sejarah batu pahat

15
Sejarah Batu Pahat Pada zaman dahulu, Batu Pahat dikenali sebagai Pulau Kundur dan Sungai Batu Pahat juga dikenali sebagai Sungai Kundur. Ianya merupakan petempatan-petempatan kecil yang berasingan yang dibuka oleh orang- orang kenaman dan orang-orang besar seperti penghulu dan ketua-ketua kampung. Sebagai contohnya semasa pemerintahan Sultan Hussin di Singapura dan Johor, dua orang ketua dari orang-orang Melayu Daik, dan seorang lagi dari Simpang Kiri bernama Rapang dari keturunan Orang Besar Pahang telah mengadap Sultan Hussin. Mereka berdua telah diberi taraf penghulu oleh Sultan Hussin di tempat masing-masing pada tahun 1834. Berikutan dengan pembukaan petempatan-petempatan kecil ini, maka kawasan Batu Pahat ini telah bertambah maju dan meluas. Maka pada tahun 1885 beberapa orang keturunan Inggeris iaitu nama-namanya Stiple, Jackson dan Watt telah membuka sebuah ladang kopi di kaki Bukit Penggaram iaitu berhampiran dengan Pengkalan Jeram. Pemborong yang telah mengerjakan lading itu adalah seorang Cina bernama Lim Soo Poon telah menjadi seorang kaya (taukeh) dan ia telah dapat membuat empat pintu rumah batu berdekatan dengan Sungai Batu Pahat. Usaha- usaha untuk membuka Bandar Batu Pahat semakin giat dijalankan pada tahun 1888 oleh Dato' Yahya bin Awaluddin yang juga dikenali sebagai Dato' Yahya Tinggi di suatu kawasan Bukit Senangin, Kampung Tambak, tebing kanan Sungai Batu Pahat. Tetapi usaha beliau menemui kegagalan kerana faktor geografi dan ekonomi yang tidak sesuai. Malah menurut kepercayaan orang tua yang ada di kawasan itu tidak boleh dijadikan bandar kerana akhirnya akan dimasuki "angin". Akhirnya tempat itu ditinggalkan begitu sahaja. Di tahun yang sama juga, seorang lagi pembesar yang bergelar Dato' Yahya Rendah cuba membuka Bandar di kawasan Senangar tetapi gagal juga kerana orang-orang tua pada masa itu menyatakan "nanti mulut ternganga". Walaupun begitu, pembukaan petempatan-petempatan baru masih juga diteruskan. Pada tahun 1889 Orang Kaya Sidek bin Ismail telah membuka satu petempatan di seberang Kampung Minyak Beku yang berdekatan dengan Kampung Jakun dan kawasan ini dinamakan Benut Selamat. Tetapi tidak lama kemudian nama ini telah bertukar kepada Bagan. Ramai orang-orang yang tertarik ke tempat itu termasuk juga orang yang datang dari Pulau Jawa, Madura dan lain-lain pulau. Orang-orang Jawa yang diketuai oleh Haji Ibrahim telah membuka kebun-kebun kelapa dan kopi. Di antara orang-orang yang terkenal di kampung itu ialah seperti Pawang Abu, Haji Arshad (Orang Melaka) dan Mohamed Tab (Orang Muar). Jadi sehinggalah pada tahun 1893, barulah Dato' Bentara Luar iaitu Dato' Muhamad Salleh bin Perang berjaya memulakan usaha bagi membangunakan Bandar Batu Pahat di kawasan Simpang Kanan, kira-kira tujuh batu dari kuala sungai Batu Pahat. Kemajuan Bandar Maharani yang telah dibuka pada tahun 1884, mencabar keupayaan penghulu-penghulu Batu Pahat bagi membuka sebuah Bandar. Tambahan pula memandangkan kemajuan yang pesat di kawasan sekitarnya seperti Serum, Bertam, Tebing Tinggi, Kampung Sejagong, Langkap, Chaah dan lain-lain lagi, maka satu perjumpaan telah diadakan di Kuala Simpang, terdiri daripada orang-orang kaya, penghulu-penghulu, Menteri Penghulu dan Jenang-jenang (gelaran bagi ketua orang asli) yang dipengerusikan oleh Encik Abdul Hamid bin Ahmad Ketua Pengaman Batu Pahat. Keputusan mesyuarat tersebut telah melantik Penghulu

