sejarah pembukaan

6
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin). Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum mmeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu- Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu (Ruslan Zainuddin, 2004: 91). etelah Megat Iskandar Shah mengambil alih tampuk kerajaan Melaka sebagai raja kedua. Bagindacuba untuk berbaik-baik dengan negara asal ayahandanya bagi kepentingan Melaka. Baginda telah menghantar dutanya yang terdiri dari kaum kerabat diraja ke negeri Jawa bagi menyampaikan berita kemangkatan Parameswara. Tujuan Megat Iskandar Shah adalah untuk menamatkan segala permusuhan yang berlaku pada zaman ayahandanya. Baginda juga cuba untuk memperluaskan dan memperkembangkan ekonomi Melaka dengan menjemput Palembang untuk berdagang dengan Melaka. Selain Palembang, Megat Iskandar Shah turut menghantar utusan ke Pasai dan meminta mereka berdagang dengan Melaka kerana Melaka mempunyai emas untuk diperdagangankan. Namun perdagangan dengan Pasai tidak berjalan dengan baik kerana utusan raja Pasai telah menyampaikan pesanan raja Pasai kepada Megat Iskandar Shah yang menyatakan perdagangan cuma berlaku jika raja Melaka memeluk Islam. Perdagangan Melaka semankin berkembang apabila para pedagang dari Arab, Parsi dan Benggala serta Pasai datang berdagang di Melaka.Pedagang- pedagang dari Arab datang bersama dengan para ulama Islam.Para Pedagang

Upload: reduande-chef

Post on 16-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

suka suki je

TRANSCRIPT

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin). Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum mmeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu (Ruslan Zainuddin, 2004: 91).etelah Megat Iskandar Shah mengambil alih tampuk kerajaan Melaka sebagai raja kedua. Bagindacuba untuk berbaik-baik dengan negara asal ayahandanya bagi kepentingan Melaka. Baginda telah menghantar dutanya yang terdiri dari kaum kerabat diraja ke negeri Jawa bagi menyampaikan berita kemangkatan Parameswara. Tujuan Megat Iskandar Shah adalah untuk menamatkan segala permusuhan yang berlaku pada zaman ayahandanya.Baginda juga cuba untuk memperluaskan dan memperkembangkan ekonomi Melaka dengan menjemput Palembang untuk berdagang dengan Melaka. Selain Palembang, Megat Iskandar Shah turut menghantar utusan ke Pasai dan meminta mereka berdagang dengan Melaka kerana Melaka mempunyai emas untuk diperdagangankan. Namun perdagangan dengan Pasai tidak berjalan dengan baik kerana utusan raja Pasai telah menyampaikan pesanan raja Pasai kepada Megat Iskandar Shah yang menyatakan perdagangan cuma berlaku jika raja Melaka memeluk Islam.Perdagangan Melaka semankin berkembang apabila para pedagang dari Arab, Parsi dan Benggala serta Pasai datang berdagang di Melaka.Pedagang-pedagang dari Arab datang bersama dengan para ulama Islam.Para Pedagang Arab tertarik dengan Melaka kerana mereka sangat memerlukan rempah-ratus yang diperdagang oleh pedagang Jawa dan Kepulauan Melayu.Sikap terbuka yang ditonjolkan oleh Megat Iskandar Shah sangat disukai oleh para pedagang. Baginda membenarkan saudagar-saudagar muslim dari Tanah Arab untuk tinggal di Melaka, membina rumah dan masjid. Bukan para pedagang Arab sahaja, pedagang dari Sumatera juga turut menyukai layanan Megat Iskandar Shah di Melaka kerana memberi hasil dagangan yang sangat lumayan kepada mereka. Namun layanan yang baik yang diberi oleh Megat Iskandar Shah terhadap para pedagang Arab, baginda masih berdegil untuk menerima Islam. Namun atas usaha para ulama dan perjanjian dengan Sultan Pasai, Megat Iskandar Shah memeluk Islam dan berkahwin dengan puteri dari Pasai.Pengislaman Megat Iskandar Shah merupakan satu usaha yang membawa Melaka ke satu tahap yang baru. Apabila Megat Iskandar Shah memeluk Islam, rakyat-rakyat Melaka turut memeluk Islam atas perintah baginda.Selain aspek perdagangan dan pengislaman, pentadbiran Melaka juga dimantapkan oleh Megat Iskandar Shah dengan mengekalkan hubungan diplomasi bersama kerajaan China yang dibawah pemerintahan Dinasti Ming. Hubungan diplomasi yang dimulakan oleh Parameswara telah dikekalkan oleh Megat Iskandar Shah bagi pelbagai tujuan sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial sebagai contoh warna kuning mula digunakan sebagai simbol diraja di Melaka. Megat Iskandar Shah juga telah menghantar utusan dan ufti ke China bagi menjaga hubungan baik negara. Setelah perlantikan baginda oleh Maharaja China, baginda telah menghantar abangnya Sri Wak Rajauntuk membawa ufti kepada Maharaja China.Baginda juga bersama isteri telah datang ke China dan menyampaikan pelbagai barangan seperti barang mahsul.Baginda juga memberitahu Maharaja China yang Siam menyerang Melaka oleh itu Maharaja China telah menghantar satu surat kepada raja Siam, raja Samdec Boromrachathirat untuk berbaik-baik dengan negara jiran yang merujuk kepada Melaka.Keberanian, ketangkasan dan kebijaksanaan Megat Iskandar Shah mentadbir negeri dengan teratur serta menangani cabaran dan masalah besar merupakan sumbangan besar baginda terhadap pembangunan Melaka. Baginda merupakan raja Melaka yang memulakan dasar terbuka dengan mengahwini wanita dari negeri-negeri jiran untuk mengeratkan hubungan serantau dalam erti kata lainpolitical marriage of concenience.

