sejarah kertas 3- set 1

16
1 SEJARAH KERTAS 3 2013 BAB 9.3 Malaysia dan hubungan serantau SEJAK MENCAPAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TELAH MENYERTAI DAN BERGERAK AKTIF DALAM PERTUBUHAN SERANTAU. SOALAN: 1 ( PENGETAHUAN ) JELASKAN LATAR BELAKANG PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN SERANTAU. ( 5 markah ) ( ms 253 ) Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara-negara yang berjiran antara satu sama lain. Sejak mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertai oleh Malaysia iaitu Persatuan Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 31 Julai 1961 di Bangkok yang terdiri daripada Malaysia, Filipina dan Thailand. ASA dibubarkan bila gagal mencapai matlamatnya. Pertubuhan seterusnya ialah Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO) yang ditubuhkan pada tahun 1963untuk meredakan ketengangan tentang cadangan pembentukan Malaysia. Bagaimana pun Indonesia dan Filipina terus menentang pembentukan Malaysia. Persengketaan yang berterusan ini menyebabkan MAPHILINDO telah tidak berperanan lagi. Seterusnya Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang ditubuhkan tahun 1967. Antara anggota negara ASEAN ialah Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja. Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik, ekonomi atau sosial. Sejarah Kertas 3 ( 1249/3) . JPNS Negeri Sembilan

Upload: zurida-mustapha

Post on 10-Feb-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Kertas 3- Set 1

1

SEJARAH KERTAS 3 2013

BAB 9.3 Malaysia dan hubungan serantau

SEJAK MENCAPAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TELAH MENYERTAI DAN BERGERAK

AKTIF DALAM PERTUBUHAN SERANTAU.

SOALAN:   1 ( PENGETAHUAN )

JELASKAN LATAR BELAKANG PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN

SERANTAU. ( 5 markah ) ( ms 253 )

Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara-negara

yang berjiran antara satu sama lain.

Sejak mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertai

oleh Malaysia iaitu Persatuan Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 31 Julai 1961 di Bangkok

yang terdiri daripada Malaysia, Filipina dan Thailand. ASA dibubarkan bila gagal mencapai

matlamatnya.

Pertubuhan seterusnya ialah Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO) yang ditubuhkan

pada tahun 1963untuk meredakan ketengangan tentang cadangan pembentukan Malaysia.

Bagaimana pun Indonesia dan Filipina terus menentang pembentukan Malaysia. Persengketaan yang

berterusan ini menyebabkan MAPHILINDO telah tidak berperanan lagi.

Seterusnya Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang ditubuhkan tahun 1967. Antara

anggota negara ASEAN ialah Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja. Pembentukan pertubuhan

ini adalah untuk kepentingan politik, ekonomi atau sosial.

Sejarah Kertas 3 ( 1249/3) . JPNS Negeri Sembilan

Page 2: Sejarah Kertas 3- Set 1

2

SOALAN 2 ( MEMAHAMI )

BERDASARKAN PENGETAHUAN ANDA, MENGAPAKAH MALAYSIA MENYERTAI

PERTUBUHAN-PERTUBUHAN BERIKUT : ( ms 253 – 256 )

i. ASA ( 10 markah )

ii. MAPHILINDO ( 10 markah )

iii. ASEAN ( 10 markah )

i. Persatuan Negara-negara Asia Tenggara ( ASA ) – 10 markah

Malaysia telah menyertai pertubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara ( ASA ) setelah

mencapai  kemerdekaan kerana diancam hebat oleh pengaruh Komunis. Di Malaysia pergerakan

PKM telah memainkan peranan penting dalam menyebarkan pengaruh fahaman komunis dalam

kalangan rakyat. PKM telah diharamkan. Anggota PKM melancarkan gerakan gerila bagi

menjatuhkan kerajaan Malaysia.  