Upload: syazwan-yusuf

Post on 14-Aug-2015

219 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

tyu

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Batu Pahat

Sejarah Batu Pahat

Pada zaman dahulu, Batu Pahat dikenali sebagai Pulau Kundur dan Sungai Batu Pahat juga dikenali sebagai Sungai Kundur. Ianya merupakan petempatan-petempatan kecil yang berasingan yang dibuka oleh orang-orang kenaman dan orang-orang besar seperti penghulu dan ketua-ketua kampung. Sebagai contohnya semasa pemerintahan Sultan Hussin di Singapura dan Johor, dua orang ketua dari orang-orang Melayu Daik, dan seorang lagi dari Simpang Kiri bernama Rapang dari keturunan Orang Besar Pahang telah mengadap Sultan Hussin. Mereka berdua telah diberi taraf penghulu oleh Sultan Hussin di tempat masing-masing pada tahun 1834.

Berikutan dengan pembukaan petempatan-petempatan kecil ini, maka kawasan Batu Pahat ini telah bertambah maju dan meluas. Maka pada tahun 1885 beberapa orang keturunan Inggeris iaitu nama-namanya Stiple, Jackson dan Watt telah membuka sebuah ladang kopi di kaki Bukit Penggaram iaitu berhampiran dengan Pengkalan Jeram. Pemborong yang telah mengerjakan lading itu adalah seorang Cina bernama Lim Soo Poon telah menjadi seorang kaya (taukeh) dan ia telah dapat membuat empat pintu rumah batu berdekatan dengan Sungai Batu Pahat.

Usaha- usaha untuk membuka Bandar Batu Pahat semakin giat dijalankan pada tahun 1888 oleh Dato' Yahya bin Awaluddin yang juga dikenali sebagai Dato' Yahya Tinggi di suatu kawasan Bukit Senangin, Kampung Tambak, tebing kanan Sungai Batu Pahat. Tetapi usaha beliau menemui kegagalan kerana faktor geografi dan ekonomi yang tidak sesuai. Malah menurut kepercayaan orang tua yang ada di kawasan itu tidak boleh dijadikan bandar kerana akhirnya akan dimasuki "angin". Akhirnya tempat itu ditinggalkan begitu sahaja. Di tahun yang sama juga, seorang lagi pembesar yang bergelar Dato' Yahya Rendah cuba membuka Bandar di kawasan Senangar tetapi gagal juga kerana orang-orang tua pada masa itu menyatakan "nanti mulut ternganga".

Walaupun begitu, pembukaan petempatan-petempatan baru masih juga diteruskan. Pada tahun 1889 Orang Kaya Sidek bin Ismail telah membuka satu petempatan di seberang Kampung Minyak Beku yang berdekatan dengan Kampung Jakun dan kawasan ini dinamakan Benut Selamat. Tetapi tidak lama kemudian nama ini telah bertukar kepada Bagan. Ramai orang-orang yang tertarik ke tempat itu termasuk juga orang yang datang dari Pulau Jawa, Madura dan lain-lain pulau. Orang-orang Jawa yang diketuai oleh Haji Ibrahim telah membuka kebun-kebun kelapa dan kopi. Di antara orang-orang yang terkenal di kampung itu ialah seperti Pawang Abu, Haji Arshad (Orang Melaka) dan Mohamed Tab (Orang Muar).

Jadi sehinggalah pada tahun 1893, barulah Dato' Bentara Luar iaitu Dato' Muhamad Salleh bin Perang berjaya memulakan usaha bagi membangunakan Bandar Batu Pahat di kawasan Simpang Kanan, kira-kira tujuh batu dari kuala sungai Batu Pahat.

Kemajuan Bandar Maharani yang telah dibuka pada tahun 1884, mencabar keupayaan penghulu-penghulu Batu Pahat bagi membuka sebuah Bandar. Tambahan pula memandangkan kemajuan yang pesat di kawasan sekitarnya seperti Serum, Bertam, Tebing Tinggi, Kampung Sejagong, Langkap, Chaah dan lain-lain lagi, maka satu perjumpaan telah diadakan di Kuala Simpang, terdiri daripada orang-orang kaya, penghulu-penghulu, Menteri Penghulu dan Jenang-jenang (gelaran bagi ketua orang asli) yang dipengerusikan oleh Encik Abdul Hamid bin Ahmad Ketua

Page 2: Sejarah Batu Pahat

Pengaman Batu Pahat. Keputusan mesyuarat tersebut telah melantik Penghulu Rahmat bin Ragam (Penghulu Simpamg Kanan) dan Penghulu Kitam bin Mohd. Shah (Penghulu Simpang Kiri) mengadap Sultan Abu Bakar memohon Dato' Muhamad Salleh bin Perang membuka satu bandar untuk Batu Pahat. Mereka berkeyakinan Dato' Bentara Luar akan berjaya membuka sebuah lagi Bandar kali ini di Batu Pahat.

