada mulanya pada tahun 1960, warga inggeris telah menggali semula tapak benteng ini, nemun begitu, penggalian terpaksa dibatalkan kerana tiada persetujuan daripada kerajaan Johor, terus membantutkan kerja cari gali mereka dan menimbus balik tanah yang telah digali.

Namun begitu, selepas beberapa dekad berlalu, tanah bekas tapak pusat perdagangan terbabit kemudiannya telah dijadikan kebun buah-buahan oleh penduduk kampung di situ. Seterusnya, ahli sejarah kemudiannya pada tahun 2004 telah mengambil inisiatif untuk mengkaji semula Kota Johor Lama dan mencari balik arkeologi dan artifak yang masih tersembunyi di bawah tanaman mereka.

Apa yang dijumpai hasil daripada galian tersebut ialah bekas pinggan mangkuk berwarna biru dan putih yang dipercayai daripada Dinasti Ming dan telah di pamerkan di muzium itu sehingga ke hari ini, termasuklah makam dan nisan yang turut dipercayai daripada Acheh.

Kawasan galian itu kemudiannya telah dibeli oleh pihak muzium negara ( sejarah ) daripada penduduk kampung dan dibangunkan dengan pembinaan Pusat Informasi pada tahun 2006 dan siap pada tahun 2007.

Sruktur binaan muzium itu adalah bentuk rumah tradisional melayu dan dibina tanpa paku hanyalah menggunakan tanggam. Dan dibelakang muzium itu terdapat makam lama yang dipercayai MAKAM ALMARHUM SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH II.

Tambahan, di kawasan kampung tersebut juga terdapat MAKAM TEMENGGUNG JOHOR

dan KUBU LAMA

Benteng ini dipercayai luas kawasannya yang mengepung seluruh kampung Johor Lama dan mungkin sebenarnya ada lagi artifak di bawah binaan rumah orang kampung tetapi masih lagi tidak di cari.

Sebenarnya, banyak lagi makam2 lama di lembah singai Johor ini, tetapi ada yang masih lagi tak dapat di kenalpasti identiti milik pusara lama tersebut.

Mudah- mudahan segala sejarah yang telah tercipta dan yang ditingalkan akan dikenang sehingga bila2. Piha kadang2 agak mengarut bila piha nak rasa zaman kesultanan terdahulu, nak rasa apa yang mereka rasa, biar sedar diri ini..

Semoga roh mereka di cucuri rahmat, dan di letakkan dalam kalangan orang2 yang dicintai NYA.AL-FATIHAH