Thailand yang bersempadan dengan Malaysia juga menghadapi ancaman komunis. PKM telah

membina pengkalan gerakan gerila mereka di sempadan Malaysia –Thailand.

Ini menyukarkan usaha menghapuskan gerakan komunis. Negara Filipina juga diancam oleh

pengaruh Komunis.

Malaysia ingin bekerjasama dengan negara jiran untuk menghalang pengaruh PKM. Tunku Abdul

Rahman telah mencadangkan penubuhan ASA.

Pertubuhan ini diharap dapat melindungi negara anggota daripada ancaman komunis. Selain itu

dapat menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.

Pada 31 Julai 1961, ASA telah ditubuhkan dengan keanggotaan Malaysia, Filipina dan Thailand.

Matlamat ASA yang kedua adalah  untuk memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan

penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi di kalangan negara anggota.

Matlamat ASA yang terakhir ialah mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik

negara-negara anggota.

Sejarah Kertas 3 ( 1249/3) . JPNS Negeri Sembilan

Page 3: Sejarah Kertas 3- Set 1

3

Malangnya ASA gagal mencapai matlamatnya. ASA dianggap antipemerintahan Presiden Soekarno di

Indonesia. Ini disebabkan Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Britain. Thailand dan

Filipina pula mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika Syarikat. Tahun 1963 ASA dibubarkan

kerana Filipina membantah penubuhan persekutuan Malaysia.

ii. MAPHILINDO

MAPHILINDO terdiri daripada Malaysia, Filipina dan Indonesia. Tujuan utama penubuhannya adalah

untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-

Filipina dan Malaysia-Indonesia.

Filipina dan Indonesia telah menentang cadangan pembentukan Malaysia. Presiden Soekarno

Indonesia menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonialisme atau penjajahan bentuk

baru. Filipina pula menuntut Sabah yang didakwanya masih menjadi hak milik kerajaan Sulu dan

Filipina.

Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, Malaysia telah mengadakan rundingan dengan Filipina dan

Indonesia. Rundingan ini akhirnya membawa kepada penubuhan MAPHLINDO. MAPHILINDO

sepakat meminta bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang

cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia. PBB menghantar perwakilannya pada tahun 1963 yang

diketuai oleh Lawrence V. Michael More. Hasil tinjauan PBB, majoriti rakyat di Sabah dan Sarawak

menyokong Pembentukan Malaysia

Bagaimana pun Indonesia dan Filipina terus menentang pembentukan Malaysia. Persengketaan yang

berterusan ini menyebabkan MAPHILINDO telah tidak berperanan lagi.

iii. ASEAN

Hasrat Malaysia untuk berbaik-baik dan mengadakan kerjasama dengan negara jiran tetap

diteruskan walaupun pertubuhan ASA dan MAPHILINDO gagal.

Sejarah Kertas 3 ( 1249/3) . JPNS Negeri Sembilan

Page 4: Sejarah Kertas 3- Set 1

4

Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN ) akhirnya terbentuk dengan termeterainya

Deklarasi Bangkok pada 8 ogos 1967.

Matlamat  ASEAN termasuklah mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara

Selaian itu membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.

ASEAN juga mahu meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian,

perdagangan dan perindustrian.

Seterusnya ASEAN memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan

serta mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan dan pertubuhan serantau dan antarabangsa.

Pada awalnya ASEAN dianggotai oleh lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan

Singapura. Keanggotaannya bertambah kepada 10 negara dengan kemasukan Vietnam, Myanmar,

Brunei, Laos dan Kampuchea. Negara Papua New Guinea dilantik sebagai pemerhati kerana negara

ini bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan di dalam Asia Tenggara.

Kerja sama ASEAN bertambah kukuh dan perjalanannya bertambah lancar dengan pembentukan

struktur pentadbiran ASEAN.(SILA RUJUK LOGO DI TEKS HAL. 256 DAN PENTADBIRAN

HAL.257

SOALAN 3 ( MENGANALISIS )

TERANGKAN PERANAN DAN SUMBANGAN MALAYSIA DALAM ASEAN ( ms 258 – 260 ) ( 25 markah )

Dalam mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada bulan November 1971, Deklarasi Kuala Lumpur telah ditandatangani. 