Pada 4hb. November 1893, Dato' Muhamad Salleh yang pada masa itu diam di Kampung Senangar, dipanggil ke Johor Bahru. Pada 11hb. November 1893, Sultan Abu Bakar telah bertitah kepada beliau:

Aku disusahkan oleh dua Penghulu Rahmat dan Kitam. Dua tiga kali berjumpa dengan aku minta engkau membuka Batu Pahat. Aku jawab dengan Rahmat dan Kitam, jangan engkau semuanya sumpah dan tidak ikut apa-apa perintah dia kelak. Dia jawab pada aku, tidak sekali-kali. Aku fikir bolehlah engkau buka Batu Pahat itu, mana-mana tempat anggaran engkau hendak jadikan Bandar... 

Kedudukan tempat yang hendak dijadikan Bandar adalah kira-kira 15 kilometer dari kuala sungai Batu Pahat, sebelah kanan tebing mudik sungai. Dato' Bentara Luar memilih kawasan ini kerana senang dan boleh merapatkan kapal-kapal besar yang dianggarkan dapat masuk kesungai dengan membina sebuah dermaga bagi kemudahan perdagangan laut. Sungguhpun kawasan yang hendak dijadikan Bandar rendah, sering ditenggelami air masin sewaktu air pasang besar dari laut, kira-kira 2 kilometer ke darat tanahnya tinggi berbukit dan subur bagi tanam-tanaman. 

Dato' Bentara Luar membuat rumah kediamannya di Kampung Penggaram bertentangan dengan Tasek Kadri untuk membuat kerja membuka Bandar.

Pada 2hb. Disember 1893, fakir menjalankan kerja menjalankan pekerjaan ukur-mengukur dari jalan kebun kopi ke Gunung Penggaram sampai ke Sungai Penggaram. Di tepi Sungai Penggaram itu fakir jadikan sebuah rumah atap tempat duduk fakir. Fakir jalankan pekerjaan membuat jalan dalam itu. Fakir mulakan menjalankan membuat rumah, pejabat, polis mahkamah dan tambak menambak batu di jalan...

Kerja mengukur, merancang dan membangunkan pusat Bandar pentadbiran daerah telah berjalan lancar dengan bantuan kuat dua orang penghulu itu termasuk perbelanjaan yang dipungut dari orang tempatan dan juga bantuan kewangan dari Orang Kaya Bagan serta kewangan Dato' Bentara Luar sendiri. 

Pembukaan rasminya telah dilakukan pada 1hb. Januari 1894 oleh Dato' Muhamad Salleh bin Perang sendiri yang dihadiri oleh Orang-orang Kaya, Penghulu-penghulu dan orang-orang kenamaan tempatan. Kemuncak majlis perasmian itu ialah istiadat menaikkan bendera negeri Johor di Bukit Penggaram yang sekarang menjadi tapak dan kawasan rumah kediaman Pegawai Daerah dan seterusnya bukit itu disebut orang Bukit Bendera hingga hari ini. Seterusnya selepas itu pegawai-pegawai tadbir pun disusun dan pejabat-pejabat kerajaan seperti mahkamah, polis. penjara, rumah sakit dan lain-lain juga diwujudkan satu demi satu. Perkembangannya berjalan dengan baik dan lancar dan dalam masa sebulan sahaja jumlah hasil kutipan telah mencapai $ 1,500.00.

Page 3: Sejarah Batu Pahat

Pada 1hb. Disember 1894, diadakan satu majlis pengisytiharan menamakan bandar itu dengan nama Bandar Penggaram mengambil sempena nama Kampung Penggaram yang sedia ada di situ yang menjadi kampung kediaman Penghulu Rahmat.

Selain diwujudkan system pentadbiran moden dengan pegawai-pegawai tadbir yang tertentu menggantikan sistem tradisional, Batu Pahat mula berkembang maju di mana Dato' Muhamad Salleh bin Perang yang menjadi wakil Raja memerintah Batu Pahat, kemudiannya menjadi Pesuruhjaya Kerajaan, telah memainkan peranan yang amat aktif.