Melaka menjadi pusat perkembangan agama Islam juga salah satu faktor yang menyebabkan kegemilangannya. Hal ini dibuktikan apabila, Kedah dan Terengganu adalah antara kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu yang menerima ajaran Islam. Kedah menerima agama Islam sekitar abad ke 9, iaitu dengan penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris, Kedah dan penemuan batu bersurat dari Kuala Berang Terengganu membuktikan agama Islam telah bertapak di negeri tersebut pada abad ke-13 lagi. Melaka pula telah menerima agama Islam pada abad ke 15 apabila Megat Iskandar Syah memeluk agama Islam.Keunggulan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam dapat membuktikan Melaka dapat mempertahankan kegemilangannya. Pada abad ke 15 Melaka muncul sebagai pusat penyebaran dan pengajian Islam. Ulama dan pendakwah dari pelbagai tempat seperti Arab dan Pasai bertemu di Melaka untuk berdakwah .Ulama menjadi guru kepada sultan, pembesar dan rakyat Melaka. Pendakwah pula berdakwah kepada rakyat jelata dan sanggup berkorban untuk dihantar keluar untuk menyebarkan agama Islam. Pemerintah juga memgambil berat terhadap pendakwah seperti tempat tinggal kepada pendakwah. Pemerintah atau raja Melaka sendiri menyambut baik kedatangan agama Islam iaitu dengan menganuti agama tersebut dan kemudian diikuti pembesar dan rakyat jelata. Sultan Mansor Shah sanggup menghantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan mengani hal-hal agama demi mendalami agama Islam. Sultan Melaka turut menyokong dan melibatkan diri dalam berdakwah.Sultan Muzaffar Shah telah mendirikan beberapa institusi agama seperti masjid madrasah dan surau iaitu tempat untuk mempelajari agama Islam dan membaca kitab suci al-Quran. Melaka merupakan pusat pengajian ilmu tasawuf yang terkenal. Ilmu tasawuf ialah ajaran untuk mengenali Tuhan serta mendekatkan diri kepada Tuhan. Abdul Karim al-Jili merupakan ahli tasawuf yang terkanl di Melaka. Beliau mengarang sebuah kitab iaitu Insan al-Kamil. Di istana Melaka kegiatan yang berkaitan dengan agama Islam dijalankan seperti menterjemah kitab-kitab, menyadur kitab-kitab dan menyimpan kitab agama Islam di perpustakaan. Antara kitab terkenal yang telah diterjemahkan ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Dalam urusan pentadbiran pula, Sultan Melaka telah menerapkan nilai-nilai Islam seperti konsep musyawarah. Kegigihan Melaka Menyebarkan Agama Islam ke Negara lain di Asia TenggaraPerkahwinan Diraja juga turut memainkan peranan penting dalam mempertahankan kegemilangan Melaka. Puteri-puteri Islam Melaka dikahwinkan dengan raja-raja yang bukan Islam.Contoh dengan raja negeri Kedah Pahang dan Kelantan. Putera-puteri dari Rokan, Siak dan Inderagiri. Puteri Sultan Mansor Shah telah dikahwinkan dengan putera Raja Siak. Perkahwinan tersebut menyebabkan agama Islam tersebar dengan mudah ke negeri-negeri tersebut. Selain itu, perkahwinan dengan rakyat juga membantu menyebarkan agamna Islam.