Mereka sepakat mengisytiharkan negara dalam ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali atau dikenali sebagai Zone of Peace Free and Neutrality (ZOPFAN).

Tujuannya adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik dirantau Asia Tenggara. ASEAN juga tidak menyokong mana-mana blok Barat atau Timur bagi mengelakkan campurtangan kuasa-kuasa besar.

Sejarah Kertas 3 ( 1249/3) . JPNS Negeri Sembilan

Page 5: Sejarah Kertas 3- Set 1

5

Konsep ZOPFAN teruji apabila Vietnam menceroboh Kampuchea pada tahun 1978 dan menjatuhkan

kerajaan Khemer Rouge. ASEAN telah mengadakan mesyuarat di Kuala Lumpur tahun 1982 untuk

membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Noradom Sihanouk.

Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Pada tahun 1948, mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN telah memutuskan bahawa ASEAN ialah

Zon bebas senjata Nuklear. Ini bermakna rantau ini tidak membenarkan mana-mana kapal menggunakan

perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear. Pengisytiharan ini

menunjukkan kepada dunia akan komitmen negara-negara ASEAN terhadap konsep ZOPFAN.

Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi, namun, perkembangan ke arah

kerjasama ekonomi ini agak perlahan. Negara-negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam

projek-projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu, ( Sarawak ) serta Acheh di Indonesia.

Kerjasama ekonomi ASEAN cuba difikirkan melalui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau

ASEAN Free Trade Area ( AFTA ) yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di

Singapura pada tahun 1992.

Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluaskan skop kerjasama

ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea yang telah

dikemukakan  oleh Dato Seri Dr. Mahathir dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East

Asian Economic Caucus ( EAEC ).

Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara-negara maju terutamanya Amerika Syarikat,

Tetapi usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana kerjasama secara tidak rasmi tetap terus diadakan

melalui konsep ASEAN + 3. Konsep ASEAN + 3 ini merujuk kepada kerjasama yang ingin diwujudkan

antara negara ASEAN dengan negara – negara timur, iaitu China, Jepun dan Korea.

Menteri-Menteri Luar negara-negara ini dijemput menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama yang

ingin diwujudkan.

Sejarah Kertas 3 ( 1249/3) . JPNS Negeri Sembilan

Page 6: Sejarah Kertas 3- Set 1

6

Kerjasama lain yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang kebudayaan dan

sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan

ASEAN, Selain itu, pertukaran rancangan televisyen dan radio juga dijalankan.

Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara melalui semangat kesukanan.

Dalam bidang pelancongan kerjasama dijalankan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada

tahun 1992.

Malaysia juga berperanan menjadi orang perantaraan perdamaian antara puak penentang di Mindanao

dengan kerajaan Filipina untuk mewujudkan wilayah autonomi Bangsa Moro (Mindanao). Malaysia

juga menjadi wakil untuk menyelesaikan konflik politik di Myanmar

Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama serantau melalui dasar

berbaik-baik dengan negara jiran. Ini jelas kelihatan melalui peranan Malaysia dalam pertubuhan ASA,

MAPHILINDO dan ASEAN

SOALAN 4 ( MENGAPLIKASI )

BAGAIMANAKAH NEGARA MALAYSIA BERUSAHA MEWUJUDKAN KEAMANAN DAN

KESEJAHTERAAN SERANTAU? ( 10 markah )

Sebagai warga global rakyat Malaysia perlu mengamalkan kehidupan bersatu padu dan mencintai

keamanan. Setiap kaum mesti saling memahami dan bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah.