Orang-orang kampung telah digalakkan dan digesa membuka kebun untuk bercucuk tanam dan membuat parit tali air dan dalam masa yang sama pemodal-pemodal asing mula datang membuka kebun, ladang dan berniaga di Batu Pahat. Kebolehan Dato' Bentara Luar berbahasa Cina merupakan faktor menyebabkan beliau pada umumnya disukai oleh orang Cina dan faktor yang membawa kepada kemajuan ekonomi dan harmoni di daerah ini.

Pentadbiran Batu Pahat di bawah pimpinan Dato' Bentara Luar berjalan lancar dan mengagumkan, ini dinyatakan oleh Ungku Sulaiman bin Daud, Pesuruhjaya Besar Johor (General Commisioner) dalam rangka lawatan tugasnya di Batu Pahat pada 21hb. hingga 24hb. Disember 1896.

Kemajuan ekonomi Batu Pahat dapat diukur berdasarkan pendapatan daerah yang didapati sepanjang tahun. Masa bandar ini dibangunkan dalam tahun 1893 pentadbiran daerah berjaya mengutip sejumlah $ 15,000.00 sahaja tetapi dalam tahun 1910 pendapatan tahunan mencapai jumlah $ 55,375.00.

Zaman Dato' Bentara Luar berakhir pada pertengahan tahun 1911 apabila Ungku Ahmad bin Ungku Muhamad Khalid dilantik menjadi Pesuruhjaya Kerajaan Batu Pahat menggantikan Dato' Bentara Luar. Batu Pahat mengalami zaman baru bila menjelma pula system pentadbiran yang seiringan dalam mana Pesuruhjaya Kerajaan Daerah berpadu dengan Penolong Penasihat berbangsa Inggeris untuk menjalankan pentadbiran.

Kini Batu Pahat terus membangun dan muncul sebagai salah satu daerah yang termaju di negeri Johor Darul Takzim dan mempunyai potensi yang besar untuk terus maju pada masa hadapan.

Page 5: Sejarah Batu Pahat

Mukim

MUKIM

KELUASAN

BATU PERSEGI

KM PERSEGI

EKAR HEKTAR

I. Lubok (Mukim I) 16 41.44 10,240.00 4,143.99

II. Bagan (Mukim 2) 15 38.85 9,600.00 3,885.99

III. Peserai (Mukim 3) 7 18.12 4,480.00 1,812.00

IV. Simpang Kiri (Mukim 4) 38 98.42 24,320.00 9,842.06

V. Simpang Kanan (Mukim 5) 48 124.32 30,720.00 12,432.07

VI. Linau (Mukim 6) 39 101.01 24,960.00 10,101.06

VII. Tanjung Semberong (Mukim 7)

133 344.47 85,120.00 34,447.21

VIII. Sri Gading (Mukim 8) 74 191.66 47,360.00 19,166.12

IX. Minyak Beku (Mukim 9) 48 124.32 30,720.00 12,432.08

X. Kampung Bahru (Mukim 10) 26 67.34 16,640.00 6,734.04

XI. Sungai Punggor (Mukim 11) 34 88.06 21,760.00 8,806.05

XII. Sungai Kluang (Mukim 12) 38 98.42 24,320.00 9,842.06

XVII. Chaah Bahru (Mukim 18) 118 305.62 75,520.00 30,562.19

XVIII. Sri Medan (Mukim 17) 89 230.51 56,960.00 23,051.14

JUMLAH 723 1872.56 462,720.00 187,258.06

Lagu Joget Batu Pahat

Page 6: Sejarah Batu Pahat

Tanah Yang Indah Di Negeri JohorBatu Pahat Daerah MakmurSungai Mengalir Ke KualaDari Simpang Kanan Dan Kiri

DiHulu Sungai Kampunglah MedanParit Sulong, Pekan Nan IndahBukit Pasir dan Tongkang PecahSemerah Letak Di Utara

Chorus

Bandar Penggaram Tempat BerniagaRamai Yang Membeli Belah DisanaPisang Salai Di Paritlah RajaAir Hitam, Tempat Pelancong

Gunung Banang Tinggi MengawanNampaklah Dari Bukit SogaIstana Hinggap Sultan JohorRaja Adil Daerah Makmur

Sri Gading Utuh TerbinaRengit, Senggarang Tak KurangnyaMinyak Beku Batu Di PahatNama Diberi Sempenanya

Dahulu Kala Ia DibukaOleh Dato' Bentara LuarSatu Haribulan JanuariSatu Lapan Sembilan Empat

Lagu Gubahan : Encik Zaidin Bin Hj. Noor (Batu Pahat)

Tugu Batu Pahat

BATU PAHAT

Page 7: Sejarah Batu Pahat

Nama Batu Pahat dikatakan dari peristiwa memahat batu untuk mendapat bekalan

air tawar di pantai Minyak Beku yang terletak di Kuala Sungai Batu, Batu Pahat.