Penaklukan semasa pemerintahan Sultan Mansur & Bendahara Tun Perak juga merupakan faktor kegemilangan Melaka. Raja-raja di negeri-negeri yang ditakluk oleh Melaka akan memeluk agama Islam untuk mendapat kurniaan atau layanan yang lebih baik serta menunjukkan taat setia kepada Sultan Melaka. Rakyat jelata pula akan mengikut jejak langkah raja iaitu memeluk Islam secara sukarela. Contoh di Terengganu, Johor, Kelantan,Pahang, Rokan dan InderagiriPeranan Ahli Sufi juga membantu mempertahankan kegemilangan Melaka. Ulama ahli sufi dan mubaligh Melaka telah dihantaroleh kerajaan Melaka ke merata-rata tempat untukmenyebarkan agama Islam. Contoh ke KalimantanKepulauan Sulu, Sulawesi dan Mindanao. Selain itu, pedagang turut serta dalam membantu keungugulan Melaka. Saudagar-saudagar yang datang berdagang di Melaka turut tertarik dengan Islam lalu memeluk agama Islam selain untuk mendapatkan keistimewaan dan perdagangan. Apabila mereka pulang, mereka akan menyebarkan agama Islam di daerah masing-masing seperti di Jawa. Usaha Pemerintah juga turut memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kegemilangan Melaka. Sultan Alauddin Riayat Shah telah menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar dan Inderagiri dalam hal ehwal agama.Galakan dan dorongan diberi oleh pemerintah kepada pendakwah untuk menyebarkan Islam. Sinar Islam yang memberi kesan terhadap kegemilangan Melaka pada ke-15.Tulisan Jawi juga telah disenaraikan daripada tulisan Arab dan digunakan sepenuhnya dalam urusan rasmi, perkembangan kesusasteraan melayu, kitab-kitaba agama. Penulisan dan penterjemahan hasil karya Saduran Islam. Contohnya darul Manzun, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah danHikayat Iskandar Dzulkarnain. Al-Quran telah menjadi asas sistem pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan orang Melayu. Agama Islam juga mempunyai pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan orang Melayu seperti dalam kesenian corak ukiran di kubah masjid mimbar mihrab,menara azan, tempat berwuduk, madrasah, batu nisan dan sebagainya. Tulisan juga terdapat dalam ukiran berbentuk bunga, geometri, ayat al-Quran dan hadis Khat. Dari segi amalan yang dibuat kesan kegemilangan Melaka,khatam, al-Quran, majlis kesyukuran dan kenduri arwah mula dipraktikkan.Usaha gigih pemerintah Melaka mengembangkan agama Islam menyebabkan kedudukan Islam semakin kukuh di Melaka. Melaka juga terkenal sebagai Serambi Makkah iaitu tempat umat Islam belajar agama atau persinggah sebelum bertolak ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan fardhu haji. Istana telah menjadi pusat kegiatan intelektual kerana kebanyakan golongan yang tahu menulis dan membaca ialah kerabat diraja dan golongan bangsawan.Pusat kegiatan ilmu turut dipertingkatkan, peranan istana sebagai pusat kegiatan Intelektual dan jurutulis pengarang dan ulama di Istana. Konsep intelektual bermaksud orang yang tahu membaca dan menulis. Pada zaman dahulu bilangan orang yang tahu membaca dan menulis amat kecil bilangannya.Orang yang mahir dalam bidang ini akan berpeluang menjadi jurutulis, pengarang, guru dan ulama di istana.Tugas jurutulis ialah mengarang surat rasmi untuk raja, menggubal perjanjian dan menjadi guru kepada anak-anak raja. Tugas pengarang ialah menulis karya sejarah dan kesusasteraan Melayu, menterjemah karya-karya asing-Arab, Parsi, dan Monghul ke dalam bahasa Melayu, mencatat diari istana dan menyusun salasilah raja-raja.Tugas ulama ialah menulis kitab agama Islam dsn menterjemah Kita agama.Bahasa asing telah dikuasai oleh golongan cerdik pandai di Melaka dan mereka telah menterjemah dan menyadur karya sastera dari negara Arab dan Parsi. Antara karya sastera terjemahan ialah Hikayat Amir Hamzah,Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Iskandar Zulkarnain. Karya sastera saduran pula ialahHikayat Bulan Belah, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Nabi Wafatdan Hikayat Nabi Yusof.Selain daripada karya sastera terjemahan dan saduran, hikayat Melayu juga telahdihasilkan. Antaranya Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Bayan Budiman. Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah karya Undang-undang LautMelaka telah digubal.Undang-undang ini dilengkapkan semasa pemerinthan Sultan Muzaffar Shah dan pada zaman pemerinthan Sultan Mahmud Shah undang ini disusun semulaIstana Melaka pula telah dijadikan tempat untuk mengadakan perbincangan serta perbahasan antara golonganalim ulama mengenai agama.Sebagai contoh kita Darul-Manzun merupakan kitab yang berkaitan dengan aspekketuhanan. Kitab ini akan dibincang dan dibahaskan oleh alim ulama di istana Melaka. Istana Melayu juga dijadikan perpustakaan untuk menyimpan khazanah kerajaan iaitu buku-buku penulis tempatan dan penulis asing. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa persuratan dan bahasa perantaraan dalam kegiatan dakwah. Bahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai bahasa ilmu pengetahuan. Tulisan jawi juga telah digunakan. Huruf-huruf jawi di bawah ini ditambah berasaskan huruf Arab iaitu nya, ga, pa, nga dan ca.