Generasi muda Malaysia harus menghindari penyalah gunaan dadah dan menghormati hak asasi

manusia. Sebagai warga negara Malaysia yang hebat mesti mematuhi undang-undang negara serta

menolak gejala negatif.

Selain itu warganegara Malaysia juga mesti secara suka rela melibatkan diri dalam misi

kemanusiaan membantu negara-negara yang dilanda bencana atau peperangan. Nilai-nilai kasih

sayang mesti dipupuk oleh pemimpin bagi melahirkan generasi muda yang cintakan keamanan.

Sejarah Kertas 3 ( 1249/3) . JPNS Negeri Sembilan

Page 7: Sejarah Kertas 3- Set 1

7

Generasi Malaysia juga berusaha untuk menghindari pencerobohan kedaulatan negara-negara lain.

Setiap wargenegara juga berpegang kepada prinsip keadilan, sentiasa rasional dan menentang

kezaliman.

Kita juga perlu menghormati kedaulatan negara-negara lain serta mengutamakan rundingan jika

menghadapi sebarang pemasalahan atau konflik dua negara. Negara Malaysia perlu mengelakkan

peperangan dan sentiasa mengamalkan semangat setiakawan yang bersifat sejagat. 

Kita juga perlu memastikan wujudnya hubungan baik dengan semua negara bagi menjamin

keselamatan negara.Pembangunan dan kemajuan ekonomi juga perlu dijana secara berterusan.Negara

juga perlu mengamalkan sikap terbuka dan mengekalkan hubungan diplomatik.

(LAIN-LAIN ISI YANG MUNASABAH BOLEH DITERIMA)

SOALAN 5 ( MENILAI )

PADA PANDANGAN ANDA, APAKAH FAEDAH / KEJAYAAN / MANFAAT/ KEBAIKAN

YANG DIPEROLEH MALAYSIA SEBAGAI ANGGOTA PERTUBUHAN SERANTAU ( 10

markah )

Dari segi sosial, Malaysia mendapat kerjasama menangani masalah pengedaran dadah seperti

penyeludupan dadah di sempadan Thailand dan Singapura.

kes pemerdagangan manusia di atasi dengan kerjasama negara-negara jiran seperti Thailand

dan Indonesia. kes kebanjiran pendatang tanpa izin (PATI) Indonesia dapat diselesaikan melalui

rundingan diplomatik antara Indonesia dan Malaysia.

Pertikaian isu penderaaan pembantu rumah asing dapat diselesaikan melalui kerjasama

diplomatik. Program pertukaran pelajar antara negara dilakukan untuk meningkatkan kerjasama

pendidikan antara negara anggota ASEAN. Contohnya murid asrama penuh di Malaysia telah

menerima pertukaran murid dari Thailand dan Indonesia. selain itu isu jerebu yang berlaku di

Sejarah Kertas 3 ( 1249/3) . JPNS Negeri Sembilan

Page 8: Sejarah Kertas 3- Set 1

8

Malaysia dan Singapura yang berpunca daripada pembakaran hutan di Indonesia cuba diselesaikan

melalui bantuan bomba dan kesihatan dari Malaysia. Dalam aspek pelancongan, negara-negara

ASEAN digalakkan melawat Malaysia pada tahun 2014 bersempena Tahun Melawat Malaysia. Selain

kejayaan Program Tahun Melawat ASEAN 1992.

Dari segi politik Malaysia berjaya mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.