Kerja ini dilakukan oleh angkatan tentera Siam (Orang-orang Muslim Pattani Siam )

di bawah pimpinan Awi Dicu dalam abad ke-15 sewaktu hendak menyerang Melaka.

Kesan pahatan tersebut masih terdapat hingga sekarang. Kesan ini dikenali sebagai

Perigi Siam atau Perigi Batu Pahat. Pusat bandar bagi daerah Batu Pahat ialah

Bandar Penggaram. Nama Penggaram itu dikatakan berasal daripada ‘pangkal

jeram', kerana terdapat jeram di sebuah sungai kecil yang mengalir dari bukit

belakang bandar tersebut.

 

          Batu Pahat merupakan sebuah daerah, namanya diambil berpunca daripada

nama sebuah perigi.Sungai Batu Pahat juga mengambil daripada nama perigi

tersebut. Menurut daripada buku hikayat Malim Deman dan Mailm Dewa nama asal

sungai Batu Pahat ialah Sungai Kundur. Ada tempat pada buku hikayat itu menyebut

Page 8: Sejarah Batu Pahat

nama Pulau Kundur. Pulau Kundur diistilah menurut kefahaman bahasa Melayu kuno

bukan bererti sekeping tanah yang dikelilingi oleh air tetapi ialah sesuatu kampung

dan penempatan yang sekelompok (tidak sederet). Buktinya didalam syair Selindang

Delima ada menyebut nama Pulau Bandu (Kampung Bindu). Bukti kedua ialah

kampung tempat lahir Allahyarham Tun Abdul Razak dinamakan Pulau Keladi

 

 

        Perigi Batu Pahat bermula daripada takungan air dikaki bukit batu-batan di

kuala Sungai Kundur. Dizaman purba dipercayai pelayaran daripada Muar ke

Temasik kapal-kapal layar singgan diperigi tersebut untuk mengambil bekalan air. Ini

menyebabkan perigi itu terkenal dikalangan ahli pelayaran. Sebab pun perigi itu

dinamakan Batu Pahat mengikut sumber sejarah yang boleh dipercayai iaitu didalam

rancangan Siam hendak melanggar Melaka ia telah membuat persiapan peperangan

dalam jangka masa yang panjang. Serangan itu dilancarkan daripada laut di Kuala

Sungai Kundur pada tahun 1456 diketuai oleh Okyo Tejo (menurut sejarah Melayu

ialah Awi Dichu). Untuk mendapatkan bekalan air mereka pahatkan takungan air itu

supaya besar. Kenyataan kedua ialah batu batan dikuala Sungai Kundur dipahat

oleh Yokob Peringgi dengan banyaknya untuk dibawa ke Melaka bagi membina Kota

Farmosa.

 

 

        Penempatan manusia yang asal di Batu Pahat iaitu di Pulau Kundur yang

duduknya di Rantau Panjang Simpang Kiri. Rantau Panjang pada hari ini bernama

Kampung Parit Abdul Rahman atau Parit Simpang Kiri, Batu Pahat. Kedua Kampung

Bindu Simpang Kanan dan Kampung ketiga Minyak Beku

 

 

        Dalam tahun 1811 Daing Ahmad bin Abdul Rahman keturunan Bugis telah

diperintahkan oleh Temenggung Abdul Rahman membuka tempat di Pantai Barat

Negeri Johor. Angkatan itu singgah ditempat perigi itu dan membuat kampung

dibahagian ulu bukit Batu Pahat. Disitu terdapat tanah rata (pasir puteh) dan

menjumpai dua jenis pokok kayu iaitu keruing dan terap. Kedua-duanya digunakan

untuk membuat api (lampu). Getah yang keluar daripada pokok itu apabila ditoreh

didapati beku dengan segera dan menurut istilah Melayu lama getah adalah

dipanggil minyak dari itu tempat itu dinamakan Minyak Beku. Orang Bugis ditempat

Page 9: Sejarah Batu Pahat

ini banyak menanam pokok-pokok kelapa sebagai kebudayaan pertanian yang 

dikenalkan di Batu Pahat yang boleh didagangkan untuk mendapatkan kewangan.

