sejarah kertas 3 kbat

4
4. Langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan ekonomi Negara Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan ekonomi negara ialah dengan menguasai pelbagai kemahiran . Selain itu, masyarakat juga sepatutnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya lebih mahir dalam melakukan sesuatu perkara. Seterusnya , pihak berkuasa bertanggungjawab menjaga keamanan .. negara .. dan .. mengekalkan .. kedaulatan .. ne gara. Rakyat mestilah bersatu padu untuk mengukuhkan perpaduan kaum. Rakyat juga perlu bersikap kreatif dan inovatif untuk menghasilkan produktif yang cemerlang.Kerajaan perlu menggalakkan pelaburan asing di negara kita untuk menambahkan bilangan tenaga mahir yang terdiri dari rakyat Malaysia. Penduduk Malaysia harus mengurangkan kerenah biokrasi kerana hal ini akan mencemarkan nama baik negara. Dengan ini kerajaan dapat meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa dari segi eksport dan import. Di samping itu, melakukan penyelidikan dan pembangunan juga boleh diambil dalam usaha menjadikan negara hub halal. Justeru kerajaan dapat memperatkan hubungan diplomatik antara negara-negara yang maju seperti Korea, Jepun dan Britain. Kerajaan juga perlulah menambah institusi pengajian tinggi untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan adanya generasi seperti ini, dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan Malaysia. 5. Langkah-langkah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju.. Antara langkah-langkah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju ialah kita perlulah sentiasa bersikap inovatif dan berusaha memperbaiki kelemahan diri supaya dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan.Keamanan dan perpaduan perlulah sentiasa dipelihara kerana kemajuan sesebuah negara itu dipengaruhi oleh keadaan didalam negaranya. Jika negara kita tidak aman, pelabur dari negara luar pasti was-was untuk melabur di negara kita.Kita memerlukan pelabur asing untuk melabur di negara kita untuk mengukuhkan .. kewangan .. negara. Selain itu, faktor pemerintahnya juga diambil kira. Pemerintah yang memerintah negara

Upload: suaidah

Post on 11-Jan-2016

164 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

soalan kertas 3 kbat spm

TRANSCRIPT

Page 1: sejarah kertas 3 kbat

4.   Langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan ekonomi Negara

Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan ekonomi negara ialah dengan menguasai pelbagai kemahiran. Selain itu, masyarakat juga sepatutnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya lebih mahir dalam melakukan sesuatu perkara. Seterusnya, pihak berkuasa bertanggungjawab menjaga keamanan..negara..dan..mengekalkan..kedaulatan..negara.

Rakyat mestilah bersatu padu untuk mengukuhkan perpaduan kaum. Rakyat juga perlu bersikap kreatif dan inovatif untuk menghasilkan produktif yang cemerlang.Kerajaan perlu menggalakkan pelaburan asing di negara kita untuk menambahkan bilangan tenaga mahir yang terdiri dari rakyat Malaysia. Penduduk Malaysia harus mengurangkan kerenah biokrasi kerana hal ini akan mencemarkan nama baik negara. Dengan ini kerajaan dapat meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa dari segi eksport dan import.

Di samping itu, melakukan penyelidikan dan pembangunan juga boleh diambil dalam usaha menjadikan negara hub halal. Justeru kerajaan dapat memperatkan hubungan diplomatik antara negara-negara yang maju seperti Korea, Jepun dan Britain. Kerajaan juga perlulah menambah institusi pengajian tinggi untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan adanya generasi seperti ini, dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan Malaysia.

5. Langkah-langkah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju..

Antara langkah-langkah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju ialah kita perlulah sentiasa bersikap inovatif dan berusaha memperbaiki kelemahan diri supaya dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan.Keamanan dan perpaduan perlulah sentiasa dipelihara kerana kemajuan sesebuah negara itu dipengaruhi oleh keadaan didalam negaranya. Jika negara kita tidak aman, pelabur dari negara luar pasti was-was untuk melabur di negara kita.Kita memerlukan pelabur asing untuk melabur di negara kita untuk mengukuhkan..kewangan..negara.

Selain itu, faktor pemerintahnya juga diambil kira. Pemerintah yang memerintah negara kita perlulah seorang yang adil, sentiasa berwibawa,sentiasa berpandangan jauh dan berkebolehan menjangka perubahan yang bakal berlaku.Hal ini penting untuk memastikan negara kita sentiasa berkembang mengikut peralihan masa.Seterusnya,kita perlu meneliti dan menghayati perubahan yang berlaku pada masyarakat lalu dan mengambil iktibar daripada peritiwa yang telah berlaku serta menjadikannya sebagai inspirasi untuk terus maju.