Selain itu Malaysia berjaya mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea melalui

rundingan sehingga terbentuknya Kerajaan demokratik campuran. Malaysia juga tetap komited bagi

melaksanakan konsep ZOPFAN bersama dengan pertubuhan ASEAN. Malaysia juga terus

mengekalkan Asia tenggara bebas daripada senjata nuclear. Malaysia menjadi perantara dalam

mendamaikan konflik di selatan Filipina/ Mindanao dan terlibat dalam perundingan pembentukan

kerajaan demokrasi di Myanmar yang sebelum dalam pemerintahan Kundeta

Selain itu, Malaysia menyertai rundingan dengan Thailand mengenai isu penduduk Islam di

Patani/ Selatan Thailand. Malaysia menggesa kerajaan Myanmar memberi perhatian terhadap isu

Rohingya dan menerima kedatangan pelarian / suaka politik pelarian Rohingya. Di samping itu,

Malaysia dan Filipina bersetuju menolak pencerobohan tentera bekas kesultannan sulu di Lahad

Datu, Sabah. Malaysia juga telah menerima dan memberi layan baik kepada pelarian dari

Kampuchea ketika konflik di Kampuchea. Isu perebutan Pulau Batu Putih dan Pulau Sipadan juga

berjaya diselesaikan melalui meja rundingan.

Dari segi ekonomi, malaysia dapat menjalin kerjasama ekonomi serantau. Selain itu, Malaysia

dapat mewujudkan pasaran perdagangan lebih luas dan menggalakan pelaburan asing. Ini secara

tidak langsung akan memudahkan pinjaman modal oleh bank dan menurunkan kadar faedah atau

cukai untuk pelabur negara serantau.

Kerajaan juga akan mendapat pulangan cukai dari pelabur negara serantau. Seterusnya,

Malaysia akan dapat mengamalkan sikap ekonomi terbuka dalam konteks serantau. Di samping itu

dapat menjalinkan hubungan baik dengan negara serantau untuk menarik pelabur asing. Malaysia

juga akan dapat kerjasama pakar ekonomi serantau untuk meningkatkan ekonomi Negara. Secara

tidak langsung, ini akan dapat membangunkan kepakaran untuk meningkatkan produktiviti negara

kita. Sejarah Kertas 3 ( 1249/3) . JPNS Negeri Sembilan

Page 9: Sejarah Kertas 3- Set 1

9

Seterusnya membawa kepada peningkatan prasarana Negara. Kewujudan Zon Perdagangan

Bebas ASEAN (AFTA) dapat menghapuskan sekatan dagangan barangan Negara kita seterusnya

meningkatkan kadar eksport Negara kita. Kemajuan ekonomi Negara dapat menjamin

keseimbangan dan keadilan pasaran dagangan serantau. Selain itu, Malaysia juga dapat mengatasi

masalah kekurangan buruh melalui pengambilan buruh luar dan seterusnya akan dapat

mengembangkan industri Negara kita. Akhir sekali hubungan baik ini akan dapat menjamin

keselamatan pelaburan atau perdagangan Negara kita.

(LAIN JAWAPAN MUNASABAH BOLEH DITERIMA)

SOALAN 6 ( MENCIPTA / MENJANA IDEA )

JELASKAN CABARAN/ ISU/ MASALAH/ HALANGAN/ ANCAMAN YANG DIHADAPI

OLEH MALAYSIA DALAM MENJALIN HUBUNGAN SERANTAU DAN LANGKAH UNTUK

MENGATASINYA ( 10 markah )

Antara cabaran yang dihadapi Malaysia adalah pencerobohan wilayah. Sebagai contohnya

pencerobohan di Lahad Datu oleh kumpulan minoriti Filipina.

Selain itu, Malaysia juga menghadapi cabaran apabila ruang udara dicerobohi oleh Singapura untuk

melakukan latihan penerbangan. 

Malah, telah berlakunya penyeludupan subsidi minyak secara besar-besaran di kawasan sempadan

Malaysia – Thailand. Hal ini, menyebabkan negara terpaksa menanggung kerugian yang banyak.

Di samping itu, Malaysia turut berdepan dengan kebanjiran PATI dari negara-negara serantau

misalnya kemasukan pembantu rumah asing dan buruh binaan dari Indonesia serta Filipina. 

Sehubungan dengan itu, sektor perburuhan di Malaysia telah dimonopoli oleh warga asing. Hal ini

sekali gus telah merugikan negara kerana berlaku pengaliran keluar wang secara berleluasa.