Batu Pahat (dikenali sebagai 'Bandar Penggaram') merupakan sebuah bandar dan

sebuah daerah di pantai barat Semenanjung Malaysia, di negeri Johor. Bandar yang

kedua terbesar di Johor ini terletak di tenggara Muar, barat daya Kluang, timur laut

Pontian dan selatan Segamat. Daerah Batu Pahat adalah salah satu daripada lapan

daerah di Johor.

Lokasi

Batu Pahat terletak pada koordinat 1°5'U 102°56'T. Ia adalah sejauh 239 km dari

Kuala Lumpur. Bandar terdekat dengan Batu Pahat ialah Muar yang terletak 50 km

ke utaranya. Bandar Kluang pula berada 52 km di timur. Johor Bahru terletak lebih

kurang 70 km hingga 100 km ke arah tenggara.

[sunting] Sejarah

Bandar ini mendapat nama dari 'batu yang dipahat' yang berkait dengan serangan

askar Siam pada abad ke-15. Kesan-kesan sejarah ini masih terdapat di Minyak

Beku. Menurut catatan Sejarah Melayu, pada 1456, Laksamana Awi Di Chu telah

berkhemah di Batu Pahat sebelum menyerang Melaka. Masih terdapat sebuah perigi

purba di Kampung Minyak Beku.

Sumber lain pula menyatakan Portugis mengambil batu-batu dari Batu Pahat untuk

membina kota A Famosa di Bandar Hilir, Melaka. Batu-batu tersebut telah dipahat

dan diangkut ke Melaka.

Bandar Penggaram mendapat nama dari aktiviti nelayan yang menggaram ikan-

ikan yang banyak ditangkap dan tidak laku dipasarkan. Ikan-ikan ini lebih baik

dijadikan ikan kering.

Pada 1893, Dato Bentara Luar iaitu Mohamad Salleh bin Perang telah mengasaskan

bandar Batu Pahat yang mendapat perintah dari Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim,

Johor.

[sunting] Pentadbiran

Daerah Batu Pahat terbahagi kepada 14 buah mukim iaitu :

1. Lubok (Mukim I)

2. Bagan (Mukim II)

3. Peserai (Mukim III)

Page 10: Sejarah Batu Pahat

4. Simpang Kiri (Mukim IV)

5. Simpang Kanan (Mukim V)

6. Linau (Mukim VI)

7. Tanjung Semberong (Mukim VII)

8. Sri Gading (Mukim VIII)

9. Minyak Beku (Mukim IX)

10.Kampung Bahru (Mukim X)

11.Sungai Punggor (Mukim XI)

12.Sungai Kluang (Mukim XII)

13.Chaah Bahru (Mukim XVII)

14.Sri Medan (Mukim XVIII)

Semua mukim dan kampung ditadbir oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat. Sebelum

itu dikenali sebagai Majlis Daerah Batu Pahat.

Penduduknya seramai 335,368 orang terutama Melayu, Cina dan India.Lelaki

seramai 169,087 dan perempuan 166,281 orang.

[sunting] Pendidikan

← Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

← Politeknik Batu Pahat

← Institut perguruan

← SMK Dato' Sulaiman

← SMK Tunku Putra (SMK Tongkang Pecah)

← SMK Tinggi Batu Pahat

← SMJK Cina Batu Pahat

← SMK Convent

← SMK Jalan Kolam Air

← SMK Temenggong Ibrahim

Page 11: Sejarah Batu Pahat

← SMK Munshi Sulaiman

← SMK Dato Bentara Luar

← SMK Datin Onn Jaafar

← SMK Tun Aminah

← SM Teknik

← SMK Yong Peng

← Pusat Latihan Teknologi Tinggi lanjutan (ADTEC)

← smk dato onn

← SMK Semerah

[sunting] Tokoh

Berikut tokoh yang dilahirkan atau dikatkan dengan Batu Pahat.

← Dato Onn Jaafar - pengasas UMNO pada 1946.