Selanjutnya, kawasan-kawasan yang strategik yang dapat menarik minat pelancong asing, bolehlah dimajukan untuk tujuan pelancongan. Hal ini dapat membantu negara dalam mempromosikan negara kita kepada negara lain. Pusat-pusat pendidikan perlulah dimajukan dan pendidikan haruslah dijadikan sebagai keutamaan kerana ilmu itu pelita hidup. Para pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM, bolehlah dihantar belajar ke luar negara supaya mereka mendapat pengetahuan yang lebih mendalam dan lebih terperinci seterusnya dapat memberi serba sedikit ilmu yang diperoleh ketika berkhidmat kepada..negara.

Page 2: sejarah kertas 3 kbat

Sektor pengangkutan dan perhubungan perlulah dimajukan seiring dengan kemajuan ekonomi yang dicapai untuk memudahkan lagi perjalanan kita ke sesuatu destinasi. Selain itu, sekolah-sekolah yang menawarkan bidang teknikal perlulah ditambah supaya dapat melahirkan lebih ramai lagi tenaga mahir di dalam negara kita. Seperti yang kita ketahui, teknologi negara asing seperti negara Jepun lebih canggih daripada negara kita. Oleh itu, kita boleh juga membuat pertukaran teknologi agar negara kita juga setanding dengan negara mereka.Selanjutnya, seperti yang diketahui umum, zaman sekarang merupakan zaman kemunculan teknologi-teknologi canggih. Oleh itu, negara kita perlulah meningkatkan teknologi...ICT..agar..negara..kita..juga..maju..seperti..negara..mereka.

Pihak kerajaan juga bolehlah membantu pengusaha-pengusaha kecil dan usahawan-usahawan muda dengan memberi wang insentif kepada mereka supaya mereka dapat menggunakan wang tersebut untuk memajukan perusahaan mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Program-program yang berkaitan seperti program cara menjadi pengusaha atau usahawan yang berjaya boleh diadakan untuk memberi panduan kepada para pengusaha dan usahawan untuk memajukan perusahaan masing-masing.

6.Cabaran Malaysia bagi menjamin kedaulatan negara

(a) Jelaskan  cabaran yang dihadapi Malaysia  bagi menjamin      kedaulatan negara ( 5markah)

Cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin kedaulatan negara ialah ancaman anasir-anasir luar yang cemburu dengan keharmonian negara Malaysia . Seterusnya , cabaran dalam mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia . Selanjutnya , cabaran bagi memupuk nilai-nilai patriotisme dalam diri generasi muda agar kedaulatan negara terjamin . Selain itu , cabaran untuk memastikan ekonomi negara yang kukuh seterusnya dapat menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang kuat dan akhir sekali cabaran mengekalkan persefahaman antara kaum di Malaysia . (b) Nyatakan  langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas  

( 5 markah)

   Langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas ialah dengan menyediakan angkatan tentera yang kuat dan mempertingkatkan kecanggihan teknologi dalam bidang pertahanan . Seterusnya ,mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royang yang mampu mengekalkan perpaduan kaum . Selanjutnya , mengadakan sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah di sekolah masing-masing dan mengadakan pameran biografi tentang pejuang-pejuang yang gugur di medan perang demi mempertahankan negara. Selain itu , menggalakkan masyarakat Malaysia terlibat dengan aktiviti yang mendatangkan keuntungan ekonomi seperti berniaga . Akhirnya , mengadakan perbincangan antara kaum dalam menyelesaikan sesuatu masalah .

Page 3: sejarah kertas 3 kbat

8. Rumusan [5 markah]

Melalui tajuk ini, saya memperolehi pengetahuan tentang peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau seperti ASA, MAPHILINDO dan ASEAN. Contohnya, dalam menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia.Saya juga dapat mengetahui faedah yang diperolehi oleh Malaysia melalui hubungan serantau.

Sejarah membuktikan pentingnya sesebuah negara menjalin hubungan dengan negara-negara jiran.Kita juga dapati perlunya hubungan persahabatan antara negara demi kepentingan rakyat dan negara. Selain itu Asean juga memberikan sumbangan besar kepada negara-negara rantau Asia Tenggara.

Di samping itu, iktibar kepada saya kita hendaklah saling membantu demi mencapai kejayaan yang lebih gemilang. Contohnya dalam bidang ekonomi, sokongan negara-negara serantau amat diperlukan.

Selain itu, iktibar kepada rakyat Malaysia ialah rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan sikap toleransi antara kaum demi mengekalkan keamanan negara seperti tidak membicarakan isu-isu sensitif yang boleh menyebabkan perbalahan kaum.

Sehubungan dengan itu, iktibar kepada negara ialah negara Malaysia hendaklah menjaga dan mengekalkan hubungan baik dengan negara serantau. Misalnya isu lagu Negaraku yang menjadi perbalahan dengan Indonesia telah berjaya diselesaikan melalui rundingan.

Harapan untuk masa depan Malaysia agar terus memantapkan lagi hubungan serantau dan juga antarabangsa sama ada melalui pertukaran teknologi, budaya dan sukan. Sekiranya semangat iniberkekalan, maka harapan Malaysia untuk merealisasikan hasrat kerajaan mencapai Wawasan 2020 akan termakbul.