sejarah kesultanan melayu melaka

9
KESULTANAN MELAYU MELAKA Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Binaan Istana Melaka yang dibina semula mengikut Istana Sultan Mansur. Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan yang beragama Islam. Hal ini berubah pada tahun 1414 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Shah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih kurang satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan yang terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama(1293-1309) dan pengasas Kerajaan Majapahit menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri Kertanegara, raja terakhir (1268-1292) Kerajaan Singhasari, yang kemudian memiliki Puteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326- 1350) Kerajaan Majapahit. Beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari. Si puteri kemudian menikahi Singawardana, dan memiliki Putri Sarawardani. Kemudian ia menikahi Ranamenggala, dan memiliki anak bernama Parameswara yang lahir di tahun 1344 pada saat neneknya, Ratu Tribuana Tunggadewi, memerintah Majapahit.

Upload: farcry95

Post on 12-Jun-2015

4.657 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ni hanya contoh yg sya dpt kat internet...bukan karang sendiri.....hihihih....

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Kesultanan Melayu Melaka

KESULTANAN MELAYU MELAKADari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Binaan Istana Melaka yang dibina semula mengikut Istana Sultan Mansur.

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya

beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun

1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan yang beragama Islam. Hal

ini berubah pada tahun 1414 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari

Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh

Sultan Muzaffar Shah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama

lebih kurang satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis

pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah

merupakan sultan yang terakhir Kesultanan Melayu Melaka.

Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama(1293-1309) dan

pengasas Kerajaan Majapahit menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri

Kertanegara, raja terakhir (1268-1292) Kerajaan Singhasari, yang kemudian

memiliki Puteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326-1350) Kerajaan

Majapahit. Beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari. Si puteri

kemudian menikahi Singawardana, dan memiliki Putri Sarawardani. Kemudian ia

menikahi Ranamenggala, dan memiliki anak bernama Parameswara yang lahir di

tahun 1344 pada saat neneknya, Ratu Tribuana Tunggadewi, memerintah

Majapahit.

Page 2: Sejarah Kesultanan Melayu Melaka

Selain itu, beliau masih kerabat dari Ananggavarman atau Ananggawarman, (anak

dari Adityawarman) yang menjabat sebagai gabenor Majapahit di Pagar Ruyung,

Kerajaan Dharmasraya, dan Palembang.

Sebelumnya Parameswara beragama Hindu, dan kemudian memeluk agama Islam

di tahun 1414. Dari agama yang diyakini kita dapat lihat bahawa Parameswara

bukan asli dari Sriwijaya atau Palembang, kerana umumnya mereka memeluk

agama Buddha. Sriwijaya ketika masa lampau adalah pusat pengembangan agama

Buddha di Asia Tenggara.

Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang

menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara

Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang

berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura.

Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi)di Singapura, Parameswara

menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah

diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu

pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari

tempat perlindungan yang baru.

Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada

tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang

tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal

kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta.

Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau

melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di

Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang

Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.

Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor

pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing burunya. Parameswara

tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah

penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok

Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu "Melaka".

Ancaman serangan daripada pihak Siam menyebabkan keputusan Parameswara

membayar ufti kepada negeri China pada tahun 1409 supaya mendapat

perlindungan. Pada tahun 1411, diiringi oleh Laksamana Cheng Ho, beliau melawat

Page 3: Sejarah Kesultanan Melayu Melaka

negeri China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan

dengan Yung Lo, Maharaja Ming.

Kelihatan Pedagang-pedagang Arab bersembahyang di Pelabuhan Melaka

Parameswara memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan

puteri Pasai, Indonesia dan menukarkan nama beliau kepada "Raja Megat Iskandar

Shah".

Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan

yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula,

Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu

kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat

digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai

Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has

his hand on the throat of Venice.)

Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju

adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan

Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain

dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut

semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di

Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik

pada masa itu.

Page 4: Sejarah Kesultanan Melayu Melaka

PERKEMBANGAN MELAKA

Iskandar Shah mangkat pada tahun 1424 dan diwarisi oleh anaknya, Sri Maharaja,

yang mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah" (1424-1444). Pada

kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya, Raja

Ibrahim. Raja Ibrahim kemudian dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan

Abu Syahid".

Raja Kassim menaiki tahta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Shah" (1445-1459) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu. Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat serangan pertama ke atas Melaka pada tahun 1447 tetapi ditewas tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Tun Perak menjadi bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.

KESULTANAN MELAKA

Tempoh Sultan

1400 – 1424 Sultan Iskandar Shah

1424 – 1444Sultan Muhammad

Shah

1444 – 1445 Sultan Abu Syahid

1445 – 1459 Sultan Muzaffar Shah

1459 – 1477 Sultan Mansur Shah

1477 – 1488Sultan Alauddin Riayat

Shah

1488 – 1511 Sultan Mahmud Shah

Page 5: Sejarah Kesultanan Melayu Melaka

Melaka pada kemuncak zaman kegemilangannya.

Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan

kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting

bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja

China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk

dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan

Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke

negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458

bersama-sama 500 orang pengiring.

Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya

kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara

pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali

sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.

Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak

kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian

besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di

selatan. Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah

menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut

telah gagal.

Kejayaan Melaka

Page 6: Sejarah Kesultanan Melayu Melaka

Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan

Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih

besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka

telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan

kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya dan China. Melaka yang pada mulanya

merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan

pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik

tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap

yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang

mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya

menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.

Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di

bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naugan dan perlindungan

daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang,

Selangor, Sungai Ujung, Kedah dan Patani yang secara sukarela datang

mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’

dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti

kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali

berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan,

menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam.

Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya

dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah.

Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat

dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-

barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk

Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke

Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun

pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan

tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan

seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

Kejatuhan Melaka

Page 7: Sejarah Kesultanan Melayu Melaka

Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai

kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara.

Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan

Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami

rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi

beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya (Sultan Alaudin Riayat Shah)

mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih

kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah

empayar luar negeri.

Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan

diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba

di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana

orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan

mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya

mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis

diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.

Orang-orang Portugis berminat berdagang di Melaka

Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai

oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa

permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh

Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya

menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri

ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat

pertolongan daripada negera China.

Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan

Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu

kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura),

Page 8: Sejarah Kesultanan Melayu Melaka

beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang

diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah

menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun

1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak

Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.

Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di

bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud

Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin

Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa

dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang

anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang

utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.

Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.