← Tun Hussein Onn - Perdana Menteri ketiga Malaysia, anak lelaki Dato Onn

Ja'afar

← Dr Chua Soi Lek - Menteri Kesihatan Malaysia

← Lim Kit Siang - pengasas / pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP)

← Dr Syed Husin Ali - Timbalan Presiden Parti Keadlian Rakyat

← Tan Sri Vincent Tan - Bilioner, pengerusi Berjaya Group

← Lee Kim Yew - pengerusi Country Heights Group

← KIYAI SALLEH - Pemimpin Tentera Selempang Merah yg menghalang

kekejaman askar PKM di Batu Pahat

[sunting] Tempat menarik

Jika berkunjung ke Batu Pahat, tidak sah jika tidak singgah di "Benteng" - suatu

tempat makan yang terkenal di Batu Pahat. Antara makanan yang popular adalah

Nasi Beriyani Gam Mat Syah yang terletak di Benteng berhadapan dengan Hospital

Pakar Putra. Mi Bandung yang terletak berhadapan dengan Hotel Garden Batu

Pahat dan lain-lain lagi. Untuk ke sana dari Bandar Muar, sebelum Jambatan Batu

Page 12: Sejarah Batu Pahat

Pahat, 'Benteng' terletak di sebelah kiri. Antara makanan yang popular di sini ialah

"mi racun". Batu Pahat juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati

di gerai yang terkenal di BP Walk.

Pada waktu malam pula, Batu Pahat terkenal dengan "BP walk" iaitu sebuah

kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan bermacam-macam jenis

gerai makanan termasuklah citarasa tempatam dan barat. BP walk dibuka sehingga

3 atau 4 pagi setiap hari. BP Walk ini juga telah menjadi tumpuan pengunjung dari

Kluang, Muar, Pontian dan Air Hitam pada waktu malam.

[sunting] Industri

Batu Pahat turut terkenal sebagai pusat pembuatan dan pengeksportan tekstil di

Malaysia. Jenama pakaian sukan terkenal seperti Nike, Adidas dan Puma dibuat di

sini dan dieksport semula keluar negara. Jeti Batu Pahat juga terkenal dengan

sebagai salah satu jeti dalam "segi tiga emas" antara Indonesia dan Malaysia dalam

pergerakan bahan rempah dan bahan mentah. Sebuah pelabuhan baru juga telah

direncanakan untuk Batu Pahat bagi menangani permintaan pergerakan bahan

mentah tersebut. Sebuah pelan yang bernilai lebih kurang RM500 juta telah pun

disediakan siap dengan prasarana yang sempurna.

[sunting] Pengangkutan

Batu Pahat tidak mempunyai jaringan kereta api. Namun demikian pengunjung boleh menggunakan perkhdimatan kereta api melalui stesen KTM terdekat iaitu Kluang kira-kira 50 kilometer dari Bandar Batu Pahat.Terdapat syarikat-syarikat bas yang beroperasi dari awal pagi sehinggalah lewat malam. Bas-bas tersebut menghubungkan pekan-pekan dalam Batu Pahat dan juga daerah-daerah lain yang menjadi jiran Batu Pahat serta ke bandaraya-banadaraya utama seperti Johor Bahru, Melaka, Kuala Lumpur dan lain-lain bandar di semenanjung.

1) Syarikat Tanjau Jaya (M) Sdn Bhd

. Batu Pahat - Air Hitam via Parit Raja . Terminal Batu Pahat - Summit Parade

2) Syarikat Pengangkutan Maju Berhad

ssc . Parit Sulong - Batu Pahat via Simpang Lima . Parit Sulong - Batu Pahat via Tongkang Pechah . Parit Sulong - Batu Pahat via Semerah, Pt. Hj. Karim

Page 13: Sejarah Batu Pahat

KENALI SEJARAH BATU PAHAT

BANDAR BATU PAHAT

DAERAH BATU PAHAT

 Daerah  Batu Pahat

 Keluasan  1,878 km²

 Bil Penduduk  335,368 ( 2000 )

Batu Pahat ( juga dikenali sebagai Bandar Penggaram ) merupakan sebuah bandar yang kedua terbesar di negeri Johor, Malaysia. Bandar itu terletak di tenggara Muar, barat daya Kluang, timur laut Pontian dan selatan Segamat.

Di bandar Batu Pahat terdapat satu kawasan bernama "Dataran Batu Pahat" yang mempunyai sebuah tugu peringatan batu yang dipahat.