Sementelahan pula, aktiviti negara serantau seperti Singapura yang membuat tambakan laut

berhampiran perairan negara telah menjadikan kawasan laut cetek.

Sejarah Kertas 3 ( 1249/3) . JPNS Negeri Sembilan

Page 10: Sejarah Kertas 3- Set 1

10

Keadaan ini telah menghalang laluan kapal besar selain akan menggugat mata pencarian nelayan

serta menjejaskan aktiviti maritim negara.

Malahan, isu lain yang turut mengancam keamanan negara adalah masalah sosial yang ditimbulkan

oleh warga asing yang berhijrah ke sini. Sebagai contohnya, berleluasanya aktiviti jenayah. Isu

pemerdagangan manusia turut menjadi ancaman besar kepada negara. 

Perbezaan pandangan ideologi turut menjadi satu isu besar. Contohnya Thailand terikat kuat

dengan Amerika Syarikat, Filipina pula dianggap sebagai “Ranting Asia” Amerika Syarikat

manakala Vietnam dikelompokkan sebagai  “National Communist”. 

Selain itu, antara isu besar yang turut dihadapi oleh Malaysia adalah tekanan nasionalisme negara

serantau kerana pertubuhan serantau masih lagi dipandang rendah oleh pertubuhan

antarabangsa yang lain. Malah, dalam hubungan ekonomi dua hala antara Malaysia dengan

pertubuhan dunia, Negara Malaysia sering dikenakan syarat perdagangan yang tidak adil seperti

cukai yang tinggi.

Kedudukan Malaysia yang berhampiran dengan Negara serantau turut menimbulkan ancaman lanun

kepada penduduk setempat. Di samping itu, penyeludupan beras, mercun dan senjata api dari

Negara-negara jiran atau serantau terpaksa dihadapi oleh Malaysia. Pelbagai isu lain turut timbul seperti

perebutan sempadan. Contoh isu perebutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura

serta konflik Pulau Sipadan dan Ligitan di Sabah.

Langkah-langkah Mengatasi:

Antara langkah yang boleh diambil untuk menyelesaikan isu yang sering menggugat hubungan baik

dalam kalangan negara jiran ialah mengadakan rundingan diplomatik di antara ketua-ketua Negara.

Selain itu, Pertubuhan ASEAN juga boleh memainkan peranan dengan mengadakan mesyuarat di

kalangan Menteri-menteri Negara ASEAN

Dalam isu pemerdagangan manusia, kerjasama antara pihak polis dan pasukan keselamatan dalam

kalangan Negara serantau direalisasikan. Contohnya gambar-gambar dan penjenayah di edar kepada

pihak berkaitan.

Sejarah Kertas 3 ( 1249/3) . JPNS Negeri Sembilan

Page 11: Sejarah Kertas 3- Set 1

11

Berkaitan dengan isu pencerobohan Lahad Datu,peranan Kerajaan Filipina dengan tidak menyokong

dan membantu kumpulan pengganas sangat dialu-alukan.

Selain itu, isu pendatang asing tanpa izin dapat diselesaikan melalui rundingan antara Negara.

Malaysia mengadakan rancangan Pemutihan dan program penghantaran pulang PATI member

peluang pendatang tanpa izin balik ke Negara asal mereka tanpa dikenakan tindakan.

Malaysia juga menyerahkan isu tuntutan bertindih seperti isu Pulau Sipadan dan Pulau Batu Putih

kepada Mahkamah Antarabangsa(ICJ) diselesaikan.

Dalam isu alam sekitar iaitu isu jerebu, pasukan bomba Negara kita telah dihantar ke Indonesia

untuk membantu usaha memadamkan kebakaran.

(LAIN-LAIN JAWAPAN MUNASABAH BOLEH DITERIMA)

SOALAN 7 (NILAI MURNI / IKTIBAR )

NYATAKAN NILAI-NILAI MURNI /IKTIBAR /PATRIOTISME HASIL DARIPADA

HUBUNGAN DENGAN NEGARA LUAR. ( 5 markah )

Sifat hormat-menghormati, bertolak ansur dan kerjasama dengan negara luar boleh

mendatangkan manfaat kepada negara kita. Di samping itu, sejarah perhubungan dengan negara luar

dapat mempertingkatkan semangat cinta akan tanah air serta melahirkan masyarakat

berharmoni dalam kalangan warganegara kita.

Akhirnya rakyat kita akan menjadi masyarakat yang mementingkan budaya ilmu, mampu berdikari

dan tabah menghadapi cabaran luar pada masa akan datang.

Sejarah Kertas 3 ( 1249/3) . JPNS Negeri Sembilan

Page 12: Sejarah Kertas 3- Set 1

12

Pemimpin yang berwibawa serta berwawasan akan berupaya mentransformasikan negara kita menjadi

sebuah negara yang sentiasa disegani oleh masyarakat luar.

(LAIN-LAIN JAWAPAN MUNASABAH BOLEH DITERIMA)

SOALAN 8 ( RUMUSAN )

PENGETAHUAN

IKTIBAR KEPADA DIRI/ BANGSA/ NEGARA

HARAPAN

( 5 markah )

Pengetahuan yang diperoleh daripada bab ini ialah Malaysia telah menyertai pertubuhan Negara

ASEAN bermula dengan penubuhan ASA. Kegagalan ASA telah menyebabkan penubuhan

MAPHILINDO dan akhirnya ASEAN. Matlamat Malaaysia dengan menyertai pertubuhan ini ialah

untuk kepentingan bersama di kalangan Negara-negara ASEAN, sama ada dari segi ancaman komunis,

pertelingkahan mengenai gagasan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, soal ekonomi atau kerjasama

social. Malaysia mengambil langkah yang dinamis dan merangka strategi dan menggubal dasar luar

yang dapat memastikan negara dapat terus bersaing  dari segi politik , ekonomi dan sosial. Kita Perlu

mengejar maklumat  dan mengikuti perubahan semasa dalam mengejar kemajuan. Di samping itu

semangat dan daya saing rakyat negara penting untuk berjaya pada peringkat dunia

Iktibar pada diri/bangsa/negara adalah kita haruslah memperkaya ilmu berkaitan dasar luar. Kita juga

mestilah Memiliki semangat patriotisme/ cinta akan negara di samping menanamkan jati diri bagi

memperoleh idea baru untuk meningkatkan kemajuan negara

Selain itu kita hendaklah mempertahan kedaulatan negara dan mementingkan kerjasama penting untuk

mencapai kejayaan. Di samping itu semangat meneroka dalam pelbagai bidang.

Saya berharap agar hubungan baik dengan negara-negara lain dapat dikekalkan agar keamanan dunia

bertambah baik. Saya juga berharap agar negara serantau dapat berkongsi kepakaran dalam semua

bidang. Dengan usahasama yang dilaksanakan diharap Malaysia menjadi negara maju, makmur dan

Sejarah Kertas 3 ( 1249/3) . JPNS Negeri Sembilan

Page 13: Sejarah Kertas 3- Set 1

13

mencapai Wawasan 2020. Dengan itu taraf kehidupan rakyat meningkat dan pentadbiran negara

mendapat pengiktirafan dunia

Selain itu, saya berharap agar identiti negara dan bangsa Malaysia dapat dikekalkan. Seterusnya

masyarakat hidup bersatu padu bagi mencapai Gagasan 1Malaysia.

(MANA-MANA JAWAPAN LAIN YANG MUNASABAH BOLEH DITERIMA)

Team JPNS edit nazaron63

Sejarah Kertas 3 ( 1249/3) . JPNS Negeri Sembilan