Batu Pahat mendapat nama kerana pelayar berlabuh di pantai sebuah kampung untuk mendapatkan bekalan air. Tetapi pantai tersebut dipenuhi batu. Pelayar tersebut terpaksa memahat batu untuk mendapatkan sumber air dari dalam tanah. Batu yang di pahat itu terletak di Kampung Minyak Beku. Sekarang batu tersebut dipanggil perigi batu pahat.

LOKASI BATU PAHAT

Batu Pahat terletak di 1°5'U 102°56'T. Ia adalah sejauh 239 km dari Kuala Lumpur. Bandar terdekat dengan Batu Pahat ialah Muar yang terletak 50 km ke utaranya. Bandar Kluang pula berada 52 km di timur. Johor Bahru terletak lebih kurang 70 km hingga 100 km ke arah tenggara 

TEMPAT MENARIK DI BATU PAHAT

Jika berkunjung ke Batu Pahat, tidak sah jika tidak singgah di "BENTENG" - suatu tempat makan yang terkenal di Batu Pahat. Antara makanan yang popular adalah Nasi Beriyani Gam Mat Syah yang terletak di Benteng berhadapan dengan Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital). Mi Bandung yang terletak berhadapan dengan Hotel Garden Batu Pahat dan lain-lain lagi. Untuk ke sana dari Bandar Muar, sebelum Jambatan Batu Pahat, 'Benteng' terletak di sebelah kiri. Antara makanan yang popular di sini ialah "mi racun". Batu Pahat juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai yang terkenal di BP Walk.

Pada waktu malam pula, Batu Pahat terkenal dengan "BP walk" iaitu sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai makanan termasuklah citarasa tempatam dan barat. BP walk dibuka sehingga 3 atau 4 pagi setiap hari. BP Walk ini juga telah menjadi tumpuan pengunjung dari Kluang, Muar, Pontian dan Air Hitam pada waktu malam. 

LAIN - LAIN

Terdapat juga berberapa tempat untuk membeli belah yang terkenal di sini seperti The Summit, Carrefour, Store dan BP Mall. Terdapat juga tempat beriadah bersama keluarga iaitu BP Water Park yang terletak 2 km dari bandar Batu Pahat di sebelah kiri jalan menghala ke Tongkang Pecah. 

Page 14: Sejarah Batu Pahat

INDUSTRI

Batu Pahat turut terkenal sebagai pusat pembuatan dan pengeksportan tekstil di Malaysia. Jenama pakaian sukan terkenal seperti Nike, Adidas dan Puma dibuat di sini dan dieksport semula keluar negara. Jeti Batu Pahat juga terkenal dengan sebagai salah satu jeti dalam "segi tiga emas" antara Indonesia dan Malaysia dalam pergerakan bahan rempah dan bahan mentah.

Sebuah pelabuhan baru juga telah direncanakan untuk Batu Pahat bagi menangani permintaan pergerakan bahan mentah tersebut. Sebuah pelan yang bernilai lebih kurang RM500 juta telah pun disediakan siap dengan prasarana yang sempurna.

Nama-nama tempat di Johor berbeza dengan nama-nama tempat yang tertera perkataan ' parit' di negeri lain di Malaysia. Geografi Johor yang berada di kawasan paling selatan dalam peta Semenanjung menjadikan permukaan negeri ini landai. Ini menyebabkan wujudnya banyak anak sungai terutama di kawasan pantai barat iaitu di daerah Pontian, Batu Pahat dan Muar.

Lebih-lebih lagi daerah-daerah tersebut memiliki struktur tanah gambut yang luas. Tanah gambut secara semulajadinya berkeadaan lembap kerana ia mudah memerangkap air. Untuk membina petempatan yang bebas dari banjir, parit-parit ini harus dibina bagi menakung air supaya air tersebut dapat dialirkan ke anak sungai. Jadi untuk membina kampung di kawasan itu, parit harus disediakan dahulu bagi mengelak banjir sekiranya berlaku hujan lebat. Kerana setiap kampung di kawasan itu ada parit, maka kampung disitu dinamakan sempena nama parit yang ada di kawasan itu untuk mudah dikenali.

Selain Johor, ada beberapa negeri lain di Semenanjung yang turut menamakan sesuatu tempat sempena nama parit. Bagaimanapun, parit-parit di tempat-tempat dalam negeri tersebut dibina untuk tujuan pertanian dan saliran. Jadi jumlahnya tidaklah banyak sebagaimana di Johor. Jadi nama parit seolah-olah sudah menjadi identiti Negeri Johor.